بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah merahmati kita semuanya,
dengan taufik & hidayah yang berpanjangan,
agar kita berbahagia sentiasa adanya,
dalam kehidupan kini hingga keakhiran.
Hampir 3 hari tiada "Post" disertakan,
sebagai perkongsian ilmu bersama Pembaca,
maaflah ~ dah cuba tapi tidak berkesempatan,
kerana saya "agak" sibuk uruskan hal semasa.
Tengahari tadi ~ ke kenduri kahwin anak kenalan,
semalam tengahari ~ majlis yang sama juga,
malam tadi ~ "majlis berkhatan" anak jiran,
kelmarin ~ hal pejabat perlu tindakan segera.
Dalam "Post" kali ini saya ingin bercerita,
tentang sikap & tingkah-laku segelintir manusia.
yang sering saya alami & fikir-fikirkan juga,
berkaitan "majlis perkahwinan" ~ isu utama.
Perbandingan ~ Kisah Pertama :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
15 hari yang lalu ~ pada tanggal 27/11/2010***,
saya berpeluang ke satu "majlis perkahwinan",
"anak sulung" jiran lama ~ diraikan beria-ia sungguh,
namun...hingga ke hari ini masih menjadi perbualan.
Orangnya kaya & memiliki "aset" yang banyak,
walaupun bukan dari kalangan orang akademik,
~ orang politik+aksi biasa...kelicikan tak nampak,
nampak memang baik tapi pandai main "trick" !!!
Alhamdulillah ~ ada juga orang kita yang senang,
dia ada 4 biji rumah di kawasan perumahan kami,
semuanya bayar "cash" tanpa perlu berhutang,
bagaimana dia cari wang ? ~ fikir-fikirlah sendiri...
Dengan wang & "aset" bernilai Ratusan Ribuan Ringgit,
kita beranggapan ~ "majlis perkahwinan" akan meriah,
tambahan "anak sulung" ~ pasti belanja lebih sedikit,
memang meriah ~ tapi untuk "Tuan Rumah & Penengah".
"Penengah" dibekalkan "sut pakaian" sedondon,
mungkin ditempah khas agar majlis nampak berseri,
tapi...kelihatannya mereka lebih banyak jadi penonton,
bukan meraikan tetamu-tetamu yang mengunjungi.
Keadaan+susun atur meja & set buffet kelam-kabut,
makanan yang dihidangkan ~ sederhana adanya,
mungkin..."budget" cukup tapi "tukang masak" kedekut,
atau mungkin "budget" dikeluarkan cukup-cukup sahaja.
Sebenarnya saya diminta membantu untuk memasak,
oleh "tukang masak" diamanahkan ~ kenalan agak rapat,
mungkin "Tuan Rumah" terlalu sibuk ~ saya mengagak,
dia pun tiada bertandang & menjemput secara beradat,
apatah lagi berjumpa+bersembang +menelefon pun tidak,
hanya sekadar"kad jemputan" dimasukkan ke peti surat,
maka...jelaslah bantuan dari saya ~ dia tak berkehendak,
jadi...kami bertiga datang sebagai tetamu yang dilihat.
Pada hemat saya ~ dengan wang & "aset" berbondong,
beliau tak sepatutnya "berkira-kira" dengan perancangan,
konsep "catering" lebih sesuai bukannya gotong-royong,
jamu-lah tetamu dengan masakan yang menyelerakan...
Belanja "pelamin & solekan" ~ difahamkan RM5 ribu,
"grant" sungguh ~ untuk meraikan "Pengantin Baru",
~ peluang bergambar+untuk "Majlis Berinai" dah tentu,
maklumlah peluang & pengalaman begitu tak selalu...
Kerana kurang layanan+kurang menjadi hasil masakan,
maka...sehingga ke hari ini ~ kedengaran runggutan,
di "majlis perkahwinan" lain~ ia dijadikan perbandingan,
bahkan sampai semalam & hari ini ia tetap diperkatakan,
~ susahnya untuk memenuhi persepsi kemasyarakatan,
~ jemput pun salah ~ kalau tak jemput jadi perbualan !!!
Perbandingan ~ Kisah Kedua :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semalam kami bertiga menghadiri "majlis perkahwinan",
sepasang "Warga Emas" ~ mengahwinkan anak mereka,
bukan kalangan orang yang punya banyak kekayaan,
~ tinggal menumpang di rumah anak perempuan sahaja.
Si Isteri ~ membantu anak di Kedai Jahitan Pakaian,
Si Suami ~ bekerja sebagai Tukang Kebun di ILP,
tapi...punya "hati" & "niat" penuh kesungguhan,
~ meraikan para tetamu dengan keikhlasan di hati.
Apakan tidaknya ~ tetamu dijamu pelbagai masakan,
masakan ala kenduri semasa & ala kampung pun ada,
sedap & menyelerakan ~ walaupun tak banyak pilihan,
"juadah cuci mulut" walaupun kecil tapi sedap terasa,
~ bukan secara gotong-royong ~ bahkan di"catering"kan,
serta "buah tangan" untuk tetamu agak canggih tersedia.
Pelamin "Simple" & "Majlis Khatam Al-Quran" ~ biasa,
Pelamin ~ di khemah Santapan Beradat Raja Se-Hari,
Khatam Al-Quran ~ di "porch kereta"...boleh diperhati,
jelas "Warga Emas" ini faham apa itu "kenduri-kendara",
agar yang "diraikan " & "meraikan" rasa gembira di hati,
maka tak salahlah jika "puji-pujian" sentiasa didengari...
Walaupun "majlis" oleh "Warga Emas" tidak "grant",
dan jumlah tetamu yang dijemput bukan beribu-ribu,
tapi...majlis tersebut telah berlansung penuh kemeriahan,
walaupun sederhana ~ jelas keberkatannya dah tentu......
Jelaslah...walaupun mereka tidak kaya harta-benda,
tapi mereka "beradat"+beradab-sopan & berbudi-bahasa,
alangkah bahagianya jika ramai orang kita seperti mereka,
semoga tradisi & legasi sebegini tidak hilang ditelan masa.
Maka......
Anda nilailah & buatlah perbandingan sendiri,
antara 2 kisah berbeza yang saya paparkan tadi,
agak-agak ~ bolehlan kekayaan menjamin "situasi"?,
atau keikhlasan yang sentiasa akan diingat-ingati ?
Sekian dulu hasil coretan untuk kali ini,
kisah tentang 27/11/2010*** akan cuba dinukilkan,
sehingga tiba saat & ketika seperti yang diimpi,
salah & silap...kemaafan dari anda ~ saya pohonkan.
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
No comments:
Post a Comment