Sunday, June 20, 2010

Dugaan ......

بسم الله الرحمن الرحيم
nukilan dimulai dengan kalimah Bismillah,
dgn harapan ~ Allah menganugerahi kita baraqoh,
agar kita sentiasa dipermudahkan utk beramal-ibadah,
serta hanya berserah+bertawakal kepada Allah.

Sedang seronok meneruskan usaha ~
menyempurnakan kerja di rumah Jiran Lama,
yg telah melepasi angka 75% buat kesekian kalinya,
namun...keseronokan bertukar "tekanan" pula.

Jumaat ~ sedang kami bertungkus lumus berusaha,
Penguatkuasa Majlis Daerah datang meronda,
"mengompaun" kerana permit kerja tiada,
sedangkan selama ini ~ "gangguan" tak ada !!!

Saya tak "mencipta sengketa"@menafikan tugas mereka,
"berkompromi" pun tidak ~ "merasuah" juga jauh sekali,
saya faham ~ mereka tertakluk pada amanah kerjaya,
maka...kenalah terima "kompaun" dgn berlapang hati...

Namun..."kompaun" tersebut agak "mengganggu",
"fokus" pada kerja mula tergugat sedikit,
menyebabkan pertimbangan diri jadi keliru,
kerja yg sepatutnya mudah kini dah jadi rumit !!!
kerana mematuhi arahan yg telah digesa+diseru,
bahan binaan @ kerja jadi bercampur "membukit".

Kalau ikut perancangan awal & perkiraan ~
Insya`Allah semuanya bakal berjalan lancar,
bahan binaan telah disusun ikut kemudahan,
nak buat kerja pun boleh cepat ~ tak cacar marbar,
namun bila "Mesin JCB" datang "memampatkan",
kalau tak ada keimanan ~ boleh hilang sabar !!!

Kerja yg sepatutnya mudah dan cepat ~
kini bertukar lambat dan amat memenatkan,
terpaksa buat "tapisan" secara teliti+berhemat,
menyebabkan masa+tenaga terpaksa dibazirkan,
upah tenaga pekerja pun semakin meningkat,
sedangkan "budjet" semakin kekurangan...

Saya kena bertungkus-lumus +bertindak "cergas",
kerap pulang hingga jam 6.30 ptg@menjelang malam,
sebelum "berkejar-kejar" ke pejabat untuk bertugas,
jam 7.00 malam ~ "Punch Card" wajib bertanda hitam.

Aduh...badan ~ sendi+otot dah kerap lenguh-lenguh,
ditambah pula pada debu simen+kapur ~ kulit alergi,
kulit di badan pun banyak dah bengkak-bengkak,
menyebabkan tidur kerap tak lama walaupun "berkrrroh"
kerana kegatalan merengsa hingga tergaru sana-sini,
hingga kerap mandi malam tanpa mampu dielak !!!

Hmm...nak buat macam mana ~ hidup penuh dugaan,
dugaan ~ Insya`Allah...mampu mendewasakan kita,
agar kita rajin bermusahabah diri mencari kesilapan,
serta berusaha memperbaiki kekurangan diri seadanya,
semoga kesilapan yg sama tidak dgn mudah berulangan,
yg akhirnya kita mampu melakar saat-saat bahagia.

Walaupun "dikompaun" ~ kerja tetap harus diteruskan,
Khamis+Jumaat+Sabtu dan hari ini ~ Ahad pun kerja,
demi menyegerakan amanah yg dipertanggungjawabkan,
Insya`Allah ~ "kompaun" bakal dibayar Jiran Lama,
kerana sebelum kerja bermula saya dah memaklumkan,
Jiran Lama kata kalau kena denda ~ bayar sahaja !!!

Insya`Allah ~ esok kerja di rumah Jiran Lama ~
bakal bersambung semula+80% dah semakin selesai,
semoga semuanya mampu berjalan seperti sediakala,
agar kami semua mampu terasa "seronok+santai",
~ kerja dengan rasa gembira & tiada tergendala,
semuanya sempurna & dgn perasaan aman+damai...

Insya`Allah......

Sekian & Terima Kasih.

Wassallam.

3 comments:

Faiz Fahmi said...

bersabarlah ya..
t fami blik t fami tolong la k

4zee2 said...

Ye le tu...betul ke nak tolong ni?Entah-entah bukannya nak tolong tapi "ngelat" nak jumpa "awek seluar"...Betul aiii...

Faiz Fahmi said...

ngelat?mana ada eyh...
huhu..