Monday, December 6, 2010

Berdoalah......

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله~ hanya pada Allah segala puji-pujian,
semoga kita umat Islam ~ Allah kekal merahmati ,
~ dengan cahaya keimanan dan ketakwaan,
semoga hanya pada-Nya kita memperhambakan diri.

Saya cuba mengingatkan diri & keluarga,
juga kepada Para Pembaca yang seagama,
berdoalah ~ esok 1 Muharam 1432 Hijrah akan tiba,
agar kita beroleh keampunan & hidayah dari-Nya.

"Doa Akhir Tahun" mempunyai fadhilat tertentu,
di baca di akhir waktu Asar pada akhir bulan Zulhijjah,
~ dalam setahun ini syaitan tidak dapat mengganggu,
~ pembaca diampun dosanya pada tahun itu oleh Allah.

Terjemahan "Doa Akhir Tahun Hijrah":-

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Rahmat Allah
ke atas penghulu kita ~ Nabi Muhammad s.a.w,
dan ke atas keluarganya & para sahabatnya & kesejahteraan.
Wahai TUHAN ! Apa yang aku telah lakukan pada tahun ini
daripada apa yang ENGKAU tegah aku daripada melakukannya,
namun aku tidak sempat bertaubat daripadanya
dan ENGKAU tidak meredainya
dan ENGKAU tidak melupainya,
dan Maha Penyayang ENGKAU terhadapku
selepas kuasa Engkau mengenakan azab atasku
dan ENGKAU mengajak aku agar bertaubat daripadanya (dosa)
selepas keterlanjuranku melakukan maksiat terhadap ENGKAU.
Sesungguhnya daku beristighfar kepada ENGKAU,
maka ampunilah daku.
Dan apa yang aku telah lakukan padanya (tahun ini) daripada
apa yang ENGKAU redhai dan yang ENGKAU janjikan
kepadaku dengan ganjaran pahala,
maka aku pohon daripada ENGKAU.
Ya ALLAH,ya TUHAN,Wahai TUHAN yang Maha Tinggi
dan Maha MULIA ! Yang memiliki ketinggian & kemuliaan,
terimalah ia (amal) daripadaku & janganlah ENGKAU
putuskan harapanku (untuk mendapat rahmat) daripada
ENGKAU ~ wahai TUHAN yang Maha Mulia.
Dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w
dan ke atas ahli keluarga Baginda & sahabatnya & kesejahteraan."

Dan......

"Doa Awal Tahun" juga mempunyai fadhilat tersendiri,
di baca selepas Sholat Maghrib pada malam 1 Muharam,
~ apa yang tinggal daripada umurnya pada tahun ini -
akan aman daripada gangguan syaitan yang direjam,
~ Allah telah mewakilkan 2 malaikat supaya melindungi,
pembaca doa daripada fitnah syaitan & akan tenteram.

Terjemahan "Doa Awal Tahun Hijrah":-

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Rahmat Allah ke atas penghulu kita ~ Nabi Muhammad s.a.w,
dan ke atas keluarganya & para sahabatnya & kesejahteraan.
Wahai TUHAN ! ENGKAUlah yang Maha Kekal,
Sediakala
,Pertama.
Dan dengan kelebihan ENGKAU yang Maha Besar
dan dengan kekuasaan ENGKAU.
Dan ini adalah Tahun Baru,sesungguhnya kami panjatkan
kepada ENGKAU untuk mohon perlindungan
padanya (tahun ini) daripada syaitan serta konco-konconya
dan segala tenteranya.
Dan mohon pertolongan (daripada ENGKAU) terhadap nafsu
yang mengarah serta menyuruh ke arah kejahatan,
dan mohon (pertolongan ENGKAU) sentiasa sibuk
dengan apa yang dapat mendekatkan diri kepada ENGKAU
dengan sedamping-dampingnya.
Wahai TUHAN yang Maha Tinggi dan Maha Mulia.
Wahai TUHAN yang Maha Penyayang,
dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w
dan ke atas ahli keluarga Baginda & sahabatnya & kesejahteraan."

Akhirkata ~ semoga kita beroleh fadhilat,
sebagaimana yang telah dicatatkan tadi,
hidup kekal beroleh rahmat & berkat,
dibimbing ke arah jalan yang diredhai Ilahi.

Insya`Allah......

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

No comments: