Friday, December 3, 2010

Cara Membuat Lemang...

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah memberikan kita hidayah,
dalam meneruskan kehidupan di dunia ini,
berusaha kekal beriman & beristiqamah,
demi mencari bahagia yang diredhai Ilahi.

"Post" ini bertajul "Cara Membuat Lemang",
ilmu+pengalaman ~ diperolehi semasa bercuti,
maaf ya ~ mungkin ceritanya sedikit panjang,
namun...amat bermakna+berguna jika diteliti.


21~ 22/11/2010:-
~~~~~~~~~~~~~~

Anda pernah @ suka makan "Lemang"?
sejenis makanan tradisi yang popular,
sering disajikan ketika Hari Raya diraikan,
ia sedap dimakan bersama "Rendang",
kini...permintaan+minat padanya mula menular,
hingga boleh didapati di luar masa perayaan.

Saya tak reti menyedia & memasak "Lemang",
jika "Ketupat Pulut" ~ saya berpengetahuan,
dulu peluang nak buat "Lemang" amat jarang,
kerana tak pernah belajar apalagi dipraktikan...

Hari Raya Eidul Adha baru berlalu 5 hari,
"Ibu Mertua" ingin memeriahkan suasana,
saya diajak untuk sama-sama "beroperasi",
membuat "Lemang" untuk makan bersama.

Jom...kita lihat bagaimana "Lemang" disediakan...

Bahan-Bahannya :~
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bekas Untuk Memasak.
-------------------------------
Buluh Lemang dikerat mengikut ruas,
dibersihkan+dibasuh+dikeringkan airnya,
paling sesuai ruas buluh yang tebal @ keras,
jika ruas buluh lembut akan bermasalah pula.

Daun Pisang Sebagai Sarung.
-------------------------------------
Kena pilih daun pisang yang agak muda,
agar senang dibuat bentuk gulungan,
mudah pecah kalau guna daun pisang tua,
takut nanti isi "Lemang" bakal berserakan.

Pulut Sebagai Isi Lemang.
----------------------------------
Hasil lebih cantik jika guna pulut mahal sikit,
Orang Berniaga ~ kerap guna pulut biasa,
tak kisahlah...mahal @ murah ~ ikutlah "bajet",
yang penting mesti ada pulut ~ jangan tiada !!!

Santan ~ Bahan Penting.
--------------------------------
Pilihlah pati santan bukan kemancar,
elok jika diperah dari parutan kelapa tua,
pastikan santannya pekat+sentiasa segar,
kerana ianya akan mempengaruhi rasa !!!

Garam Secukup Rasa.
-----------------------------
Garam perlu digaul bersama pati santan,
kacau-kacaulah sehingga yakin sebati,
kemudian...rasa dulu untuk kepastian,
bila dah "ok" ~ tak perlulah susah hati !!!

Tempat Pembakar Lemang.
-----------------------------------
Selalunya Besi Paip akan digunakan,
2 dipacakkan tegak ~ 1 diikat melintang,
1 1/2 kaki paras dari tanah ~ ketinggian,
kalau dapat biar luas & juga panjang......

Bahan Untuk Membakar.
---------------------------------
Dahan pokok kering/kayu @ papan lama,
elakkan dahan pokok/kayu yang basah,
nanti asap banyak ~ memedihkan mata,
takut nanti kerja mudah bertukar payah !!!

Cara-Cara Menyediakannya :~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Daun pisang diasingkan dari pelepah,
"lap" bagi membuangkan segala kekotoran,
ukur buluh pada daun ~ daun lebihkan sikit,
gulung daun gunakan pelepah pisang,
masukkan gulungan daun ke dalam buluh,
buat dengan cermat ~ pastikan daun tak pecah,
pusing-pusingkan pelepah ~ untuk bukaan,
pastikan bukaan gulungan bulat bukan sempit,
pastikan juga gulugan daun ~ tindih bersilang,
tutup buluh ~ elakkan binatang masuk @ jatuh.



Pulut dibasuh & ditoskan ~ isi ke dalah buluh,
buluh diketuk sedikit untuk mampatkan isian,
tinggalkan sedikit ruang antara pulut & buluh,
kadar 2 ~ 3 inci - sukatan yang bersesuaian.



Isi "santan dicampur garam" ke dalam buluh,
buat perlahan-lahan jangan "kelam-kabut"
isi santan ~ tak cukup...santan terus dibubuh,
dan pastikan ia benar-benar menutupi pulut.





Nyalakan api ditempat pembakaran,
susun "buluh lemang" ikut kesuaian,
pastikan nyalaan api berkekalan,
sekali-sekala buluh dipusing-pusingkan.
jika santan surut ~ segera tambahkan,
bila mula mengelegak ~ perlu pengawasan,
buluh dipusing & mula hentak-hentakkan,
dah mula kering ~ api mula diperlahan.


Biarkan ia cukup masak & sebelum diangkat,
buluh dihentak sedikit ~ agar isi pulut mampat,
biarkan ia sejuk sebentar sebelum buluh dikerat,
~ sedap makan panas-panas sambil berehat !!!

Tapi.......

Bagaimana jika isi pulut itu sedikit mentah?
nak buang sayang ~ nak makan tak enak,
hmmm...isi dalam bekas kukus ~ cuba kukuslah,
Insya`Allah ~ isi pulut boleh empuk & masak.

Jom...kita makan dulu ~ "Lemang" dah siap dah !!!

Hmmm......

Itulah pelajaran yang saya dapat ketika bercuti,
~ cara-cara menyediakan+memasak "Lemang",
sedikit ilmu kemahiran hidup untuk diwarisi,
dari "IbuBapa Mertua" yang akan sentiasa dikenang.

Alhamdulillah ~ semoga Allah merahmati mereka,
~ sudi mengajar saya & menambah pengetahuan,
Insya`Allah ~ mereka bakal+akan beroleh pahala,
selagimana ilmu itu kita gunakan demi kebaikan.

Akhirnya...yang sempurna itu milik Allah,
yang serba kurang ~ kita bernama manusia,
~ maafkan saya untuk sebarang silap & salah,
sedari coretan ini bermula hingga ke akhirnya.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

2 comments:

Unknown said...

info yg berguna....raya tahun ni....bolehlah try2 nak buat lemang.....nak jadikan suasana malam raya tu meriah dengan pengisian....seperti memasak lemang...

4zee2 said...

Junaidy Kunak ~ Insya`Allah...