Sunday, January 16, 2011

Kurang Sivik......

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah merahmati kita dengan Ihsan-Nya,
agar kita dapat menikmati nikmat hidup di dunia,
الحمد لله ~ saya masih diberikan peluang & masa,
untuk mencoret 1 "isu" semasa yang kerap dijumpa,

Tengahari 07/01/2011 ~ kami jemput "anak dara",
selepas dia habis menghadiri kuliah tengahari itu,
terus ke Desa Siswi ~ dia nak ambil beberapa benda,
sebelum kami meneruskan perjalanan seperti selalu.

Dari Desa Siswi ~ kami menuju ke jalan utama,
banyak kondominium ~ di sebelah kanan jalan,
di kiri jalanraya pula terdapat beberapa sekolah,
di sepanjang jalan inilah ~ "tema" utama cerita,
saya coretkan hasil pemerhatian & pengalaman,
"isu" mudah tetapi ada manusia* suka buat susah!

Ceritanya begini......

Waktu pulang dari sekolah ~ waktu yang amat dinanti,
baik oleh murid+guru+pengusaha bas & ibubapa* juga,
terutamanya Hari Jumaat ~ hari sesi sekolah diakhiri,
jelas suasana cukup "meriah"+sibuk & menguji jiwa.

Bayangkan 4 buah sekolah terletak di lokasi yang sama,
dan jalan raya pula hanya "2+ lane" ~ tapi laluan sehala,
sedangkan kenderaan yang menunggu* ~ banyak pula,
dengan di"parking" di kiri jalan* di sepanjang jalanraya.

Jalanraya yang kecil jadi tambah sempit bukan lapang,
ada kereta berhenti sekejap* hanya nak tunggu anak naik,
berhenti di tengah jalanraya* & tak fikir kereta belakang,
mujurlah masa itu pemandu di belakang bersikap baik !!!



Jarak yang perlu dilalui hanya sekitar 500 meter sahaja,
tapi masa "jam" hampir 45 minit ~ angkara manusia*,
gara-gara sebahagian ibubapa* yang pentingkan diri,
tak mahu tunggu anak di"parking awam" yang tersedia,
hingga menyusahkan pengguna jalanraya yang lain pula,
jelaslah mereka* ini "ego" & susah orang lain tak dipeduli.

Tengok kereta Toyota Vios Hitam* tu ~ contoh terdekat,
tak belajar undang-undang jalanraya ke 1 masa dulu?
mana boleh berhenti di kawasan kuning berpetak empat,
bukan sahaja berhenti tapi "parking" tanpa ada pemandu.

Nanti kalau terlanggar keretanya ~ pasti dia* amat marah,
kemudian pasti "bertekak" di tengah jalan ~ cari kebenaran,
kalau ini terjadi ~ pemandu yang lain yang makin susah,
bakal tersanggut berjam-jam ~ jadi mangsa keadaan !!!

Papan Tanda terpampang besar ~ tak juga dipatuhi,
kalau tulis dalam bahasa sanskrit ~ tentu sukar difahami,
ini tulisan dalam Bahasa Kebangsaan pun macam tak reti,
nak kata "P.A.T.I" bukan ~ kerana mereka* lahir di sini !!!

Kalau 1 sahaja Papan Tanda ~ mungkin tak perasan,
ini punyalah banyak terdapat di kanan & kiri bahu jalan,
takkanlah masih tak reti-reti @ suka ambil kesempatan,
bila tiada Penguatkuasa & Polis Peronda memberi saman.

Agaknya...beginikah lazimnya mentaliti orang berada*?
bila duit dah banyak ~ semua peraturan ikut suka mereka*,
sedangkan peraturan yang tersedia demi kebaikan bersama,
tapi sayang..."sivik" kini kurang diamalkan & hanya nama,
lantaran "pengaruh ke"ego"an"* yang kini bermaharajalela,
dan lebih teruk ~ peraturan ada tapi penguatkuasaan tiada.

Bayangkanlah bila 45 minit tersangkut dalam "jam",
bukan kerana kemalangan @ kerosakan kenderaan,
tapi...gara-gara sikap manusia* yang "kurang faham",
kesusahan yang mereka* akibatkan pada lain insan.

45 minit ~ yang pasti kenderaan perlu bergerak,
penunjuk minyak kereta makin ke bawah arahnya,
kereta gerak berdikit-dikit & kuat "makan" minyak,
tambahan pula ber"Air-Cond" kerana bahang cuaca.

Bunyi "hon" ~ tak usah ceritalah...memekak-mekak,
bila ada kalangan pemandu yang mula hilang sabar,
tapi golongan mereka* ini ~ buat lagak "pekak badak",
nasib baik waras lagi...kalau tak boleh gaduh besar !!!

Dah lah "parking" ikut suka-suka mereka*,
anak naik sahaja kereta ~ terus cilok & potong "queue",
tak fikir langsung ~ orang lain yang dah "jam" lama,
itu bila marah orang sebut ~ "Go The Hell To You*" !!!

Sepatutnya ibubapa* tunjukkan contoh yang baik ,
agar jadi tauladan pada anak kecil & anak remaja,
tapi...bila perangai ibubapa* pun semakin "jijik",
tak mustahil anak besar nanti bakal bermasalah juga.

Nak kata tak belajar...rasanya mereka* ini terpelajar,
nak kata bodoh...jelas mereka* pandai memanupulasi,
senang cerita ~ mereka* ini terpelajar tapi "kurang ajar",
dan golongan seperti inilah* kerap kotorkan integriti.

Apapun......

Semoga anda tidak tergolong manusia* sebegitu,
kerana manusia* sebegitu sering disumpah-seranah,
hiduplah sederhana & bertatasusila dalam tingkah laku,
baru hidup akan aman serta terasa mudah & indah.

Insya`Allah......

Akhirkata...sekian coretan saya bernada rungutan,
angkara sebilangan manusia* yang kurang "sivik",
kalau anda ditempat saya ~ bagaimanakah tindakan?
fikir-fikirkan tapi fikirlah secara berhemah & "logik".

Salah & silap ~ saya menyusun jari sepuluh,
maafkanlah sekiranya ada keterlanjuran bicara,
mohon berehat sebentar kerana jari dah lenguh,
Insya`Allah...di lain "post" bakal bertemu semula.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

(p/s ~ warna+tanda * merujuk "subjek"
yang kurang "sivik" khususnya dalam cerita ini )

Akan Bersambung......

Saturday, January 15, 2011

Anda Nak Urut???...

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga kita semua dirahmati Ilahi,
dengan ketakwaan hanya untuk-Nya,
berbahagia hidup di dunia & di akhirat nanti,
dengan cahaya iman & islam hingga akhir masa.

Kali ini saya nak sembang santai-santai sahaja,
kerana banyak "post" sebelum ini "tema"nya berat,
apa kata kali ini kita jangan pening-pening kepala,
anda dah bersedia? Jom...kita mulakan cepat !!!

Anda nak urut? ~ "Massage"...anda tahukan urut?
~ gosokan tangan menggunakan teknik tertentu,
bagi kurangkan rasa sakit @ lenguh anggota badan,
mengurangkan kekejangan otot biar kembali lembut,
agar peredaran darah dalam badan bergerak "laju",
yang akhirnya agar badan kembali rasa kesegaran.

Sekarang ini pelbagai jenis urutan JuruUrut ditawarkan,
ada yang betul & yang menyeleweng juga memang ada,
yang betul~ di tempat terbuka memberi perkhidmatan,
yang menyeleweng ~ di tempat tertutup pula "servis"nya!

JuruUrut yang betul kebanyakannya tua atau buta,
JuruUrut menyeleweng selalunya seksi+jelita & muda,
JuruUrut yang betul ~ pakaiannya sopan sentiasa,
JuruUrut menyeleweng ~ pakaiannya "menjolok mata",
JuruUrut yang betul ~ urut demi kesihatan pengguna,
JuruUrut menyeleweng ~ urut "mendera jiwa+raga",
JuruUrut yang betul ~ sering ikhlas & mencari pahala,
JuruUrut menyeleweng ~ ada "kira-kira" & tambah dosa.

Tapi......

JuruUrut
yang ini amat berlainan dari 2 kategori tadi,
tapi...masih seperti mereka ~ upah tetap perlu dibayar,
lebih "daring" dari 2 kategori tadi ~ di khalayak ramai,
tak perlu buka @ menyinsing pakaian serta pakai "gebar",
anda hanya perlu duduk ~ masuk duit & tenangkan diri,
dan biar "JuruUrut" itu laksanakan tugas dengan "sabar".



Hahahahahaha...buat pembaca "suspen" aje saya ini,
rupa-rupanya cerita Mesin Urut ~ ingatkan apa tadi,
~ Mesin Urut yang banyak terdapat di pelbagai lokasi,
terutamanya di HyperMarket & Kompleks Hentian Bas,
~ satu pelaburan & perancangan yang penuh inovasi,
memberi keselesaan pada pengguna yang meminati,
juga pengguna boleh rehat sebentar "dimanja-manjai",
agar badan yang lesu mampu rasa kembali cergas.


3 bentuk @ nilai matawang kertas sahaja yang diterima,
RM 1/- RM 5/- & RM 10/-...nilai lain jangan nak cuba,
takut duit sangkut & tak keluar ~ walau tunggu lama,
jika dah banyak duit...kalau nak "try" ~ anda dipersila...



Durasi mengurut bergantung jumlah wang dimasukkan,
RM 1/- ...urutan berlangsung selama 3 minit sahaja,
RM 5/- ...15 minit ~ Mesin akan melaksanakan urutan,
RM 10/- ... urutan selama 30 minit & anda boleh "lena",
jika masukkan jumlah berbeza pun Mesin benarkan,
asal sahaja nilai salah 1 dari 3 matawang yang dinyata,
kalau lama sangat ~ takut suara sumbang kedengaran,
"sudah-sudahlah...tak cukup lagi?takkan nak jadi harta".


Adapun penggunaan Mesin Urut ini tidak disyorkan ,
Kanak-Kanak di bawah umur 12 tahun terutamanya,
para Pengidap Sakit Jantung juga tidak digalakkan,
hatta...Wanita Hamil juga elakkan menggunakan ia,
dan mereka yang baru lepas makan juga cuba elakkan,
serta perlu dapatkan nasihat doktor jika nak cuba juga,
peringatan tersedia perlu dibaca sebelum ia digunakan,
jika jadi kemalangan tak diduga ~ tanggungjawab kita.

Adapun......

Kesan urutan Mesin Urut tak sama urutan manusia,
nama pun Mesin Urut "Rest N Go" ~ Rehat Dan Beredar,
namun...untuk kelegaan ringan & sementara ~ ia berguna,
tapi sakit yang "kronik" sikit ~ berjumlahlah dengan pakar.

Demilianlah secebis kisah santai saya pada kali ini,
Insya`Allah ~selepas ini bakal ada cerita lain pula,
akhirkata...semoga "usikan" saya ~ anda sudi maafi,
sehingga masa itu tiba ~ sekian dulu nukilan dari saya.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

04/01/2011 ~ Kisah Akhir...

بسم الله الرحمن الرحيم
Hanya kepada Allah kita beribadah,
memperhambakan diri & mengEsakan-Nya,
semoga perjalanan hidup kita bakal dipermudah,
dalam usaha mencari keredhaan Yang Maha Esa.

Kini dinukilkan post "04/01/2011 ~ Kisah Akhir",
"trilogi" ke 3 untuk post bertarikh 04/01/2011,
semoga dipermudahkan Allah ~ ianya dizahir,
semoga ceritanya mudah difaham pembaca & jelas.

Hari Selasa ~ 04/01/2011...Kisah Akhir:-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selepas menghantar "anak bujang" balik ke "U" semula,
kami meneruskan perjalanan pulang seperti dirancang,
Alhamdulillah ~ pemanduan di lebuhraya agak selesa,
tenang...cuma sibuk sedikit tika memasuki Pulau Pinang.

Kenderaan dipandu mengikuti had laju & berhati-hati,
bagi berusaha elakkan kemalangan yang tidak dijangka,
beberapa sekatan jalanraya terpaksa saya ditempuhi,
dilakukan oleh JPJ dan juga pihak Polis Peronda.

Alhamdulillah ~ ke 2-2 sekatan tersebut saya tak ditahan,
mungkin kenderaan dipandu tak melepasi had kelajuan,
2 kenderaan depan saya ~ di 2 lokasi diminta ke bahu jalan,
apalagi...comfirmlah tu ~ saman akan dikeluarkan !!!



Oleh kerana hampir seharian saya memandu kenderaan,
anggota badan mula terasa sedikit lenguh & penat,
maka di "R & R Gunung Semanggol" ~ kereta dihentikan,
bagi membolehkan kami keluarga keluar berehat.



Keadaan agak lengang di "R & R" yang disinggahi,
mungkin kerana sekarang bukan musim cuti,
banyak kedai ditutup & ada pekerja sedang "goyang kaki",
maklum sahaja tak ramai pelanggan ~ rugi kalau beroperasi.


Selepas berhenti seketika & makan+minum ala-kadar,
perjalanan diteruskan semula namun tak lama,
setelah 30 minit di lebuhraya ~ kami singgah sebentar,
di Perhentian Sebelah Bukit Gantang Selatan pula.


Kali ini kami berhenti menyinggah nak cari "buah tangan",
kerana ketika di Kedah ~ kami cuma beli "Kari Cap Tarbus",
tak elok tiada "buah tangan" dibawa balik dari berjalan,
kerana keluarga yang tak ikut juga perlu dilayan bagus.



Perhentian Sebelah Bukit Gantang Selatan agak popular,
dikenali sebagai "Perkampungan Buah-Buahan Tropika",
buah-buahan yang dijaja di situ kelihatannya agak segar,
~ Jambu+Ciku+Cempedak+Limau+Nangka+Mangga,
mudah didapati & harganya anda boleh tawar-menawar,
manakala Durian+Manggis+Rambutan ~ ikut musimnya,
bila musimnya tiba barulah buah-buah tersebut diedar,
kalau tak hanya buah-buahan seperti tadi bakal dijumpa.


Buah yang anda lihat ini adalah "Buah Asam Jawa",
pelikkan? kenapa buah yang masam ini dikomersialkan?
tapi jangka salah sangka ~ buah ini manis+lemak terasa,
bukan seperti rasa "Pes Asam Jawa" guna untuk masakan !!!

Dulu harga "Buah Asam Jawa" ini RM15/- sebungkus,
tapi...kali ini sebungkus dijual hanya RM 5/- sahaja,
mungkin bungkusan kali ini kecil sedikit agar mudah diurus,
bagi memberi lebih peluang untuk orang ramai mencuba rasa.


Gambar yang ini pula ~ "Buah Cempedak Durian" namanya,
tapi bukan buah hasil kacukan Cempedak dengan Durian,
yang itu nama glamournya sahaja ~ agar senang dibeza,
harganya mahal sikit dari harga Cempedak biasa di pasaran,
boleh mencecah RM belas-belasan ~ untuk 1 biji sahaja,
namun rasanya manis & sedap serta isinya banyak kedapatan.




Untuk menyesuaikan nama "Perkampungan Buah-Buahan",
beberapa "dangau" @ "wakaf" dibina untuk penggunjung,
bagi memberi suasana nostalgik & mengimbau kenangan,
sambil makan buah ~ rasa seperti sedang duduk di kampung.

Rata-rata gerai di bahagian hadapan ~ menjual buah-buahan,
hingga kalau pusing @ jengah-jengah pun ~ sama sahaja,
cuma beza adalah ~ harga+kesegaran+variasi buah jaja-an,
terpulang pada kita nak pilih gerai & buah mana yang kita suka.



Nama pun gerai menjual buah-buahan tempatan,
tak sah kalau "Kuah Rojak" tidak dijual sekali,
ada jenama "Mak Bee" & "Rodziah" atas rak pameran,
pilihlah...nak biasa atau campur kacang ~ boleh didapati.

Setelah membeli beberapa jenis buah-buahan,
kami meneruskan perjalanan balik ke rumah,
menjelang jam 12++ tengah malam tiba di kediaman,
kemas barang+mandi+sholat & terus "rebah" ~ tidurlah !!!

Maka......

Sempurnalah kini "trilogi kisah pada 04/01/2011",
Alhamdulillah ~ semua berjalan lancar & selamat,
semoga kisah "trilogi" yang dinukilkan memberi ilmu,
melalui saya untuk pembaca yang membaca secara ikhlas,
akhirkata ~ kemaafan dipohon jika ada kesalahan dibuat,
Insya`Allah ~ di lain "post"...kita bakal bertemu.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Thursday, January 13, 2011

040111 ~ Kisah Seterusnya...

بسم الله الرحمن الرحيم
Hanya pada Allah kita beramal & beribadah,
memperhambakan diri hanya kepada Ilahi,
semoga diri kita sentiasa ingin bermusahabah,
agar menyedari mengapa kita wujud di dunia ini.

Kini ~ saya sambung semula kisah bahagian 2,
sambungan "04/01/2011 ~Kisah Awal" tempohari,
kisah dari tengahari hingga awal malam menjelma,
kisah ini juga merentasi dari 1 negeri ke 1 negeri.

Hari Selasa ~ 04/01/2011...Kisah Seterusnya :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sementara menunggu urusan Ayah Mertua selesai,
saya bersembang dengan Ibu Mertua & kenalannya,
Biras+Adik Ipar+Anak Saudara turut menyertai,
mengisi masa yang terluang dengan pelbagai cerita.

Alhamdulillah ~ urusan selesai waktu tengahari,
kami 3 keluarga terus ke Lembah menjamu selera,
Ayah Mertua belanja ~ dia ada rezeki & senang hati,
seronok dapat makan ramai-ramai bersama-sama.

Kemudian kami berpisah ~ kami ber 4 terus ke Kedah,
keluarga Adik Ipar balik ke rumah di Kuala Kangsar,
Alhamdulillah ~ perjalanan ke Kedah lancar & mudah,
kenderaan tak dipandu laju seolah kami sedang bersiar.




Menjelang 3 petang ~ sampai ke Merbok Sungai Petani,
singgah dekat Jambatan Semeling ~ minum air dijaja,
Air Nira Nipah ~ produk tradisi agak sukar dijumpai,
agar Keluarga Mertua dapat rasai akan keunikannya,
sambil meninjau "hasil laut" yang dijual anak negeri,
terus ke Kompleks Jeti Pelancongan Sungai Merbok pula.

Di "Catatan Perjalanan II+"~ lokasi ini ada dikunjungi,
tapi...gambar+penerangan yang disertakan ringkas sahaja,
Insya`Allah...kali ini lebih gambar+informasi akan diberi,
sebagai perkongsian ilmu+maklumat berguna sesama kita.

Ceritanya begini......





Hutan Paya Laut Merbok seluas 4,883 Hektar semuanya,
salah 1 hutan simpan paya laut terbesar di Semenanjung,
~ hutan simpan pelbagai spesies bakau terbesar di dunia,
tempat 80 spesies burung bergantung hidup & berkunjung.

Kepentingan Hutan Paya Bakau terbahagi kepada 3 :-
1 ) Ekologi dan Biodiversiti,
2 ) Kepentingan Fizikal @ struktur & bentuknya,
3 ) Kepentingan Ekonomi.

Ekologi & Biodiversiti :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lokasi pembiakan marin ~ sumber kehidupan utama,
untuk Ikan+Ketam+Udang+Molaska @ Siput+Kerang,
sumber makanan hidupan fauna yang berkaitan juga,
seperti Burung+Monyet+Biawak+Penyu+Memerang,
juga kawal+imbangi kandungan gas di Atmosfera dunia,
dan bertindak kurangkan kesan ombak laut@gelombang.

