Saturday, November 13, 2010

Kena Baca Dahulu......

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga anda & saya dirahmati Allah,
dalam kehidupan ini beroleh barokah,
semoga niat & usaha yang baik bakal dipermudah,
biarlah berpanjang redha-Nya sampai ke sudah.

Cerita kali ini berhubung-kait dengan niat semalam,
kena baca dahulu ~ kemudian buatkanlah kaitan,
pelbagai cerita tentangnya kelmarin terakam,
kini...di alam siber saya kongsikan pengalaman,
harap dibaca perlahan-lahan agar mudah faham,
terlalu banyak cerita ~ baca kena ikut turutan.

Kelmarin ~ "anak bujang" ada temujanji istimewa,
dengan "rakan sekolah perempuan"~ keserasian dicari,
tak sampai 3minggu sudah ~ mereka telah berjumpa,
kali ini ~ permintaan si dia untuk bertemu kembali.

Mungkin kali ini pertemuan sebagai pelengkap,
kerana minggu depan "anak bujang" akan ke Utara,
menyambung pelajarannya memasuki "semester 2",
~ amukan perasaan "orang bercinta" sukar diungkap,
mungkin lepas ini ~ mereka bakal sukar bersemuka,
itulah agaknya si dia beria-ia teringin lagi nak jumpa.

Janji nak jumpa di Pekan berpanjangan ke Bandar,
saya kata nak hantar ~ dia kata nak pergi sendiri,
nak buat macamana ~ dulu kecil kini dah besar,
maklumlah nak berdikari & perlu sedikit "privasi".

Bukan senang nak membesarkan seorang anak,
dulu boleh disergah-sergah kini kena ber"diplomasi",
kerana tuntutan zaman sudah berubah corak,
kita sebagai orang tua perlu bertindak berhati-hati.

Isteri memang teringin memantau "anak bujang"nya,
kerana tanggungjawab seorang Ibu amat besar sekali,
sedari kecil+remaja+dewasa bahkan hingga tua juga,
kasih-sayang seorang Ibu memang tiada terperi.

Tambahan kini dia "menemani" anak dara orang pula,
semakin "berkocak" "ketenteraman di hati si Ibu,
pelbagai perkara "kurang manis" mampu diluar jangka,
kalau muslihat Syaitan berjaya menembusi kalbu...

Keizinan+restu & nasihat telah sering dinyata,
agar "anak bujang" menjaga segala perintah agama,
diizinkan berjumpa tapi haruslah dikhalayak manusia,
demi mengelakkan fitnah & menjaga tatasusila.

Walaupun kepercayaan telah lama dipatuhi,
namun naluri seorang Ibu amat "sensitif" sekali,
lantas mengajak saya memantau & mengawasi,
benarkah "anak bujang" mengotakan apa yang diimpi,
serta teringin melihat "gelagat"si dia yang "misteri",
kerana ingin menjawab persoalan yang bermain di hati,
"rakan sekolah perempuan" bagaimana yang ditemani,
serta memikirkan kesan perhubungan ini dilain hari.

Alamak...saya terpaksa menjadi "spy" lah pulak,
macam mengalahkan "James Bond Agen Double 0 7",
perancangan bersahaja dibuat & usaha pun digerak,
janganlah nanti usaha men"spy" jadi kurang relevan !!!

Kebetulan memang kami ingin mengala ke Ibu Negeri,
"lokasi" tujuan mereka di Bandar ~ seiringan pula,
maka...mudahlah kami melaksanakan "operasi",
kerana memang "lokasi" tersebut kami dah biasa !!!

Kami sampai dulu dari mereka kerana berkereta,
sedangkan mereka menaiki "bas express" sahaja,
sementara menunggu ~ kami dihubungi si "anak dara",
memaklumkan keputusan UPSR si anak saudara,
yang diumumkan kerajaan ~ pagi tadi dengan segera,
Isteri menghubungi adik ~ ucapkan tahniah pula,
keputusan si anak agak memberangsangkan juga,
Alhamdulillah ~ usaha si anak telah dirahmati-Nya.

Saya berbual seketika dengan si "anak dara",
katanya nak mengganti kaca cermin mata yang rosak,
memandangkan "Exam"~ sebelah petang dah tiada,
kami maklumkan kejap lagi ~ ke KL kami bakal bertolak.

Sebelum kami dihubungi si "anak dara",
saya menghubungi "Budak Standard 6",
ingatkan dia dah kat rumah ~ dah habis periksa,
rupa-rupanya dia dah balik ke "U" dulu semalam,
ada beberapa "paper" belum diduduki ~ katanya,
Insya`Allah ~ Hari Isnin nanti selesai semua "Exam".

Dari perbualannya ~ ada nada "meminta simpati",
kerana hubungan sesama kami amat mesra sekali,
dia mengajak kami ke "U" ~ agar dia diziarahi,
kerana kemesraan ~ hasratnya sukar ditolak ke tepi,
cuba "Memenuhi Hajat***"nya ~ kini satu "obligasi",
juga kenangkan kebaikan arwah si Ibu yang murni.

Bas yang ditunggu-tunggu pun tiba,
kelihatan ~ "anak bujang" & si dia berbual mesra,
tapi "program" rosak ~ "anak bujang" buat angkara,
turun dari bas ~ terus mendapatkan kami di kereta.

HaHaHaHaHaHa...suasana "suspen" dah jadi lawak,
bila si dia kelihatannya mula tak tentu arah,
"anak bujang" ingat~ si Ibu bakal "menempelak",
"reaksi" diingatkan"suspen" dah bertukar wajah,
si Ibu juga kelihatan selamba seolah tak gempak,
saya menahan mulut dari ketawa berdekah-dekah,
sempat si "anak bujang" menyakat si dia nampak !!!,
kenalah si dia bersalaman tanpa dapat disanggah,
suasana yang diluar jangka dah jadi ~ tak dapat elak,
mungkin...eloklah tu... nanti taklah jadi masalah,
paling tidak ~ "Salam Kemesraan" telah digerak,
selepas ini ~ tak tahulah macamana nanti Al-Kisah......

Selepas bersalaman ~ kami maklumkan akan ke KL,
kerana nak jumpa si Kakak & "Budak Standard 6",
lantas kami kembali berpesan ~ jangan nakal-nakal,
serta segera pulang rumah sebelum menjelang malam.

Dan kami pun menuju ke KL seperti yang dijanji,
sepanjang perjalanan hujan turun tanpa henti,
memandangkan nukilan ini amat panjang sekali,
maka...kita jumpa di lain nukilan sebagai ganti.

Cerita ini bakal & "confirm" akan bersambung,
maka diharapkan anda sabar menunggu,
kerana terlalu panjang ~ saya pun jadi "binggung",
maklumlah bimbang ~ pembaca bakal rasa jemu.

Insya`Allah......

Sekian dulu cerita dihentikan seketika,
bagi memberi laluan kepada "Pesanan Penaja",
"Jom...kita minum dulu"~ segarkan kembali mata,
tunggu...jangan tak tunggu ~ cerita bakal bermula,
dan...kita jumpa di"post" yang lain pula,
untuk mengetahui sambungan cerita yang tersedia.

Tunggguuuuuu......

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

No comments: