Monday, December 13, 2010

Kisah Pada 27/11/2010...

بسم الله الرحمن الرحيم ~ coretan dimulakan,
semoga kita sentiasa dibimbing Allah,
ke arah jalan diredhai & penuh keberkatan,
semasa hidup di dunia & sebelum ternoktah.

Seperti yang diimpikan semalam,
hari ini disempurnakan kisah 27/11/2010***,
harap dibaca perlahan-lahan agar mudah faham,
kerana ada beberapa perkara ingin disentuh.

Selepas ke kenduri kahwin anak "seorang kaya",
kami bertiga kemudiannya ke "Bandar Di-Raja",
menziarah 1 keluarga berpangkat anak saudara,
yang baru dikurniakan Allah ~ seorang cahaya mata.

"Ibrahim" ~ nama istimewa pilihan suami-isteri,
anak ke 2 dalam perkongsian hidup mereka berdua,
kehadirannya dijangka akan menambahkan seri,
kini mereka telah memiliki sepasang cahaya mata.

Nama di pilih sempena nama sebuah Surah,
dalam Al~Quran ianya nama Surah yang ke 14,
mungkin dipilih agar bayi tersebut dirahmati Allah,
sempena kisah pengorbanan Nabi yang tak terbatas...

Alhamdulillah ~ nama bayi sempena nama Nabi Allah,
Insya`Allah ~ semoga "dia" bakal beroleh baroqah,
semoga perjalanan hidupnya di dunia kelak dipermudah,
menjadi penolong IbuBapa di Akhirat di kala gundah.

Selepas menziarah pasangan keluarga yang berbahagia,
selepas berkongsi cerita dengan kedua IbuBapa mereka,
selepas menunaikan Sholat Asar ~ kami meminta diri,
kerana saya berhasrat menyempurnakan niat "anak dara",
yang tempoh hari saya tidak dapat sempurnakannya,
iaitu membawa dia jalan-jalan melihat "keunikan" di I-City.





Selepas meninjau lokasi ~ kami ke Giant Supermarket,
sejak petang "tahan perut" ~ isteri nak makan di sini,
walaupun masa menziarah tadi ~ "Nasi Ayam" di"offer"i,
kerana dia teringin makan "Mee Sizzling Hot Plate",
maka...saya cuba menyempurnakan hajat si isteri,
baru "fair+square" ~ hajat mereka berdua bakal dipenuhi.




Kami berSholat Maghrib di Masjid Negeri Shah Alam,
Masya`Allah ~ ramainya penggunjung malam ini,
mungkin di hujung minggu di sini banyak program,
~ ada ceramah agama & pelbagai aktiviti berjual-beli.


Alhamdulillah ~ setelah sempurna menunaikan Sholat,
kami menuju ke I-City ~ 1 destinasi pelancongan baru,
dengan mengikut panduan ~ kami sampai ke matlamat,
kena "caj" RM 10/- bagi 1 kereta masuk di malam minggu.



Mak Oii...ramainya manusia di malam-malam begini,
petang tadi masa meninjau ~ tak ada penggunjung lagi,
pelbagai bangsa & lapisan masyarakat kelihatan di sini,
tapi senang cakap ~ "orang melayu"- lah yang majoriti !!!

Mungkin ramai penggunjung teruja untuk datang,
kerana mungkin mendengar cerita dari ramai orang,
termasuklah kami bertiga ~ ingin turut merasainya,
apakah tarikan istimewa yang disebut berulang-ulang,
hebat benarkah ? atau sekadar cerita temberang ?,
setelah mengalaminya barulah kami tahu ~ biasa sahaja.


Ada beberapa kedai menjual "produk" bertema cahaya,
juga sebuah kedai makan+minum ringan boleh didapati,
mungkin kesesuaiannya mengikut permintaan semasa,
~ perlu ada "produk sampingan" untuk mengimbangi.

Mungkin baru beberapa "fasa"pembangunan telah sempurna,
mengikut perancangan tahun 2015 ~ "complete" semua,
maka...yang didapati kini hanyalah sebahagiannya saja,
tapi "pelancongan malam berkonsep cahaya" dah bermula.

Saya tak nak cerita tujuan & perancangan I-City di bina,
sekadar nak bercerita pengalaman yang dikutip di sini,
kerana hal-hal "kompleks" tu ~ bukan urusan saya,
kerana kami datang ke sini pun sekadar nak mengetahui.




Keunikan limpahan cahaya LED terfokus di 2 lokasi,
lokasi 1 ~ di City Park & di City Walk ~ lokasi ke 2,
bangunan+pepohon+arca binatang dipamerkan di sini,
berwarna-warni ~ melihat boleh tapi perlu beringat juga.





