بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga anda & saya dirahmati Allah,
beroleh ketenangan dalam kehidupan ini,
kekal berusaha mencari erti baroqah,
dalam setiap perkara baik yang dilaksanai...
"Post" ini adalah sambungan & berkaitan,
dengan 4 "Post" yang dihasil sebelum ini iaitu :-,
1) Cara Membuat Lemang ~ kisah terkemudian,
2) Catatan Perjalanan II+ ~ kisah sebelum itu,
3) Catatan Perjalanan II ~ kisah pengenalan,
4) Pra-Catatan Perjalanan II ~ kisah terdahulu.
"Post" ini masih mengekalkan tema yang sama,
"Catatan Perjalanan III" ~ kini akan bermula,
dikutip sewaktu perjalanan pulang ke kediaman,
mungkin kisah tentangnya akan terbahagi dua,
kerana banyak cerita bergambar akan terserta,
diharapkan Para Pembaca sudi ambil makluman.
23/11/2010:-
~~~~~~~~~~~
Pagi ini kami ber 3 akan pulang ke Selangor,
kerana cuti rehat yang diambil tamat hari ini,
setelah sarapan+bermaafan ~ kami pun beransur,
bertolak awal ~ demi mengelak perkara tak diingini.
Sekitar 10.40pagi ~ mula memasuki lebuhraya,
Alhamdulillah ~ cuaca dipersekitaran baik sekali,
kereta dipandu tenang tanpa perlu tergesa-gesa,
~ undang-undang di lebuhraya cuba dipatuhi......
Di kanan-kiri lebuhraya ~ cantik pemandangan,
dengan bukit-bukau & hutan yang menghijau,
tapi disesetengah tempat "kemusnahan"kelihatan,
manusia "meneroka" secara rakus tanpa dipantau.
Di Plaza Tol Simpang Pulai ~ kami keluar,
kerana sebelum ini kami ada buat perancangan,
tapi...kena lihat keadaan & cuaca semasa,
~ ingin ke Cameroon Highlands bersiar-siar,
menambah lagi koleksi kenangan & pengalaman,
mungkin tak menginap sekadar sambil lalu sahaja.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cameroon Hinglands ~ Here We Come !!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mendaki bukit melalui Simpang Pulai ~ selesa,
kerana jalannya agak lebar & kurang bahaya,
kadar kecerunan pendakian pun tidak ketara,
pengendalian kereta ~ secara bertenang sahaja.
Setelah 40minit memandu ~ kami tiba di 1 kawasan,
5 minit dari sempadan negeri Pahang Darul Makmur,
di sini terdapat kawasan rehat luas & tempat berjualan,
makanan+hasil hutan+kraf tangan ~ semua campur.
Setelah berehat sebentar & membeli "Buah Petai",
kami meneruskan perjalanan ke destinasi impian,
jalan masih mendaki bukit belum lagi me"landai",
di kejauhan ~ kabus makin banyak kelihatan.
Di "Green View Garden" sebentar kami berhenti,
~ Ladang+Kilang Coklat+Kedai Cenderahati,
juga "Cafe" semuanya terletak dalam satu lokasi,
"parking" mudah...terletak di jalanraya sebelah kiri.
"Buah Strawberry" segar banyak terdapat di sini,
juga "Buah Anggur Hijau" kelihatan bergantungan,
tanaman "Bunga Gerbera" juga boleh disusuri,
"Buah Passion" pun ada tapi kurang kelihatan !!!
"Jem+Jus+Buah Segar & Coklat" ~ boleh di beli,
untuk di makan atau sebagai cenderahati,
harga "standard" macam di Hyper Market terkini,
bezanya ~ produk di sini "Fresh-Fresh" lagi !!!!
Dari "Green View Garden" kami ke Kampung Raja,
"Cameroon Bharat Plantation+Tea House" disinggahi,
"Key-Chain" sebagai koleksi di beli oleh "anak dara",
kemudian turun ke Ladang Teh bersesi "photography".
Selepas itu kami ingin segera ke Pekan Brincang,
ingin mengisi minyak kereta & mencari makanan,
namun di Kampung Tringkap ~ kami "menyimpang",
meninjau-ninjau & membeli sedikit buah-buahan.
15 minit kemudian di Pekan Brincang kami sampai,
kereta di"parking" & Medan Selera segera ditujui,
di dalam kawasan tersebut terdapat banyak gerai,
pandai-pandailah pilih & ikutlah gerak naluri...
Masakan boleh tahan ~ harga pula berpatutan,
Alhamdulillah ~ rezeki Tuhan tiada bandingan,
~ hilang lapar+fikiran lapang+dapat berjalan,
kemudian melihat-lihat kawasan sekitar Pekan.
Di Pekan Brincang ~ banyak "Hotel" ada di sini,
lebih dari 10 dalam kawasan 0.5 Kilometer Persegi,
harga serendah RM48 ~ itulah yang dipromosi,
tak tahulah dah masuk "Tax" atau belum lagi !!!
Rasa-rasanya...dah panjang sangat dah cerita ini,
hmmm...mungkin sesuai saya "rehat"kan sebentar,
"Catatan Perjalanan III" akan bersambung lagi,
di "Post" seterusnya ~ harap anda dapat bersabar...
Insya`Allah...kita bakal bertemu kembali,
sebelum terlupa ~ maafkan jika ada kesilapan,
jika saya ter"alpa" ketika menulis coretan ini,
manusia mana yang tidak lakukan kesalahan?,
sudi-sudilah memaafkan dengan seikhlas hati,
~ agar jiwa kita mudah beroleh hidayah Tuhan.
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment