بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga anda semua sihat sejahtera,
dirahmati Allah juga sentiasa adanya,
berbahagia dengan kehidupan di dunia,
dan Insya`Allah ~ kelak di akhirat juga.
Sejak "LapTop" dibawa pergi oleh "anak bujang",
aktiviti melayari "internet" semakin berkurang,
ditambah lagi kerja "part-time" yg asyik mendatang,
menghakis keinginan "berinternet" di waktu lapang.
Apa tidaknya...bila terlalu penat bekerja berat,
badan letih+mekanisma badan amat perlu rehat,
itu yg bila awal malam je ~ mata sering tertutup rapat,
kerap "lena"~ tanpa dipaksa @ dibuat-buat......
Alhamdulillah...hari ini setelah "lena" sebentar,
dan kebetulan peluang "berinternet" ada kedapatan,
dapatlah saya melakarkan secebis nukilan utk "dilontar",
di "alam siber" buat tatapan para pembaca budiman.
Mujur dapat guna "LapTop" "anak dara" saya,
yang kini masih bercuti semester kedua,
sebelum menyambung pelajaran"nya" semula,
di awal bulan Julai kelak yang bakal tiba.
Tak tahulah selepas ini saya nak "berinternet" kat mana,
nak ke "CC" ~ pada usia sebegini tak "molek" pula,
mungkin kena "repair" komputer lamalah jawabnya,
yg meragam dijangkiti "virus" pada "HardDisk"nya.
Kerja pengubahsuaian rumah "Jiran Lama" masih berjalan,
kini dah mencapai ke tahap 75% dan bakal sempurna,
Insya`Allah ~ selepas ini kerja baru bakal dimulakan,
di rumah adik "Jiran Tetangga" yg amat berminat sama.
Semalam beliau suami-isteri menghulurkan duit cagaran,
meminta saya uruskan proses lukisan pelan pengubahsuaian,
setelah usaha mereka di Majlis Daerah agak merumitkan,
maka urusan berkaitan hal tersebut pada saya diserahkan.
Kerja kecil "part-time" di rumah"nya" hari ini telah selesai,
hampir 3 hari bertungkus-lumus menyempurnakan kerja,
bila semuanya dah siap ~ hati pun terasa damai,
kerana amanah 2 beradik telah berjaya disempurna.
Hari ini saya dah uruskan lukisan pelan pengubahsuaian,
Insya`Allah ~ seminggu dua ini "permit" kerja diperolehi,
bagi membolehkan saya mula bekerja tanpa gangguan,
kerana telah mengikuti syarat-syarat yg dikehendaki.
Nilai kerja di rumah adik "Jiran Tetangga" tak besar mana,
~ 15% dari nilai kerja pengubahsuaian rumah "Jiran Lama",
biar pun sedikit ~ janji peluang menambah rezeki ada,
Alhamdulillah...sambil itu dapat juga saya "beriadah" sama.
Malam sudah memasuki ke ambang dini hari,
maka eloklah saya merehatkan semula badan ini,
kerana esok kerja "part-time" akan disambung kembali,
demi berusaha untuk keselesaan hidup ber"family".
Akhir kata ~ sekian dulu utk kesempatan di kali ini,
Insya`Allah bakal berjumpa kembali di lain kali,
salah dan silap ~ harap jangan disimpan di dalam hati,
sudi maafkanlah saya ~ sesuai dengan sunah Nabi.
Sekian + Terima kasih + Wassallam.
2 comments:
salam...lap top dibawa anak bujang ya..huhuhu
ala...t bila anak bujang blik..
pakai la..
anak bujang x kisah pown
hehe :)
He...He...He...
Post a Comment