Hujan di awal pagi......
Alhamdulillah ~ satu "bonus" dari Ilahi,
membolehkan saya merehat-rehatkan diri,
walaupun mungkin sejenak bakal dirasai.......
Hujan di awal pagi......
banyak perkara mengamit naluri,
demi menyesuaikan kesempatan begini,
kerana peluang jarang datang berulang-kali......
Hujan di awal pagi......
mungkin nanti saya ke rumah Jiran Lama,
untuk beberapa kerja yg perlu diurusi,
atau ke Pekan membeli peralatan yg diminta,
demi melengkapkan "touch-up" yg diingini,
sebagaimana yg telah dipersetujui sejak mula.
Hujan di awal pagi......
kalau kelak cuaca dipersekitaran telah "ceria" kembali ,
mungkin Mentor saya akan menghadirkan diri,
menyambung semula kerja semalam yg ditangguhi.
Hujan di awal pagi......
sementara menantikan perubahan cuaca,
peluang tersebut diisi dengan "ber On-Line" kini,
agar masa+kesempatan yg tiba tidak disia-sia......
Hujan di awal pagi......
mungkin sekiranya cuaca masih belum "ceria",
sekiranya ke Pekan ~ mungkin singgah di beberapa lokasi,
sambil membeli barangan utk rumah Jiran Lama,
mungkin uruskan hal peribadi+keperluan family,
kerana mungkin esok saya sibuk "berpart-time" semula.
Hujan di awal pagi......
saya harus segera mengundurkan diri,
kerana perlu uruskan hal-hal yg dinyatakan tadi,
agar perancangan masa mampu "dimaksimuni"......
Hujan di awal pagi......
sekian dulu catatan ringkas di awal hari,
harap para pembaca tidak "berkecil hati",
kerana hasil nukilan ringkas @ kurang "informasi".
Hujan di awal pagi......
Insya`Allah ~ kita bakal dipertemukan kembali,
di lain kesempatan sekiranya diIzinkan Ilahi,
mungkin dengan "topik+isu" lain ~ bakal saya lakari.
Insya`Allah......
Sekian + Wassallam + Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment