بسم الله الرحمن الرحيم ~~~
Dengan Kalimah Suci ~ coretan cuba diusaha,
semoga hanya pada Allah kita kekal bertakwa,
sentiasa mengingati bahawa kita ini hamba-Nya,
agar sentiasa "fokus" tujuan hidup kita di dunia.
Seperti semalam...hari ini saya sambung semula,
~ aktiviti bersama keluarga bagi kali kedua,
semoga hal berfaedah dapat dikongsikan bersama,
sebagai peringatan kita ~ ketika hidup di dunia.
16/11/2010 :-
~~~~~~~~~~~
Tanggal 16/11/2010 bersamaan Hari Selasa,
juga bersempena 9 Zulhijjah di Tahun Hijrah,
digalakkan kita di Tanah Air untuk berpuasa,
sempena mencari Fadilat di Hari Arafah.
Puasa disunatkan pada yang tidak menunaikan Haji,
kerana kelebihannya mampu menghapuskan dosa,
~ dosa setahun lalu+setahun yang bakal didatangkan,
kerana begitulah jawapan yang dinyatakan Nabi,
ketika mana Nabi Muhammad S.A.W ditanya,
dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a ~ hadith diriwayatkan.
Kami sekeluarga mengambil kesempatan tersebut,
kerana sebelum ini ~ tidak pernah dilaksanakan,
ruginya selama ini ~ peluang tersebut tidak direbut,
mungkin kerana kelalaian & juga lantaran kejahilan.
Alhamdulillah...tersempurna juga Puasa Sunat,
namun saya tak dapat "buka puasa" dengan keluarga,
kerana sebelah malamnya saya bekerja di pejabat,
maka...berbuka berseoranglah saya seperti biasa.
Sebelum itu...tengahari+awal petang ~ juadah disedia,
sekadar Rendang Ayam & Ketupat Mini Segera,
sebagai bekalan kelak ketika Maghrib menjelang tiba,
juga untuk esok sempena tibanya Hari Raya Eidul Adha.
Selepas Maghrib ~ Takbir Raya mula berkumandang,
Memuji+ MengEsakan Allah ~ suara bersahut-sahutan,
terbit perasaan sayu & hiba ~ tanpa diundang-undang,
kerana kita masih lagi diberikan Allah kesempatan,
bakal meraikan Hari Kebesaran secara berulang,
dulu Eidul Fitri & kini Eidul Adha bakal diraikan.
Dikesempatan yang bakal menjelang tiba,
saya menghubungi keluarga di Kampung,
~ mengucapkan Salam & Selamat Hari Raya,
memaklumkan esok kami akan datang berkunjung.
Insya`Allah......
Rezeki & peluang memang dari & hanya milik Ilahi,
kita sebagai manusia ~ dipinjamkan sementara sahaja,
tidakkan luak mahupun rugi jika ianya bakal dikongsi,
kerana jasa+pengorbanan IbuBapa tiada nilainya...
Segala Rezeki & Kemudahan kita pada hari ini,
banyak disalurkan Ilahi melalui pengorbanan mereka,
janganlah dengan kesenangan itu ~ kita mudah lupa diri,
tanpa Izin Ilahi+bantuan mereka ~ kita takkan kemana.
Hmmm......
Suasana sedikit hening di tempat kerja & persekitaran,
mungkin ramai "staff" ~ sibuk dengan urusan sendiri,
dapatlah saya "rehat "+ kerja jadi kurang tekanan,
Alhamdulillah...... "ketenangan" itu anugerah dari Ilahi.
Sementara menunggu tibanya tarikh 17/11/2010,
juga bersempena Hari Raya Eidul Adha@Raya Qurban,
Alhamdulillah...amannya suasana ~ terasa sungguh,
maka...perancangan untuk esok ~ jelas perlu diusahakan.
Sekian dulu coretan tentang tanggal 16 haribulan,
cerita tentang tanggal 17 haribulan akan menyusul,
dikesempatan ini ~ saya memohon kemaafan,
sekiranya terdapat kata & cerita yang tersasul......
Insya`Allah bakal berjumpa kembali,
di lain coretan dan di lain hari,
kini..."keyboard" telah mula ditolak ketepi,
izinkan saya berehat seketika agar diulit mimpi......
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment