بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian hanya buat Allah,
Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya,
semoga Allah memberikan kita baroqah,
bahagia sentiasa sedari kini hingga ke akhir masa.
Insya`Allah ~ Jumaat nanti kita bakal berHari Raya,
malam ini ~ malam terakhir solat terawih buat kita,
esok malam kita bakal bertakbir memuji Yg Maha Esa,
dan esok petang...Ramadhan bakal meninggalkan kita,
semoga Allah menerima segala ibadah kita pada-Nya,
yg diusahakan selama sebulan di bulan Ramadhan yg mulia.
Bagi menghargai pengorbanan kita di bulan Ramadhan,
Hari Raya Aidil Fitri diraikan tanda kesyukuran,
~ kemenangan mengawal hawa nafsu + hasutan kejahatan,
yg sentiasa mendorong manusia ke arah kesesatan iman.
Alangkah beruntungnya sekiranya Aidil Fitri diraikan ~
dgn membawa kesucian diri dari segala kemungkaran,
yg telah berjaya di"tarbiah"kan sewaktu di bulan Ramadhan,
hingga mampu mendorong kita berbuat amal kebaikan.
Alangkah bahagianya kalau kita semua mampu begitu,
yg terhindar dari segala noda+dosa ~ sesuci kain putih,
dengan meninggal segala "kejahilan" diri di 11bulan yg lalu,
dan memulakan episod hidup yg baru bak kain yg bersih.
Namun...kita hanya manusia biasa yg serba kekurangan,
yg mana kadar keimanannya sering turun & naik,
tak salahkan kalau kita mahu mencuba dgn penuh kesungguhan,
mungkin kelak segala kekurangan itu mampu menjadi baik.
Insya`Allah......
Dan......
Semoga Aidil Fitri yg bakal tiba akan memberi kebahagiaan ~
pada anda ~ para pembaca "Blog" ini yang budiman,
semoga keceriaan itu juga pada kami Allah anugerahkan,
dan semoga kita semua sentiasa beroleh keredhaan Tuhan.
Dikesempatan yg masih Allah berikan ini,
dan menjelangnya Fajar Syawal yg bakal tiba,
saya mohon jutaan kemaafan atas kekurangan diri,
yg secara sedar mahupun secara alpa,
sekiranya telah menguris perasaan pembaca "Blog" ini,
dengan segala lontaran buah fikiran & cerita,
yg telah dipahatkan di alam siber ~ hasil renungan diri,
mungkin ada yg berguna mungkin ada yg "merapu" juga,
maka ......kemaafan dari anda saya mohon kembali,
sudilah maafkan kerana saya hanya manusia biasa,
kerana yang baik datang & hanya milik Ilahi,
sedangkan segala kekurangan itu kerana kedaifan saya.
Akhirnya......
Selamat Berhari Raya Aidil Fitri,
semoga kita Umat Islam akan sentiasa Allah berkati,
dgn segala nikmat-Nya biarpun secara sementara@hakiki,
dan semoga kasih+sayang-Nya pada kita bakal kekal abadi.
Insya`Allah......
Selamat Hari Raya......
serta Maaf Zahir+Batin.
Sekian+Terima Kasih+Wassalam.
No comments:
Post a Comment