بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ Allah memberi keizinan,
untuk saya melakarkan secebis coretan,
semoga kita semua kekal dirahmati Tuhan
ketika menjalani kehidupan sebagai Insan.
الحمد لله ~ kita masih berkesempatan,
terus menikmati kehidupan di dunia ini,
namun...esok atau lusa masih persoalan,
adakah kita bakal berpeluang kembali ???
Setiap yang bernyawa pastikan merasai mati,
cuma bila & ketikanya ~ adalah teka-teki,
bagaimana caranya ~ dalam ketentuan Ilahi,
kesannya pada kehidupan ~ adalah 1 misteri.
Hmmm......
Pada tarikh hari ini ~ 2 tahun yang lalu,
"Dia" telah kembali ke Rahmatullah,
pergi secara tenang & penuh syahdu,
tanpa banyak halangan mahupun terfitnah.
Semasa hayat"nya" ~ hubungan kami mesra,
kerana "Dia" ~ "Ibu Saudara" kepada Isteri saya,
namun...dengan saya kemesraan itu terzahir juga,
tanpa melanggar batas-batas ketetapan agama.
Mungkin waktu itu "Dia" tiada tempat mengadu,
untuk meluahkan segala yang terbuku di kalbu,
jadi...pada kami dia sering bercerita tanpa ragu,
adakalanya bila mendengarnya kami merasa sayu.
Bagi membantu menambahkan keceriaan"nya",
kami kerap ziarah & menyempurnakan segala hajat,
walaupun...tempoh masa dikongsikan tak lama,
janji "Dia" gembira ~ kami tidak akan rasa "ralat".
Mengembirakan seseorang kena ikut minatnya,
dan "Dia" cukup suka menikmati masakan saya,
adakalanya hasil masakan akan dibawa bersama,
ke tempat kerja ~ dinikmati bersama rakan sekerja.
Kalau menziarahi"nya" ~ kami bawa "buah tangan",
tak mahal mana pun ~ janji yang "Dia" suka,
"Dia" akan menikmatinya dengan senyuman,
makan bersama kami & menceriakan suasana.
Kadang-kadang di pejabat ~ kami menjemput"nya",
~ kelihatan "Dia" amat seronok tak terkira,
adakalanya menghantar "Dia" ke tempat bekerja,
~ senyuman berpanjangan...jelas "Dia" gembira !!!
Kalau dah lama kami tak menziarahi"nya",
"Dia" akan minta anak-anak menghubungi saya,
mungkin rindu @ mungkin ingin berkongsi cerita,
maka selang tak lama ~ kami akan ke rumah"nya".
Kalau "Dia" berjalan-jalan kemana-mana,
sering kali sedikit "buah tangan" akan disimpan,
bila kami berkesempatan datang ke rumah"nya",
pasti "buah tangan" tersebut akan diberikan.
Begitu juga bila kami datang menziarahi"nya",
sewaktu kami hendak balik pasti ada bekalan,
"Dia" bersusah-payah ~ membungkus+menyedia,
jika "Dia" tak sihat ~ pada anak-anak "Dia" berpesan.
Di waktu "Dia" sihat ~ kami ada bersama,
di masa "Dia" sakit ~ kami kerap menemani"nya",
kerana...di kala itu ~ kesempatan sentiasa ada,
dan di saat itu kehadiran kami juga amat di damba.
Maka......
Berbaktilah sesama manusia ketika ada hayatnya,
begitu kepada "beliau"~ usaha yang kami lakukan,
tapi kita boleh berbakti walaupun hayatnya tiada,
dengan hadiahkan "Doa & Bacaan Ayat Al-Quran".
Kini...genap 2 tahun "Dia" kembali ke Rahmatullah,
kami akan tetap ingat akan segala kebaikan"nya",
kepada "Roh-nya" ~ kami sedekahkan "Al-Fatihah",
semoga "Dia" kekal berbahagia di "Alam Sana".
Yang pergi tetap akan pergi,
yang ditinggalkan kini 1 "legasi",
kenangan bersama"nya" akan sentiasa diingati,
semoga kebaikan"nya" akan memberi inspirasi.
Akhirkata ~ sekian sahaja kisah tentang "Dia",
semoga ada pengajaran yang dapat dikongsikan,
segala salah & silap ~ ampun & maaf dipinta,
~ maafkan kekurangan saya dengan keikhlasan.
Sekian+Terima Kasih+Wasallam.,
No comments:
Post a Comment