Kepentingan Fizikal :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Menjadi sempadan di antara laut & daratan,
kurangkan kadar hakisan tanah oleh tindakan ombak,
mengawal banjir serta sebagai zon penampan,
~ dapat kurangkan kelajuan ribut yang mengasak,
selamatkan harta benda ~ kurang kadar kemusnahan,
serta kehilangan nyawa dari bencana alam yang merosak,
juga akan memerangkap sedimen+bahan toksik+enapan,
suling air laut+elak kenaikan aras laut secara mendadak.

Kepentingan Ekonomi :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kayu Bakau dibuat kayu api+arang+bahan binaan,
dalam pembuatan bot+cerucuk asas untuk bangunan,
juga sebagai sumber tanin+ubat-ubatan & makanan,
lokasi & sumber sesuai untuk akuakultur diternakan,
juga sebagai sumber rujukan penyelidikan+pendidikan,
semuanya untuk menafaat manusia dalam kehidupan.

Alhamdulillah ~ bertuahnya Bumi Malaysia,
kaya dengan pelbagai flora & fauna yang berharga,
semoga anugerah Allah tersebut tidak dipersia-sia,
angkara kerakusan & kedurjanaan manusia juga.

Insya`Allah......

Wah !!! macam Guru Geografi +Ustaz pula rasanya,
oppsss...sorry...termelalut pula saya seketika,
hmm...jom kita sambung semula kisah seterusnya,
hal Kompleks Jeti Pelancongan Sungai Merbok semula.






Kawasan kompleks pelancongan terbahagi di 2 lokasi,
1 ~ diatas tanah manakala...atas pinggir sungai ~ 1 lagi.

1) ~ Pembangunan di atas tanah menempatkan :-
Pusat penerangan pelancongan+ruang makan kenamaan,
surau+tandas awam+jeti rakit+muat naik bot+restoran,
kedai+tempat pembakaran kayu arang+parking kenderaan.

2) ~ Pembangunan di atas pinggir sungai menempatkan :-
pejabat pengurusan+dewan serbaguna+galeri aktiviti,
galeri sejarah+galeri biodiversiti+pusat penerangan,
tandas awam+auditorium dan akhirnya kedai cenderahati.


Waktu melawat galeri tersebut dari jam 9 pagi ~ 5 petang,
ke 3-3 galeri itu berhawa dingin+buku pelawat disediakan,
makan+minum tidak dibenarkan dalam galeri ~ dilarang!,
bahan maklumat berkaitan ada dipamerkan untuk bacaan.






Setelah meninjau-ninjau lokasi & bergambar,
kami ke Masjid Sungai Layar Hujung tunaikan sholat,
sholat jamak takdim+qasar untuk sholat zohor & asar,
dan ke Kolej Malinja ~ kuliah "anak bujang" habis jam 4.

Alhamdulillah ~ "anak bujang" kelihatan cergas juga,
setelah hadiahkan barang makan pada rakan sebilik,
"anak bujang" bawa kami lihat Pusat Perkelahan Tupah,
kemudian kami terus ke Bandar Sungai Petani pula,
beli barang makan untuk stok "anak bujang" bawa balik,
kerana nak keluar ke Bandar Sungai Petani agak susah.

Kami singgah makan di gerai belakang bangunan HCBC,
tak jauh dari Restoren Nasi Kandar Pelita Sungai Petani,
Laksa Buyung ~ pergghhh....memang rasa laksa tradisi,
terus kami order bungkus untuk bawa balik malam nanti,
cuma tidak digalakkan order masak berupa gorengan nasi,
kerana rasa masakannya agak kurang menyenangkan hati,
tapi...jika anda tak kisah ~ makan ajelah janji perut diisi,
kerana rezeki dari Allah hendaklah kita sentiasa hargai.

Pelbagai topik & cerita kami perbualkan bersama,
sewaktu sedang menunggu & menikmati juadah,
selesai makan ~ ke "U" semula kami menghala,
bawa bersama sedikit bekalan makanan untuk disedekah.

Setelah hantar barang & meninjau bilik "anak bujang",
nasihat diberi agar dia sentiasa menjaga kesihatan,
~ malam telah menjelang kini tiba masa untuk pulang,
setelah bersalam-salaman & berpesan-pesanan,
kami teruskan perjalanan sebagaimana yang dirancang,
~ ternyata semua gembira walaupun sedikit keletihan.

Maka......

Sempurna sudah cerita "040111 ~ Kisah Seterusnya",
"Kisah Akhir" ~ akan diusahakan secepat mungkin,
selepas kisah tersebut ~ ada beberapa cerita menanti,
akhirkata...salah & silap ~ kemaafan anda saya minta,
sudilah maafkan saya dengan ikhlas & penuh yakin,
Insya`Allah...di lain kesempatan kita bakal berjumpa lagi.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Tuesday, January 11, 2011

04/01/2011 ~ Kisah Awal...

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian hanya milik Allah,
Yang Memerintah akan sekelian alam,
~ semoga Allah memberikan kita baroqah,
dalam melaksanakan niat baik yang diilham.

Kisah "Post" kali ini berbentuk "trilogi",
1) "04/01/2011 ~ Kisah Awal" sebagai permulaan,
2) "04/01/2011 ~ Kisah Seterusnya" akan mengikuti,
3) "04/01/2011 ~ Kisah Akhir" untuk kesudahan.
Dah bersedia nak baca kisah kali ini?
Mari kita mulakan......

Hari Selasa ~ 04/01/2011...Kisah Awal :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pagi itu kami menemani keluarga ke Kuala Kangsar,
singgah di gerai sekitar kawasan Masjid sebentar,
bersarapan bersama kerana perut dah terasa lapar,
seperti yang dijanjikan ~"bil"-nya saya yang bayar.

Saya menemani Ayah Mertua ke Lempor,
Isteri & Mak Mertua ~ duduk di Masjid berehat,
saya balik ke Masjid ~ Isteri ikut Ayah ke kantor,
sambil menunggu urusan selesai ~ ada"misi"saya nak buat.

Dalam pada itu "anak bujang" telefon ~ dia semakin sihat,
sekali lagi pagi tadi dapatkan pemeriksaan Doktor,
Alhamdulillah ~ dia mendengar apa yang dinasihat,
kini rakan sebiliknya telah bersihkan bilik yang kotor.

Saya memaklumkan yang kami bakal menziarahinya,
Insya`Allah ~ akan bawa Atok & Opah bersama,
ternyata...dari nada suaranya berbunyi gembira,
akan dilawati oleh Atok & Opah di "U" kat Utara.

OK ~ kita terus ke cerita yang dihajati,
cerita tentang"misi"nya seperti di bawah ini......



Di sebelah Pejabat Tanah & Daerah Kuala Kangsar,
ada 1 bahan bersejarah yang tertua di negara kita,
usianya kini menjangkau ke 134 tahun bila dianggar,
"Hevea Brasiliensis Muell. Arg."~ nama saintifiknya,
kalau dibaca & disebut ~ pelik & asing pula didengar,
tapi kalau sebut "Pokok Getah" ~ pasti kita dah biasa.

Sejarah awal Pokok Getah didengar sekitar tahun 1496,
tapi mula dibawa ke Asia Tenggara sekitar tahun 1877,
tahun sama di Malaysia ~ benih getah itu ditanam,
hingga kini getah juga sumber pendapatan yang utuh.

Pokok Getah pertama telah ditanam di Kuala Kangsar,
oleh H.J.Murton ~ Penguasa Botanical Garden Singapura,
pada 03/10/1877 ~ 9 biji benih getah jumlahnya dianggar,
di halaman rumah Sir Hugh Low ~ ditanam semuanya.





Pokok Getah ditanam untuk produk susu getah @ lateks,
~ asid formik dicampurkan agar susu getah menjadi beku,
digelek guna mesin penggelek ~ proses sedikit kompleks,
diasap ~ menjadi Getah Asap Keping Bunga - gred ditentu.



Selain dari susu getah @ lateks sebagai sumber ekonomi,
pokok getah yang sudah tua juga ada nilai komersialnya,
pokok-pokok yang tua akan diproses untuk lain industri,
iaitu pembuatan perabot untuk eksport+tempatan sama.

Daun getah boleh menjana pendapatan sampingan juga,
ia boleh dijadikan kraf tangan ~ tapi perlu kesabaran,
permukaan luaran daun diproses hingga tinggal rangka,
diwarna+digubah menjadi bentuk bunga-bungaan,
tapi...permintaan terhadapnya ikut trend semasa,
disebabkan ikut trend ~ maka ia kurang diberi perhatian.

Adapun......

Mulai 1902 ~ penanaman getah mula dikomersialkan,
berkembang & menyumbang pendapatan eksport Malaysia,
ia merupakan pendapatan negara tertinggi sehingga 1970-an,
juga pengeluar getah utama selain Thailand+Indonesia+China.

Getah asli terpaksa bersaing dengan getah sintetik,
getah sintetik guna petro-kimia sebagai bahan utama,
namun...bila harga petrol semakin meningkat drastik,
maka getah asli kembali menjadi pilihan utama semula.

Pada penghujung tahun 2010 ~ harga getah naik mendadak,
5 tahun dulu baru RM4 berbanding RM14 sekilogram kini,
mungkin permintaannya kini semakin mendesak,
sesuai dengan kemajuan pesat untuk kegunaan industri.

Harga tersebut harga tertinggi dalam sejarah industri getah,
dijangkakan ia akan kekal sehingga pertengahan tahun ini,
faktor perubahan cuaca membantu permintaan bertambah,
bila negara pesaing terjejas akibat perubahan cuaca terkini.

Sebenarnya......

Terlalu banyak kegunaan & produk berasaskan getah,
kalau disenaraikan boleh mencecah 50,000 jenis barangan,
lihat contoh dalam hidup seharian ~ tak perlu susah-susah,
dari pen+getah pemadam+selipar+kasut+sarung tangan, beg+tilam+hos+permaidani+penebat wayar+tikar getah,
gayung+timba+sendal pintu dan lain-lain yang berkaitan.

Maka......

Alhamdulillah ~ dari 9 pokok getah di Kuala Kangsar itu,
dianggarkan kini 1.7 juta Hektar tanah ditanam dengannya,
membantu menjadi pendapatan kelompok rakyat tertentu,
berkongsi kemakmuran negara hasil perancangan bijaksana.

Alhamdulillah ~ kita berpeluang tinggal di bumi bertuah,
kaya dengan hasil bumi & subur tanah-tanihnya,
hingga mendorong rakyat asing datang ke sini berhijrah,
mencari & berusaha mengaut "laba" semaksima mereka.

Jangan salahkan mereka kerana kita sering ambil mudah,
sibuk dibuai mimpi & puji-pujian ~ mengalpakan minda,
dibimbangi kita semakin lama semakin bakal dijarah,
bila kelak dalam tak sedar ~ sumber ekonomi dikuasai mereka.

Kesimpulannya......

Sementara berkesempatan ~ rebutlah peluang yang tiba,
berusaha hasilkan hasil getah seoptimum yang terdaya,
~ kurangkan kebergantungan tenaga kerja dari luar negara,
~ cuba usaha & galakkan anak tempatan turut serta,
~ digalakkan menoreh getah pada sebelah petangnya pula,
~ gunakan keuntungan diperolehi dengan membeli baja,
~ kebun kecil dibangunkan secara berkelompok+usahasama,
~ jual sendiri hasil getah kepada Agensi Kerajaan iaitu Risda.

Akhirnya......

Kini...selepas 13 dekad masa silih berganti,
Pokok Getah yang dahulunya tidak berapa diminati,
Alhamdulillah ~ kini ia masih meneruskan "bakti",
menjana ekonomi untuk insan yang tahu menghargai.

Sekian dulu kisah "04/01/2011 ~ Kisah Awal" diakhiri,
"Kisah Seterusnya" ~ akan saya cuba nukilkan nanti,
akhirkata...sebarang salah & silap ~ mohon dimaafi,
Insya`Allah...di lain kesempatan kita bertemu kembali.

Sekian+Terima kasih+Wassallam.