Sebuah "Skrin TV" besar diletakkan di tengah taman,
tapi kurang menjadi tumpuan ~ penggunjung sibuk,
~ bergambar & kerenah anak-anak perlu di layan,
selepas 2 jam ~ kami pun pulang kerana dah ngantuk !!!

Hmmm......

Sebelum terlupa ~ beberapa pesanan ikhlas dari saya,
kalau ke I-City ~ sediakanlah duit banyak sikit,
kerana permainan berasas cahaya banyak dijual di sana,
kalau tak dapat beli ~ takut anak kecil akan menjerit-jerit.

Bawalah juga botol air minuman & makanan ringan,
agar kebersihannya & kehalalannya tidak dikhuatiri,
sambil jalan kalau letih boleh merehatkan kepenatan,
dan masa kita pun tak terbuang melepak di 1 lokasi.


Awas...kerana ada "dakyah sonsang" cuba dimeresapi,
"cekak kepala bercahaya" ala Tanduk Syaitan ada di jaja,
"gaya telingga Arnab" ~ "maskot playboy" ada didapati,
" bentuk ribbon Snow White" banyak kedapatan juga,
peringatan untuk Orang Islam kerana perlu berhati-hati,
supaya kita sentiasa beringat walaupun untuk suka-suka.

Ada Struktur Ukiran yang agak tak bersesuaian,
lebih condong pada amalan & kemegahan anutan lain,
maka...bersantai & melihat ~ jangan dalam kelalaian,
agar akidah kita tidak mudah untuk dipermain-main...

Serta......

Kalau bersantai bersama keluarga di sini berwaspadalah,
kalau bawa "bayi" & "anak kecil" perlu berhati-hati,
di waktu malam & tempat begini banyak perkara misteri,
kerana Jin & Syaitan pada waktu begini mula melangkah,
mencari "rezeki & makanan "selepas tidur di siang hari,
dari kalangan yang "kecil+dewasa+perempuan+lelaki",
~ sebagaimana yang telah di pesan oleh Rasulullah,
melalui sebuah Hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari,
yang maksudnya seperti paparan di bawah ini:-

"Apabila kamu menghadapi malam
atau kamu telah berada di sebahagian malam

maka tahanlah anak-anak mu

kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu

dan apabila berlalu sesuatu ketika malam

maka tahanlah mereka

dan tutuplah pintu-pintu rumahmu
serta sebutlah nama
Allah,
padamkan lampu-lampu mu

serta sebutlah nama
Allah,
ikatlah minuman mu
serta sebutlah nama
Allah
dan tutuplah sisa makanan mu

serta sebutlah nama
Allah ( ketika menutupnya )"

Adapun......




Sekadar datang melihat suasana unik di sini ~ OK-lah,
namun...beringat-ingatlah ~ ia hanya ciptaan manusia,
kerana keindahan kejadian & ketulenan ~ milik Allah,
janganlah terlalu bermegah dengan keunikan sementara.

Mungkinkah.......


Anda lihat "I-City" ~ saya pula lihat macam "I SEE "+",
mungkin 3 huruf " I-C-T "@ mungkin ia seruan "Ai! Siti ",
tapi sebagai seorang dewasa ~ anda fikirkanlah sendiri,
manusiakan punya "fatwa" tersendiri+berbeza persepsi...

Akhirnya......



Dalam perjalanan pulang ~ singgah di Restoran Pilihan,
"order" sikit makanan untuk dikongsikan bertiga,
maklumlah...lapar pula selepas penat berjalan-jalan,
Alhamdulillah...ada rezeki dari Allah untuk kami rasa.

Selesai sudah kisah pada 27/11/2010 yang lepas,
Insya`Allah ~ cerita "MAHA 2010" menyusul tiba,
salah & silap ~ saya mohon kemaafan secara ikhlas,
kerana saya hanya menyuarakan apa yang saya rasa,
tanpa bermaksud mempengaruhi @ mahu menjejas,
akan kematangan & pertimbangan diri anda semua.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

2 comments:

ellyWong said...

ameen ameen ameen... hehehe

nasib baru lepas lunch. kalau tak ada yg nak suruh ummi gi beli kat kedai skang jugak. huuuhu

n betul sgt2 tu. mmg takleh lalaikan. even while watching tv pun. katun budak2. parents kena ajar them value. apa yg betul apa yg tak betul..

nice one pak ngah. ;)

4zee2 said...

Nak minta ummi beli apa? "Mee Sizzling Hot
plate" ke @ "Nasi Goreng USA"+"Sup Ekor"?

Ya betul...Pemantauan & tunjuk ajar yg baik dr IbuBapa terhadap anak-anak mereka haruslah sentiasa
diutamakan.

Tahniah !!!