Wednesday, March 10, 2010

Sekadar Cerita Biasa II......

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji hanya untuk Allah,
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
hanya kepada-Mu Ya Allah ~ saya berdoa dan berserah,
semoga dipermudahkan-Nya utk saya bercerita kembali......

Sebenarnya ada banyak perkara ingin saya nyatakan,
untuk tatapan anda sebagai bahan perkongsian pengalaman,
namun...ruang dan masa saya agak berkurangan,
maka...sekadar cerita biasa sahajalah akan saya nukilkan.

Hari ini...anak-anak "Ikan Gappy Import" makin berganda,
dari 17 ekor kini hampir mencecah 40 ekor pagi tadi,
itupun saya kira anak ikan tersebut "agak-agak" sahaja,
tak "dan" nak kira bila semuanya berenang ke sana ke mari.

Maknanya ~ kini ada 3 tahap tumbesaran berbeza,
pada anak-anak "Ikan Gappy Import" tersebut,
ada besar sikit + sedang dan kecil-kecil juga,
bila beri makan... semuanya "comel"~ berebut-rebut!!!

Alhamdulillah...nampaknya sehingga ke hari ini,
belum ada "Ikan Gappy Import @ Kampung" yang mati,
nampaknya "mereka" mampu bertahan sehingga kini,
mudah-mudahan ~ berkekalan dan bertambah lagi "populasi".

3ekor "Ikan Betina Gappy Kampung" tempoh hari,
belum ada tanda-tanda bunting lagi ~ mungkin masih muda,
tak kisahlah bila "status"nya akan bertukarganti,
janji semuanya dalam satu akuarium hidup aman bersama.

Mungkin akan ada tambahan dalam tempoh terdekat ini ~
bilangan anak-anak "Ikan Gappy Import" dalam akuarium,
kerana salah seekor "induknya"masih bunting lagi,
kalau anak ikan jadi berganda ~ makin "luas"lah saya tersenyum.

Alhamdulillah...nampak gayanya semuanya berjalan lancar,
"Ikan Gappy Kampung dan Import "saling baik "berinteraksi"
semoga "kemuafakatan" sesama "mereka" tidak "tercalar",
agar tiada" konfrantasi" sehingga boleh menyebabkan mati.

Kini...saya akan sering memantau ikan-ikan tersebut,
agar dengan izin Allah ~ semuanya mampu bertahan dulu,
kalau majoriti banyak yang hidup ~ takdalah fikiran "berserabut",
cuma perlu jaga yang dah membiak agar hidup sihat selalu.

Sambil melihat aksi ikan ~ nikmat dan kebesaran Allah kita syukuri,
kerana...dgn izin Allah ~ melihat "gelagat" ikan juga satu "terapi",
disamping mampu mengurangkan "stress" dan menghiburkan hati,
dapat juga mengimbangi tahap "kewarasan" akal dan nurani.

Tak salah rasanya ~ asal sahaja perbuatan tersebut diredhai Ilahi,
namun...tidaklah sampai perintah wajib kepada Allah kita lupai,
kerana "terapi" paling berkesan yang tiada tolak bandingnya lagi,
ialah kepada Allah kita memperhambakan diri seikhlas hati......

Akhirnya......

Sekian dulu coretan untuk kali ini,
Insya`Allah ~ di lain masa bakal bertemu semula,
akhir kata...ampun dan maaf ~ saya menyusun jari,
sekiranya ada tersilap dan terkasar bahasa ketika bercerita.

Wassallam.

p/s: Alhamdulillah ~ malam tadi anak ikan dah jadi berganda,
dari hampir 40ekor pagi tadi ~ kini dah hampir 60ekor pula......
Insya`Allah...semoga "produktiviti" bakal berterusan juga,
sehingga akhirnya ~ suasana di dalam akuarium kembali "ceria"......

Monday, March 8, 2010

Syukur Kepada Allah......

بسم الله الرحمن الرحيم ~ bicara tanpa suara dimulai,
السلام عليكم ~ untuk pembaca yang dihormati
الحمد لله ربّ العالمين ~ kita dipertemukan Allah kembali,
إن شاء الله ~ semoga ada cerita bermakna untuk dikongsi...

Alhamdulillah ~ hari ini gaji kedua anak bujang saya,
setelah menanti buat sekian lama,
terlewat pula tarikh pembayarannya,
hingga anak bujang saya naik "menyingga"...

Apa taknya ~ "gaji tepuk" bayar "on the spot",
"gaji bank" ~ terpaksa menunggu tak tentu hala,
kejap-kejap pergi "check" sehingga naik semput,
hati yang gembira pun boleh bertukar marah jadinya !!!

Orang lain dah "loaded" dan pergi ber"jolly",
anak bujang saya dan seorang teman juga terkulat-kulat,
member lain punyalah "happy" ~ senyum sampai nampak gusi,
anak bujang saya dan seorang teman ~ muka"nya" masam+kelat !!!

Namun...penantian mereka berakhir tengahari tadi,
gaji melalui "bank" dah "on the line"~ "so" bolehlah tekan,
apa lagi...terus tekan hingga tinggal "note RM 50" berbaki,
sebagai "spare" di lain waktu kalau ada kejadian di luar dugaan.

Seperti bulan lalu ~ kami suami isteri diberi sedikit wang gaji beliau,
ada pertambahan agihan dari 40% meningkat hingga ke 50%,
namun...bukanlah bermakna ~ duit gaji "dia" sengaja kami "pau",
Insya`Allah ~ esok wang tersebut akan kami simpankan.

Duit pemberian anak bujang saya bulan lalu pun masih ada,
dari keseluruhan duit yang diberi ~ hanya 10% saya guna,
belanja keluarga makan bersama+sedekah juadah kat jiran juga,
yang lainnya telah saya masukkan dalam akuan simpanan"nya".

Syukur kepada Allah ~ kerana pelajaran pertama telah berjaya,
anak bujang saya berjaya menguruskan duit perbelanjaan"nya",
selama sebulan ~ wang pengurusan"nya" ada berbaki juga,
sedangkan kawan-kawan yang lain duit mereka entah kemana !!!

Wang gaji bulan yang lalu ~ masih berbaki 30% di tangan"nya",
Insya`Allah...akan disimpan bila masanya tiba,
kerana "dia" ingin pegang wang tersebut sebagai "exstra",
saja-saja aje...nak rasa lebih gembira dan "power" juga !!!

Insya`Allah ~ Hari Khamis ni "result Exam SPM " akan keluar,
saat tersebut amat ditunggu-tunggu dengan penuh debar,
rasa bimbang+cemas serta sesekali rasa tak sabar,
mungkin itulah riak di wajah anak bujang saya tergambar......

Sementara menanti saat-saat yang ditunggu itu tiba,
anak bujang saya masih meneruskan kerja"nya" seperti biasa,
mungkin bulan ini ~ bulan terakhir"nya" untuk bekerja,
kerana kerja untuk"nya" sudah hampir ke penghujungnya.

Mungkin selepas ini ~ syarikat bakal memanggil"nya" semula,
kerana "prestasi" yang ditunjukkan tidak menghampakan,
namun...sehingga pengesahan dan "offer" tersebut menjelma,
pada saya...biarlah "dia" berehat dulu ~ meredakan kepenatan.

Ada perancangan lain untuk "dia" telah tersedia,
"dia" perlu segera mengambil lesen memandu,
mana larat asyik nak lekat tanda "L" sahaja,
takut nanti sambung belajar ~ dah tak boleh nak tunggu...

Jadi...tengoklah macammana nanti keadaannya,
Insya`Allah...kami akan cuba merancang yg terbaik utk "dia",
kerana esok dan lusa...bukan dalam jangkaan kita,
kita sebagai manusia hanya mampu merencanakan sahaja,
selebihnya...terserahlah kepada ketentuan Yang Maha Esa,
buruk atau baik ~ hanya Allah yang memegang rahsia-Nya.

Hingga tiba saat itu,
segala-galanya saya serahkan pada Allah,
mudah-mudahan ~ semuanya bakal elok selalu,
untuk kami seisi keluarga serta beroleh baroqah.

Insya`Allah......

Sekian Dan Terima Kasih...

Wassallam.

Sekadar Cerita Biasa......

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan kalimah Bismillah coretan bermula,
semoga anda dan saya dirahmati Allah sentiasa,
dipermudahkan Allah ~ saya melakarkan secebis cerita,
untuk tatapan anda bila kelapangan menjelma,
namun terlebih dahulu ~ ampun dan maaf dipinta,
kerana kali ini ~ ceritanya... sekadar cerita biasa.

Hari Jumaat lalu saya bersholat Jumaat di Masjid kat Pekan,
mungkin krn ingin bertukar suasana & juga keselesaan,
kalau bersholat Jumaat di Masjid kariah sekitar kediaman,
pasti sesak ~ jemaah ramai melebihi keluasan yg disediakan.

Anak bujang saya pun bersholatJumaat di Masjid yg sama,
kerana di Masjid kariah berdekatan perumahan kami ~
tempoh sholat dan khutbahnya panjang sikit dari biasa,
mungkin pahala "exstra ~ pihak pengurusan masjid" hajati,
pada yang tak bekerja kadar segera mungkin rasa selesa,
tapi tak sesuai utk yg harus masuk kerja seperti yg dijanji...

Saya berkereta ke Masjid di Pekan utk bersholat Jumaat,
anak bujang saya bermotor pula secara bersendirian,
kenapa tak pergi bersama sedangkan sama setempat?
krn lepas Sholat ~ dia kena segera menyambung pekerjaan...

Selepas Sholat Jumaat ~ singgah di Kedai Ikan Hiasan,
membeli 2 pasang "Ikan Gappy Import @ Kacukan",
nak "regukan" dgn "Ikan Gappy Kampung" peliharaan,
yg hanya tinggal 3 ekor ikan betina & tiada ikan jantan.

Asalnya "Ikan Gappy Kampung" tersebut 16 ekor sahaja,
pemberian seorang sahabat yang berpindah ke lain lokasi,
dgn ikan dan sebahagian akuarium sekali dia menderma,
Alhamdulillah ~ 2 tahun dibela...ikan makin berpopulasi.

Dari 16 ekor jadi ratusan ekor serta jinak makan di tangan,
pelbagai warna dan jalur kedapatan ~ cantik di pandang,
terutamanya yang ikan jantan ~ tampak lebih menawan,
ada warna merah,biru,kuning,jingga dan berbelang.

Ada juga saya berikan ikan tersebut pada jiran tetangga,
kerana mereka juga teruja ingin cuba membelanya,
namun...jumlahnya makin susut seiring peredaran masa,
mungkin kerana pengaruh usia"nya" & perubahan cuaca.

Dari ratusan ekor berkurang kepada puluhan ekor pula,
sehingga satu ketika hanya tinggal 6 ekor sahaja,
tapi...Alhamdulillah ~ ia mampu membiak semula,
cuma saiznya makin kecil dan hidup pun dah tak lama.

Sahabat yg telah berpindah itu adakalanya pulang sesekali,
dapat lagi beberapa ekor "Ikan Gappy Kampung" darinya,
dgn tujuan ~ kalau diizinkan Allah...biarlah ada legasi,
tapi sayang ~ selang tak lama ikan itupun habis nyawa.

Beli "Ikan Gappy Import @ Kacukan" di Kedai Ikan Hiasan,
campurkan dengan "Ikan Gappy Kampung" yang masih ada,
namun tak rasi ~ pasti ada ikan yang mati di hari keesokan,
dengan "Ikan Gappy Kampung" pun turut mati sama......

Kali ini saya mencuba lagi untuk membiakkannya,
cuma kali ini pendekatan diambil ada sikit berbeza,
saya pilih 2ekor "Ikan Gappy Betina" yg bunting maksima,
semoga...ia kelak mampu "menggandakan ahli keluarga ".

Alhamdulillah...kelmarin "Ikan Gappy" tu dah ada berbaka,
sebelah pagi beranak 7ekor & bila ptg 17ekor jumlah semua,
semoga anak-anak ikan tersebut mampu kekal bernyawa,
janganlah mati dgn segera @ sebelum dewasa hendaknya...

Diharapkan..."Ikan Gappy Dewasa" dpt bertahan lama,
serta saling berinteraksi dengan baik sesama mereka,
kalau diizinkan Allah...semoga ia mampu jadi berganda,
kerana saya nak tengok rupa "spesis kacukan baru" juga !!!

Jadi...sementara menunggukan keizinan Yang Maha Esa,
saya hanya mampu berusaha dan bertawakal sahaja,
mudah-mudahan......"ujikaji"saya bakal berjaya,
kalau tak dapat "specis kacukan baru" pun tak apa,
janji "Ikan Gappy" tersebut sihat bernyawa & bertahan lama,
tak kisahlah..."Ikan Gappy Kampung" ke atau import punya......

Jadi...kita tunggu apa kesudahannya......

Sekian & Wassallam...

Saturday, March 6, 2010

Menanti Saat Itu......

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan kalimah suci ~ nukilan ini saya mulakan,
mudah-mudahan tersisa lagi ilham dan kemampuan,
dipermudahkan Allah untuk saya mencatatkan secebis pengalaman,
buat tatatan dan renungan anda & saya tika kelapangan.

Malam 03/03/2010 saat yang sesuai dinanti,
untuk saya menghubungi KK Divisyen bertanyakan berita terkini,
mencari jalan penyelesaian dengan masalah yang kami hadapi,
serta bagaimanakah rentetan cerita perjumpaan beliau petang tadi.

Hampir 1jam perbualan saya dan KK Divisyen bertukar suara,
menerusi Hand-Phone ~ beliau saya hubungi,
beberapa syor dari Pihak Kementerian untuk tindakan segera,
namun 1X "anggota" ~ sahih akan ditukarkan ke lain lokasi.

Tentang perubahan dan pindaan waktu kerja,
serta pengurangan "anggota" ikut keperluan ~ harus dipatuhi,
memang dah pasti peraturan tersebut akan terlaksana,
kerana itulah yang Pihak Atasan hajati sejak dari dulu lagi......

Kini calon pilihan akan dilakukan oleh Pihak Kementerian,
bagi menentukan "anggota" yang bakal ditukarkan,
namun pemilihan terakhir harus ada persetujuan,
untuk mengelakkan dari berlaku masalah sampingan.

Tentang pindaan waktu dan jadual bekerja,
Pihak kementerian meminta PTA & KK Divisyen datang bertanya,
berbincang dan mengharapkan Pihak Atasan memberi kerjasama,
agar di lain kali tidak timbul runggutan dengan pilihan yang diminta.

Semua orang dah mula pening kepala kecuali seorang dua,
termasuklah saya yang sedang menaip cerita ini,
kalau separuh dari kami bakal bertukar tanpa "disangka",
alamatlah banyak perubahan dalam kehidupan harus ditempuhi,
bakal banyak perancangan baru harus difikirkan & dihadapi juga,
serta pengorbanan ketenangan,masa & duit turut mengiringi...

"Boss" dan seorang "anggota" veteran memang tak ambil kisah,
samada kekal di sini atau hendak ditukarkan ke lain lokasi,
kerana mereka berdua ini orang "kaya" ~ bukannya orang susah,
kalau kena tukar dan tak nak pergi ~ boleh pencen ikut pilihan sendiri.

Mungkin dalam minggu depan PTA & KK Divisyen akan datang,
membentangkan hasil lapuran & syor dari Pihak Kementerian,
sementara itu saya perlu bersedia mencari ruang & peluang,
mempertahankan diri sekiranya "ditekan"oleh "Boss"@Pihak Atasan.

Beberapa perancangan sedang diusahakan dan telah dibuat,
cuma menanti saat yang sesuai untuk melaksanakannya,
supaya nanti kalau saya dipanggil menghadiri mesyuarat,
akan ada "impak maksima" untuk "Boss" tanpa terduga......

Sementara saat yang ditunggu itu bakal ditentukan,
saya terus berusaha dan kepada Allah saya bertawakal,
semoga doa dan pengharapan saya+rakan diperkenankan Tuhan,
dpt terus berkhidmat di lokasi sekarang dgn tenang & secara kekal...

Insya`Allah......

Sekian & terima Kasih...

Wassallam.

Wednesday, March 3, 2010

Insan Yang Teraniaya...

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan kalimah Bismillah coretan dimulai,
mudah-mudahan beroleh hidayah dan keberkatan Ilahi,
dipermudahkan saya mencoretkan apa yg terbuku di hati,
setelah sekian lama mendiam diri dari coretan berseni.

Hampir 2 minggu kepala saya ni berserabut,
fikir jalan penyelesaian masalah dan uruskan hal pejabat,
gara-gara "Bos" lagak hebat tapi sebenarnya pengecut,
last-last ~ saya yg menyuarakan keadilan dicop "Budak Jahat".

Dahlah "Bos" pula jenis "melepaskan tengkuk",
cipta masalah kendian "blah" macam tu sahaja,
member lain depan "Bos" macam burung belatuk,
bermulut manis ~ menjaga kepentingan diri mereka,
tapi di belakang "Bos"...Mak oiii...punyalah kutuk,
berhari-hari & bertahun-tahun diulang cerita.

Bila masalah tak selesai dan terdegar rungutan pihak Pihak Atasan ,
masing-masing tuju kat saya minta bantuan,
"Bos" yang pandai cipta masalah sering lepas tangan,
meninggalkan anak buahnya yang hilang punca dan pertimbangan.

Tak di tolong salah ~ di tolong pun payah,
masalah tetap kena uruskan cepat,
agar nanti tidak berpanjangan dan mendatangkan susah,
pada keharmonian perhubungan+urusan kerja dan pejabat.

Kadang-kadang @ selalu pun macam inilah jadinya,
nak jawatan sebagai "Bos" tapi amanah tak ada,
kerja dilaksanakan ikut kepetingan diri dan sambil lewa,
lagi "mua+mengada-ngada" bila Pihak Atasan tutup sebelah mata!!!

Saya sebagai "orang lama" serta ada sedikit keimanan di dada,
kena usaha memastikan perkhidmatan lancar seperti biasa,
agar perhubungan yang terjalin sentiasa nampak ceria dan mesra,
antara individu+kerja berpasukan+pengguna serta Pihak Atasan juga.

Masalah kalau dibiarkan tanpa berusaha mencari jalan penyelesaian ~
akan membawa padah yang buruk dikesudahannya,
masalah yang mula kecil kini dah jadi barah yang menyakitkan,
pada yang menghadapinya mahupun yang "berjiran" juga.

Namun disebabkan "Ego" yg terlampau serta tak takut pada Allah,
itu yg "Bos" sewenang-wenangnya sengaja menambahkan kesalahan,
makin menjadi bertambah teruk dan berganda-ganda masalah,
hingga akhirnya terpaksa Pihak Kementerian campur tangan.

23/02/2010 ~ Perjumpaan dengan KK & PTA Divisyen tercipta,
di seksyen tempat kami bekerja mereka berdua bertandang,
masing-masing kecut perut & "zip mulut" dari bersuara,
walaupun sebelum perjumpaan ~ cakap "berdegang-degang"!!!

Hanya saya yang banyak menyuarakan kepincangan yg terjadi,
hatta penindasan dan ketidakadilan rakan sekerja lalui,
perkara yang benar walaupun pahit untuk ditelan & hadapi,
namun demi kebenaran saya ~ saya gagahkan diri.

Dengan @ depan "Bos" pun saya tak perlu berselindung lagi,
untuk menutup pekung & onar"nya"~ perilaku kesalahan,
penerangan jujur dan demi mencari jalan penyelesaian hakiki,
kerana semua masalah timbul kerana salahlaku yang "Bos" lakukan.

Hampir 2 jam sesi dialog berlansung hingga ada yang naik halkum,
namun "Bos"pandai memanupulasikan cerita ~ mengubah keadaan,
kehadiran asal KK & PTA utk menyiasat demi menjatuhkan hukum,
telah bertukar lebih memihak pula pada "dakyah" yg "Bos"laksanakan.

Sering kali saya meminta rakan-rakan sekerja bersuara,
menyuarakan apa yang terbuku di hati mereka,
namun semua macam "tikus jatuh ke beras" lagaknya,
kerana mereka takut ~ "Bos" ini pendendam orangnya......

Bila selesai dialog dan KK serta PTA dah pulang,
barulah mereka rasa kecewa kerana takut bersuara tadi,
namun dah tak guna nak kata @ "complaint" kat belakang,
tunggu sahajalah keputusan apabila lapuran dibentangkan nanti.

Namun mereka meminta juga bantuan saya untuk berusaha,
mengadap Pihak Atasan dan mengemukakan Surat Aduan,
menghubungi pihak KK & PTA memaklumkan cerita sebenarnya,
dengan harapan biarlah "Bos" yang tak amanah ditukarkan.

Saya telah berusaha sehabis daya untuk membantu mereka,
dari masa+duit+"menebalkan muka" serta buah fikiran,
itulah sahaja yang termampu saya usahakan untuk mereka,
namun...kini segala-galanya biarlah ditentukan Tuhan.

Petang ini KK telah ke Kementerian membentangkan lapuran,
tak tahulah bagaimana kesudahannya nanti,
namun yang pasti "Bos" yang tak amanah pasti keseronokan,
kerana tiada tindakan akan dikenakan pada dirinya kini.

Yang menanti dengan kegusaran hanyalah kami,
kerana bakal ditukarkan bekerja di lain lokasi @ negeri,
nak buat macammana ~ mungkin inilah dugaan Ilahi,
mungkin ada hikmah Allah yang tersembunyi menanti kami.

Kini...saya dan rakan-rakan sekerja hanya mampu bertawakal saja,
terserahlah kepada Pihak Kementerian untuk memilih sesiapa,
bakal ditukarkan kerja di lain lokasi dengan kadar segera,
semoga Allah membela kami ~ Insan yang teraniaya.

Sekian & Wassallam.