بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ kita dipertemukan kembali,
di alam "siber" ~ dunia infomasi masa kini,
semoga kita semua kekal dirahmati Ilahi,
berbahagia di dunia ini & sehingga akhir nanti.
Sebagaimana yang telah "diwar-warkan",
"Pra-Catatan Perjalanan II "~ diterbitkan kini,
~ semalam "post" bertajuk "Selingan"didahulukan,
maka...terima kasih kerana anda masih sudi menanti.
19/11/2010 :-
~~~~~~~~~~
Sebelah pagi ~ selepas pulang dari kerja,
kereta dihantar "servis" tanpa bertangguh,
kerana jadual "servis" yang dimestikan ~ telah tiba,
tambahan pula kami sekeluarga bakal berjalan jauh.
Hari ini ~ Insya`Allah...kami akan balik ke Kampung,
saya pula mula bercuti dari 20 hingga 23 haribulan,
~ tempat simpanan barang diisi sehingga "mumbung",
macam nak balik bercuti lama & berehat sakan !!!
Sebenarnya barang itu banyak milik "anak bujang",
kerana dia akan dihantar pulang ke "U" semula,
menyambung semula pelajaran seperti yang dirancang,
kerana lusa ~ semester ke 2 beliau akan bermula.
Kelmarin ~ saya dah bawa mereka balik ke Kampung,
hari ini ~ bawa mereka balik ke Kampung Isteri pula,
barulah adil ~ kedua-kedua lokasi telah+akan dikunjung,
~ perasaan & hati "orang tua" perlu sentiasa dijaga.
Niat bermusafir telah di"pasang" ketika mula berangkat,
kelak Sholat Fardhu akan di"Jamak " & di "Qasar"kan,
kerana jauh perjalanan lebih 90 Kilometer bila disukat,
~ gunakanlah kemudahan yang telah diberikan Tuhan.
Dari Selangor kami menghala ke negeri Perak,
kenderaan agak kurang di sepanjang lebuhraya,
sesekali hujan turun lebat tetapi "berselerak-selerak",
menjelang Asar ~ hujan semakin lebat+berangin pula.
Dalam keadaan begitu ~ kereta dipandu berhati-hati,
"Wiper" di cermin bergerak pantas dari kanan ke kiri,
kenderaan diperlahankan & stering dipegang "steady",
sambil memandu ~ keadaan di sekeliling juga dipantaui.
Sesekali kami berhenti sebentar untuk berehat,
bila melihat keadaan di lebuhraya yang dah mula sesak,
lantaran hujan lebat & pemanduan ~ badan mula penat,
berehat sebentar....perkara di luar jangka ~ cuba dielak !!!
4 ~ 5 jam tempoh perjalanan kami ke destinasi di tuju,
lama sedikit kalau menyinggah atau berehat sebentar,
perancangan telah dibuat ~ kami tak perlu terburu-buru,
janji selesa & selamat sampai ke destinasi tanpa tersasar.
Menjelang Maghrib kami selamat tiba di Kampung,
Alhamdulillah ~ dipermudahkan perjalanan kami,
jelas kegembiraan di wajah "IbuBapa" tak terbendung,
kerana diizinkan Allah ~ kami dipertemukan kembali.
Setelah berbual seketika ~ saya ke dapur pula,
kerana ingin segera menyediakan masakan,
~ juadah "Rendang Pedas" memang mereka suka,
kalau nak masak esok memang tak berkesempatan.
Alhamdulillah ~ kami 3 beranak bertindak bersama,
kerja yang rumit+ susah menjadi mudah & segera,
2 1/2 jam ~ juadah "Rendang Pedas" tersempurna,
lantas kami sekeluarga menikmatinya bersama-sama.
Isteri meneruskan perkongsian cerita dengan keluarga,
saya pula setelah bersholat ~ terus tertidur dengan lena,
~ perlu rehat secukupnya untuk "perjalanan" esok pula,
menghantar "anak bujang" ke "U" di sebelah Utara.
Sekian dulu kisah "Pra-Catatan Perjalanan II",
dah panjang sangat hasil coretan ~ saya mohon berehat,
Insya`Allah ~ esok "Catatan Perjalanan II" akan diusaha,
~ cuba menyempurnakan niat yang telah dibuat.
Salah & silap ~ saya mohon kemaafan,
kerana saya hanya manusia biasa,
tiada manusia penuh kesempurnaan,
~ dengan memaafkan...jiwa bakal rasa gembira.
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment