Saturday, November 6, 2010

Coretan Perjalanan......

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ Saya masih berpeluang lagi,
melakarkan cerita untuk tatapan bersama,
semoga kita semua sentiasa dirahmati Ilahi,
dianugerahi kebahagiaan di "jiwa & raga"oleh-Nya.

Hampir 2 minggu "anak dara" saya tak balik rumah,
kerana sibuk dengan "Exam Semester Ke 3"nya,
namun perkongsian berita sesama kami agak mudah,
dengan kemudahan teknologi Hand-Phone semasa.

Memandangkan Hari Sabtu & Ahad kami ada urusan,
maka semalam kami bertiga ke KL menemuinya,
walaupun rasa sakit di kaki kiri saya masih terkesan,
demi kasih-sayang sekeluarga ~ saya teruskan juga.

"Pedal Clutch" kereta diinjak dengan tumit kaki kiri,
walaupun kurang selesa namun kena biasakan juga,
kalau tak macamana nak gerakkan kereta & kendali,
kerana kalau ikutkan sakit ~ semuanya tak jadi kerja !!!

Sakit kaki kiri dah tak teruk seperti waktu ia bermula,
Alhamdulillah ~ dengan izin Allah serta berikhtiar,
jalan dah sedikit selesa biarpun tidak seperti sediakala,
kerana ingin cepat sembuh ~ kami keluar bersiar-siar.

Setelah menjemput "anak dara" di Desa Siswi,
kami tuju ke "Veledrom Basikal" yang berhampiran,
kerana untuk makan tengahari ~ disinilah lokasi kami,
ada sebuah Gerai Makan yang popular & jadi pilihan,
masakannya sedap +segar+ala kampung+bervariasi,
boleh layan diri ~ serta harganya agak berpatutan.



Selepas menikmati juadah menjelang awal tengahari,
kami ke Taman Tasik Permaisuri ~ lokasi terdekat,
bersiar-siar+bergambar & kutip biji saga untuk koleksi,
kemudian turunkan isteri & "anak dara" di JJ Maluri,
sebelum kami ke Masjid As-Syafie bersholat Jumaat,
tanda bersyukur akan rahmat yang dipinjamkan Ilahi.



Kebetulan ada "Jusco Sale" dari 22 Okt ~ 07 Nov ini,
saya pula dapat "Redeem Voucer" selaku pelanggan,
maka bolehlah "shoping" lebih sikit ~ beli itu & ini,
sebelum menghantar "anak dara" balik ke Hostel Penginapan.



Dalam perjalanan balik kami singgah di Putrajaya,
kerana setiap petang Jumaat ada Pasar Tani di sana,
Alhamdulillah dengan keprihatinan oleh Kerajaan,
semua tapak peniagaan dikhaskan pada "bumiputera",
terdapat pelbagai barang jualan untuk para pengguna,
dari barang kering+basah+buah-buahan & makanan,
terpulanglah pada kita untuk buat pilihan@ikut selera,
cuma yang "tak sesuai" ~ berkaitan "kuantiti"+harga,
bila kebanyakannya mahal sikit dari harga tempatan.



Gerainya memang banyak ~ hingga penat berjalan,
tempat "parking" pun luas & lokasinya pun sesuai,
kadang-kadang banyak gerai yang sama jenis jualan,
~ perasan atau tidak menandakan kita peka@lalai.

Banyak duit bakal keluar kalau "mata rambang",
kalau memang keperluan tidak menjadi halangan,
namun kalau kerana pembaziran ~ alahai...sayang,
bila semua barang yang dilihat terus dilanggan,
hingga boleh senget bahu menjijit aneka barang,
gara-gara ikutkan nafsu yang tidak berkesudahan.

Banyak juga ulam-ulam ganjil yang sukar dijumpa,
mana yang tahu makan pasti tidak lepaskan peluang,
seperti "Jeruk Sayur Maman" & ulam "Buah Ara",
ke 2-2 benda itu kalau nak jumpa memang jarang !!!

Di bawah khemah Pasar Tani kami minum petang,
juadah ~ "Mee Rebus+Mee+Bihun Sup" jadi pilihan,
setelah berbelanja sedikit membeli beberapa barang,
maka akhirnya Pasar Tani Putrajaya kami tinggalkan.

Demikianlah serba sedikit coretan perjalanan saya,
semoga ada penambahan pengetahuan diperolehi,
sebarang kesilapan ~ kemaafan dari anda saya pinta,
Insya`Allah ~ bakal berjumpa di lain nukilan kembali.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

No comments: