Saturday, November 13, 2010

Memenuhi Hajat***......

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Umat Islam semua dirahmati Ilahi,
terutama anda & saya ~ pengharapan lebih,
dipermudahkan melaksana apa yang diizini,
serta beroleh barokah bukannya sekadar letih.

Sebagaimana dijanji ~ kini saya sempurnakan,
sambungan cerita dari "post" yang lalu,
semoga para pembaca tidak rasa tertekan,
kerana terpaksa bersabar menunggu......

Jom Baca Cerita Saya......


Sepanjang jalan kami ke KL ~ hujan turun lebat,
kami ke "Desa Siswi" menjemput si "anak dara",
mujur baik ~ "perancangan masa" telah dibuat,
dan kami tiba sebagaimana yang telah direncana.

"Focus Point" di Carrefour Maluri ~ "lokasi" dituju,
disitulah rekod pemeriksaan & cermin mata dibuat,
kami bertiga dah jadi pelanggan tetap sedari dulu,
layanannya mesra & hasil pembuatan ~ tepat & cepat.

Memandangkan "tecnician"nya petang baru ada,
pemeriksaan mata & ukuran dilakukan terdahulu,
jam 6++ petang ~ kami diminta datang semula,
untuk menggantikan kaca cermin mata yang baru.

Lantas "Budak Standard 6" saya segera hubungi,
memaklumkan kami akan ke "U"~ seperti dijangka,
kedengaran nada suaranya amat gembira sekali,
kerana kini kami bakal "Memenuhi Hajat***"nya.

Jeng...Jeng...Jeng......

Kenapa saya gelar dia "Budak Standard 6?",
sedangkan kini dia dah dewasa & menuntut di "U",
~ orangnya kecil molek & sering "happy"semacam,
seperti anak kecil yang kurang segan & ingin tahu.



Hujan masih mencurah setiba kami di "UIAM",
ke Mahallah Asiah ~ panduan "lokasi" dituju,
~ disitulah buat kesekian kalinya dia ber"diam",
tempatnya luas ~ agak lama juga kami menunggu.


Dari kejauhan sudah kelihatan kelibat beliau,
memakai pakaian "ala-muslimah" berwarna gelap,
tersenyum "happy" hingga nampak "gigi berkilau",
"happy" sangat hingga mulut tak dapat diketap,
~ bersalam+berdakap dengan Isteri tanpa risau,
kerana dia ~ macam adik@anak boleh dianggap.

Hmmm......

Memandangkan kami belum makan tengahari,
dan memandangkan mereka tahu "rutin" kami,
mungkin mereka sedang menahan perut dari diisi,
kerana jalan dengan kami ~ makan sudah pasti !!!

"Budak Standard 6" tunjuk tempat dia selalu dijamu,
bila si Abang datang melawat+membawa dia makan,
tapi..."lokasi" tersebut kurang menarik untuk dituju,
akhirnya...kami bawa dia ke tempat makan pilihan.

Alhamdulillah ~ kedai pilihan telah mula berniaga,
awal lagi waktu itu baru jam 4++ menghampiri 5,
kami "order" makan macam biasa & "lauk exstra",
"Budak Standard 6" menikmati juadah penuh selera.

Alahaiii......

Saya rasa sayu+gembira melihat gelagatnya begitu,
pernah dulu masa dia di BBN-N9 kami belanja juga,
tapi...hasil masakan di situ sungguh "menganggu",
~ sudahlah mahal & tak menepati citarasa semua !!!

Kedai Makanan Menu Lazim DiMasak ~ ada disini,
hasil masakannya pada kami ~ boleh "dikompromi",
di Veledrom Basikal Cheras ~ gerai banyak didapati,
~ kena rasa dahulu sebelum kesesuaiannya diyakini.


Alhamdulillah...sebelum+selepas menikmati juadah,
kami bersembang pelbagai cerita & bergambar,
kemudian ke Masjid As-Syafie kami menyinggah,
mengAgungkan Yang Esa dengan berSholat Asar.

Kemudian......

Ke "Focus Point" Carrefour Maluri ~ arah tujuan,
kerana kini telah tiba waktu yang dijanjikan,
bingkai cermin mata "anak dara" lalu ditinggalkan,
sebelum diminta datang semula 1 jam kemudian.

Sementara menunggu 1 jam yang ditetapkan,
kami ke Pasaraya Carrefour ~ di bahagian atas sahaja,
"anak dara" nak beli sedikit barang untuk keperluan,
manakala "Budak Standard 6" mahu "Vitagen" cuma.

Sewaktu kami bersedia untuk beredar segera,
"Focus Point" telefon ~ cermin mata dah OK dah,
kami ke Masjid As-Syafie ~ Maghrib menjelang tiba,
menunaikan Sholat Maghrib ~ mengikuti jemaah,
~ bila dah bersholat barulah rasa lapang di dada,
"Budak Standard 6" dihantar balik ke Mahallah Asiah,
~ bila melihat dia amat ceria...kami tumpang gembira,
tibalah masanya untuk kami dan dia kembali berpisah,
kemudian ke "Desa Siswi" menghantar "anak dara",
akhirnya giliran kami pula ~ untuk pulang ke rumah...

Dah habis dah......

Demikianlah cerita saya tentang "Memenuhi Hajat",
salah dan silap kata serta bahasa ~ kemaafan dipinta,
Insya`Allah ~ selepas ini ada cerita baru bakal dibuat,
sehingga tibanya saat itu ~ sekian dulu dari saya.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

(P/s: Gambar "Budak Standard 6" Tidak Dapat Disiarkan
Atas Sebab-Sebab Keselamatan & Privasi ~~~ HuHuHu......)

No comments: