Tuesday, January 11, 2011

04/01/2011 ~ Kisah Awal...

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian hanya milik Allah,
Yang Memerintah akan sekelian alam,
~ semoga Allah memberikan kita baroqah,
dalam melaksanakan niat baik yang diilham.

Kisah "Post" kali ini berbentuk "trilogi",
1) "04/01/2011 ~ Kisah Awal" sebagai permulaan,
2) "04/01/2011 ~ Kisah Seterusnya" akan mengikuti,
3) "04/01/2011 ~ Kisah Akhir" untuk kesudahan.
Dah bersedia nak baca kisah kali ini?
Mari kita mulakan......

Hari Selasa ~ 04/01/2011...Kisah Awal :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pagi itu kami menemani keluarga ke Kuala Kangsar,
singgah di gerai sekitar kawasan Masjid sebentar,
bersarapan bersama kerana perut dah terasa lapar,
seperti yang dijanjikan ~"bil"-nya saya yang bayar.

Saya menemani Ayah Mertua ke Lempor,
Isteri & Mak Mertua ~ duduk di Masjid berehat,
saya balik ke Masjid ~ Isteri ikut Ayah ke kantor,
sambil menunggu urusan selesai ~ ada"misi"saya nak buat.

Dalam pada itu "anak bujang" telefon ~ dia semakin sihat,
sekali lagi pagi tadi dapatkan pemeriksaan Doktor,
Alhamdulillah ~ dia mendengar apa yang dinasihat,
kini rakan sebiliknya telah bersihkan bilik yang kotor.

Saya memaklumkan yang kami bakal menziarahinya,
Insya`Allah ~ akan bawa Atok & Opah bersama,
ternyata...dari nada suaranya berbunyi gembira,
akan dilawati oleh Atok & Opah di "U" kat Utara.

OK ~ kita terus ke cerita yang dihajati,
cerita tentang"misi"nya seperti di bawah ini......



Di sebelah Pejabat Tanah & Daerah Kuala Kangsar,
ada 1 bahan bersejarah yang tertua di negara kita,
usianya kini menjangkau ke 134 tahun bila dianggar,
"Hevea Brasiliensis Muell. Arg."~ nama saintifiknya,
kalau dibaca & disebut ~ pelik & asing pula didengar,
tapi kalau sebut "Pokok Getah" ~ pasti kita dah biasa.

Sejarah awal Pokok Getah didengar sekitar tahun 1496,
tapi mula dibawa ke Asia Tenggara sekitar tahun 1877,
tahun sama di Malaysia ~ benih getah itu ditanam,
hingga kini getah juga sumber pendapatan yang utuh.

Pokok Getah pertama telah ditanam di Kuala Kangsar,
oleh H.J.Murton ~ Penguasa Botanical Garden Singapura,
pada 03/10/1877 ~ 9 biji benih getah jumlahnya dianggar,
di halaman rumah Sir Hugh Low ~ ditanam semuanya.





Pokok Getah ditanam untuk produk susu getah @ lateks,
~ asid formik dicampurkan agar susu getah menjadi beku,
digelek guna mesin penggelek ~ proses sedikit kompleks,
diasap ~ menjadi Getah Asap Keping Bunga - gred ditentu.



Selain dari susu getah @ lateks sebagai sumber ekonomi,
pokok getah yang sudah tua juga ada nilai komersialnya,
pokok-pokok yang tua akan diproses untuk lain industri,
iaitu pembuatan perabot untuk eksport+tempatan sama.

Daun getah boleh menjana pendapatan sampingan juga,
ia boleh dijadikan kraf tangan ~ tapi perlu kesabaran,
permukaan luaran daun diproses hingga tinggal rangka,
diwarna+digubah menjadi bentuk bunga-bungaan,
tapi...permintaan terhadapnya ikut trend semasa,
disebabkan ikut trend ~ maka ia kurang diberi perhatian.

Adapun......

Mulai 1902 ~ penanaman getah mula dikomersialkan,
berkembang & menyumbang pendapatan eksport Malaysia,
ia merupakan pendapatan negara tertinggi sehingga 1970-an,
juga pengeluar getah utama selain Thailand+Indonesia+China.

Getah asli terpaksa bersaing dengan getah sintetik,
getah sintetik guna petro-kimia sebagai bahan utama,
namun...bila harga petrol semakin meningkat drastik,
maka getah asli kembali menjadi pilihan utama semula.

Pada penghujung tahun 2010 ~ harga getah naik mendadak,
5 tahun dulu baru RM4 berbanding RM14 sekilogram kini,
mungkin permintaannya kini semakin mendesak,
sesuai dengan kemajuan pesat untuk kegunaan industri.

Harga tersebut harga tertinggi dalam sejarah industri getah,
dijangkakan ia akan kekal sehingga pertengahan tahun ini,
faktor perubahan cuaca membantu permintaan bertambah,
bila negara pesaing terjejas akibat perubahan cuaca terkini.

Sebenarnya......

Terlalu banyak kegunaan & produk berasaskan getah,
kalau disenaraikan boleh mencecah 50,000 jenis barangan,
lihat contoh dalam hidup seharian ~ tak perlu susah-susah,
dari pen+getah pemadam+selipar+kasut+sarung tangan, beg+tilam+hos+permaidani+penebat wayar+tikar getah,
gayung+timba+sendal pintu dan lain-lain yang berkaitan.

Maka......

Alhamdulillah ~ dari 9 pokok getah di Kuala Kangsar itu,
dianggarkan kini 1.7 juta Hektar tanah ditanam dengannya,
membantu menjadi pendapatan kelompok rakyat tertentu,
berkongsi kemakmuran negara hasil perancangan bijaksana.

Alhamdulillah ~ kita berpeluang tinggal di bumi bertuah,
kaya dengan hasil bumi & subur tanah-tanihnya,
hingga mendorong rakyat asing datang ke sini berhijrah,
mencari & berusaha mengaut "laba" semaksima mereka.

Jangan salahkan mereka kerana kita sering ambil mudah,
sibuk dibuai mimpi & puji-pujian ~ mengalpakan minda,
dibimbangi kita semakin lama semakin bakal dijarah,
bila kelak dalam tak sedar ~ sumber ekonomi dikuasai mereka.

Kesimpulannya......

Sementara berkesempatan ~ rebutlah peluang yang tiba,
berusaha hasilkan hasil getah seoptimum yang terdaya,
~ kurangkan kebergantungan tenaga kerja dari luar negara,
~ cuba usaha & galakkan anak tempatan turut serta,
~ digalakkan menoreh getah pada sebelah petangnya pula,
~ gunakan keuntungan diperolehi dengan membeli baja,
~ kebun kecil dibangunkan secara berkelompok+usahasama,
~ jual sendiri hasil getah kepada Agensi Kerajaan iaitu Risda.

Akhirnya......

Kini...selepas 13 dekad masa silih berganti,
Pokok Getah yang dahulunya tidak berapa diminati,
Alhamdulillah ~ kini ia masih meneruskan "bakti",
menjana ekonomi untuk insan yang tahu menghargai.

Sekian dulu kisah "04/01/2011 ~ Kisah Awal" diakhiri,
"Kisah Seterusnya" ~ akan saya cuba nukilkan nanti,
akhirkata...sebarang salah & silap ~ mohon dimaafi,
Insya`Allah...di lain kesempatan kita bertemu kembali.

Sekian+Terima kasih+Wassallam.

Sunday, January 9, 2011

Cerita Pada 03/01/2011...

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ Allah masih memberikan saya keizinan,
melakar & berkongsi cerita bersama anda,
semoga niat yang baik bakal dipermudahkan,
untuk perkongsian ilmu bermenafaat sesama kita.

Didoakan ~ kita semua dirahmati Yang Maha Esa,
dengan taufik & hidayah mencari keredhaan-Nya,
~ kekal terus berusaha tanpa jemu selaku hamba,
demi mengharapkan keredhaan-Nya sentiasa.


Hari Isnin ~ 03/01/2011 :~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Anak bujang" return miscall saya malam tadi,
beritahu serangan penyakit lamanya datang semula,
ketika itu saya sedang membaiki paip+pelantar & tangki,
di rumah seorang rakan sepenempatan lokasi bekerja.

Keluarga dari Perak ~ pada masa yang hampir sama,
juga telefon bertanyakan keadaan kesihatan saya,
Alhamdulillah ~ kesakitan saya semakin beransur reda,
namun...belum pulih 100% atau seperti sediakala,
lantaran janji ~ kerja "repair" itu harus disempurna,
kerana dah hampir 3 hari ~ keinginan tak dapat diusaha.

Pulang dari kerja "part-time" ~ Isteri maklumkan cerita,
keluarga di Perak minta dia pulang ke Kampung esoknya,
~ ada urusan penting yang memerlukan dia di sana,
kerana dia merupakan anak tertua dalam keluarga.

Setelah makan ~ saya pula menyampaikan berita,
kisah "anak bujang" malam tadi diserang penyakit lama,
hati seorang ibu terus jadi kurang selesa & bimbang pula,
kerana "anak bujang" tinggal di "U" ~ jauh di Utara.

Kami berbincang tentang tindakan selanjutnya,
"anak bujang" dihubungi bertanya keadaan kesihatannya,
nasihat diberi ~ pemeriksaan doktor perlu dilakukan segera,
bimbang malam nanti serangan penyakit datang semula,
tambahan pula ~ ubat sakit tersebut memang dia tak ada,
maka saya meminta dia ke Klinik Swasta malam itu juga.

Tentang duit & kos tambahan ~ dia tak perlu bimbang,
kerana duit akan saya "Bank-In" malam nanti,
kalau dia tak jumpa juga doktor ~ kami akan datang,
kerana gangguan kesihatannya ~ bukan boleh dikompromi.

Kebetulan adik si Isteri telefon sebelah petangnya,
menggesa agar Isteri saya pulang juga malam itu,
akhirnya ~ kami sepakat untuk pulang bersama,
selepas urusan cuti rehat saya settle-kan terlebih dahulu.

Setelah berkemas & memaklumkan pada "anak bujang",
maklumkan juga pada jiran yang kami akan balik kampung,
keluar dari kawasan perumahan ~ niat bermusafir dipasang,
bagi membolehkan sholat Jamak & Qasar dapat dilangsung.

Singgah kejap di Jaya Jusco ~ cari makanan+bekalan,
meneruskan perjalanan sambil menghubungi anak-anak,
~ "anak bujang" sedang menunggu giliran pemeriksaan,
~ "anak dara" dimaklumkan kerana dia seorang kakak,
di R&R Rawang ~ sholat Jamak & Qasar dilakukan,
setelah mengEsakan Allah ~ kami kembali bergerak.

Kenderaan di lebuhraya tak banyak malam tu,
namun tak bermakna kenderaan saya perlu dipandu laju,
80~100 km/j ~ itulah had laju yang selalu saya pandu,
janji selamat sampai ke destinasi ~ itu yang perlu.

Selalunya ~ Isteri menjadi teman yang paling setia,
bersembang ~ agar fokus pemanduan saya sentiasa peka,
dia boleh bertindak sebagai "c0-pilot" jika keadaan memaksa,
tapi...untuk pemanduan di waktu malam ~ dia tidak selesa.

Dalam pada itu ~ "anak bujang" kerap dihubungi,
nasihatkan dia menjaga kesihatan & makan ubat,
Insya`Allah ~ esok kami akan terus ke Sungai Petani,
melihat perkembangan kesihatannya sambil melawat.

Kerana saya agak sibuk & kurang rehat siang tadi,
badan mula letih & pelupuk mata makin memberati,
singgah di R&R Tapah ~ tidur demi merehatkan diri,
30~45 minit kemudian ~ kenderaan dihidupkan kembali.

Setelah dapat berehat ~ badan terasa sedikit segar,
kenderaan mula dipandu sambil mata ini memerhati,
kelihatan banyak lori parking ~ "driver" tidur sebentar,
demi cuba mengelakkan kemalangan yang tak diingini.

Alhamdulillah...pemandu lori bertindak cemerlang,
tidur & berehat sebentar ~ bila masanya dah tiba,
kerana selalunya kalau cuai sering membawa malang,
~ boleh membahayakan pengguna lebuhraya lain juga.

Seringkali banyak terjadi kejadian yang tak diingini,
bila pemandu tertidur & kenderaannya rosak tiba-tiba,
"impak" pelanggaran dengan kenderaan berat amat ngeri,
selalunya orang yang tak bersalah sering menjadi mangsa.

Kenderaan mula memasuki lebuhraya kembali,
Isteri menjadi teman bersembang seperti biasa,
jika memandu malam & melewati "kawasan misteri",
berhati-hatilah ~ demi mengelakkan berlaku malapetaka.

Sewaktu singgah di R&R tadi ~ kami tak beli apa-apa,
sebagai "buah tangan" untuk keluarga nikmati bersama,
selalunya makanan baru dimasak akan dibungkuskan,
kerana dijangkakan tengah malam nanti kami bakal tiba,
tak sesuai ~ kerana waktu itu mereka sedang tidur lena,
takkanlah tengah-tengah malam mereka nak makan !!!

Insya`Allah ~ esok waktu sarapan saya belanja mereka,
mereka akan ditemani ke Bandar ketika pagi menjelang,
sekiranya urusan mereka tak ambil masa yang lama,
kami nak bawa mereka ke Sg Petani lawat "anak bujang".

Alhamdulillah ~ sekitar jam 2 pagi kami tiba di Kampung,
selepas bersalam+angkat barang & sembang ~ kami tidur ,
esok ~ seawal pagi urusan di Bandar akan berlansung,
semoga dengan kehadiran saya ~ urusan akan jadi teratur.

Insya`Allah......

Sekian cerita pada 03/01/2011 untuk tatapan,
Insya`Allah ~ kisah 04/01/2011 akan menyusul,
harap para Pembaca dapat menanti dengan kesabaran,
akhirkata ~ maaf jika ada cerita & bahasa yang tersasul.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Friday, January 7, 2011

Kisah Pada 30/12/2010...

بسم الله الرحمن الرحيم
Hanya pada Allah segala puji-pujian,
Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana,
semoga rahmat-Nya atas Umat Islam berkekalan,
berbahagia hidup "di sini" & kelak "di sana" juga.

Ingat tak niat saya untuk membentangkan 1 cerita?,
cerita sensasi selepas "post" tajuk "2 Hand-Phone Baru",
kini...saya akan cuba menyempurnakan kisahnya,
tapi...maaf dipinta kerana kisahnya agak panjang tu...

Cerita seminggu yang lalu ~ kini akan bermula,
kisah pada 30/12/2010 ~ kemeriahannya terasa,
bila saya sekeluarga berpeluang untuk turut serta,
meraikan kepulangan pasukan bolasepak negara,
yang pulang dari Indonesia ~ negara jiran tetangga,
membawa pulang Piala Suzuki-AFF 2010 selaku Juara !!!

Petang itu......

Isteri mengajak ke KLIA ~ selepas mendengar berita,
bagi turut serta menyambut kepulangan Wira Negara,
serta nak bawa "anak bujang" ~ sambil jumpa "Mak Wa",
kerana lusa dia bakal berangkat pulang ke Utara semula.





Cuaca hari itu redup kerana bumi baru dituruni hujan,
perjalanan ke KLIA ~ biasa & tidaklah sibuk+sesak,
setelah parking kereta di Block B ~ kami terus ke Balai Ketibaan,
kelihatan peminat bolasepak sudah semakin banyak......




Mungkin mereka sampai awal dari kami sekeluarga,
mungkin kerana mereka telah diarahkan untuk ke sana,
oleh Kementerian Belia & Sukan serta Sekolah Sukan juga,
mungkin mereka memang "peminat fanatik" yang setia,
mungkin juga mereka jadi peminat sukan secara tiba-tiba,
mungkin mereka ingin berkongsi kegembiraan bersama,
mungkin mereka tahu pengalaman sebegini tak selalu dirasa,
dan mungkin ingin mencatat kenangan dalam sejarah negara.

Mak Oii...punyalah ramai peminat & pemerhati kelihatan,
berbaris panjang+berlonggok-longgokkan di Ruang Legar,
menanti pemain bolasepak keluar dari ruang Balai Ketibaan,
penuh debaran serta kelihatannya tidak sabar-sabar......

Bagi mengurangkan keresahan peminat yang lama menanti,
koordinator kumpulan penyokong di Pentas Balai Ketibaan,
kerap menyanyikan lagu patriotik & slogan-slogan sensasi,
serta berlari-lari mengibarkan bendera+trofi kejuaraan rekaan,
menyanyi nama K.Rajagopal+Shafie Sali & Khairul Fahmi,
sambil memukul drum agar kemeriahan tidak berkurangan.

Juga gerakan "ombak tangan" dimulakan dari atas pentas,
bersambungan ke sekitar ruang menunggu di Balai Ketibaan,
berulangan sebanyak 3 kali ~ tanda seronok bukannya protes,
dan diakhiri dengan tepukan kegembiraan tanda sokongan.

Ada juga terdengar suara sumbang ~ kerana lama menunggu,
bila "usikan" itu berbunyi ~ "siapa nak bayar duit parking?",
tapi...rata-rata peminat tergelak & buat-buat tak ambil tahu,
hmm...jelaslah peminat bolasepak kini semakin "sporting"......

Bila dah lama menunggu ~ ramai yang dah mula "boring",
usikan nakal bila terlihat kelibat pramugari mula kedengaran,
hmm...sekadar usikan sahaja tapi boleh buat orang pening,
ada yang ingatkan pemain bolasepak negara telah kelihatan.


Akhirnya...sekitar jam 4.30 petang ~ terdengar pengumuman,
pasukan bolasepak negara telah sampai di Balai Ketibaan,
bergambar dahulu di pentas sebelum keluar dari lorong laluan,
diiringi polis+pengawal keselamatan ke pentas yang disediakan.



Ketibaan pasukan bolasepak negara disambut tepukan gemuruh,
sorakan+nyanyian+nama jurulatih & pemain semakin bergema,
peminat bolasepak mula berasak-asak tapi bukannya merusuh,
ingin lihat+salam+mengambil foto pasukan bolasepak negara.


Penjaga Gol ~ Khairul Fahmi menjadi tumpuan ramai peminat,
tak kira kecil+besar+tua+muda perempuan mahupun lelaki,
~ dia kelihatan tenang & happy tanpa kawalan terlalu ketat,
tidak seperti yang dialami oleh Penyerang Utama ~ Shafie Sali.



Di atas pentas ~ Tan Sri Anuar Musa menjulang trofi,
Menteri+Pegawai Sukan+Ahli Sukan & peminat menjadi saksi,
menandakan kemarau selama 14 tahun telah berjaya diatasi,
kini...pasukan bolasepak negara ~ bakal pihak lawan geruni...




Bacaan Doa kemudiannya dibaca oleh individu yang dilantik,
tanda bersyukur pada Ilahi atas kejayaan pasukan negara,
setelah selesai berdoa ~ peminat kembali semula memekik,
menyanyi & menyebut-nyebut nama pemain yang disuka.

Sesi bergambar kemudiannya mengambil tempat,
oleh Jurufoto Surat Khabar demi merakamkan sejarah negara,
mungkin selepas itu ada yang sangka ~ giliran peminat,
tapi...rupa-rupanya semua pemain terus ke bas yang tersedia.

Kerana peminat telah lama menunggu & ingin bergambar,
kedengaran nyanyian meminta Pasukan Polis turun dari pentas,
tapi...Pasukan Polis menangani situasi itu secara bijak & sabar,
tiada kejadian tidak diingini terjadi yang menimbulkan rasa cemas.


Pujian diberi kepada semua yang hadir pada hari tersebut,
kerana hampir keseluruhan hadirin boleh bertoleransi,
situasi OK ~ semua kembali tenang tanpa kelam-kabut,
menjadi contoh & kenangan pada Pelancong Luar Negeri.



Datuk Ahmad Shabery kemudiannya ditemuramah pemberita,
bagi mendapatkan cerita untuk disiarkan keesokan harinya,
peminat semakin bersurai & suasana kembali tenang semula,
dan...nak jadi cerita ~ bateri kamera saya habis tak semena-mena.

