Thursday, December 16, 2010

Bermusahabah Diri...

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala pujian-pujian buat Allah,
Tuhan yang memerintah semesta alam,
semoga kita semua sentiasa beroleh hidayah,
dan mentaati perintah-Nya selaku Umat Islam.

Alhamdulillah ~ hari ini hari bersejarah,
terutamanya buat "anak bujang" saya,
genap sudah 18 tahun ~ dia diizinkan Allah,
untuk merasai & menikmati kehidupan di dunia.

Bertambah umur bermakna bertambah tanggungjawab,
~ selaku hamba kepada suruhan Yang Maha Esa,
kerana kelak ~ di akhirat kita wajib menjawab,
akan bagaimana kita mengunakan nikmat pemberian-Nya.

Segala nikmat kurnian Allah bukan untuk dipersia-siakan,
kerana ianya kelak akan ditanya oleh Yang Maha Esa,
~ bagaimana nikmat itu telah sebaik mungkin kita gunakan,
terutamanya dalam merangka pengabdian kita kepada-Nya.

Dalam sebuah hadith Rasullullah s.a.w. telah bersabda:
"Tidaklah bergeser kedua kaki seorang hamba
( menuju batas Shiratul Mustaqim ) sehingga ia ditanya
Allah dengan 4 perkara iaitu :
tentang umurnya ~ untuk apa ia dihabiskan,
tentang ilmunya ~ untuk apa ia diamalkan,
tentang hartanya ~ dari mana ia diperolehi
dan kemana ia dihabiskan,

serta tentang badannya ~ untuk apa ia digunakan."
( Hadith Shahih Riwayat At-Tirmizi & Ad-Darimi )


1 ~ Umur :-
~~~~~~~~~~~

Umur bertambah seiring peredaran masa,
peredaran masa akan sentiasa berlalu tanpa tertunda,
semakin berusia sepatutnya semakin matanglah kita,
kerana telah mengalami pelbagai pengalaman & perkara.

Sepatutnya bertambah umur makin bertambah amalan,
makin berkualiti hidup kita selaku seorang insan,
makin segera insaf & merendah diri kepada Tuhan,
makin kuat berkebajikan dan meninggalkan kebahtilan,
ambillah peringatan sepertimana yang Allah firmankan,
dalam surah ke 103 @ A l -`Asr ~ di dalam Al-Quran:

"Demi Masa !
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan sabar."

Dalam sehari semalam selama 24 jam masa Allah berikan,
namun...bagaimanakah ia telah & sering kita gunakan?
adakah diisi dengan beribadah+melaksanakan perintah Tuhan?
atau sering disia-siakan dengan pelbagai jenis kemaksiatan?


2 ~ Ilmu :-
~~~~~~~~~~

Sebagai seorang muslim kita diperintahkan Allah
dan Rasul-Nya agar kita menuntut ilmu,
seperti dalam Surah Az-Zumar ~ Firman Allah:
"Apakah sama orang yang tahu (berilmu)
dengan yang tidak berilmu?"


Menuntut ilmu agama hukumnya wajib buat kita,
tanpa ilmu dibimbangi amalan kita tidak akan dikira,
Allah akan bertanya...kenapa kita mengikut sahaja?,
sedangkan kita tak langsung mengetahuinya?.

Seperti dalam Firman Allah dalam surah Al-Isra`:
"Dan janganlah kamu mengikuti
apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.
Sesungguhnya pendengaran,penglihatah dan hati,
semua angota-angota itu
tetap akan ditanya tentang apa yang dilakunya".


Ilmu dipelajari haruslah digunakan untuk kepentingan Islam,
ilmu yang dituntut wajib diamalkan menurut syari`at Islam.

Rasullullah s.a.w. telah bersabda:
"Beramallah kamu (dengan ilmu yang ada)
kerana tiap-tiap seorang dimudahkan
menurut apa-apa yang Allah ciptakan atasnya".
( Hadith diriwayatkan oleh Muslim )


3 ~ Harta :-
~~~~~~~~~~~~

Rasullullah s.a.w. telah bersabda:
"Bagi tiap-tiap umat itu fitnah
dan sesungguhnya fitnah umatku adalah harta".
( Hadith diriwayatkan oleh At-tarmizi & Hakim )

Harta pada hakikatnya dalah milik Allah,
harta adalah amanah Allah kepada umat manusia,
disyaratkan agar kita mencarinya secara halal+baroqah,
~ mempergunakannya sebagaimana disyari`atkan agama.

Kita haruslah sentiasa peka & berhati-hati,
dalam usaha mencari rezeki dalam kehidupan ini,
kerana memiliki+membelanjai harta kehalalannya diragui,
~ kita akan mendapat siksa dari Allah yang tidak terperi...

Seperti sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud:
"Barang siapa yang dagingnya tumbuh
dari barang yang haram,
maka Neraka itu lebih patut baginya."
( Hadith diriwayatkan oleh Al-Hakim )


4 ~ Badan :-
~~~~~~~~~~~

Manusia adalah makhluk cipta Allah yang paling sempurna,
kesempurnaan itu menjadikan kita Khalifah di muka bumi,
manusia dibebani "taklif" agar berfungsi dengan baiknya,
sebagai rangka mengabdikan diri kita kepada Ilahi.

Jasmani manusia dituntut untuk berbakti & bekerja,
dengan melaksanakan ibadah terutamanya kepada Allah,
mengerjakan perkara dituntut agama ~ diganjari pahala,
namun berdosa jika melakukan perkara tak berfaedah.

Rasullullah s.a.w. telah bersabda:
"Tiap-tiap amal @ pekerjaan ada masa-masa semangat,
dan tiap-tiap masa semangat ada masa lelahnya
maka barangsiapa lelah letihnya
kerana melaksanakan sunahku,
maka ia telah mendapatkan petunjuk,
dan barangsiapa lelah letihnya
bukan kerana melaksanakan sunahku,
maka dia termasuk orang yang binasa".
( Hadith diriwayatkan oleh Al-Hakim & Al-Baihaqi )

Maka......

Sudah & seringkah kita mengambil peringatan itu?
bermusahabah diri seiring peningkatan usia di dunia,
kerana untuk hidup belum pasti & mati sudah tentu,
telahkah kita bersedia untuk menghadapi pertanyaan-Nya?

Akhirkata......

Marilah kita mengambil & merebut peluang,
selagimana kita masih berdaya & bernyawa,
jangan sia-siakan segala kesempatan yang datang,
~ berusahalah melaksanakan segala perintah agama.

Sekian dulu hasil perkongsian ilmu di kali ini,
salah & silap...kemaafan anda ~ saya mohoni,
Insya`Allah...kelak kita bakal bertemu kembali,
di lain masa bila peluang datang mengiringi......

Sekian+terima Kasih+Wassallam.

Wednesday, December 15, 2010

Jom Kita Baca......

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah merahmati kita semua,
berbahagia hidup di dunia serta kelak akhirat,
dipermudahkan segala amal kebajikan diusaha,
~ berterusan+berlipat-ganda+beroleh berkat...

Insya`Allah.....

Hari ini ~ Hari Rabu bersamaan 9 Muharram,
esok ~ Hari Khamis bersamaan 10 Muharram,
mahukan Para Pembaca seagama menambah "saham"?,
berusaha mencari pahala sebelum di angkat "kalam"?.

Maka......

Jom kita baca penerangan di bawah,
semoga kita berjaya menghayatinya serta faham,
dan berusaha agar pahala kita bertambah,
sebagaimana yang disabdakan Rasullullah s.a.w.


Puasa Pada Bulan Muharram :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Daripada Abi Hurairah r.a katanya,
telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya:
"Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah
puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram
dan seafdal-afdal sholat selepas sholat fardu
ialah sholat malam." ( Riwayat Muslim )

Daripada Ibu `Abbas r.a katanya,
telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya:
"Sesiapa berpuasa pada hari `Arafah
nescaya terhapus dosanya 2 tahun
dan sesiapa berpuasa 1 hari daripada bulan Muharram
maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari,"
( Dikeluarkan oleh Al-Tabrani )


Puasa Hari Tasu`a @ 9 Muharram :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ia disunatkan,
namun Rasullullah s.a.w belum sempat mengerjakannya,
bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan,
maka aku akan berpuasa pada hari ke 9 @ 9 Muharram."
( Riwayat Ahmad & Muslim )


Puasa Pada Hari `Asyura @ 10 Muharram :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~

Daripada Ibn Abbas r.a:
"Bahawa Rasullullah s.a.w. berpuasa pada hari `Asyura
dan memerintahkan agar berpuasa padanya".
( Riwayat Al-Bukhari & Muslim dalam sahih mereka )

Daripada Abu Qatadah r.a:
bahawasanya Rasullullah telah ditanya
mengenai puasa di Hari `Asyura @ 10 Muharram
maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:
"Ia menghapus dosa setahun yang lalu." ( Riwayat Muslim )


PERINGATAN
~~~~~~~~~~~~~~~~

Puasa sunat pada hari ke 10 Muharram
hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya
iaitu pada hari ke 9 atau dengan hari selepasnya
( yakni hari ke 11 ) dan lebih baik lagi dikerjakan
3 hari berturut-turut iaitu hari ke 9,ke 10 & ke 11.
Jika ditunggalkan ~ hanya pada 10 Muharram sahaja
maka hukumnya adalah makruh
kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Berpuasalah pada hari `Asyura @ 10 Muharram
dan janganlah menyamai perbuatan orang Yahudi;
oleh itu berpuasalah sehari sebelum & sehari sesudahnya."
( Riwayat Imam Ahmad )


Doa Di Hari `Asyura @ 10 Muharram :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terjemahannya:

"Telah cukuplah ALLAH sebagai penjaga
dan sebaik-baik wakil,
sebaik-baik pengawal
dan sebaik-baik penolong,
Maha Suci ALLAH yang memenuhi
timbangan penamat pengetahuan,
kemuncak keredhaan
dan hiasan Arasy,
tidak ada arah tuju
dan tempat tuju daripada ALLAH
kecuali hanya kepada
dan daripada-Nya ( ALLAH )."

(Rujukan : Ab. Latiff Muda
Senjata rahsia orang mukmin: doa,penawar & zikir
ISBN 967-86-0212-1
1. Islam-Prayer-books and devotions. 2. Zikir. I. Judul
297.3824
Diterbitkan oleh : Karya Bistari Sdn Bhd.~ 2003 )


Akhirnya......

Marilah kita merebut sebarang peluang yang tiba,
dalam usaha untuk mendampingi-Nya semata-mata,
semoga Allah merahmati & mempermudahkan kita,
berusaha menjadi hamba yang kekal taat pada-Nya.

Insya`Allah......

Sekian dulu sedikit perkongsian ilmu & pengharapan,
Insya`Allah ~ kita bakal dipertemukan kembali,
"Kisah MAHA 2010" ~ akan saya cuba usahakan,
dan...jika tersalah+tersilap kata ~ maafkanlah diri ini.


Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Monday, December 13, 2010

Kisah Pada 27/11/2010...

بسم الله الرحمن الرحيم ~ coretan dimulakan,
semoga kita sentiasa dibimbing Allah,
ke arah jalan diredhai & penuh keberkatan,
semasa hidup di dunia & sebelum ternoktah.

Seperti yang diimpikan semalam,
hari ini disempurnakan kisah 27/11/2010***,
harap dibaca perlahan-lahan agar mudah faham,
kerana ada beberapa perkara ingin disentuh.

Selepas ke kenduri kahwin anak "seorang kaya",
kami bertiga kemudiannya ke "Bandar Di-Raja",
menziarah 1 keluarga berpangkat anak saudara,
yang baru dikurniakan Allah ~ seorang cahaya mata.

"Ibrahim" ~ nama istimewa pilihan suami-isteri,
anak ke 2 dalam perkongsian hidup mereka berdua,
kehadirannya dijangka akan menambahkan seri,
kini mereka telah memiliki sepasang cahaya mata.

Nama di pilih sempena nama sebuah Surah,
