بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah ~ kesempatan datang kembali,
kisah "M.A.H.A.2010 ~ 2" kini diteruskan,
semoga kita semua kekal dirahmati Ilahi,
berbahagia dengan rahmat Islam & keimanan.
05/12/2010 :-
~~~~~~~~~~~~~~~
Sebenarnya pagi itu ~ ada jemputan ke kenduri kahwin,
kat Kuang ~ majlis perkahwinan anak saudara sepupu,
sebab jemputannya bersahaja ~ kami buat "planing" lain,
anda dah tahukan!, "ssyyhh"~ diam tau...jangan bagitau !!!
Pagi tu masa nak ke "M.A.H.A" jalan agak sesak,
ada accident kot ~ anggapan pertama muncul di kepala,
kami pusing ikut jalan lain agar kereta terus bergerak,
hari ni hari terakhir "M.A.H.A" ~ kena sampai segera.
Nak sampai ke "M.A.H.A" pun jalan dah amat sesak,
kereta berbaris panjang & makin bertambah juga,
kenderaan bergerak perlahan macam kena merangkak,
jarak cuma 1 KM dari pintu U.P.M ke "parking kereta",
tapi ambil masa hampir 1/2 jam ~ tak boleh nak elak,
alahaiii....janganlah habis minyak ~ saya terus berdoa......
Selepas kereta di"parking" di tempat biasa,
kami naik bas yang telah sedia menunggu,
muatan bas diisi hingga padat sepenuhnya,
bas pun mula bergerak tapi dah kurang laju,
kerana kenderaan semakin sesak di jalanraya
sampai destinasi ~ tambah 2-3 minit dari dahulu.
Pada 03/12/2010 seramai 287,000 pengunjung
hari ini sejumlah 384,000 ~ tambah 97,000 orang,
pengunjung makin ramai & berbondong-bondong,
tapi belumlah sesak hingga ruang jalan jadi kurang...
Cuaca cerah & agak panas menjelang tengahari itu,
jualan payung+topi & air minuman memang laku,
para pengunjung makin bertambah & berpusu-pusu,
kami ke gerai buah-buahan tempatan ~ destinasi dituju.
Selepas beli sedikit hasil buah-buahan tempatan,
"Gerai Makanan Popular"~ lokasi tujuan seterusnya
kerana dah hampir tengahari & dah tiba waktu makan,
kami meninjau-ninjau juadah masakan yang akan dicuba.
Ada peniaga "Gerai Makanan Popular" ber"testimoni",
di surat khabar cerita & gambar mereka ada terpampang,
ini mendorong pengunjung seperti saya untuk merasai,
"sedap+unik" kah ?~ rasa masakan @ cerita "gebang"...
Kelmarin kami rasa "Laksa Sarawak+Dim Sum+Cendol",
kali ini nak cuba pula "Sate Tulang+Mee Bandung Muar",
Nasi+"Puyuh Masak Lemak+Ikan Patin Masak Tempoyak",
pengunjung makin ramai tapi tidaklah sampai menyenggol,
ada yang masih tercari-cari ~ ada yang macam bersiar-siar,
tapi kerusi+meja jarang kosong ~ pengunjung dah banyak.
Apa komen saya tentang masakan-masakan tersebut?
"Laksa Sarawak" ~ masakan di "Laksa Shack" lagi sedap,
"Dim Sum" ~ lebih kurang macam "Yong Tau Fu"rasanya,
"Cendol" ~ alahaiii...santan cair + cendol sedikit berbau,
"Sate Tulang" ~ siksa gigi waktu mengunyahnya di mulut,
"Mee Bandung Muar" ~ "special"nya tak seperti diharap,
"Puyuh Masak Lemak Cili Api" ~ memang "best" terasa,
"Ikan Patin Masak Tempoyak" ~ juga sedap & wauuu !!!
Selepas makan ~ kenalah berjalan-jalan sebentar,
agar metabolisma badan dapat dilipat-gandakan,
biar lemak-lemak di dalam badan segera terbakar,
maka kami ke "AgroBazaar" di tingkat atas bangunan.
Beberapa "badut" ditugaskan menghiburkan kanak-kanak,
dengan kemahiran membentuk belon sebagai tarikan,
jelas mereka sedikit terleka+gembira tergelak-gelak,
~ dapat belon percuma yang boleh dibuat mainan.
Pengunjung makin ramai & bertambah-tambah pula,
"escalator"kini dikelola oleh petugas yang dilantik,
macam lampu isyarat lalu lintas pula ~ fungsi mereka,
agar perjalanan pengunjung jadi tersusun & cantik.
Dewan Pameran A+B+C+D ~ kami lawat kembali,
kerana ada beberapa pameran yang dulu tiada kini ada,
juga nak makan "simple makanan" percuma sekali lagi,
di hari terakhir ~ banyak peniaga nak cari modal semula.
Banyak tu jika hendak diceritakan aktiviti di 4 dewan,
bagi mudahkan Para Pembaca mendapat pemahaman,
maka di sini pelbagai gambar ~ ada saya sertakan,
semoga cerita+gambar tersebut akan dihubung-kaitkan.
Pengunjung makin bertabah menjelang petang,
ada yang menuju ke 4 dewan ~ mencari lokasi,
ada yang beratur panjang ingin ke Ladang,
tak kurang juga ke Pasar Tani membeli "itu & ini".
Kami kemudiannya turun semula ke Pasar Tani,
setelah meninjau-ninjau di ke 4 - 4 dewan tersebut,
beli sejenis barang untuk "anak dara" buat koleksi,
kemudian naik bas+ke"parking kereta"+terus "cabut".
Di Masjid U.P.M ~ singgah menunaikan Sholat Zohor,
kemudian kami terus balik menghala ke Putrajaya,
sampai sahaja di rumah ~ mandi+Sholat Asar+tidur,
Alhamdulillah...tertunailah sudah hajat yang dicita.
Maka......
Tersempurna kini cerita tentang "M.A.H.A. 2010",
semoga ada informasi berguna dapat disampaikan,
mungkin selepas ini saya ingin berehat sebentar,
kerana dah agak penat hasilkan pelbagai nukilan,
sebarang kesalahan ~ saya menyusun jari sepuluh,
maafkanlah saya jika terdapat banyak kesalahan,
dan jika ada kemarahan terpendam usahlah dibiar,
sudi maafkanlah saya kembali dengan keikhlasan...
Sekian+Terima kasih+Wassallam.
2 comments:
wah..dah ada gambar skang..baru lah menarik...ish,bestnya pergi maha...mira pun nak pergi tp x leh sbb ada SPM
;(
Insya`Allah ~ lagi 2tahun pameran M.A.H.A akan diadakan di lokasi yg sama...kalau berpeluang nanti ajaklah keluarga melihat-lihat pameran itu nanti.Tak palah...Exam SPM tu lagi utama ~ demi membantu kerjaya & kejayaan masa hadapan.Terima kasih sudi jengah blog Abg 4Z.
Post a Comment