Kami bertiga kemudiannya turut beredar & berehat sebentar,
menanti "anak bujang" yang "cilok sekejap" jumpa "Mak Wa"nya,
aparaa...orang sibuk "mendorong rasa kecintaan" pada negara,
dia pula sibuk "membajai kemesraan" dengan orang lain pula !!!
( Hu...Hu...Hu...Hu...Hu...Hu)

Selepas "anak bujang" kembali "melapor diri",
KLIA & pengalaman tersendiri mula ditinggalkan ,
singgah di Masjid KLIA ~ Sholat Asar ~ mengEsakan Ilahi,
sebelum membawa keluarga makan di restoran kegemaran.

Selesai sudah misi penuh sensasi kami kali ini,
mungkin itulah penutup pengalaman beraneka tahun 2010,
Insya`Allah...diizinkan lagi Allah ~ kami akan cuba ulangi,
2011 ~ kami cuba cari kenangan bermakna lebih bersungguh.

Akhirkata......

Cerita sensasi yang dijanjikan telah saya sempurnakan,
semoga pengalaman kami mampu memberikan "ilmu" ~,
kepada yang masih setia menjadi Pembaca Budiman,
Insya`Allah ~ di lain kesempatan kita akan bertemu,
dengan lain topik & cerita yang sedang dirangkakan,
maka kesudahannya ~ semoga Allah merahmati kita selalu.

Insya`Allah......

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Thursday, January 6, 2011

Ulangtahun Hari Kelahiran...

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah merahmati kita semua,
dengan cahaya keimanan & ketakwaan,
dipermudahkan segala usaha untuk mentaati-Nya,
berbahagia hidup di dunia hingga ke akhir zaman.

Sepertimana yang telah dijanjikan,
kini saya ceritakan kisah "ulangtahun hari kelahiran"***,
"post" ini adalah sambungan "post" pada 3 haribulan,
kerana kedua-dua kisah tersebut saling berkaitan.

01/01/11 ~ hantar "anak bujang" ke Bandar Di-Raja,
untuk menaiki bas express kembali ke "U" di Utara,
setelah dapat "break"@cuti hampir 10 hari lamanya,
kembali ke "U" menyambung pelajarannya semula.

02/01/11 ~ giliran "anak dara" pula di hantar pulang,
setelah bercuti "semester 3" hampir sebulan lebih,
kerana pengajian bagi "semester" ke 4 akan menjelang,
maka dia perlu dihantar pulang tanpa perlu rasa sedih.


Tarikh itu seiringan tarikh ulangtahun hari kelahiran si Isteri,
kami ke KL ~ untuk menghantar "anak dara" ke Desa Siswi,
sebelum ke Desa Siswi kami perlu menuju ke 1 destinasi,
~ ke "Restoran Nasi Kandar Pelita" ~ menu ingin dirasai,
bersarapan pagi & sebahagian hadiah si Isteri untuk Hari Jadi,
kerana rezeki dari Allah perlu sama-sama dinikmati.




Restoran Nasi Kandar Pelita terletak di Jalan Ampang,
difahamkan ~ ada 24 cawangan restoran di seluruh negara,
masakan di cawangan Sungai Petani Kedah ~ kami dah cuba,
nak "try" masakan kat KL ~ lagi sedapkah atau lebih kurang,
dan nak memastikan benarkah cerita kesedapan masakannya,
seperti yang diberitahu "anak dara" & beberapa "blogger" juga.

OK-lah ~ tempatnya bersih & layanannya pun cepat,
pelbagai menu masakan "berat" & "ringan" ada tersedia,
harga pun boleh tahan ~ kalau pandai "budjet" & cermat,
suasananya dipersekitaran & di dalam kedai pun OK juga.





Ketika mula menikmati juadah yang telah diminta,
terasa beza rasa masakan antara Sg Petani & KL agak ketara,
sedap lagi masakan di Sg Petani ~ komen ikhlas kami bertiga,
tapi tidak sesedap kesedapan masakan di Restoran Line Clear.

Mungkin citarasa kami bertiga dengan citarasa anda berbeza,
masing-masing berhak komen ikut pengalaman yang dirasai,
namun sekirannya anda pernah makan di Restoran Line Clear,
~ saya yakin anda pasti tahu membezakan keunikan rasa kari.

Habis menikmati juadah di Restoran Pelita di Jalan Ampang,
2 HyperMarket sekitar Kuala Lumpur ~ mula dipijak,
kerana "anak dara" perlu beli beberapa barang,
sebagai kegunaan & bekalan untuknya kelak.

Setelah menghantar "anak dara" balik ke Desa Siswi,
kami suami-isteri kemudiannya menghala pulang,
amanat & pesanan untuk "anak dara" sering diulangi,
belajar bersungguh-sungguh & jangan sia-siakan peluang.

Hmmm......

Tentu anda tertanya-tanya......,
kata cerita ulangtahun hari kelahiran si Isteri tercinta,
tapi takda pula cerita tentang hadiah istimewa,
kena baca dulu...kelak anda akan temui juga "hadiah"nya.

Sesungguhnya......

Agak berlainan cara saya meraikan hari lahir Isteri tercinta,
kalau sesetengah orang ~ pasti hadiah istimewa akan diberi,
tapi...saya pula meraikannya dengan pelbagai cara berbeza,
kerana Isteri saya orangnya sederhana & senang bertoleransi.

Sebenarnya...bukan hadiah berbentuk kebendaan jadi ukuran,
benar ~ dalam hidup sekarang kebendaan amat diperlukan,
namun...banyak aspek lain yang boleh memberi kebahagiaan,
cuma kita sering terlepas pandang @ kurang ambil perhatian.

Bukan kemewahan berlebihan yang sering diminta,

~ cukuplah sekadar kita sentiasa jujur padanya,
menjaga adab & tingkahlaku kita walau dimana berada,

~ cukuplah jika kita berusaha cari rezeki halal untuk keluarga,
biar pun sikit...tapi keberkatannya berpanjangan sentiasa,

~ cukuplah bila kita tahu bertimbang-rasa & menghormatinya,
mendengar keluh-kesah & bantu meringankan bebanannya,

~ cukuplah sekirannya kita mahu belajar & membimbingnya,
memberi peluang agar dia mampu mendalami ilmu agama,

~ cukuplah jika kasih-sayang kita ikhlas & segar sentiasa,
agar dia tahu ...yang dia dalam hidup kita amat istimewa,

~ cukuplah bila kita sering mendoakan kebahagiaan untuknya,
bahagia di jiwa+raga ~ bahagia di dunia+kelak di Akhirat juga,

inilah hadiah saya yang paling istimewa buat Isteri tercinta.

Akhirkata......

Selamat Hari Lahir buat Isteri tercinta,
semoga Allah merahmatinya sentiasa,
semoga hidup kami berkeluarga kekal bahagia,
di dunia & berpanjangan di Akhirat selamanya.

Insya`Allah......

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Monday, January 3, 2011

Usia Yang Dipinjamkan...

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ Kesempatan datang sekali lagi,
membolehkan saya melakarkan cerita,
didoakan agar anda & saya dirahmati Ilahi,
berbahagia selaras dengan kehendak agama.

Sebelum terlupa ~ "Selamat Tahun Baru",
diucapkan kepada semua pembaca Blog saya,
~ semoga tahun ini lebih baik dari tahun dahulu,
dalam segala perkara berfaedah yang bakal diusaha.

Sepatutnya selepas "post ~ 2 Hand-Phone Baru",
ada 1 cerita sensasi untuk dikongsikan bersama,
kerana sibuk & kurang sihat ~ ia ditangguhkan dahulu,
mungkin selepas "post" ini cerita tersebut akan dinyata.

Insya`Allah......

Are You Ready???
OK...kita mulakan cerita "post" kali ini...

Semalam tanggal 2 haribulan ~ tarikh yang istimewa,
ulangtahun kelahiran yang ke ?? untuk Isteri tercinta,
Alhamdulillah ~ Allah masih izinkan ihsan+rahmat-Nya,
khasnya kepada beliau+saya+anak-anak & seisi keluarga,
~ semoga keredhaan-Nya pada kami berkekalan adanya,
berbahagia hidup bersama di dunia+kelak di Akhirat juga.

Insya`Allah......

Peningkatan usia bermakna kita makin kurang berpeluang,
untuk bersantai seperti di zaman muda & sihat selalu,
dengan peningkatan usia bermakna kudrat mula berkurang,
tahap kesihatan semakin menurun dan tidak menentu,
segala kenikmatan semasa muda tidak akan berulang,
kerana begitulah ketentuan Ilahi sejak dari azali dahulu...

Peluang untuk menjalani kehidupan di dunia ini sementara,
terpulanglah kepada kita untuk berikhtiar mengisinya,
kerana lambat-laun ~ hidup kita tetap ada noktahnya,
cuma...bila?bagaimana?di mana? rahsia hanya milik-Nya,
adakah kita telah cukup bersedia untuk menghadapinya?
pernahkan kita berkira-kira "bekalan" yang bakal disedia?
~ adakah ianya diisi dengan penuh bermakna & bijaksana?
~ atau tersia-sia ditipu hawa nafsu yang bermaharajalela?

Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda :
"Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara iaitu :-

1 ~ MASA SIHAT sebelum SAKIT
2 ~ MASA KAYA sebelum DATANGNYA MASA MISKIN
3 ~ MASA LAPANG sebelum TIBA MASA SIBUK
4 ~ MASA MUDAMU sebelum DATANG MASA TUA
5
~ MASA HIDUP sebelum TIBA MASA MATI......"

( Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi )

tapi...sering kalikah kita ingat-ingatkan nya?,
atau kita asyik & kerap buat-buat tak tak tahu?

Namun......

Alhamdulillah ~ bila kita rasa perlu bermusahabah diri,
Alhamdulillah ~ jika kita mahu mengingsafkan diri,
Alhamdulillah ~ sekiranya kita mampu memperbaiki diri,
Alhamdulillah ~ bila kita dapat kekal mentaati perintah Ilahi.

Pertambahan umur bermakna kematangan diri makin "subur",
~ makin kerap merendah diri & berbudi pekerti mulia,
bukannya makin sombong+bongkak serta takabbur,
pada diri sendiri+manusia serta pada Yang Maha Esa.

Adapun.....

Kesempatan untuk diberkati usia tidak semua orang dapat,
kerana adakalanya kesan dari amalan kita kepada Ilahi,
selalunya yang akan kita rasai ~ balasan dari apa yang dibuat,
kerana Allah tidak akan menzalimi akan hamba-Nya sendiri.

Kerana itulah akan dilihat keadaan manusia yang bervariasi :-
ada yang masa mudanya baik ~ masa tuanya terpuji,
ada yang masa mudanya teruk ~ masa tuanya semakin keji,
ada yang masa mudanya nampak elok ~ tua pula amat dibenci,
ada yang masa mudanya "nakal" ~ masa tua pula dikasihi,
ada yang masa muda baik+jahat ~ tua pun"maintance steady",
ada langsung tak rasa sebegitu bila seawal usia lagi dah "pergi",
maka amat bertuahlah mereka ~ seperti kanak-kanak & bayi...

Maka......

Kini terpulanglah pada kita untuk berfikir & menduga-duga,
sejauhmanakah dalam usia yang dipinjamkan Ilahi kepada kita,
~ telah kita pergunakan sebaik mungkin untuk mentaati-Nya,
dan berbakti sesama manusia+kehidupan lain yang ada,
adakah semakin bertambah baik seiring peningkatan usia,
atau semakin kurang seperti gugurnya rambut dari atas kepala.

Akhirnya......

Semoga ilham semalam yang diberikan Allah kepada saya,
sempena ulangtahun hari kelahiran*** Isteri tercinta,
mampu mendorong kita menjadi insan yang lebih bermakna,
pada agama+nusa+bangsa+keluarga & diri yang empunya.

بسم الله الرحمن الرحيم
"Ya ALLAH !
Baikkanlah agama kami ~
yang akan memelihara segala urusan kami.

Baikkanlah dunia kami ~
yang mana tempat penghidupan kami

dan
baikkanlah akhirat kami ~
yang akan menjadi tempat kembali kami.

Jadikanlah hidup kami ~
pertambahan ke arah kebaikan untuk kami

dan
mati itu istirehat untuk kami ~
daripada segala kejahatan.


Amin...Amin...Amin...Ya Robbal `Alamin".


Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

(p/s : Kisah Ulangtahun Hari Kelahiran*** akan bersambung )