dalam Al~Quran ianya nama Surah yang ke 14,
mungkin dipilih agar bayi tersebut dirahmati Allah,
sempena kisah pengorbanan Nabi yang tak terbatas...

Alhamdulillah ~ nama bayi sempena nama Nabi Allah,
Insya`Allah ~ semoga "dia" bakal beroleh baroqah,
semoga perjalanan hidupnya di dunia kelak dipermudah,
menjadi penolong IbuBapa di Akhirat di kala gundah.

Selepas menziarah pasangan keluarga yang berbahagia,
selepas berkongsi cerita dengan kedua IbuBapa mereka,
selepas menunaikan Sholat Asar ~ kami meminta diri,
kerana saya berhasrat menyempurnakan niat "anak dara",
yang tempoh hari saya tidak dapat sempurnakannya,
iaitu membawa dia jalan-jalan melihat "keunikan" di I-City.





Selepas meninjau lokasi ~ kami ke Giant Supermarket,
sejak petang "tahan perut" ~ isteri nak makan di sini,
walaupun masa menziarah tadi ~ "Nasi Ayam" di"offer"i,
kerana dia teringin makan "Mee Sizzling Hot Plate",
maka...saya cuba menyempurnakan hajat si isteri,
baru "fair+square" ~ hajat mereka berdua bakal dipenuhi.




Kami berSholat Maghrib di Masjid Negeri Shah Alam,
Masya`Allah ~ ramainya penggunjung malam ini,
mungkin di hujung minggu di sini banyak program,
~ ada ceramah agama & pelbagai aktiviti berjual-beli.


Alhamdulillah ~ setelah sempurna menunaikan Sholat,
kami menuju ke I-City ~ 1 destinasi pelancongan baru,
dengan mengikut panduan ~ kami sampai ke matlamat,
kena "caj" RM 10/- bagi 1 kereta masuk di malam minggu.



Mak Oii...ramainya manusia di malam-malam begini,
petang tadi masa meninjau ~ tak ada penggunjung lagi,
pelbagai bangsa & lapisan masyarakat kelihatan di sini,
tapi senang cakap ~ "orang melayu"- lah yang majoriti !!!

Mungkin ramai penggunjung teruja untuk datang,
kerana mungkin mendengar cerita dari ramai orang,
termasuklah kami bertiga ~ ingin turut merasainya,
apakah tarikan istimewa yang disebut berulang-ulang,
hebat benarkah ? atau sekadar cerita temberang ?,
setelah mengalaminya barulah kami tahu ~ biasa sahaja.


Ada beberapa kedai menjual "produk" bertema cahaya,
juga sebuah kedai makan+minum ringan boleh didapati,
mungkin kesesuaiannya mengikut permintaan semasa,
~ perlu ada "produk sampingan" untuk mengimbangi.

Mungkin baru beberapa "fasa"pembangunan telah sempurna,
mengikut perancangan tahun 2015 ~ "complete" semua,
maka...yang didapati kini hanyalah sebahagiannya saja,
tapi "pelancongan malam berkonsep cahaya" dah bermula.

Saya tak nak cerita tujuan & perancangan I-City di bina,
sekadar nak bercerita pengalaman yang dikutip di sini,
kerana hal-hal "kompleks" tu ~ bukan urusan saya,
kerana kami datang ke sini pun sekadar nak mengetahui.




Keunikan limpahan cahaya LED terfokus di 2 lokasi,
lokasi 1 ~ di City Park & di City Walk ~ lokasi ke 2,
bangunan+pepohon+arca binatang dipamerkan di sini,
berwarna-warni ~ melihat boleh tapi perlu beringat juga.





Sebuah "Skrin TV" besar diletakkan di tengah taman,
tapi kurang menjadi tumpuan ~ penggunjung sibuk,
~ bergambar & kerenah anak-anak perlu di layan,
selepas 2 jam ~ kami pun pulang kerana dah ngantuk !!!

Hmmm......

Sebelum terlupa ~ beberapa pesanan ikhlas dari saya,
kalau ke I-City ~ sediakanlah duit banyak sikit,
kerana permainan berasas cahaya banyak dijual di sana,
kalau tak dapat beli ~ takut anak kecil akan menjerit-jerit.

Bawalah juga botol air minuman & makanan ringan,
agar kebersihannya & kehalalannya tidak dikhuatiri,
sambil jalan kalau letih boleh merehatkan kepenatan,
dan masa kita pun tak terbuang melepak di 1 lokasi.


Awas...kerana ada "dakyah sonsang" cuba dimeresapi,
"cekak kepala bercahaya" ala Tanduk Syaitan ada di jaja,
"gaya telingga Arnab" ~ "maskot playboy" ada didapati,
" bentuk ribbon Snow White" banyak kedapatan juga,
peringatan untuk Orang Islam kerana perlu berhati-hati,
supaya kita sentiasa beringat walaupun untuk suka-suka.

Ada Struktur Ukiran yang agak tak bersesuaian,
lebih condong pada amalan & kemegahan anutan lain,
maka...bersantai & melihat ~ jangan dalam kelalaian,
agar akidah kita tidak mudah untuk dipermain-main...

Serta......

Kalau bersantai bersama keluarga di sini berwaspadalah,
kalau bawa "bayi" & "anak kecil" perlu berhati-hati,
di waktu malam & tempat begini banyak perkara misteri,
kerana Jin & Syaitan pada waktu begini mula melangkah,
mencari "rezeki & makanan "selepas tidur di siang hari,
dari kalangan yang "kecil+dewasa+perempuan+lelaki",
~ sebagaimana yang telah di pesan oleh Rasulullah,
melalui sebuah Hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari,
yang maksudnya seperti paparan di bawah ini:-

"Apabila kamu menghadapi malam
atau kamu telah berada di sebahagian malam

maka tahanlah anak-anak mu

kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu

dan apabila berlalu sesuatu ketika malam

maka tahanlah mereka

dan tutuplah pintu-pintu rumahmu
serta sebutlah nama
Allah,
padamkan lampu-lampu mu

serta sebutlah nama
Allah,
ikatlah minuman mu
serta sebutlah nama
Allah
dan tutuplah sisa makanan mu

serta sebutlah nama
Allah ( ketika menutupnya )"

Adapun......




Sekadar datang melihat suasana unik di sini ~ OK-lah,
namun...beringat-ingatlah ~ ia hanya ciptaan manusia,
kerana keindahan kejadian & ketulenan ~ milik Allah,
janganlah terlalu bermegah dengan keunikan sementara.

Mungkinkah.......


Anda lihat "I-City" ~ saya pula lihat macam "I SEE "+",
mungkin 3 huruf " I-C-T "@ mungkin ia seruan "Ai! Siti ",
tapi sebagai seorang dewasa ~ anda fikirkanlah sendiri,
manusiakan punya "fatwa" tersendiri+berbeza persepsi...

Akhirnya......



Dalam perjalanan pulang ~ singgah di Restoran Pilihan,
"order" sikit makanan untuk dikongsikan bertiga,
maklumlah...lapar pula selepas penat berjalan-jalan,
Alhamdulillah...ada rezeki dari Allah untuk kami rasa.

Selesai sudah kisah pada 27/11/2010 yang lepas,
Insya`Allah ~ cerita "MAHA 2010" menyusul tiba,
salah & silap ~ saya mohon kemaafan secara ikhlas,
kerana saya hanya menyuarakan apa yang saya rasa,
tanpa bermaksud mempengaruhi @ mahu menjejas,
akan kematangan & pertimbangan diri anda semua.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Sunday, December 12, 2010

Buatlah Perbandingan......

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah merahmati kita semuanya,
dengan taufik & hidayah yang berpanjangan,
agar kita berbahagia sentiasa adanya,
dalam kehidupan kini hingga keakhiran.

Hampir 3 hari tiada "Post" disertakan,
sebagai perkongsian ilmu bersama Pembaca,
maaflah ~ dah cuba tapi tidak berkesempatan,
kerana saya "agak" sibuk uruskan hal semasa.

Tengahari tadi ~ ke kenduri kahwin anak kenalan,
semalam tengahari ~ majlis yang sama juga,
malam tadi ~ "majlis berkhatan" anak jiran,
kelmarin ~ hal pejabat perlu tindakan segera.

Dalam "Post" kali ini saya ingin bercerita,
tentang sikap & tingkah-laku segelintir manusia.
yang sering saya alami & fikir-fikirkan juga,
berkaitan "majlis perkahwinan" ~ isu utama.


Perbandingan ~ Kisah Pertama :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

15 hari yang lalu ~ pada tanggal 27/11/2010***,
saya berpeluang ke satu "majlis perkahwinan",
"anak sulung" jiran lama ~ diraikan beria-ia sungguh,
namun...hingga ke hari ini masih menjadi perbualan.

Orangnya kaya & memiliki "aset" yang banyak,
walaupun bukan dari kalangan orang akademik,
~ orang politik+aksi biasa...kelicikan tak nampak,
nampak memang baik tapi pandai main "trick" !!!

Alhamdulillah ~ ada juga orang kita yang senang,
dia ada 4 biji rumah di kawasan perumahan kami,
semuanya bayar "cash" tanpa perlu berhutang,
bagaimana dia cari wang ? ~ fikir-fikirlah sendiri...

Dengan wang & "aset" bernilai Ratusan Ribuan Ringgit,
kita beranggapan ~ "majlis perkahwinan" akan meriah,
tambahan "anak sulung" ~ pasti belanja lebih sedikit,
memang meriah ~ tapi untuk "Tuan Rumah & Penengah".

"Penengah" dibekalkan "sut pakaian" sedondon,
mungkin ditempah khas agar majlis nampak berseri,
tapi...kelihatannya mereka lebih banyak jadi penonton,
bukan meraikan tetamu-tetamu yang mengunjungi.

Keadaan+susun atur meja & set buffet kelam-kabut,
makanan yang dihidangkan ~ sederhana adanya,
mungkin..."budget" cukup tapi "tukang masak" kedekut,
atau mungkin "budget" dikeluarkan cukup-cukup sahaja.

Sebenarnya saya diminta membantu untuk memasak,
oleh "tukang masak" diamanahkan ~ kenalan agak rapat,
mungkin "Tuan Rumah" terlalu sibuk ~ saya mengagak,
dia pun tiada bertandang & menjemput secara beradat,
apatah lagi berjumpa+bersembang +menelefon pun tidak,
hanya sekadar"kad jemputan" dimasukkan ke peti surat,
maka...jelaslah bantuan dari saya ~ dia tak berkehendak,
jadi...kami bertiga datang sebagai tetamu yang dilihat.

Pada hemat saya ~ dengan wang & "aset" berbondong,
beliau tak sepatutnya "berkira-kira" dengan perancangan,
konsep "catering" lebih sesuai bukannya gotong-royong,
jamu-lah tetamu dengan masakan yang menyelerakan...

Belanja "pelamin & solekan" ~ difahamkan RM5 ribu,
"grant" sungguh ~ untuk meraikan "Pengantin Baru",
~ peluang bergambar+untuk "Majlis Berinai" dah tentu,
maklumlah peluang & pengalaman begitu tak selalu...

Kerana kurang layanan+kurang menjadi hasil masakan,
maka...sehingga ke hari ini ~ kedengaran runggutan,
di "majlis perkahwinan" lain~ ia dijadikan perbandingan,
bahkan sampai semalam & hari ini ia tetap diperkatakan,
~ susahnya untuk memenuhi persepsi kemasyarakatan,
~ jemput pun salah ~ kalau tak jemput jadi perbualan !!!


Perbandingan ~ Kisah Kedua :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semalam kami bertiga menghadiri "majlis perkahwinan",
sepasang "Warga Emas" ~ mengahwinkan anak mereka,
bukan kalangan orang yang punya banyak kekayaan,
~ tinggal menumpang di rumah anak perempuan sahaja.

Si Isteri ~ membantu anak di Kedai Jahitan Pakaian,
Si Suami ~ bekerja sebagai Tukang Kebun di ILP,
tapi...punya "hati" & "niat" penuh kesungguhan,
~ meraikan para tetamu dengan keikhlasan di hati.

Apakan tidaknya ~ tetamu dijamu pelbagai masakan,
masakan ala kenduri semasa & ala kampung pun ada,
sedap & menyelerakan ~ walaupun tak banyak pilihan,
"juadah cuci mulut" walaupun kecil tapi sedap terasa,
~ bukan secara gotong-royong ~ bahkan di"catering"kan,
serta "buah tangan" untuk tetamu agak canggih tersedia.

Pelamin "Simple" & "Majlis Khatam Al-Quran" ~ biasa,
Pelamin ~ di khemah Santapan Beradat Raja Se-Hari,
Khatam Al-Quran ~ di "porch kereta"...boleh diperhati,
jelas "Warga Emas" ini faham apa itu "kenduri-kendara",
agar yang "diraikan " & "meraikan" rasa gembira di hati,
maka tak salahlah jika "puji-pujian" sentiasa didengari...

Walaupun "majlis" oleh "Warga Emas" tidak "grant",
dan jumlah tetamu yang dijemput bukan beribu-ribu,
tapi...majlis tersebut telah berlansung penuh kemeriahan,
walaupun sederhana ~ jelas keberkatannya dah tentu......

Jelaslah...walaupun mereka tidak kaya harta-benda,
tapi mereka "beradat"+beradab-sopan & berbudi-bahasa,
alangkah bahagianya jika ramai orang kita seperti mereka,
semoga tradisi & legasi sebegini tidak hilang ditelan masa.

Maka......

Anda nilailah & buatlah perbandingan sendiri,
antara 2 kisah berbeza yang saya paparkan tadi,
agak-agak ~ bolehlan kekayaan menjamin "situasi"?,
atau keikhlasan yang sentiasa akan diingat-ingati ?

Sekian dulu hasil coretan untuk kali ini,
kisah tentang 27/11/2010*** akan cuba dinukilkan,
sehingga tiba saat & ketika seperti yang diimpi,
salah & silap...kemaafan dari anda ~ saya pohonkan.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Thursday, December 9, 2010

Operasi Mencukur Rambut...

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah memberikan taufik+hidayah kepada kita,
Insya`Allah ~ berbahagia di dunia & kelak di akhirat,
~ semalam saya tak sempat menghasilkan cerita,
ada sedikit urusan penting lain yang perlu dibuat.




26/11/2010 ~ saya membotakkan rambut di kepala,
ini merupakan kali ke 2 dilakukan pada tahun ini,
Alhamdulillah ~ esoknya anak rambut dah mula terasa,
OK-lah tu...setidak-tidaknya ia masih mahu tumbuh lagi.

Kali pertama cukur botakkan kepala ~ bulan 3 dibuat,
kerana nak temankan "anak bujang" membayar nazar,
saya botakkan kepala dahulu ~ esoknya baru dia ikut,
namun...pengalamannya amat "benggang" bila diingat,
kerana perilaku "Barber Import" ~ kesabaran dicabar,
bila luka kulit kepala saya ditampal dengan rambut !!!

Selepas itu ~ saya tak teringin lagi masuk kedai itu,
~ "fobia" dengan perilaku yang tidak profesional,
~ kena "caj" ekstra ~ bila tepuk belakang+urut bahu,
tak pernah dibuat orang ~ ini memang tak normal !!!

Kali ini saya cuba mencukur rambut di kedai lain,
~ kedai yang dah lama tidak saya kunjungi,
seorang "Barber Muda" bangsa India sedia menanti,
berusia sekitar awal 20an...betul ke ni @ main-main?
mungkin dia bukan "Barber" ~ saya memusykili diri,
tapi hanya dia seorang di situ ~ "Barber" lah dia ni !!!

Sebelum bermulanya "operasi mencukur rambut",
kami bersembang ~ bertukar cerita & informasi,
~ dia baru mengambil alih Kedai Gunting tersebut,
kerana sebelum ini "Barber Veteran" yang kendali,
kerana serangan "darah tinggi" teruk & mengejut,
maka kedai tersebut kerap tukar Pengendali Operasi.

Masa "Barber Veteran" mengendalikan operasi,
saya merupakan di antara pelanggan setia beliau,
orang lama ~ cara guntingannya "slow & steady",
hasil guntingan...cantik & kemas ~ tak perlu risau.

Selepas dia diserang penyakit "darah tinggi" teruk,
saya terpaksa ke Pekan ~ gunting rambut di sana,
maka kedai tersebut semakin jarang di"jenguk",
kerana "Barber" di Pekan ~ "skill"nya hampir sama.

"Skill" "Barber Veteran" & "Barber" di Pekan ~ sama,
~ mereka hanya gunting rambut "Stail Classic" sahaja,
sedangkan "Barber Muda" ~ sudah ikut trend semasa,
~ Classic+Highlight Rambut+Paten+Bridal...semua ada.

Hebatkan..."Barber Muda" ini berwawasan jauh & "ligat"
"legasi" dimonopoli oleh bangsa India ~ kekal di urus,
sayang...anak bangsa saya yang seusianya tidak berminat,
menyeburi bidang ber"prospek" & ber"potensi" bagus.

"Barber Muda" belajar gunting rambut di Kolej Swasta,
sejumlah RM 7,000 ~ pakej yuran pengajian dibayar,
6 bulan "teori" & 2 tahun "praktikal" ~ perlu di cuba,
sebelum mengendalikan Kedai Gunting Rambut sebenar.

Dalam tempoh 10 ~12 jam Kedai Gunting beroperasi,
paling minimun 6 ~ 10 pelanggan sehari sudah memadai,
~ untuk bayar sewa kedai+bahan+caj utiliti & juga gaji,
itu dikira hanya untuk 1 orang sahaja yang mengendali,
dan hanya "Stail Classic" cara guntingan rambut dilayani,
"Paten+Highlight Rambut+Bridal" ~ belum di kira lagi.

Dan paling seronok ~ "Barber Muda" memberi informasi,
kalau ada pelanggan buat "Paten Bridal + Highlight" sekali,
1 hari dapat 1 pelanggan seperti itu sudah mencukupi,
hanya ambil masa 1 ~ 2 jam...yang lain boleh goyang kaki,
~ "caj" yang dikenakan RM 150 ~ 200/- amat memadai,
tapi "Paten" biasa ~ paling kurang 4 orang dikehendaki,
hanya ambil masa 30 ~ 45 minit untuk setiap 1 sesi,
~ "caj" bayaran antara RM 35 ~ 60/- itu dah pasti !!!
~ "caj Highlight" pun lebih kurang sama seperti tadi,
cuma...banyak @ sikit "caj" nya masih boleh di"kompromi".

Dengan "caj" sekitar RM 7 ~ 12/- untuk sekali guntingan,
jika minumum pelanggan dalam sehari antara 6 ~ 10 orang,
~ katakanlah jumlah hari bekerja 20 ~ 25 hari sebulan,
dan pelanggan pula bertambah bila akhir bulan menjelang,
agak-agak...berapakah kadar keuntungan dikumpulkan?
4 angka ~ tak lari punya dari apa yang telah dirancang !!!

Sambil bercerita ~ rambut di kepala saya terus dicukur,
mungkin kerana telah mendapat latihan secukupnya,
~ tidak rasa sakit masa pisau belit terus menggelongsor,
saya terus "bertenang" tanpa rasa bimbang di minda.

Jelas berbeza cara & mutu cukuran jika dibandingkan,
pengalaman kali pertama bercukur ~ menyakitkan !!!
namun...kali ke 2 ini ~ rasa cukup berpuas-hati,
~ tiada luka+licin+selesa & kepala pun rasa ringan,
serta dapat banyak maklumat menambah pengetahuan,
mungkin dapat di kongsi dengan Pembaca "blog" nanti...

Bayaran dikenakan mungkin agak mahal sedikit,
jika bersesuaian & hasilnya baik ~ tidak mengapa,
RM 15/- dibayar tanpa was-was atau hati sakit,
harga tersebut termasuk "caj" bercukur janggut juga.


Hari ini hari ke 14 dari hari saya membotakkan kepala,
~ rambut pun dah panjang tapi belum boleh disikat,
mungkin...kalau teringin nak botakkan rambut semula,
tak khuatir dah ~ saya dah ada "Barber" yang cermat.

Sekian dahulu perkongsian cerita pada kali ini,
Insya`Allah ~ akan menyusul cerita lain pula,
jika tersilap bicara ~ maafkanlah saya seikhlas hati,
akhir kata ~ semoga kita dirahmati Yang Maha Esa.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.