Thursday, December 30, 2010
2 Hand-Phone Baru...
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ keizinan Allah datang semula,
setelah 10 hari merehatkan diri,
semoga kita dirahmati Yang Maha Esa,
berbahagia di dunia & kelak di akhirat nanti.
Hari ini saya nak cerita secara ringkas,
kisah tentang 2 Hand-Phone baru,
1 ~ canggih serta punya fungsi khas,
1 ~ biasa aje...janji boleh guna selalu.
Yang canggih tu milik "anak bujang",
hahaha...milik saya ~ yang "sempoi" tu,
"anak bujang" punya ~ nak beli kena fikir panjang,
dah lama dia teringin nak beli Hand-Phone baru.
Kenapa "anak bujang" kena berfikir panjang?
untuk Hand-Phone 5800 ~ dia guna duit sendiri,
saya hanya membantu & memberi peransang,
agar dia gembira & tidak silap membeli.
Dulu Nokia Daun ~ Hand-Phone kesayangan,
Hand-Phone 5800 XpressMusic ~ kini mengganti,
semalam ~ 4 kedai kami pusing cari yang berkenan,
akhirnya "produk" didapati melebihi "ekpektasi".
Nak cari baik sikit tapi dapat yang canggih,
itu yang untungnya jalan-jalan selidik dulu,
"anak bujang" tersenyum & tambah tersenggih,
cari model 5530 tapi dapat model 5800 pula tu.
Memory Card 8 Gig+3G+GPS+Wifi ~ bonus "exstra",
cuma tambah RM60/- dari harga model 5530 tu,
memang berbaloi dia beli model 5800 ~ kini terasa,
tak perlu pening kepala atau terlebih perasaan ragu.
Alhamdulillah ~ kini "anak bujang" bertambah ceria,
bila Hand-Phone beliau dah setanding rakan sebaya,
Ok lah tu...yang penting dia dah dapat apa yang di cita,
lepas ini dia tak payah fikir hal Hand-Phone ~ saya kira.
Manakala......
Hand-Phone saya?...model C1 ~ model biasa sahaja,
hanya untuk "call"+SMS+Radio ~ itu yang dikehendak,
malaslah beli yang canggih ~ kerana dah pernah rasa,
asyik rosak aje kerana sering digunakan secara lasak.
Bezakan?...jika dibandingkan Hand-Phone kami berdua,
tapi...yang penting ~ fungsi utamanya semua ada,
tak kisahlah "anak bujang" punya canggih dari saya,
~ sesuailah dengan perkembangan semasa & usianya.
Janji ada Hand-Phone ~ itu lah yang paling utama,
kerana Hand-Phone kini keperluan memaksa,
~ agar senang untuk orang ramai menghubungi kita,
memudahkan perkongsian cerita & penyampaian berita.
Sekianlah dulu cerita ringkas dari saya,
maaflah ~ cerita santai sahaja untuk tatapan semua,
Insya`Allah...kita bakal dipertemukan semula,
di lain coretan+di lain kesempatan & di lain ketika.
Sekian+Terima kasih+Wassallam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment