Friday, November 12, 2010

Mendekorasikan Blog......

بسم الله الرحمن الرحيم ~~~~~~
الحمد لله ~ Allah masih memberikan keizinan,
untuk saya melakarkan secebis coretan,
semoga ada maklumat yang mampu disertakan,
untuk kita kongsi bersama sebagai "selingan".

Baru-baru ini "Blog" saya sedikit "meragam",
bila sebuah lagu OST Korea hilang dari senarai,
ia menyebabkan saya rasa "kurang tenteram",
kerana nak "add" semula ~ saya tak pandai......

2 hari lepas "Layout Blog" saya pula hilang,
"Background Blog" yang dulu "ceria" kini suram,
alahai...bila tengok "Blog" ~ hati rasa "goyang",
kalau kurang sabar boleh mendatangkan geram !!!

Nak buat macamana ya???...Saya pun tak tahu,
kerana hal-hal "Blog" ni ~ "anak dara" yang pandai,
nak tunggu dia balik ~ kena tunggu awal minggu,
Hari Ahad nanti ~ "Exam Sem ke3"nya baru selesai.

Saya kena terima keadaan "Blog" seadanya,
walaupun adakalanya memang "kurang selesa",
bila mengadap "Skrin" ~ rasa lain macam saja,
kerana perubahan drastiknya amat ketara !!!

Saya bertanya pada "anak bujang" & "anak dara",
masalahnya kerana lagu & "layout" itu dah tak ada,
"Pemilik Asal"nya dah "delete" hasil karya mereka,
maka dah tak dapatlah untuk dikongsi bersama.

Nak "modified" saya tak tahu & tak sempat,
kerana kerja & ke KL semalam ~ "memenuhi hajat"***,
"Gangguan Blog" sementara aje ~ saya berpendapat,
Insya`Allah ~ OK-lah nanti ~ anak saya "buat".

Sebelah malamnya kami balik dari KL,
bila "Skrin" ditatapi ~ masih kurang selesa,
susah juga ya ~ bila "kepala sedikit sengal",
~ terkebelakang dari pemahaman "teknologi semasa".

"Anak Bujang" kemudian datang memberi bantuan,
kerana dia "rajin" mencuba & suka buat "eksperimen",
maka...permasalahan saya itu ~ tak lagi jadi gangguan,
dia me"modify" semula & memberikan saya "opsyen".

Bila "Adjust Layout Background" baru telah berjaya,
beberapa "modifikasi" terpaksa dibuat juga,
terpaksa "adjust" & "add" itu & ini semula,
agar "keceriaan Blog" terserlah seperti sediakala.

Alhamdulillah..."anak bujang" memiliki kemahiran,
dan dengan "tips" dari kakaknya usaha dipermudahkan,
seterusnya dia serahkan pada saya membuat pilihan,
bagaimana "mendekorasikan Blog"semula ikut kesukaan.

Malam tadi ~ saya meng"adjust Blog" sedikit,
pagi tadi ~ lagi sedikit...penambahan dilakukan,
Alhamdulillah...kini bila tengok "Blog" ~ hati tak "sakit",
kerana kini bila melayari "Blog" ~ diikuti "senyuman".

Hmm......sekianlah dulu hasil "selingan" cerita pagi ini,
semoga "kekurangan diri" mampu memberi motivasi,
agar para pembaca tak mengalami "situasi" sebegini,
dan berjaya "memahirkan diri" dengan "teknologi" terkini.

Akhirnya......

Salah dan silap ~ saya mohon kemaafan,
kerana beginilah kenyataannya hidup ini,
tiada manusia yang serba kesempurnaan,
kerana begitulah kejadian kita sedari "azali".

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

P/s: ***cerita tentang "Memenuhi Hajat" bakal di"post"kan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, November 9, 2010

Kisah Tentang Semalam......

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua,
dalam apa jua perkara kebaikan yang sedang diusaha,
dianugerahkan barokah-Nya secara kerap & berganda,
disamping beroleh Ihsan-Nya dalam kehidupan sentiasa.

Hari ini ~ Alhamdulillah...sakit dikaki kiri semakin pulih,
dapatlah saya uruskan beberapa hal di Pekan,
tak boleh berlengah-lengah lagi mahupun berdalih,
asyik tangguh ~ bayaran "bil" boleh jadi bertunggakkan.

Hari ini ~ Dugaan Allah "berpindah" kat Isteri pula,
tak sihat adanya ~ sedangkan semalam OK sahaja,
begitulah ketentuan hidup ~ ada pasang surutnya,
yang penting ~ jangan merungut tetapi sabar & redha.

"Anak Bujang" pula sedang membayar nazar,
dengan berpuasa ~ kerana "result" SPM tempoh hari,
hmm...nampak gayanya berseoranglah saya ke Bazar,
setelah urus itu & ini ~ Lauk Makan Tengahari dicari.

Mana mampu uruskan semua perkara serentak,
kalau kesihatan dah OK 100% ~ tak jadi masalah,
masa pula terhad & banyak hal perlu di"gerak",
jadi uruskanlah mana yang penting-penting dululah...

Kerana tak sempat nak masak Lauk Makan Tengahari,
jadi "tapau"lah lauk yang memang sangat di"idam",
tak sampai pun RM10 ~ dapat 4 jenis lauk sekali,
jimat tu ~ boleh makan bertiga sampai malam !!!

Baru sebentar tadi saya masak sejenis lauk,
"extra" lauk yang sedia ada untuk berbuka puasa,
"Anak Bujang" kalau masak bercili ~ dia "kemaruk",
jadi saya pun masakkanlah juadah "Sotong Berlada".

Sementara menantikan waktu untuk kerja di pejabat,
masa diisi dengan ber"FB" dan ber"bloging",
di "FB" sebentar tadi sembang dengan seorang sahabat,
orangnya "Happy Go Lucky" & peramah+"Amusing",
mampu ber"loyar buruk" & suka juga "menyakat",
kalau dapat bersembang ~ suasana sunyi jadi bising.

Hari tu saya beri "Ikan Pekasam" kepada mereka,
kerana baru tahu mereka sekeluarga menyukainya,
itu pun diberitahu sewaktu kunjungan di Hari Raya,
maka hajat mereka ~ saya cuba sempurnakan juga.

Tadi masa "chat" di FB ~ dia kata nak "order" lagi,
kerana anak perempuan mereka amat sukakannya,
nampak gayanya hajat mereka kenalah cuba dipenuhi,
selain untuk mereka ~ kami sekeluarga pun suka.

Petang semakin menghampiri Maghrib,
saya perlu bersiap-siap untuk pergi kerja,
hasil penulisan ini haruslah diakhiri secara tertib,
agar nampak kemas serta tak "cacar-marba".

Demikianlah serba-sedikit kisah tentang semalam,
namun pelikkan...kenapalah diberi tajuk sedemikian,
kerana di"draf" semalam ~ pagi ini baru di"post"kan,
salah & silap kata maafkanlah ~ jangan berdendam,
kerana tiada manusia dilahirkan penuh kesempurnaan,
dengan memaafkan ~ hati bakal rasa ketenteraman.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Saturday, November 6, 2010

Coretan Perjalanan......

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ Saya masih berpeluang lagi,
melakarkan cerita untuk tatapan bersama,
semoga kita semua sentiasa dirahmati Ilahi,
dianugerahi kebahagiaan di "jiwa & raga"oleh-Nya.

Hampir 2 minggu "anak dara" saya tak balik rumah,
kerana sibuk dengan "Exam Semester Ke 3"nya,
namun perkongsian berita sesama kami agak mudah,
dengan kemudahan teknologi Hand-Phone semasa.

Memandangkan Hari Sabtu & Ahad kami ada urusan,
maka semalam kami bertiga ke KL menemuinya,
walaupun rasa sakit di kaki kiri saya masih terkesan,
demi kasih-sayang sekeluarga ~ saya teruskan juga.

"Pedal Clutch" kereta diinjak dengan tumit kaki kiri,
walaupun kurang selesa namun kena biasakan juga,
kalau tak macamana nak gerakkan kereta & kendali,
kerana kalau ikutkan sakit ~ semuanya tak jadi kerja !!!

Sakit kaki kiri dah tak teruk seperti waktu ia bermula,
Alhamdulillah ~ dengan izin Allah serta berikhtiar,
jalan dah sedikit selesa biarpun tidak seperti sediakala,
kerana ingin cepat sembuh ~ kami keluar bersiar-siar.

Setelah menjemput "anak dara" di Desa Siswi,
kami tuju ke "Veledrom Basikal" yang berhampiran,
kerana untuk makan tengahari ~ disinilah lokasi kami,
ada sebuah Gerai Makan yang popular & jadi pilihan,
masakannya sedap +segar+ala kampung+bervariasi,
boleh layan diri ~ serta harganya agak berpatutan.



Selepas menikmati juadah menjelang awal tengahari,
kami ke Taman Tasik Permaisuri ~ lokasi terdekat,
bersiar-siar+bergambar & kutip biji saga untuk koleksi,
kemudian turunkan isteri & "anak dara" di JJ Maluri,
sebelum kami ke Masjid As-Syafie bersholat Jumaat,
tanda bersyukur akan rahmat yang dipinjamkan Ilahi.



Kebetulan ada "Jusco Sale" dari 22 Okt ~ 07 Nov ini,
saya pula dapat "Redeem Voucer" selaku pelanggan,
maka bolehlah "shoping" lebih sikit ~ beli itu & ini,
sebelum menghantar "anak dara" balik ke Hostel Penginapan.



Dalam perjalanan balik kami singgah di Putrajaya,
kerana setiap petang Jumaat ada Pasar Tani di sana,
Alhamdulillah dengan keprihatinan oleh Kerajaan,
semua tapak peniagaan dikhaskan pada "bumiputera",
terdapat pelbagai barang jualan untuk para pengguna,
dari barang kering+basah+buah-buahan & makanan,
terpulanglah pada kita untuk buat pilihan@ikut selera,
cuma yang "tak sesuai" ~ berkaitan "kuantiti"+harga,
bila kebanyakannya mahal sikit dari harga tempatan.



Gerainya memang banyak ~ hingga penat berjalan,
tempat "parking" pun luas & lokasinya pun sesuai,
kadang-kadang banyak gerai yang sama jenis jualan,
~ perasan atau tidak menandakan kita peka@lalai.

Banyak duit bakal keluar kalau "mata rambang",
kalau memang keperluan tidak menjadi halangan,
namun kalau kerana pembaziran ~ alahai...sayang,
bila semua barang yang dilihat terus dilanggan,
hingga boleh senget bahu menjijit aneka barang,
gara-gara ikutkan nafsu yang tidak berkesudahan.

Banyak juga ulam-ulam ganjil yang sukar dijumpa,
mana yang tahu makan pasti tidak lepaskan peluang,
seperti "Jeruk Sayur Maman" & ulam "Buah Ara",
ke 2-2 benda itu kalau nak jumpa memang jarang !!!

Di bawah khemah Pasar Tani kami minum petang,
juadah ~ "Mee Rebus+Mee+Bihun Sup" jadi pilihan,
setelah berbelanja sedikit membeli beberapa barang,
maka akhirnya Pasar Tani Putrajaya kami tinggalkan.

Demikianlah serba sedikit coretan perjalanan saya,
semoga ada penambahan pengetahuan diperolehi,
sebarang kesilapan ~ kemaafan dari anda saya pinta,
Insya`Allah ~ bakal berjumpa di lain nukilan kembali.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Thursday, November 4, 2010

Pelbagai Cerita Berbaur......

بسم الله الرحمن الرحيم
Kalimah Bismillah memulakan hasil coretan,
semoga kita dirahmati Allah sentiasa,
semoga kita beroleh taufiq & hidayah dari Tuhan,
berbahagia hidup "disini" dan kelak "disana"......

Dalam 3 ~ 4 hari ni pelbagai cerita berbaur,
hal pejabat+jumpa bakal "client"+dugaan Tuhan,
apa yang nak disentuh ~ mungkin sedikit bercampur,
namun lebih pada cerita dugaan Tuhan ~ akan dibentangkan.

Kelmarin ~ jumpa "Prospek Client" pada sebelah pagi,
bertanya sebut harga untuk buat sedikit "renovasi",
telah 2 kali ~ "Touch-Up" rumah beliau saya urusi,
namun kali ini nilai pertanyaannya agak besar lagi.

Di sebelah rumah beliau ~ kerja "renovasi" sedang berlansung,
bukan Orang Tempatan tapi Pendatang Dari Seberang,
semasa saya meninjau lokasi ~ pandangan mereka agak sombong,
seperti saya bakal menyekat peluang mereka menambah wang.

Bukan saya ingin menyekat peluang mereka mencari "laba",
tapi "Prospek Client" tak berminat dengan hasil kerja mereka,
kerana beliau ~ pernah @ luluskan "payment tender" kerja,
jadi "kualiti" & skop kerja "renovation" ~ kompromi tiada !!!

Selesai berbincang pelbagai "paten" & nilai harga kerja,
perbincangan sesama kami ditunda sementara waktu,
beliau akan memaklumkan kelak ~ bila masanya tiba,
kerana beliau kena berbincang dengan isteri terlebih dahulu.

Petang itu ~ kaki kiri saya dah mula rasa sakit-sakit,
mungkin ada "sesuatu" cuba "nyakat"@ dugaan Tuhan,
jalan semakin kurang lancar ~ dah mula "sangkut-sangkut",
saya gagahi juga ~ kena ke Klinik ada urusan sedikit,
kena beli ubat untuk Isteri yang telah kehabisan,
sakit makin teruk & jalan semakin "cengkut-cengkut".

Sebelah malamnya saya kerja di pejabat,
Abang Senior datang berbincang tentang pemarkahan SKT,
maklumlah hujung tahun dah nak dekat,
kena uruskan cepat sebagaimana yang dilazimi.

Abang Senior mengesyorkan agar saya bercuti,
kerana kekurangan "staff" ~ syor beliau saya nafikan,
sebelah malamnya kaki kiri bertambah sakit ~ sakit sekali,
hingga melarat-larat menjadi demam bercampur kegigilan...

Pulang dari kerja pagi semalam ~ Isteri cari "Tukang Urut",
bengkak di kaki kiri saya semakin teruk ~ kena cari ikhtiar,
"Tukang Urut"~ urut hingga bengkak jadi sedikit surut,
kemudian jumpa Doktor ~ sakit tak boleh di biar !!!

Kereta di pandu ke Klinik oleh si Isteri,
manakala "anak bujang" menemankan kami,
tiba di Klinik ~ "anak bujang" tolong papahkan saya,
kerana sakit dikaki ~ terasa amat sakit sekali,
hingga nak jejak ke bumi pun sakit ~ kaki perlu disereti,
Alhamdulillah ~ ahli keluarga saya amat bertimbang-rasa.

Doktor melakukan pemeriksaan & memberi ubat,
beliau nak beri MC tapi saya menolaknya,
niat beliau baik ~ agar saya mampu lebihkan rehat,
mudah-mudahan sakit tadi mampu sembuh segera.

Setelah mendapatkan pemeriksaan & ubat ~ kami pulang,
kerana saya perlu makan ubat & kurangkan pergerakan,
dalam kereta rasa macam "Boss" ~ duduk di belakang,
manakala Isteri & "anak bujang" duduk di bahagian depan.

Lepas makan sedikit + ubat ~ saya "tidur kepengsanan",
sesekali Isteri melumurkan "Minyak Urut Panas" di kaki,
berikhtiar agar sakit di kaki mampu segera disembuhkan,
bila sembuh ~ Insya`Allah...banyak hal saya mampu kendali.


Alhamdulillah ~ malam tadi jalan dah kurang "cengkut",
namun ikhtiar tetap diusahakan & ubat tetap diambil,
Hari ini sakit makin kurang ~ jalan dah kurang "sangkut",
Alhamdulillah ~ dapatlah saya tolong Isteri sambil-menyambil.

Insya`Allah ~ malam nanti saya bakal bekerja seperti biasa,
namun...sehingga tibanya masa itu ~ saya perlu berusaha,
agar sakit di kaki kiri mampu pulih segera @ seperti sediakala,
agar nanti kerja di pejabat semuanya beroperasi seperti biasa.

Akhirkata...sekian dulu hasil nukilan di kali ini,
kerana hari ini sahaja dah 2 "Post" saya sertakan,
Insya`Allah ~ kita bakal berjumpa kembali,
di alam siber yang penuh berinformasi,
sebarang salah+silap pada hasil nukilan ~ harap maafkan,
sehingga tiba masa itu ~ sekian dulu nukilan ini diakhiri.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Bersantai Di Hotel Tepian Pantai...

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ Kita dipertemukan Allah kembali,
di alam siber ~ dunia persuratan masa kini,
semoga kita sentiasa mencari+beroleh keredhaan Ilahi,
serta berbahagia di dunia & kelak di akhirat nanti.

"Post" kali ini ~ mungkin agak panjang sedikit,
kerana lebih banyak gambar disertakan cerita,
semoga pembaca setia tidak akan "mengungkit",
kerana dipertontonkan "stail" yang sedikit berbeza.

"Rakan Baik" saya menjemput kami sekeluarga,
bersantai & bermalam di "Hotel Tepian Pantai",
pada Hari Sabtu malam Minggu kami pun bersua,
lepas sholat Maghrib+balik dari kerja ~ hajat beliau tertunai.



Dia memang seorang sahabat yang baik & setia,
kami telah berkawan hampir 27 tahun lamanya,
setiap kali Hari Raya ~ dia pasti menziarahi saya,
sama ada datang berteman @ bawa keluarga bersama.

Mungkin "chemistry" antara sesama kami boleh "ngam",
dia agak "gila-gila" sikit manakala saya biasa saja,
orangnya periang+kuat nyakat serta tidak berdendam,
telah menunai Haji ~ namun aksi tetap bak Anak Muda...



Bulan Mei dulu kami sekeluarga ada menginap di Hotel,
tapi kali ni hanya bakal bertiga bukannya berempat,
kerana "Anak Dara" saya takda ~ "study" di Hostel,
sibuk "Exam Sem" ~ nak ajak dia "join" pun tak sempat.



Bilik Hotel berukuran 23 kaki X 13 kaki,
ada dua katil ~ 1 Queen & 1 Single tersedia,
caj sewaan bernilai RM1++ semalam sehari,
tak kisahlah kerana semuanya "Free"~ dibelanja !!!



Makanan ala 'buffet" ~ di Hotel memang kelaziman,
masakannya yang disediakan ~ aneka pilihan,
Alhamdulillah ~ bolehlah menikmati sedikit kelainan,
kerana lepas makan ~ pinggan+gelas orang lain kemaskan,
barulah rasa seronok sikit...macam "Boss" ~ kita diraikan,
sebenarnya ianya termasuk dalam "Pakej" yang disediakan.

Landskapnya cantik & sederhana mewah,
ada Kolam Renang & Padang Permainan,
lepas Makan Malam ~ Kolam Renang pun diterjah,
sambil berenang kami bertukar cerita & pengalaman,
dari cerita zaman persekolahan yang pelbagai kisah,
hingga ke masa kini & juga perancangan masa depan,
punyalah lucu hingga kami ketawa berdekah-dekah,
berendam hingga jam 10 malam pun kami tak perasan !!!

"Rakan Baik" saya menginap di "Chalet" berasingan,
agak mewah sedikit ~ kerana sewaannya mahal,
kami sekeluarga di "Deluxe Room" ditempatkan,
semuanya ditanggung beres ~ apa nak jadi hal !!!



Beza caj sewaan & lokasi penginapan agak ketara,
dari segi saiz bilik ~ namun kemudahan sama,
dan "Chalet" ~ ke arah tepi pantai ia menghala,
bilik kami ~ berhampiran Kolam Renang ianya.

Menginap di "Chalet" tepian pantai ~ rasa harmoni,
ada "Veranda" ~ dapat melihat laut luas terbentang,
tiupan angin yang nyaman kerap terjah-menerjahi,
diikuti "ritma"ombak memukul pantai selang-berselang...

Keesokan harinya kami bersarapan bersama,
setelah bersarapan ~ bilik beliau saya kunjungi,
pelbagai cerita kami sambung kongsi semula,
sebelum diakhiri dengan sesi ber"photography"...

Kami tak dapat berlama-lama di "Hotel Tepian Pantai",
kerana Hari Ahad ~ ada jemputan ke Kenduri Kahwin,
manakala "Rakan Baik" menjelang tengahari perlu beredar,
maka...sesi bersantai di "Hotel Tepian Pantai" pun selesai,
Insya`Allah...kami bakal berjumpa dipertemuan yang lain,
agar pengalaman persahabatan sesama kami sentiasa segar.

Sekian dulu cerita bergambar saya lampirkan,
semoga para pembaca rasa "relax" serta terhibur,
sebarang salah & silap ~ saya mohon kemaafan,
kini saya minta diri dulu kerana dah ngantuk ~ nak tidur...

Sekian+Terima Kasih+Wassalam.