بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Keagungan Bismillah ~ coretan dilakar semula,
buat tatapan semua pembaca yg masih setia,
semoga kita semua dirahmati Allah Yang Maha Esa,
berbahagia kehidupan di dunia & kelak di akhirat juga.
Dari 27/05/2010 ~ 07/06/2010 kerja "part-time" "on" saja,
hinggalah menjangkau ke awal pagi tadi,
ingatkan nak "join" rakan sekerja berehat sama,
kerana saya dah terlalu penat "bekerja berat" tanpa henti !!!
Pagi tadi ketika dalam perjalanan ke Pekan,
hubungi rakan sekerja "part-time" utk bersarapan pagi,
namun...beliau tak sihat badan kerana kepenatan,
memaklumkan ingin berehat & bercuti pada hari ini.
Ke Bank ~ "Bank-In" kan duit utk anak bujang saya,
serta ke Pasar beli "barang basah" utk keperluan dapur,
beli sarapan sekali utk bersarapan bersama keluarga,
sebelum merancang utk "berehat sakan" serta tidur !!!
Baru saja isteri nak dilumurkan "minyak angin panas" di badan ~
bagi mengurangkan kekejangan di otot+sendi serta kepenatan,
"Jiran Tetangga" datang membawa keluarga @ pelanggan,
untuk urusan kerja ubahsuai landskap asal rumah di halaman.
Pada Hari Sabtu lalu beliau ada datang untuk berbincang,
utk kerja tersebut+mungkin sedikit tambahan kerja yg lain juga,
namun sehingga jam 6.15petang saya masih tak pulang-pulang,
maka beliau pun balik & akan cuba berjumpa saya lagi di lain masa.
Pagi tadi ~ beliau 2 sekeluarga datang mengejut,
mungkin kerana hari ini beliau ada kelapangan,
perancangan awal utk "berehat sakan" sebelum ini telah "diragut",
tapi...tak bolehlah merunggut kerana nak jaga hati pelanggan !!!
Sebenarnya saya mendapat 2 kerja kecil "part-time" tambahan,
dari 2 adik beradik yg rumah mereka saling bersebelahan,
ke2 - 2 mereka meminta saya "clear"kan landskap asal di halaman,
serta "kerja-kerja melantai" sedikit untuk tujuan kebersihan.
Seorang dah bayar keseluruhan duit utk kerja tersebut,
seorang lagi "confirm" buat tapi belum bayar duit lagi,
mungkin nak bincang kerja tambahan & cari "harga patut",
sebelum wang di tangan beliau bertukar ganti.
Saya telah "clear"kan landskap asal di rumah ke2 - 2 mereka,
pada Hari Ahad kelmarin dengan beberapa jiran setempat,
cuma..."kerja-kerja melantai" tersebut masih belum bermula,
kerana mereka belum memerlukan dan bukannya nak cepat.
Perbincangan tentang kerja tambahan bertempat di rumah"nya",
kerana nak tunjuk "paten" berkehendak+bincang tentang harga,
dari 1 rumah asalnya bertanya harga ~ kini dah berganda jadi 2,
kerana ayah mereka ingin turut "sponsor RM" sebahagiannya......
Harga telah dinyata & "confirm" 1kerja tambahan dipersetujui,
manakala 2 lagi kerja ~ minta tangguh utk sesama mereka rundingi,
namun...selagi "Proses Kelulusan Majlis" & wang belum diperolehi,
macam-macam kemungkinan di luar jangkaan boleh terjadi !!!
Setelah perbincangan selesai ~ uruskan beberapa hal lain pula,
~ ganti tiub motor bocor+bawa anak dara cari ubat kat Pekan,
sebelum pulang ke rumah ~ cuba "berehat sakan" semula,
Alhamdulillah ~ tiada "dugaan"+dapatlah saya merehatkan badan.
Tengahari ~ Petang ~ Awal Malam...saya "berehat sakan",
ada sekali hubungi "pelanggan lain" ~ nyatakan harga yg ditanya,
selebihnya...rehat-rehat dan rehat lagi berterus-terusan,
Alhamdulillah ~ kini kesakitan di badan terasa sedikit lega......
Insya`Allah ~ esok saya akan sambung kerja "part-time" kembali,
di rumah "Jiran Lama" yang kini telah hampir 50% selesai,
walaupun tempoh yg dijanjikan masih berbaki 1 1/2 bulan lagi,
sekiranya dpt disegerakan siap ~ dapatlah lama sikit saya bersantai...
Sekianlah dulu coretan untuk kali ini,
sebarang salah dan silap ~ harap anda sudi maafi,
Insya`Allah ~ bakal berjumpa di lain kesempatan kembali,
itupun sekiranya masih diIzinkan oleh Ilahi.
Sekian & Wassallam.
No comments:
Post a Comment