بسم الله الرحمن الرحيم ~~~~~~
Semoga Allah merahmati kita semua,
dengan taufik+hidayah dalam kehidupan kita,
mampu beroleh barokah atas segala usaha mulia,
sebagai bekalan untuk kini & tika akhir masa.
Hampir 2 minggu saya tak melakarkan cerita,
kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti semasa,
bukan tiada cerita untuk dikongsikan bersama,
cuma masa & kesempatan tidak mengizinkannya.
Dalam tempoh itu ~ terhimpun pelbagai kenangan,
Insya`Allah ~ saya akan cuba catatkan disini,
aktiviti bersama keluarga ~ kini akan dipaparkan,
semoga bakal catatan akan memberikan inspirasi.
15/11/2010 :-
~~~~~~~~~~
Kami ke KL selepas saya pulang dari kerja,
jemput "anak dara" ~cuti sem ke 3 kini bermula,
dan...kami sekeluarga bersarapan pagi bersama,
di gerai tepi jalan dekat tempat pembelajarannya.
Nama "sarapan pagi" tapi menu "makan tengahari",
mungkin kerana ramai pelajar IPT amat menyukai,
maka pemilik gerai ~"adjust" ikut minat terkini,
adat niaga ~ mesti cari untung...siapa yang nak rugi !!!
Saya cuba ~ "Nasi+Gulai Daging Masak Lemak Cili Api",
isteri minta ~ "Mee Sup Ayam"... amat teringin dirasa,
"anak dara" minat "Gulai Tempoyak Ikan Patin+Nasi",
"anak bujang" ~ "Ayam Black Paper+Nasi Goreng Biasa".
Adat memasak adakalanya "jadi" adakalanya tidak,
pesanan menu oleh "anak bujang" ~ hasilnya berbeza,
"Ayam Black Paper" ~ bukan seperti yang dihendak,
dan..."Nasi Goreng"nya tidak seperti yang dia jangka.
Untuk masakan yang lain-lain ~ "OK" pula,
terutama "Gulai Kawah Daging Masak Lemak Cili Api",
keempat-empat kami merasainya & seia-sekata,
"Masak Lemak"nya memang sedap & ada "sensasi"......
Kami ke Shah Alam selepas selesai bersarapan,
"anak dara" ada urusan di sebuah "U" yang tersohor,
kami menghantarnya ke rumah kawan sepengajian,
lalu ke Masjid Negeri ~ "stand-by" untuk Sholat Zuhur.
Urusan beliau selesai sebelum "Azan" berkumandang,
kami menjemputnya semula di rumah kawannya tadi,
kembali semula ke Masjid Negeri untuk Sembahyang,
cuba melaksanakan amanah selaku hamba kepada Ilahi.
Berpeluang berSholat di Masjid Negeri ~ rasa tenang,
suasana persekitaran nyaman & seni binanya berseni,
segala kemudahan asas jelas sangat elok terancang,
dan "Petugas-Petugas Masjid" pun amat mesra sekali.
Di sekitar kawasan Masjid ~ kami berehat sebentar,
duduk bersembang juga sambil merakam gambar,
"anak bujang" pagi tadi "pilih makan" ~ dah rasa lapar,
kena cari "Kedai Makan" ~ maka kami pun beredar.
Memandangkan kami bertiga dah "bersarapan berat",
maka kami "order" makanan yang "simple" sahaja,
"anak bujang" punya "order"~ istimewa & berkhasiat,
tak kisahlah ~ bukannya selalu tapi sekali-sekala......
Isteri memang minat makan "Laksa Penang",
"Laksa Sarawak" ~ "anak dara" nak cuba,
saya minta"Kebab Daging"~ "order" paling senang,
"anak bujang" ~ "Lamb Chop"...seleranya teruja.
3 hasil masakannya "OK" tapi 1 kurang jadi sedikit,
adatlah ~ tiada hasil usaha manusia yang sempurna,
kita berhak untuk menilai tapi jangan terlalu cerewet,
takut bila semua tak kena ~ kita yang habis belanja !!!
Selepas selesai menikmati "juadah tengahari",
kami ke Taman Tasik Shah Alam bersiar-siar,
namun tak lama ~ ajakan pulang oleh si Isteri,
kerana bimbang hujan petang bakal tersebar.
Mungkin juga terhadap saya ~ si Isteri bersimpati,
kerana saya kurang rehat sejak pulang kerja pagi,
dan perancangan awal "anak dara" nak ke I-City,
nampaknya terpaksalah ditunda ke lain hari.
Nak jadi cerita ~ memang hujan turun petang itu,
dan berlarut-larut hingga ke malam hari,
jadi...tepatlah keputusan & gerak naluri si Ibu,
"anak dara" juga pasrah dengan ketentuan Ilahi,
saya pula dapatlah lebih rehat & kurang terganggu,
Alhamdulillah...urusan hari itu lancar tanpa dihalangi.
Sekian dulu cerita tentang aktiviti pada 15/11/2010,
Insya`Allah ~ bakal bersambung cerita di lain ketika,
segala kekurangan ~ saya menyusun jari sepuluh,
kemaafan dipinta ~ kerana saya hanya insan biasa.
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment