بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah merahmati kita semua,
berbahagia hidup di dunia serta kelak akhirat,
dipermudahkan segala amal kebajikan diusaha,
~ berterusan+berlipat-ganda+beroleh berkat...
Insya`Allah.....
Hari ini ~ Hari Rabu bersamaan 9 Muharram,
esok ~ Hari Khamis bersamaan 10 Muharram,
mahukan Para Pembaca seagama menambah "saham"?,
berusaha mencari pahala sebelum di angkat "kalam"?.
Maka......
Jom kita baca penerangan di bawah,
semoga kita berjaya menghayatinya serta faham,
dan berusaha agar pahala kita bertambah,
sebagaimana yang disabdakan Rasullullah s.a.w.
Puasa Pada Bulan Muharram :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daripada Abi Hurairah r.a katanya,
telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya:
"Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah
puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram
dan seafdal-afdal sholat selepas sholat fardu
ialah sholat malam." ( Riwayat Muslim )
Daripada Ibu `Abbas r.a katanya,
telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya:
"Sesiapa berpuasa pada hari `Arafah
nescaya terhapus dosanya 2 tahun
dan sesiapa berpuasa 1 hari daripada bulan Muharram
maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari,"
( Dikeluarkan oleh Al-Tabrani )
Puasa Hari Tasu`a @ 9 Muharram :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ia disunatkan,
namun Rasullullah s.a.w belum sempat mengerjakannya,
bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan,
maka aku akan berpuasa pada hari ke 9 @ 9 Muharram."
( Riwayat Ahmad & Muslim )
Puasa Pada Hari `Asyura @ 10 Muharram :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daripada Ibn Abbas r.a:
"Bahawa Rasullullah s.a.w. berpuasa pada hari `Asyura
dan memerintahkan agar berpuasa padanya".
( Riwayat Al-Bukhari & Muslim dalam sahih mereka )
Daripada Abu Qatadah r.a:
bahawasanya Rasullullah telah ditanya
mengenai puasa di Hari `Asyura @ 10 Muharram
maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:
"Ia menghapus dosa setahun yang lalu." ( Riwayat Muslim )
PERINGATAN
~~~~~~~~~~~~~~~~
Puasa sunat pada hari ke 10 Muharram
hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya
iaitu pada hari ke 9 atau dengan hari selepasnya
( yakni hari ke 11 ) dan lebih baik lagi dikerjakan
3 hari berturut-turut iaitu hari ke 9,ke 10 & ke 11.
Jika ditunggalkan ~ hanya pada 10 Muharram sahaja
maka hukumnya adalah makruh
kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Berpuasalah pada hari `Asyura @ 10 Muharram
dan janganlah menyamai perbuatan orang Yahudi;
oleh itu berpuasalah sehari sebelum & sehari sesudahnya."
( Riwayat Imam Ahmad )
Doa Di Hari `Asyura @ 10 Muharram :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terjemahannya:
"Telah cukuplah ALLAH sebagai penjaga
dan sebaik-baik wakil,
sebaik-baik pengawal
dan sebaik-baik penolong,
Maha Suci ALLAH yang memenuhi
timbangan penamat pengetahuan,
kemuncak keredhaan
dan hiasan Arasy,
tidak ada arah tuju
dan tempat tuju daripada ALLAH
kecuali hanya kepada
dan daripada-Nya ( ALLAH )."
(Rujukan : Ab. Latiff Muda
Senjata rahsia orang mukmin: doa,penawar & zikir
ISBN 967-86-0212-1
1. Islam-Prayer-books and devotions. 2. Zikir. I. Judul
297.3824
Diterbitkan oleh : Karya Bistari Sdn Bhd.~ 2003 )
Akhirnya......
Marilah kita merebut sebarang peluang yang tiba,
dalam usaha untuk mendampingi-Nya semata-mata,
semoga Allah merahmati & mempermudahkan kita,
berusaha menjadi hamba yang kekal taat pada-Nya.
Insya`Allah......
Sekian dulu sedikit perkongsian ilmu & pengharapan,
Insya`Allah ~ kita bakal dipertemukan kembali,
"Kisah MAHA 2010" ~ akan saya cuba usahakan,
dan...jika tersalah+tersilap kata ~ maafkanlah diri ini.
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment