بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat Tahun Baru Hijrah 1432 diucapkan,
semoga ketibaannya Allah sertakan keberkatan ,
diampunkan dosa kita & di beri-Nya bimbingan,
untuk terus mencari kebahagian di sisi Tuhan.
"Catatan Perjalanan III" disambung kembali,
yang sepatutnya disertakan semalam lagi,
tapi "Post" bertajuk "Berdoalah" perlu didahului,
bagi mengutamakan "peringatan" sesama insani.
23/11/2010 ~ sambungan :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setelah meninjau sebentar Pekan Brincang,
kami segera turun ke Pekan Tanah Rata,
Agensi Kerajaan dilokasikan di sini & terancang,
terdapat juga sebuah Taman berkeluasan sederhana.
Kerana Taman ini pernah dikunjungi,
kami pun bersiar-siar sebentar sahaja,
selepas bergambar ~ perjalanan disambungi,
kena turun segera sebelum lewat petang tiba.
Dari ketinggian lebih dari 5 ribu kaki,
kereta mula menuruni jalan berbengkang-bengkok,
darjah kecerunan menurun mula dirasai,
kereta dikendalikan berwaspada ~ bukan berseronok !!!
Dalam perjalanan menuruni Tanah Rata,
kami singgah sebentar di Cameroon Valley Tea House,
1 lagi "property" milik Ladang Cameroon Bharat,
lokasi kali ini jauh lebih cantik dari di Kampung Raja,
singgah kat sini bukan kerana lapar atau haus,
tapi nak beli produk teh istimewa sambil beristirehat...
Masya`Allah ~ indah sungguh alam ciptaan Tuhan,
makin bermakna jika manusia pandai mengurusnya,
cantik & menawan bila lihat Ladang Teh di kejauhan,
lihatlah gambar-gambar yang diserta jika tak percaya !!!
Di sini disediakan "cafe" serta kedai serbaneka,
berbagai produk teh & cenderahati ada dijual di sini,
~ saya yang tak arif tentang teh jadi terpinga-pinga,
rupanya teh keluaran syarikat ini penuh bervariasi......
"Premium Gold"+Breakfast Tea+Afternoon Tea",
"1st gred & 2nd gred+Flavoured Fruit Teas" pun ada,
mutu & rasa setiap teh amat berbeza ~ dah pasti,
bila dah beli & rasa ~ jelas terasa perbezaannya......
Setelah melihat-lihat keindahan Ladang Teh,
dan membeli produk teh untuk keperluan sendiri,
kami teruskan perjalanan tapi rasa sedikit letih,
maklumlah asyik memandu+berjalan sejak pagi !!!
Menuruni bukit menuju ke Tapah agak bahaya,
jalannya bengkang-bengkok+sempit ~ jelas ketara,
di kanan jalan ~ bukit: di kiri jalan ~ gaung+jurang,
ada lebar jalan hanya cukup untuk 2~3 kereta,
itu sebabnya kalau memandu malam ~ bahaya,
maka jangan saja-saja bahaya sengaja diundang !!!!
Penempatan Orang Asli banyak kelihatan,
di atas+di pinggir+di bawah lereng bukit pun ada,
menjual hasil hutan di pinggir-pinggir bahu jalan,
dah pandai berniaga & ada yang "demand" juga !!!
Kami singgah sebentar Hutan Lipur Lata Iskandar,
terdapat kedai menjual hasil hutan & kraftangan,
gerai-gerai makanan juga ada ~ kecil tak besar,
tandas & tempat Sholat juga ada disediakan.
Hutan Lipur Lata Iskandar ~ 1 kawasan perkelahan,
suasananya nyaman & cantik juga pemandangan,
dulu pernah mandi sekali ~ sejuk & segar airnya,
namun ada papan kenyataan memberi amaran,
~ jangan mandi-manda di air terjun ketika hujan,
kerana dikhuatiri arus deras mendatangkan bahaya.
Gambar ini menunjukkan sejenis buah hutan,
namanya "Buah Tampoi" seakan "Buah Sentul",
isinya manis+masam+rasa berminyak ~ 1 kelainan,
kalau tak tahu harga ~ peniaga "tekan betul" !!!
Kami tak beli apa-apa pun barang kraftangan,
cuma beli sedikit makanan untuk "alas perut",
kemudian perjalanan kembali diteruskan,
hujan mula turun tapi belum lebat atau ribut.
Menjelang jam 5.00petang kami dah sampai,
ke Kampung Pahang Tapah yang ada kemudahan,
di Masjid tersebut ~ sholat Jamak+Qasar ditunai,
mensyukuri nikmat yang dianugerahkan Tuhan.
Kami terus menghala ke Plaza Tol Tapah,
hanya 10 minit sahaja dari Masjid yang disinggah,
lebuhraya dimasuki & hujan mula mencurah,
~ lebat & berserta angin menerjah-nerjah......
Alhamdulillah ~ percaturan kami jelas berjaya,
turun dari Cameroon Highlands sesuai masanya,
Alhamdulillah ~ dengan izin Yang Maha Esa,
akhirnya apa yang dihajati telah pun tersempurna.
Dan...kami teruskan perjalanan balik ke rumah,
membawa bersama pelbagai kenangan bermakna,
kini...kisah "Catatan Perjalanan III" berakhir sudah,
semoga ada ilmu berfaedah dapat dikongsi bersama.
Panjang sudah saya melakarkan cerita,
kini...izinkan saya berehat untuk seketika,
sebarang kesalahan diri ini usahlah di"cerca",
semoga sudi maafkanlah saya seikhlas rasa.
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment