بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah merahmati kita semua,
beroleh petunjuk sebagai pedoman,
berbahagia sentiasa ketika hidup di dunia,
begitu hendaknya juga di Hari Pembalasan.
Tajuk "Post" kali ini adalah "Selingan",
mendahului "Catatan Perjalanan" ~ sambungan,
yang sepatutnya telah dihasilkan untuk tatapan,
~ kerana ada perkara ingin saya nyatakan,
tentang kisah sempena tanggal 18 haribulan,
sesuatu yang bermakna ~ dilupai jangan.
18/11/2010 :-
~~~~~~~~~~
Setahun yang lalu pada tarikh tersebut,
di "alam siber"~ "Blog" saya mula dipamerkan,
jelas pada mulanya sedikit "kelam-kabut",
akibat "skill" "berblogging" ~ agak ketinggalan !!!
Semuanya diusahakan oleh "anak dara" saya,
agar saya mempunyai "blog" kendalian sendiri,
kerana di kala itu "blog" dia dah memang ada,
jadi mudahlah untuk dia buat "blog" baru lagi.
Setelah berbincang ~ akhirnya "blog" saya tercipta,
peringkat awal ber"blogging"~ saya sering buat salah,
akibat kurang faham "command" & fungsi tersedia,
maka...pada "anak dara" bantuan sering terarah,
kerana dia yang faham selok-belok "blog" saya,
lantas bantuan diberi ~ segera & tanpa kerenah.
Sebenarnya...saya memang minat menulis,
tapi bukan untuk "menjadi seniman istimewa",
melalui penulisan saya rasa sedikit "manis",
menyatakan perkara yang bermain di minda.
Penulisan pada saya juga satu bentuk "terapi",
~ mengurangkan "stress" & memudahkan keluhan,
bilamana apa yang "terbuku di dada" telah dizahiri,
terasa lapang di minda & surut gangguan perasaan.
Kini...sebanyak 145 "post" telah saya lakarkan,
mencakupi pelbagai bidang+ topik dan cerita,
ada yang berbentuk santai+matlumat & sindiran,
ada yang berbentuk "humor" & juga keagamaan,
dah "advance" sedikit ~ gambar mula diselitkan,
~ semuanya diadun dari pengalaman & isu semasa,
~ ada juga dari renungan & dari bahan bacaan,
namun...lebih banyak tentang apa yang dirasakan.
Bila kita melihat sesuatu dari "pespektif" berbeza,
sebenarnya secara tidak langsung membantu kita,
lebih memahami tentang kehidupan & manusia,
~ itulah salah satu sebabnya saya suka bercerita,
agar anda mampu "menjiwai" apa yang saya rasa,
semoga ada "kebaikan" dapat dikongsi bersama.
Anggaplah sahaja "blog" saya ini sebagai "Diary",
untuk kita lihat bersama ketika kelapangan tiba,
kerana sering mengingati diri ~ menginsafkan diri,
agar kita tahu tujuan sebenar kita hidup di dunia.
Menghasilkan penulisan di "blog" kena ada "etika",
boleh mengkritik namun dengan cara berhemah,
~ "Pembaca" perlu diberikan kelapangan minda,
bila mentafsir isu biar "rasional" bukannya amarah.
Begitulah niat saya ketika mula ingin "berblogging",
jika mampu tak mahu terikut "stail" arus perdana,
~ mensensasikan isu tertentu demi menambah "rating",
dengan bahasa kesat+ "umpat-keji" & penuh "dusta".
Bila mengimbau kembali setahun yang lalu,
bila melihat kembali "post-post" yang dihasilkan,
Alhamdulillah ~ saya masih sedar arah-tuju,
walaupun... "blog" saya mungkin kurang ke"glamour"an.
Setiap perbuatan ada kesan begitu juga tingkah-laku,
terkesan pada masyarakat sekeliling juga diri sendiri,
maka hasil coretan perlu bertanggungjawab bukan merapu,
demi melahirkan kelompok pembaca yang berjiwa suci.
Insya`Allah ~ saya akan teruskan niat tersebut,
selagimana saya mampu & tiada halangan,
agar kebaikan sesama kita mampu direbut,
demi mewarnai keceriaan dalam kehidupan.
Sekian dulu "selingan" untuk kali ini,
Insya`Allah ~ kita bakal dipertemukan kembali,
~ segala salah & silap kata ~ saya mohon dimaafi,
akhirkata ~ semoga anda & saya hidup dalam "harmoni"
Sekian+Terima Kasih+Wassallam.
2 comments:
Salam
Teruskan menulis.. semoga memberi manfaat kepada pembaca..
Kpd Cikgu Werdah.Terima Kasih sudi "comment" post tersebut.Tahniah ~ Blog Cikgu juga kelihatan menarik.
Post a Comment