Sunday, September 12, 2010

Bila Hari Raya Pun Tiba...

بسم الله الرحمن الرحيم ~ kalimah Suci memulakan nukilan,
السلام عليكم ~ doa untuk pembaca seagama yang budiman,
الحمد لله ~ Allah masih memberikan saya kesempatan,
إن شاء الله ~ melakarkan secebis renungan untuk tatapan.

Bila Hari Raya pun tiba,
suasana dipersekitaran berbagai aneka,
ada yang ceria+gembira+sedih+duka,
ada juga yang tak rasa apa-apa......

Bila Hari Raya pun tiba,
mana yang masih ada orang tua ~ pasti pulang segera,
ke kampung halaman menziarahi mereka,
tidak lupa juga sanak & saudara.

Bila Hari Raya pun tiba,
mana yang telah "kehilangan" ahli keluarga,
pasti akan sentiasa merindui mereka,
dan bila kesempatan tiba ~ menziarahi pusara,
sambil "memanjatkan doa" ~ memohon sejahtera,
agar roh mereka dirahmati Yang Maha Esa.

Bila Hari Raya pun tiba,
kelihatan penampilan diri kita sedikit berbeza,
cantik bergaya + segak senantiasa,
walaupun duit dalam dompet dah hampir tiada !!!

Bila Hari Raya pun tiba,
rumah dihias begitu indah & menawan,
juadah beraneka jenis dan rupa,
khas untuk para tetamu diraikan,
bak kata pepatah ~ "Biar Papa Asalkan Bergaya",
barulah hidup "glamour" sikit serta memberi saingan,
dan...mana yg bermurah hati ~ duit raya telah tersedia,
walaupun adakalanya sebenarnya kita dalam kesempitan !!!

Bila Hari Raya pun tiba,
kenderaan di"servis" & digilapkan,
asesori ditambah agar "up to date" sentiasa,
hingga terlupa mana satu keperluan @ pembaziran !!!

Bila Hari Raya pun tiba,
kadang kala kita lupa pada yang perlu diutama,
adakah kekasih lebih bermakna dari keluarga?,
hingga banyak menghabiskan masa dengan yang tercinta,
hingga melukakan hati+perasaan orang tua,
ohh...dah besar rupanya @ mungkin dah alpa agaknya !!!,
segala pergorbanan orang tua mengasuh+membesarkan kita,
hingga kita jadi sepertimana kita yang kini sedia ada.

Bila Hari Raya pun tiba,
banyaklah kunjungan ke Rumah Terbuka,
berjam-jam kita "belik" juadah itu+ini ~ semua nak rasa,
adakalanya makan sampai tak ingatkan dunia,
mengakibatkan perut bakal meragam kelaknya,
hingga kita kena "berlari-lari" ke tandas tak tentu masa,
gara-gara ikutkan sangat nafsu selera yg nak manja,
akhirnya kita juga yg bakal sakit tak semena-mena.

Bila Hari Raya pun tiba,
banyak masa habis begitu sahaja di jalanraya,
kerana jalan "jem" @ memang kita nak merayau juga,
maklumlah Hari Raya Aidil Fitri setahun sekali diraya,
banyak tempat harus dikunjungi dengan kadar segera,
hingga banyak perlaksanaan solat tertinggal begitu sahaja,
tapi kita tak rasa sedih @ hampa ~ malahan selamba,
seolah-olah janji sesama manusia itu yg lebih utama,
mengatasi Rukun Islam yg ke2 dari susunan yg 5,
mungkin kita kurang insaf+malu pada Yang Maha Esa.

Bila Hari Raya pun tiba,
tak salah semua yang telah dinyatakan tadi,
kita boleh buat semua tapi kena beringat sentiasa,
jangan terpedaya dengan keduniaan yang banyak "ilusi",
hingga kita terlupa yang mana adat @ tuntutan agama,
kerana walaupun digalakkan Aidil Fitri dirai,
janganlah lupa hakikat+matlamat ianya diraikan sebenarnya,
~ untuk menyuburkan silatur-rahim sesama insani,
sambil mengEsakan sentiasa Yang Maha Esa,
dengan melaksanakan ajaran agama yang telah diamanahi,
agar kita mampu menjalani kehidupan yang bahagia,
di dunia & insya`Allah hingga ke akhirat nanti.

Insya`Allah......

Dan......

Bila Hari Raya pun tiba,
saya masih macam ini juga,
beraya sekadar ala-kadar sahaja,
kerana hampir setiap tahun saya kena bekerja,
demi berusaha menunaikan tanggungjawab sedia ada,
untuk agama+keluarga+bangsa+negara......

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

No comments: