Saturday, November 27, 2010

XTVT Bersama Keluarga III...

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ Segala Pujian untuk Allah,
yang memberikan rahmat-Nya kepada kita,
semoga niat yang baik bakal beroleh barokah,
dipermudahkan Ilahi ~ kita melaksanakannya.

"Aktiviti Bersama Keluarga III" disambung kini,
kisah tanggal 17 haribulan lantas dipersembahkan,
semoga ada pengajaran berguna & "berinfomasi",
mampu dikongsikan bersama pembaca budiman.

17/11/2010 :-
~~~~~~~~~~~

Hari Eidul Adha diraikan pada hari ini,
dengan bertakbir & Sholat Sunat Hari Raya,
selepas itu ikuti pula acara Qurban dilaksanai,
secara bermuafakat & gotong-royong bersama.

Acara Qurban dilaksanakan di pelbagai tempat,
dari Masjid Kariah+Surau Perumahan+Musolah,
25 ekor lembu + 1 ekor kerbau ~ bila dijumlah,
Alhamdulillah...tahun ini Allah memberi rahmat,
pada yang melakukan Qurban ~ rezeki dipermudah,
semoga niat+pengorbanan mereka diterima Allah.

Insya`Allah......

Mungkin niat pemilik Qurban ~ tulus & suci,
sambil mereka beramal ~ sambil bersedekah,
namun...bila ada kalangan "pentadbir" menyelewengi,
dikhuatiri Qurban mereka kurang beroleh baroqah.

Para Pemilik Qurban tidak bersalah jika jahil,
kesalahan harus ditanggung oleh "Yang Arif Agama",
bila pembahagian hasil Qurban tidak diagih secara adil,
bila hampir majoriti hasil Qurban diboloti petugasnya.

Saya tidak melemparkan fitnah kerana ia kenyataan,
ramai kalangan pemastautin tidak beroleh bahagian,
bila "kupon" agihan kurang diedarkan ikut keutamaan,
dan pengagihan hasil Qurban pada petugas didahulukan.

Pelikkan ??? Niat nak cari pahala dah tukar dosa,
namun...mungkinkah kini niat menhalalkan cara?,
bila si jahil melakukannya ~ mungkin dimaafkan juga,
tapi bila yang diamanahkan melakukan ~ mana "Etika"?

Hampir 8 tahun saya duduk di Taman Perumahan ini,
saya dari kalangan kelompok pertama mendudukinya,
namun...masuk kali ini ~ "kupon" ke 2 kali diperolehi,
mungkin saya tak popular dikalangan mereka agaknya !!!
hasil "Qurban" ~ "anak bujang" ingin cuba ambil sendiri,
bersama seorang kenalan dari kalangan jiran tetangga.

Menerima "sedekah" hasil Qurban ~ dapat pahala,
dapat cuma sekilo ~ Alhamdulillah...rezeki juga,
namun......saya ambil sedikit ~ "anak bujang" nak rasa,
sebahagiannya ~ saya bawa balik ke Kampung pula.

Selepas beroleh hasil Qurban & asingkan "sekelumit",
kami pulang ke kampung sebagaimana yang dicita,
~ menziarah "Ibu" untuk berkongsi rezeki sedikit,
sambil membawa barang-barang keperluan semasa.

Anak-anak perlu didedahkan ~ silaturahim dieratkan,
bersesuaian dengan Tuntutan Agama & Sunah Nabi,
kerana begitulah peredaran zaman harus berlarutan,
~ mewujudkan ketertiban+kelangsungan "legasi" suci.

"Orang Tua" selalunya tidak berkehendakkan apa-apa,
sekadar kasih-sayang sebagaimana selayaknya,
bukan harta-benda & wang ringgit yang beribu-juta,
tanggungjawab sebagai seorang anak ~ itu yang utama.

Alhamdulillah...saya masih berpeluang lagi,
mempunyai seorang Ibu kandung secara hakiki,
dan anak-anak punya Nenek untuk diziarahi,
kami cuba berbakti selagi "dia" dipinjamkan Ilahi.

Setelah bertukar cerita & bergambar kenang-kenangan,
kami sekeluarga memohon mengundurkan diri,
Insya`Allah ~ malamnya si Abang bakal ambil giliran,
datang menziarahi beliau sebagaimana yang dijanji.

Sebelum menziarahi beliau ~ saya hubungi seseorang,
~ "Budak Standard 6"... tapi adiknya jawab panggilan,
ingatkan nak ziarah mereka sekeluarga di Klang,
tapi...jelasnya mereka sibuk kerana ada perancangan.

Pulang dari menziarahi "Orang Tua" di Kampung,
kami ke destinasi lain ~ Pusat Bandar perlu diredah,
lantas "call" "Budak Standard 6" ~ dapat dihubung,
tapi...mereka dah keluar rumah ~ pergi berziarah.

Nak buat macamana...masing-masing ada aktiviti,
tambahan pula pada Cuti Hari Raya begini,
maka...kami teruskan dengan perancangan sendiri,
ke Restoran Briyani King ~ menu ingin dicubai.


Saya "order" "Nasi Briyani Kambing ~ nak rasa,
Isteri minta ~ "Nasi Goreng & Sayur Paprik Ayam",
"anak dara"~"Kuew Tiew KungFu" tapi dapat "Ladna",
"anak bujang" ~"Kuew Tiew Goreng "...baru dapat ilham.

Nasi Briyani adalah salah satu makanan pilihan,
yang dibawa oleh Angkawasan Negara ke ISS,
cara masakannya sama ~ bezanya bahan & kepakaran,
ternyata...Nasi Briyani King ~ memang ada "class" !!!

Alhamdulillah...semua sajian menepati citarasa,
tak rugi keluarkan duit lebih sikit jika menepati selera,
selain menu "Nasi Briyani" ~ menu lain pun ada,
"Tom Yam" boleh pesan cuma "Masakan Ikan" tiada.

Sewaktu hendak pulang ~ singgah di GM sebentar,
~ pusat membeli belah secara borong baru di buka,
konsep macam di Nilai 3 tapi kurang luas & besar,
cuma istimewanya ~ setempat & ber"air-cond" pula !!!!

Isteri mengesa saya membeli "Hand-Phone" baru,
kerana "Hand-Phone" lama ~ semua dah "gila",
~ pilih yang biasa sahaja...murah & "berlagu",
tak kisahlah janji senang orang nak "contact" saya...

Hujan turun sewaktu kami pulang ke kediaman,
Alhamdulillah...urusan hari ini berjalan lancar,
bila semua perancangan berjaya disempurnakan,
kegembiraan & kesyukuran ~ di wajah terpancar.

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.

Selesailah sudah cerita dari tanggal 15 ~ 17 haribulan,
akan ada kisah "Catatan Perjalanan" ~ sambungan,
Insya`Allah ~ mungkin esok @ lusa...hasil coretan,
harap para pembaca bersabar ~ ia akan dilakarkan.

Akhirkata ~ salah dan silap...saya mohon maaf,
kerana tiada manusia serba sempurna segalanya,
kadang-kala maksud baik tapi boleh jadi khilaf,
maka...sudi maafkanlah saya seikhlas rasa.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

2 comments:

Faiz Fahmi said...

bgus!!...
satu usaha yg bernilai dalam menerangkan perjalanan hidup..

hebat2...:)

4zee2 said...

Ye la tu......