Wednesday, December 1, 2010

Catatan Perjalanan II...


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan izin Allah ~ coretan bermula,
semoga kita semua sihat sejahtera,
beroleh hidayah dari Tuhan sentiasa,
dalam meneruskan hidup sebagai hamba-Nya.

Sebagaimana diimpikan ~ kini saya hasilkan,
"Post" ~ "Catatan Perjalanan II' kini dimulakan,
mungkin kisah tentangnya bakal jadi "gandaan",
kerana banyak gambar & cerita bakal diselitkan.

20/11/2010 :-
~~~~~~~~~~

Selepas bersarapan pagi bersama keluarga,
kami mula bergerak ke arah "Utara".
keluarga di Kampung tak ikut serta,
kerana perlu menghadiri kenduri-kendara.



Sekitar jam 8.00pagi kami dah mula bergerak,
jam 8.20pagi mula memasuki lebuhraya,
cuaca pagi tu ~ "tenang" dengan awan berselerak
namun tiada tanda hujan akan turun segera.



Menjelang jam 9.30pagi ~ sempadan Kedah dilalui,
kemudian sempadan Pulau Pinang pula ditempuhi,
ke sempadan Kedah ~ diredahi sekali lagi,
Alhamdulillah...jam 11.00pagi ~ tiba ke destinasi.

Di "Kolej Malinja" ~ "anak bujang" ditempatkan,
sama seperti ketika "semester 1" yang lalu,
bezanya ~ dulu 1 bilik ber 4 kini ber 6 ~ bersesakan,
katil & almari dipilih ~ kerana kami sampai dahulu.

Selepas mengemaskan barang & mengunci almari,
kami terus ke Pulau Pinang seperti yang diimpi,
ada "masakan special" untuk "anak bujang" rasai,
"Nasi Kandar Line Clear" ~ nama gerai diberi.

Dalam perjalanan ~ singgah di satu lokasi sebentar,
di tepi jalan Titi Sungai Merbok mencari sesuatu,
"Air Nira Nipah"...diceritakan sedap ~ adakah benar?
di jual "Seorang Tua" ~ RM 3 sebungkus setiap satu.

Kami beli 3 bungkus untuk merasai satu kelainan,
manis+wangi bak "Kelapa Pandan" ~ saya punya,
"anak dara" punya rasa "Kelapa Pandan Jeruk" seakan,
"anak bujang" punya rasa seperti gabungan keduanya.

Benarlah seperti yang dinyatakan peniaga tadi,
hasil "Air Nira Nipah" berbeza ikut masa tadahan,
semakin baru dipasarkan ~ rasa semakin manis+wangi,
kalau lama sikit ~ rasa makin kurang menyenangkan,
hmmm...tapi dapat juga rasa & buat tafsiran sendiri,
supaya lain kali bila ditanya ~ kita ada pengalaman...


Kami terus ke "Penang Road" di Pulau Pinang,
mencari "Gerai Line Clear" ~ lokasi tujuan,
salah lorong ~ perjalanan jadi susah bukannya senang,
berpusing-pusing kami "macam rusa masuk pekan".

Si isteri bertanya lokasi pada beberapa pejalan kaki,
"anak bujang" pula mencari lokasi dengan "GPS",
mencari "parking" ~ 1 lagi masalah yang menanti,
bila dah dapat "parking" ~ kami terus bergegas.



Mak Oiii...punyalah ramai pengunjung yang datang,
semata-mata ingin merasai kelainan masakan tersedia,
ada datang berkeluarga+berpasangan juga seorang,
dari pelbagai ceruk rantau & berlainan negeri juga.


Ramai "artis"+orang popular pernah datang ke sini,
"Jom jalan-Jalan Cari Makan" ~ pun dah sampai,
dalam "surat khabar" ~ "Gerai" ini bikin sensasi,
~ bukti terpampang di sudut sebelah kiri gerai,
mungkin kerana "keunikan rasa Masakan Kari",
menyebabkan ia menjadi sebutan & pilihan ramai.

Kali ini ~ kali yang ke 3 saya kunjungi "Gerai" tersohor,
1 ~ bulan 8...ketika berkursus di sini tahun lalu,
2 ~ bulan 5...selepas menghantar "anak bujang" melapor,
kini sekeluarga ~ "keunikan rasa karinya" ingin dijamu.


Alahai...kali ini hasil masakannya kurang "ummpphh",
keenakkanya jelas tidak seperti dirasai dahulu,
kami tetap menikmatinya tapi sedikit mengeluh,
dari jauh kami datang ~ hasil masakannya tak menentu.

Nak buat macamana...hasil masakan adakalanya jadi,
~ adakalanya tidak seperti yang sering diharapkan,
mungkin kerana terlalu ramai pelanggan mengunjungi,
para pekerja "Gerai Line Clear" ~ masak "ikut dan" !!!

Tak salah mereka juga jika keadaan jadi begitu,
masa kami beratur ~ ada menu yang sedang dimasak,
kalau saya pun mungkin boleh jadi buntu,
masakan perlu disiapkan ~ pelanggan semakin sesak.

Tak apa lah...setidak-tidaknya "anak bujang" dah rasa,
hasil masakan yang sebelum ini ingin dicuba,
mungkin...di lain masa ketika kesesakan tiada,
mungkin ketika itu rasa masakannya seperti biasa.

Hmmm......

Keluhan kami sebenarnya sementara sahaja,
~ ada 1 lokasi yang mengembirakan jiwa,
apa+mana tempatnya & bagaimana pula cerita?
hmm...di "Post" akan datang ~ cerita seterusnya.

Sekianlah sebahagian cerita "Catatan Perjalanan II",
~ diharapkan Para Pembaca bersabar seketika,
sambungan tentang kisahnya akan saya usaha,
mungkin esok @ lusa bakal diterbitkan semula.

Akhirkata...kemaafan dimohon atas segala kesilapan,
diharapkan Para Pembaca sudi memaafkan saya,
izinkan saya berehat sebentar & mencari keselesaan,
demi mengembalikan kerehatan pada jiwa & raga.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

No comments: