Alhamdulillah ~ tahun lepas "prestasi" kerja saya dinilai baik,
hingga diikhtiraf di"Anugerah"kan "Perkhidmatan Cemerlang",
walaupun tak menjangkakan nama saya bakal "naik",
kerana "Ex-Boss" mencalonkan APC kpd "Pekerja Tersayang".
Alhamdulillah ~ kali ini merupakan kali kedua,
setelah menerimanya untuk "prestasi" kerja di tahun 2002,
Alhamdulillah ~ rezeki tambahan dari Yang Maha Esa,
Alhamdulillah ~ Allah Maha Pemurah Lagi Bijaksana.
Hari Khamis nanti "rehearsal" utk APC akan diadakan,
Hari Jumaat pula hari sebenar APC akan dianugerahkan,
persiapan ala-kadar telah lama saya sediakan,
maklumlah telah melalui saat tersebut serta berpengalaman.
Sedang seronok berkira-kira hari yg bakal mendatang,
dapat satu panggilan dari seorang yg menjengkelkan,
bermanis mulut ~ suami-isteri ingin turut menumpang,
ke Majlis "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang" yg bakal diadakan.
Pemanggil merupakan seorang yang "berada",
baru dapat "pampasan" ~ menjadi pesara kerajaan,
sedangkan suaminya pula masih lagi bekerja,
turut sama bakal menerima Anugerah Kecemerlangan.
Selama ini "dia" tak pernah menghubungi Hand-Set saya,
kalau di waktu kerja pun jarang pandai berbudi bahasa,
kalau "harta" kerajaan sering "seludup" bila kesempatan ada,
memang muka tak malu serta sering suka "mengena" !!!
Saya memang tak minat manusia sebegini,
asyik nak cari kesempatan & me"manupulasi"kan keadaan,
bila hak mereka ~ mak oii...punyalah berkira itu & ini,
kalau hak orang ~ permintaannya penuh perasaan !!!
Alasan nak menumpang saya kerana nak mudah,
serta tak nak berpenat-penat memandu kenderaan,
juga nak berjimat serta tak perlu bersusah-susah,
mereka nak jadi "Boss" ~ saya nak dijadikan "batu loncatan".
Nak kata tak ada kenderaan ~ kereta baru lagi,
nak kata orang dlm kesusahan ~ "jauh panggang dari api",
mungkin memang begitu agaknya kelakuan dari azali,
sentiasa berkira-kira nak untung sahaja tak mahu rugi !!!
Apa punya manusia berperangai begini,
sama pula tu kelakuan si suami isteri,
benggang betul ada rakan sepenempatan seperti ini,
dah berhenti pun masih nak "mengena" lagi !!!
Banyakkk cantikkk......asyik nak "mengena" saja,
apa...ingat kita ni "boneka yang bernyawa"?,
sorrylah...Insya`Allah ~ mereka bakal hampa,
kerana hajat mereka ~ saya bakal tak turut serta.
Tapi...dasar muka tak malu dan tak tahu malu,
dah kita tolak permintaan"nya" terang-terang ~
masih juga menyertakan syarat utk "menunggu",
hati yg tenang pun kalau macam ni boleh jadi berang !!!
Kata putus diminta dinyatakan pada Hari Rabu,
namun...hari ini pun saya dah memang tak mahu,
menumpangkan mereka walaupun destinasi sama dituju,
bukan "kedekut" ~ perangai macam tu siapa tak "berbulu"!!!
Pandai-pandailah mereka nanti uruskan hal sendiri,
kerana mereka orang "berada" + duit banyak sekali,
sementara seorang rakan lain yang baik budi,
Insya`Allah ~ akan tetap saya tumpangi nanti.
Mungkin Tuhan ingin menguji,
namun...Tuhan juga Maha Mengadili,
kalau anda ditempat saya ~ bagaimana reaksi?,
tepuk dada dan tanyalah bisikan naluri......
Sekian + Terima Kasih + Wassallam.
2 comments:
huhuhuhu...nie kira cam klon wa# H##### la nie..hehe
Ya...memang tepat sekali !!!
Post a Comment