Saturday, June 12, 2010

Mentor Dan Protege......

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian hanya untuk Allah,
yg memberikan kita peluang menjadi Hamba-Nya,
semoga Iman & Islam kita sentiasa mendapat baroqah,
berbahagia hidup di dunia & kelak di akhirat sana.

Setelah berehat sehari pada Hari Selasa,
aktiviti berat@kerja "part-time" disambung semula,
dari Hari Rabu+Khamis+Jumaat & Sabtu juga,
bagi berusaha menyempurnakan amanah "Jiran Lama".

Mujur baik rakan sekerja telah beransur sihat,
dan sudi membantu semula kerja mulai Hari Khamis,
namun...memandangkan beliau telah "berusia lewat",
kudrat"nya" kini semakin susut+ "stamina" mudah habis.

Hampir belasan tahun saya mengenali"nya",
orangnya rajin+berkemahiran+tidak kedekut ilmu,
beberapa tahun saya menjadi "protege" setia,
namun tak lama kerana banyak kerja pejabat menunggu.

Bila kerja-kerja di pejabat sering bersilih ganti,
komitmen pada kerja"part-time" terpaksa dikorbani,
mana "kerja mudah & sebentar" saya masih sanggupi,
manakala "kerja besar+payah" terpaksa diketepi.

Namun setelah "X-Boss Lama" berpindah ke lain lokasi,
perjalanan pentadbiran di pejabat telah "normal" kembali,
masing-masing faham-memahami & sedia bertoleransi,
demi menjaga keperluan+perancangan sendiri+family.

Maka...saya kembali menerima tawaran "kerja besar",
kerana kini permasalahan di pejabat semakin "minima",
namun...kerana saingan "harga" & fitnah sering menular,
menyebabkan peluang kerja diberi pada orang asing juga.

Bila dah terlalu lama tak memperolehi "kerja besar",
ramai rakan sekerja berpindah ke lain pengurusan,
kalau mereka dapat membantu pun sekadar sebentar,
kerana di pengurusan lain peluang kerja berterusan.

Kini rakan sekerja @"mentor" saya bakal bersara,
maklumlah usia semakin tua+kudrat semakin cepat lesu,
mungkin selepas "kerja besar" ini ~ beliau berehat sahaja,
namun...mungkin sedia membantu saya sekiranya perlu.

Mungkin beliau akan membantu untuk kerja yg mudah,
yg tak memerlukan kudrat+tenaga yg menjerihkan,
atau yg membahayakan serta hal-hal yg payah,
Insya`Allah ~ peluang kerja utk "nya" akan saya usahakan.

Kalau kelak beliau tidak menjadi "pekerja mahir" lagi,
khidmat nasihat beliau akan tetap saya dengari,
kerana "skill" beliau belum ada yang mampu tandingi,
hatta orang asing pun ~ "jauh panggang dari api "!!!

Hari ini...Alhamdulillah beliau masih sudi membantu saya ,
sebelum beliau berehat seminggu kerana urusan keluarga,
walaupun beliau dan saya berlainan bangsa+agama,
namun...kami terus dapat+mampu berkawan dgn selesa,
hubungan "Mentor & Protege"masih berjalan seperti biasa,
walaupun telah beberapa tahun beliau di "gaji" oleh saya,
namun kerana hormat-menghormati sesama manusia,
status bukan penghalang keharmonian yg telah terbina.

Insya`Allah...esok kerja "part-time" akan disambung,
mudah-mudahan semuanya bakal berjalan lancar,
janganlah ada hendaknya rintangan yg datang berkunjung,
agar kegembiraan di wajah mereka sentiasa terpancar.

Sekian & Terima Kasih.

3 comments:

ellyWong said...

insyaAllah pnm bakal jadi as good as your mentor too :D

4zee2 said...

Tima Kasih & mungkin Insya`Allah walaupun tak sepandai beliau tp etika kerja berkualiti beliau akan sentiasa cuba dipraktikkan.

Faiz Fahmi said...

UNCLE APEK ROCK!!!..hehehe