Sunday, December 19, 2010

Kisah M.A.H.A.2010 ~ 1 ...

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga kita beroleh taufik & hidayah dari Ilahi,
berbahagia hidup di sini & kelak di akhirat nanti,
Alhamdullillah ~ kesempatan datang kembali,
kini kisah "M.A.H.A.2010 ~ 1" akan saya coreti,
seperti yang diimpi & menyempurnakan janji,
mencatatkan 1 "perjalanan hidup" yang dilalui,
sebagai perkongsian ilmu sesama insani,
maaf..lambat ~ didahului 2 "post" sebelum ini.

Sebenarnya ~ "M.A.H.A.2010" ada 2 kisah,
jadi saya akan ceritakan satu persatu,
agar Para Pembaca tak "pening" & rasa susah,
banyak gambar jika digabungkan 2 cerita jadi 1.

"M.A.H.A.2010" berlangsung selama 10 hari,
dari 26 November ~ 5 Disember yang baru-baru ini,
"M.A.H.A.2010" adalah singkatan bermaksud begini:,
Malaysia Agriculture Horticulture & Agrotourism,
acara & pameran hanya diadakan 2 tahun sekali,
~ mempamerkan produk ternakan & hasil tani,
produk hiliran+makanan & aktiviti berjual-beli,
~ penerangan serba ringkas agar anda mudah faham.

Kami bertiga mengunjunginya sebanyak 2 kali,
1 ~ pada 03/12/2010 & 05/12/2010 ~ yang 2,
kali 1 pergi ~ saja nak tahu keadaan & lokasi,
kali ke 2 pula ~ nak jalan & ada produk nak di rasa.


03/12/2010 :-
~~~~~~~~~~~~~~~

Selepas Sholat Jumaat ~ kami menuju ke destinasi,
pameran "MA.H.A.2010"diadakan di U.P.M. Serdang,
pameran bukan setempat tapi dibeberapa lokasi,
kalau nak tengok semua ~ alamatlah "kaki goyang" !!!



Bagi kelancaran perjalanan & mengelakkan kesesakan,
"Parking Kereta" setempat memang telah diadakan,
sekali kemasukan ~ RM 3/- "caj" yang dikenakan,
dari tempat "Parking Kereta" ke tempat pameran,
perkhidmatan bas percuma telah disediakan,
mengambil masa 8 ~ 10 minit untuk 1 kali perjalanan.


Hari Jumaat itu ~ bilangan pengunjung tidaklah sesak,
jalan pun masih boleh "lenggang-lenggang kangkung",
hari ini sahaja sejumlah 287,000 keseluruhan pengunjung,
mungkin minat pengunjung datang di waktu kemuncak,
dijangkakan Hari Sabtu & Ahad ~ pasti ramai pengunjung,
kerana waktu itu banyak produk bakal di jual secara lelong.


Kami bertiga hanya bertumpu di sekitar 1 lokasi setempat,
1 ~ tempat terbuka ~ gerai Jualan Benih Pokok+Pasar Tani,
2 ~ dewan tertutup ~ Tempat Pameran & Produk Hiliran,
nak ke Rumah Negeri+Kawasan Perladangan ~ tak sempat,
tambahan pula kami datang petang bukannya seawal pagi,
maka tempat-tempat yang sempat dilawati ~ itulah tujuan.


Tempat Terbuka :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~









Agak banyak gerai Jualan Benih Pokok & Pasar Tani,
pelbagai jenis benih pokok ada dijual di sini & kelihatan,
~ durian+longan+rambutan+aneka limau+delima+cili,
juga pokok bunga+pokok ulam+pokok untuk perhiasan.




Gerai menjual buah-buahan tempatan pun ada,
~ nenas+belimbing+ciku+betik+aneka jambu+nangka,
ada beberapa gerai makanan+minuman telah tersedia,
menjual nasi+lauk-pauk+mee+mee hoon+sup+laksa,
gerai produk hiliran hasil tani banyak kedapatan juga,
menjual kerepek+ubat+rawatan tradisional ~ beraneka !!!





Kami sempat Sholat Asar di Surau yang disediakan,
juga berbual dengan beberapa peniaga yang ambil bahagian,
diberitahu ~ sewa tapak 10 hari ~ ikut luas & penempatan,
~ percuma & dari RM 300 ~ RM 5000 "caj" sewa dikenakan.


Dewan Tertutup :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







Pameran & Produk Hiliran dipamerkan di 4 dewan berbeza,
Dewan A+B+C+D ~ banyaknya tu......penatnya nak jalan,
ada pameran dari Agensi Kerajaan+Swasta+Luar Negara,
ada produk pertanian+hasil lautan+jentera+peralatan.








Ada juga peluang peniagaan "fancias"turut boleh diteroka,
produk makanan milik tempatan juga banyak dipromosikan,
~ kalau tahu...tak perlulah kami makan tadi di gerai terbuka,
perut boleh kenyang cuma rasa "simple" makanan dipromosikan.
( nak cerita tak larat ~ gambar sebagai bukti untuk bantuan )






Selain pameran+promosi produk hiliran di Dewan D,
di bahagian bawah dewan tersebut ada "event" lain,
"Gerai Makanan Popular" ~ masakan unik dari serata negeri,
banyak gerai+aneka makanan & pengunjung ramai kemain !!!






Maaf...tak dapat ambil banyak gambar gerai+makanan,
kerana waktu itu bateri kamera dah semakin kurang,
kami beli sedikit makanan ~ merasai keunikan rasa masakan,
naik ke atas semula ~ tengok pameran secara berulang,
keluar dewan & turun bukit + beli pokok untuk kenangan,
memandangkan hari pun dah malam kami pun pulang....

Insya`Allah......selepas ini ada sambungan,
kisah M.A.H.A. 2010 ~ 2...akan mengikuti,
sebarang salah & silap ~ saya mohon kemaafan,
kita bakal jumpa kembali selepas "post" ini.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

No comments: