Wednesday, March 30, 2011

Berada Di 2 Lokasi Berbeza...

بسم الله الرحمن الرحيم
Hanya pada Allah segala puji-pujian,
Yang Maha Bijaksana Lagi Maha Berkuasa,
semoga rahmat-Nya atas Umat Islam berkekalan,
berbahagia hidup di dunia & kelak di akhirat juga.

Insya`Allah......


Gambar yang disertakan merupakan lokasi renovasi kedua,
yang saya & rakan sekerja ~ pagi esok bakal mulakan "tugas",
cuma...tarikh gambarnya ternyata lebih sebulan awal tertera,
~ komitmen bermula bila duit di"Bank-In" pada 24/02/2011.


Kenapa agak lambat sedikit kerja di rumah kedua dimulakan?
1 ~ uruskan hal berkaitan Plan Rumah & Permit Kerja,
2 ~ Awning belakang ambil masa untuk dibuka & dipindahkan,
3 ~ Tuan Rumah tahu saya sibuk dengan kerja renovasi sediada,
4 ~ duit di"Bank-In" awal ~ sebagai tempahan kerja & cagaran,
5 ~ Tuan Rumah tidak mahu kerja dilaksanakan tergesa-gesa.


Tak silap saya ~ Awning di buka sekitar seminggu yang lalu,
namun...saya tak dapat memberikan komitmen segera,
saya perlu cuba sempurnakan amanah*** seperti anda tahu,
kerana amanah itu sesuatu yang amat perlu selaku manusia.


Sebenarnya......

Tuan Rumah & saya serta seisi keluarga telah lama berkawan,
sejak bujang lagi ketika sama bekerja di bawah 1 Kementerian,
namun...beliau telah bertugas di pelbagai lokasi & penempatan,
bila "pencen" ~ beliau kembali menetap di lokasi kegemaran.

Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas tadi,
~ beliau telah "Bank-In" kan duit sejak hujung bulan 2,
dengan mendepositkan duit sejumlah 30% dari nilai kerja,
menandakan beliau berminat agar kidmat saya dilanggani,
maka...saya harus memenuhi kepercayaan yang telah dinyata,
seboleh mungkin ~ akan cuba kekalkan "standard" kerja saya.

Insya`Allah......

Saya akan cuba urus+pantau & turut serta rakan sekerja,
melaksanakan permulaan kerja renovasi di rumah kedua,
manakala kerja renovasi di rumah pertama akan diurus juga,
hari ini ~ kerja "Mosaic" di "Rumah Dapur Baru" akan dilaksana.

Bermakna...esok ~ saya perlu berada di 2 lokasi berbeza,
serta beberapa lokasi lain yang perlu saya kunjungi juga,
uruskan pesanan+pembelian+pembayaran barang yang diminta,
demi pastikan perancangan & perlaksanaan kerja ~ OK sentiasa.

Insya`Allah......

Fuhhh...badan pasti kepenatan ~ berkejar ke sana ke sini,
namun...ini lah "harga" yang perlu saya "bayar" & tempuhi,
~ demi berusaha mencari rezeki halal & Insya`Allah diberkati,
agar kehidupan saya & keluarga mampu lebih selesa di lain kali.

Insya`Allah......

Selebihnya ~ saya serahkan kepada Allah untuk menentukannya,
mungkin usaha saya diberkati-Nya...mungkin tak dirahmati-Nya,
namun...bukan hak saya untuk mempertikai akan pemberian-Nya,
saya "Hamba" ~ yang kekal mengharap pada Yang Maha Esa.

Sekian dahulu perkongsian ilmu untuk kesempatan pada kali ini,
Insya`Allah ~ April nanti...kita sambung "bersembang" kembali,
akhirkata...sebarang salah & silap ~ kemaafan anda yang mohoni,
semoga kita semua kekal dirahmati & hanya bertakwa pada Ilahi.

Insya`Allah......

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Tuesday, March 29, 2011

Semakin Mencapai Sasaran...

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله~ segala puji-pujian hanya untuk Allah,
semoga kita umat Islam ~ dirahmati Allah sentiasa,
~ dengan cahaya keimanan & hidup yang barokah,
agar hidup kita kekal bahagia di dunia & di akhirat juga.

Insya`Allah......

Dah lama saya tak paparkan gambar kerja renovasi,
kali terakhir pada "post" tajuk "Hikmah Untuk Di Garap***",
Insya`Allah ~ kali ini anda bakal dipertontonkan lagi,
dengan gambar-gambar kerja renovasi yang hampir siap.

Kali terakhir gambar yang anda lihat bertarikh 12/03/2011,
telah lebih 1/2 bulan ~ 2 "post" berikutnya hanya berita,
biarpun ada gambar "Surat Saman+Resit Bayaran Di Perjelas",
namun...kedua-duanya tak penting untuk dipaparkan sama.


Alhamdulillah ~ kerja-kerja di rumah induk kian sempurna,
Insya`Allah ~ dalam seminggu dua ini kerja cat akan selesai,
cuma...tinggal nak pasang barang elektrik baru ganti yang lama,
sebelum...Tuan Rumah boleh masukkan barang & bersantai !!!


Manakala...

Kerja-kerja renovasi di bahagian "Rumah Dapur Baru",
semakin menuju ke sasaran biarpun ada sedikit "gangguan",
cuma...ada beberapa perkara perlu diurus & hal tertentu,
agar semakin mencapai sasaran sebagaimana diharapkan.


Namun begitu......

Alhamdulillah ~ kerja renovasi tersebut hampir 85% siap,
cuma tinggal kerja "Paiping+Mosaic+Grill+Cermin+Cat",
juga sedikit kerja-kerja yang nak "touch-up" ~ itu & ini,
Alhamdulillah ~ semuanya berjalan lancar & tak cemerkap,
Alhamdulillah ~ mereka bertindak wajar+pantas & cermat...
Alhamdulillah ~ laluan kerja agak mudah buat kami dari Ilahi.


Insya`Allah ~ "Mosaic" belakang di pasang 2@3 hari lagi,
bila "Mosaic" dah pasang baru "Paiping" boleh jalan,
Insya`Allah ~ "Grill & Cermin" dalam seminggu dua ini,
cuma "Cat"...mungkin lewat sikit ~ kena tengok keadaan.


Insya`Allah ~ antara awal & pertengahan bulan April nanti,
kepada Tuan Rumah ~ kunci rumanya akan saya kembalikan,
kerana kerja renovasi di rumah tersebut hampir disempurnai,
cuma...bila plaster dinding kering...kerja cat akan dilakukan.


Adapun......

Barang kerja akan dipindahkan dalam seminggu dua ini,
kerana saya bakal memulakan kerja renovasi di lain lokasi,
~ rumah rakan yang "booking"awal ~ khidmat saya dihajati,
buat kerja tambahan bahagian dapur baru bak yang diingini.

Insya`Allah......

Sehingga tiba masa seperti yang dinyatakan tadi,
Alhamdulillah & semoga usaha murni kami diberkati-Nya,
Insya`Allah ~ minggu ini...kerja renovasi bertukar lokasi,
mungkin saya masih "maintance" kerja di rumah pertama,
manakala rakan sekerja akan ke rumah kedua ~ mendahului,
sambil saya urus+pantau & menyertai mereka kemudiannya.

Insya`Allah......

Hari ini saya akan sambung kerja renovasi seperti biasa,
hari yang ke 51 ~ kerja & lokasi tersebut akan saya "kunjungi",
semoga Allah ~ kekal merahmati usaha-usaha kami bersama,
"cuba sempurnakan amanah***" sesama insani & hajat diingini.

Insya`Allah......

Akhirkata ~ sekian dahulu perkongsiasn ilmu sesama kita,
semoga ada menafaat & faedah untuk saya & para pembaca,
dan...sebarang salah & silap bicara ~ kemaafan anda saya pinta,
semoga...dengan izin-Nya lagi ~ di alam siber kita jumpa semula.

Insya`Allah......

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Friday, March 25, 2011

Pesta Belon Udara Panas...

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga rahmat Allah berterusan untuk kita,
dalam meneruskan hidup sementara di Mayapada,
agar rahmat-Nya ~ kekal membimbing hidup kita,
dalam mencari keredhaan-Nya di setiap detik masa.

Insya`Allah......

Sebenarnya "post" ini sepatutnya dihantar 5 hari yang lalu,
lama dah saya sedia & siapkan untuk tatapan bersama,
namun...kerana sibuk dengan kerja yang sentiasa menunggu,
maka...saya tak sempat nak edit & hantar pada kadar segera.

Ceritanya begini......

17 ~ 20hb Mac...Pesta Belon Udara Panas diadakan di Putrajaya,
saya hanya dapat maklumat bila dimaklumkan oleh "anak dara",
lantaran saya terlalu "leka" melaksanakan 2 kerja dalam 1 masa,
hingga lupa akan hal-hal yang berkaitan perkembangan semasa.

Memandang siang Hari Ahad lalu saya ada kelapangan,
awal pagi...kami bergegas ke Putrajaya ~ ingin turut serta,
nak rasa pengalaman naik Belon Udara Panas ~ kami berangan,
semoga sempat & berpeluang merasai pengalaman istimewa.

Alahai......

Punyalah ramai pengunjung yang bersesak datang pagi itu,
hingga nak cari "parking" kenderaan pun berpusing-pusing,
namun...Polis Trafik+Penguatkuasa & Rela diarah membantu,
memastikan pergerakan trafik lancar & pemandu tak pening !!!

Selepas penat berpusing-pusing mencari "parking" kenderaan,
Alhamdulillah ~ akhirnya dapat juga "selit"kan kereta kami,
kami menuju ke lokasi Belon Udara Panas sedang dinaikkan,
dengan harapan ~ dapatlah naik Belon Udara Panas bak diimpi.

Di sepanjang perjalanan menuju ke lokasi Belon Udara Panas,
pelbagai tapak jualan+permainan+sukan riadah ~ boleh dilihat,
pelbagai lapisan masyarakat banyak yang datang ~ ramai & jelas,
menandakan Pesta Belon Udara Panas ini ~ amat menarik minat !!!

Ada juga peluang untuk menaiki Helikopter ~ pada yang mampu,
RM 130 ~ caj dibawa naik+pusing di udara selama 5 -10 minit,
hmm...lagi baik naik AirAsia ~ boleh terus ke destinasi tertentu,
jika sekadar pusing sekitar Putrajaya hanya buat "poket sakit" !!!

Ada juga pertunjukan Paramotor Gliding ~ di ruang udara,
tapi...yang itu kita tak boleh naik ~ sekadar tengok sahaja,
mendongak lama untuk melihat ~ boleh sakit tengkok rasanya,
tapi...untuk menilai & mentafsirnya ~ sesuatu yang berharga.

Adapun......

Harga tiket untuk naik Belon Udara Panas ~ patut & murah,
cuma RM 5 untuk kanak-kanak & RM 10 untuk orang dewasa,
5 Belon Udara Panas tersedia ~ agar pengunjung rasa mudah,
berpeluang rasai pengalaman naik Belon Udara Panas tentunya !!!

Sekali menaiki Belon Udara Panas muatannya 4 orang cuma,
~ 3 penumpang @ pengunjung & seorang lagi pengendalinya,
lama di udara sekitar 5 ~ 10 minit...boleh bergambar & rasa teruja,
kadar ketinggian kenaikan sekitar 10 ~ 15 meter...nilaian mata.

Tapi......

Ramai pengunjung yang berharap rasa amat kecewa,
termasuklah kami yang datang sekeluarga turut hampa,
bila dimaklumkan tiket untuk naik Belon Udara Panas tiada,
~ semuanya telah habis di jual sejak dari seawal-awal masa !!!

Kalau masih juga mahu cuba merasai pengalaman tersebut,
kami dinasihatkan menunggu hingga jam 4.30 petangnya,
hmm......lambat sungguh & tak sesuai ~ lantas kami cabut,
kami ke KL ~ jalan+jamu selera+hantar balik "anak dara".

Kerana...saya tak boleh berlama-lama ~ malam nak kerja,
jadi...saya kena sesuaikan keadaan ikut perancangan selesa,
selepas beli barang di JJ & hantar "anak dara" ke asramanya,
kami segera pulang menuju ke kediaman seperti sediakala.

Hujan turun lebat awal petang tersebut & berlarut-larut,
dari K.L+Putrajaya hingga ke Pekan daerah kediaman saya,
mujur baik kawasan perumahan saya tak sama "sangkut",
~ dibahasi hujan lebat yang turun tanpa disangka-sangka.

Hmm......

Nampak gayanya....kami mungkin kena tunggu tahun hadapan,
kerana Pesta Udara Belon Panas ~ kali ini kali ke 3 diadakan,
jika diizinkan Tuhan ~ mungkin kami dapat rasai pengalaman,
naik Belon Udara Panas ~ Insya`Allah...akan cuba diusahakan !!!

Sekian secebis coretan tentang kisah 5 hari yang lalu,
semoga ada cerita & pengalaman yang boleh membantu,
mendidik kita menjadi insan yang berusaha mencari ilmu,
untuk diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari dah tentu...

Sekian+Terimka Kasih+Wassallam.

Sunday, March 20, 2011

Makan Luar Sekeluarga......

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah merahmati kita adanya,
dengan keredhaan-Nya yang tiada terhingga,
serta diampunkan akan segala dosa-dosa kita,
dan dibimbing-Nya ke jalan menuju bahagia.

Insya`Allah......

Sebenarnya......

Telah agak lama kami tak makan luar sekeluarga,
kerana kedua-dua anak saya belajar di lokasi berbeza,
~ "anak dara" belajar agak dekat sekadar di Ibukota,
manakala "anak bujang" pula ~ nun jauh di Utara.

Adapun......

Sebenarnya ~ semalam saya sekadar urus & aturkan kerja,
manakala kerja dibuat oleh rakan sekerja & "anak bujang",
kerana saya & isteri harus ke Ibukota menjemput "anak dara",
yang berpeluang balik ke rumah kerana ada masa senggang.

Selesai jemput beliau ~ kami pun balik ke daerah kediaman,
kerana ada janji dengan Tuan Rumah yang perlu dilaksana,
~ ingin berbincang tentang beberapa hal kerja yang berkaitan,
sebelum saya teruskan semula kerja renovasi seperti biasa.

Hujan turun agak lebat sewaktu kami menuju ke lokasi,
namun...kerja-kerja berkaitan binaan tetap diteruskan juga,
kerana tempat pelaksanaan kerja ~ teduh dari hujan melandai,
~ fasa kerja tersebut perlu diteruskan sehingga selesai adanya,
Alhamdulillah ~ fasa kerja itu akhirnya berjaya disempurnai,
namun kerana hujan terus turun ~ kerja dihentikan akhirnya.

Setelah berbincang dengan Tuan Rumah & memantau kerja,
akhirnya kami balik ke rumah kerana kerja telah sempurna,
setelah Sholat Zohor ~ saya berpeluang melelapkan mata,
Alhamdulillah ~ terasa lega dapat rehat biarpun seketika,
kerana telah lama saya tak dapat rasa tidur tika petang tiba,
bila asyik sibuk laksanakan kerja renovasi agar selesai segera.

Sebenarnya......

Dari pagi hingga awal petang ~ kami makan kat luar sahaja,
bukan tak masak kat rumah tapi kerana sibuk ke sana-sini,
maka...sesekali tukar selera & suasana ~ mungkin tak apa,
kerana adakalanya menikmati selera perlu juga bervariasi.

~~~~~~~~~~~~ HuHuHuHuHuHu ~~~~~~~~~~~~

Sebelah petang ~ saya penuhi niat nak makan luar sekeluarga,
kerana nak bawa "anak dara"makan masakan yang dia suka,
sebelum ini telah 2 kali "anak bujang" di bawa ke lokasi sama,
nikmati juadah kesukaan sejak balik cuti dari "U" kat Utara.

Pengunjung belum ramai di Kedai Makan semasa kami tiba,
maka segeralah pesanan makanan diminta ~ siap tersedia,
Alhamdulillah...ada lagi rezeki untuk kami menjamu selera,
di Kedai Seafood Tomyam ~ memikat selera kami sekeluarga.

Walaupun...pada kali ini hasil masakannya "agak biasa",
tapi...tidaklah mengecewakan hingga membantutkan selera,
adatlah tu...mana ada hasil masakan & rasa ~ streotaip sahaja,
kerana hasil masakan disediakan setiap manusia ada bezanya.

Kira ~ Ok-lah tu...berpeluang lagi makan bersama di luar,
kerana ada juga insan di tempat lain yang tidak berpeluang,
maka...kita haruslah bersyukur dengan rezeki yang diedar,
kerana bukan selalu peluang & rezeki mampu mendatang.

Alhamdulillah ~ dapat lagi makan di luar bersama sekeluarga,
Alhamdulillah ~ dapat lagi kami berkongsi rezeki yang diterima,
Alhamdulillah ~ dapat lagi kami menikmati suasana bermakna,
Alhamdulillah ~ kerana diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa.

Sesungguhnya......

Rezeki yang dianugerahi Tuhan ~ bukan 100% milik kita,
kerana dalam rezeki tersebut ada hak orang lain berserta,
maka...kongikanlah ia ikut kesesuaian & kehendak Agama,
agar rezeki yang dianugerahi tersebut bakal diberkati-Nya.

Insya`Allah......

Kelak ~ jika saya masih berpeluang & punya masa,
akan saya cuba kongsikan lagi rezeki yang diterima,
dengan mengisi masa berharga bersama seisi keluarga,
dalam usaha membina sebuah keluarga yang bahagia.

Insya`Allah......

Sekian dulu secebis coretan yang dapat saya sediakan,
semoga ada pengajaran yang mampu dikongsi bersama,
akhirkata...sebarang kesilapan ~ saya mohon kemaafan,
Insya`Allah...di lain kesempatan ~ kita bakal jumpa semula.

Sekain+Terima Kasih+Wassallam.

Friday, March 18, 2011

Mengemukan Rayuan......

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga Allah merahmati kita semua,
dengan taufik & hidayah yang berpanjangan,
semoga kita sentiasa kekal berharap & berdoa,
agar di hidup & dimatikan dalam keadaan beriman.

Insya`Allah......

Sejak menerima Notis Saman dari Pihak PBT,
terasa bak usaha murni saya selama ini diperlekehkan,
kerana saya telah berusaha mematuhi prosedur ditetapi,
tapi...terasa seolah-olahnya saya jadi mangsa keadaan.

Tempoh seminggu diberikan untuk kemukakan rayuan,
sebelum proses & tindakan mahkamah dikenakan,
memandangkan saya sibuk & kurang berkesempatan,
maka proses merayu & bayar denda ~ saya tangguhkan.

Setelah ada kelapangan & bersiap-sedia dengan bukti,
maka pagi tadi ~ setelah urusan kerja renovasi disusun,
saya ke Pejabat Penguatkuasa Daerah ~ berdiplomasi,
namun...masih mengekalkan norma murni & santun.

2 orang Pegawai Penguatkuasa saya jumpai pagi tadi,
1 dari unit pengurusan & 1 lagi dari unit siasatan,
perbincangan berjalan secara matang tanpa sensasi,
bukti gambar & resit~ saya kemukan bagi tujuan rayuan.

Pegawai Penguatkuasa Unit Siasatan mengakui kesilapan,
yang dilakukan oleh anggota bawahan bahagian rondaan,
keluarkan saman tanpa terlebih dahulu memberi amaran,
kerana kesalahan yang dilakukan kecil & tidak menjejaskan.

Namun...mungkin ingin menjaga nama baik perjawatan,
dan mungkin ingin menjaga nama baik anggota bawahan,
maka...saman yang telah dikemukan tidak dapat dibatalkan,
pun begitu...saya diberi kelonggaran mengemukan rayuan.

Beliau menghubungi Ketua Bahagian demi melapurkan,
akan duduk perkara & kesilapan yang telah berlaku,
serta memaklumkan bukti & gambar yang saya kemukan,
agar nilai Saman dikurangkan pada kadar tertentu......

Di sini ~ saya berterima kasih kerana diplomasi beliau,
serta pengakuan & bantuan yang telah beliau berikan,
jelaslah...Pegawai lagi bijak bertindak & fikiran tak kacau,
tidak seperti yang ditunjukkan oleh Penguatkuasa Bawahan.

Akhirnya...nilai Saman sepatutnya berjaya dikurangkan,
dari 100% turun ke 30% tapi akhirnya turun ke 20% sahaja,
mungkin kerana Pihak PBT tak mahu perkara diperbesarkan,
mungkin juga... simpati kat saya yang jadi mangsa keadaan.

Alhamdulillah......mungkin duit saya "hangus" sikit,
mungkin...saya bakal rugi sikit dari pendapatan sepatutnya,
tapi...setidak-tidaknya permasalahan tidak jadi berjangkit,
sehingga jejaskan kerja renovasi yang sedang dilaksana.

Saya juga tidak mahu menganiayai Tuan Rumah,
kerana saman atas nama Pemilik Premis Kediaman,
saya boleh buat bodoh ~ selamba & rasa tak bersalah,
tapi...demi cuba mencari rezeki halal & masih beriman,
saya kena uruskan hal itu secara tenang+jujur & amanah,
agar akhirnya ~ semuanya mampu harmoni & bertahan.

Alhamdulillah...kerja renovasi tetap berjalan seperti biasa,
cuma kini...saya perlu lebih berhati-hati & berwaspada,
agar tiada lagi "gangguan ikut suka" dari Penguatkuasa,
yang gila kuasa & menyaman kerana nak cukupkan kuota.

Insya`Allah ~ esok saya akan teruskan lagi kerja renovasi,
yang semakin berjaya disempurnakan seperti yang dijangka,
mungkin......akan lewat sedikit sekiranya berlaku komplikasi,
namun...sebagai manusia ~ kita harus terus cekal berusaha,
agar niat & usaha yang baik dapat diteruskan tanpa henti,
demi cuba sempurnakan amanah*** sesama manusia.

Bagaimana perjalanan & keadaan hari esok ~ saya tak tahu,
namun...sebagai manusia ~ kita harus berfikiran positif selalu,
kerana...jika ada halangan tanpa di duga datang mengganggu,
setidak-tidaknya kita bersabar & hadapinya tanpa rasa buntu.

Insya`Allah......

Sekian sahaja hasil perkongsian cerita di kali ini,
Insya`Allah ~ saya akan menemui anda kembali,
di lain kesempatan dengan pelbagai cerita yang menanti,
akhirkata...sebarang kesilapan saya ~ sudilah dimaafi.

Sekian+Terima kasih+Wassallam.

Tuesday, March 15, 2011

Bila Penguatkuasa "Pening"...

بسم الله الرحمن الرحيم
Semoga rahmat Allah buat kita semua,
serta dianugerahi taufik & hidayah juga,
dalam meneruskan usaha hidup di dunia,
sebelum kelak kembali menghadap Yang Maha Esa.

Insya`Allah......

Ada sesuatu yang memusykilkan saya,
kerana telah terjadi satu keganjilan,
bila Penguatkuasa "pening" & buat angkara,
menyaman kerja renovasi yang saya lakukan.

Walhal......

Wang Cagaran & permit kerja ~ di bayar sebelum ini ,
kerja-kerja dilakukan pun ikut kelulusan yang di beri,
tapi...mengapa masih ada lagi gangguan dari pihak PBT,
sengaja nak menaniayai atau minat nak cari publisiti ?

Katanya......

Alasannya ~ kerana tak letak pasir dalam kotak,
~ tiada siapa ikut...tak logik pada keadaan semasa,
kerana pasir di pesan bukan sikit tapi berlambak,
diturunkan dari lori ikut kesesuaian lokasi kerja.

Adatlah...mana ada tempat renovasi yang kemas,
~ cantik+tersusun+di"katalog"kan ikut nama benda,
kerana kerja kena ikut keadaan+kesesuaian & pantas,
tambahan pula ~ tempat sempit & terhad adanya,
terpaksa guna segala ruang sesuai walau terbatas,
asal sahaja tak menjejaskan infrasuktur yang tersedia.

Nak kata pasir jatuh & menutupi saluran air ~ tiada,
kerana longkang jauh & telah dibersihkan sekian lama,
mungkin PBT ditadbir Kerajaan Baru ada "tong" agaknya,
~ kemaruk cari duit nak biaya keseluruhan gaji pekerja !!!

Hmmm......

Inilah bahana kerana tersalah memilih,
terpedaya dengan janji manis sewaktu Pilihanraya,
ingatkan hebat & terpelihara dari amalan pilih kasih,
"kong kali kong"...lagi teruk dari pentadbiran sebelumnya !!!

Yang peliknya......

Bila Pendatang buat kerja renovasi tak saman pula,
sedangkan kesalahan dilakukan lagi terang & nyata,
Oooooo...mungkin ada yang hulur "fulus" agaknya,
atau beri diskaun renovasi rumah pada Penguatkuasa,
mungkin...itu yang menyebabkan mereka terfana,
mendorong segelintir Penguatkuasa jadi kelabu mata !!!

Agaknya...beginilah mentaliti sesetengah anak bangsa,
terutamanya bangsa saya ~ sayang sangat Pendatang,
hingga sanggup "menganiayai" sesama warganegara,
tapi...bila Pendatang ~ sayang bak ditatang-tatang !!!

Kerana......

Kita yang bergelar warganegara rasa bak merempat,
Pendatang diutamakan untuk kerja-kerja renovasi,
acap kali orang kita ~ duit mereka sering kena rembat,
Pendatang tak siapkan kerja & duit habis di bawa lari !!!

Padankan muka ~ kerana kita masih tak serik-serik,
masih tak mahu belajar dari kesilapan & kealpaan lalu,
bukan semua Pendatang yang datang dengan niat baik,
bila kebanyakkannya gemar buat angkara tanpa malu !!!

Kenapa jadi begitu ?... Pernahkah kita bertanya ?
jawapannya ada pada diri sendiri ~ itu dah tentu,
kerana kita yang memberi muka sehingga mereka mua,
percaya sangat dengan janji manis mereka & pujuk rayu !!!

Mungkin itulah yang mendorong Penguatkuasa sebegini,
menyaman kerja renovasi saya tanpa toleransi dahulu,
lantaran rakan sekerja tukang saya ~ semua orang sini,
yang tak pandai nak hulurkan "fulus" sambil merayu !!!

Alahai......

Kepada Penguatkuasa yang minat "pening" ~ pesan saya,
logik-logiklah sikit kalau teringin nak pamer kuasa,
kerana kita hidup sesama manusia bukannya benda,
perlu ada toleransi & perlu tahu berbudi bahasa,
jangan "ego" dengan kuasa yang dipinjamkan sementara,
kerana kuasa itu amanah yang bakal Tuhan tanya,
kerana kini...balasan kesalahan kita ~ Tuhan balas segera,
tak payah tunggu lama ~ kat dunia pun dah dapat bahana,
mungkin pada kita...mungkin pada isteri & anak-anak juga,
semuanya akibat angkara kesalahan yang sengaja disengaja.

Adapun......

Benar...kita tak mudah kaya kalau kerja Kerajaan,
lebih-lebih lagi...kalau berpangkat rendah gelaran,
sedangkan keperluan hidup masa kini amat menekan,
itu yang mungkin mendorong kita lupa amaran Tuhan,
sanggup lakukan apa saja asal dapat kecapi kesenangan,
tanpa mengira halal-haram yang Agama telah ditetapkan,
sayangkan...kalau kita jadi begitu kerana kurangnya iman,
kerana terpedaya dengan mainan dunia & muslihat syaitan.

Kata orang......

"Nak senang ~ susah tapi nak susah ~ senang",
maka...fikir-fikirlah secara berhemah & matang,
jangan cari susah dengan buat perkara terlarang,
sekali terjebak ~ kita akan sentiasa teransang,
bila dah bergelumang ~ nak bertaubat bukan senang,
takut tak sempat bertaubat ~ nyawa kita melayang,
bila jadi seperti itu ~ siksaan Tuhan tak terbayang !!!

Maka......

Usahakanlah cari rezeki & pendapatan yang halal,
mudah-mudahan baroqahnya kekal berpanjangan,
agar jiwa & hidup kita sentiasa tenang untuk beramal,
selaku hamba yang berusaha cari keredhaan Tuhan.

Insya`Allah......

Akhir kalam ~ saya sudahi dengan mohon kemaafan,
atas segala kemungkinan keterlanjuran berkata-kata,
kerana adakalanya ~ kita perlu menyatakan kebenaran,
walaupun adakalanya sesuatu kebenaran itu kurang di suka.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.

Sunday, March 13, 2011

Hikmah Untuk Di Garap...

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ~ ~ Kesempatan datang bertamu,
setelah agak lama saya mendiamkan diri,
~ semoga kita semua dirahmati Allah selalu,
dengan keimanan yang kekal tulen dalam diri.

Hampir seminggu tiada "post" saya sertakan,
di "alam siber" untuk perkongsian cerita,
bukan tiada cerita tapi lantaran kesibukan,
yang membataskan usaha saya melakarkannya.




Hmmm......

Kelmarin Hari Jumaat ~ Penghulu sekelian hari,
hampir sama suasana & cuaca bak minggu lalu,
bila hujan renyai di awal pagi turun tanpa henti,
memaksa pelaksanaan kerja ditangguhkan dulu.

Sesungguhnya......

Bukan hak kita untuk mempertikai sebarang kejadian,
kerana kita ~ hamba yang mengharap & berharap,
selaku hamba ~ kita wajib berbaik sangka pada Tuhan,
kerana setiap sesuatu itu ada "hikmah" untuk di garap.

Cuma......

Pantas & lambat "hikmah" tersebut berjaya di cerap,
akan bergantung kepada kesanggupan akal menerima,
keluhuran jiwa mencerna dengan tenang tanpa cemerkap,
serta perlaksanaan anggota secara redha dan bersahaja.

Sebenarnya......

Sebagai manusia biasa ~ kita hanya mampu merancang,
~ merencana+menduga+berharap+berdoa & bertawakal,
tapi adakalanya ~ terdapat juga harapan yang hilang,
walaupun diperingkat awalnya nampak macam kekal...




Adapun......

Semalam Hari Sabtu ~ hari untuk beristirehat,
pada mereka-mereka yang bekerja waktu pejabat,
tidak seperti saya & kami ~ tetap perlu kerja kuat,
cuba sempurnakan amanah*** kerja peringkat-berperingkat.




Namun......

Siang hari semalam ~ saya rasa amat letih sangat,
kerana salah seorang rakan sekerja mahir bercuti,
walaupun...di peringkat awal dia seperti berminat,
nak datang kerja seperti biasa seperti yang di impi.




Kerana......

Tinggallah kami berdua sahaja untuk teruskan kerja,
yang sepatutnya dilaksanakan oleh rakan sekerja mahir,
nak buat macamana ~ kerja tetap perlu diteruskan juga,
lambat sikit tak palah ~ asal sampai ke matlamat akhir.

Biarpun begitu......

Alhamdulillah ~ walaupun mungkin sedikit lambat,
tapi...berjaya juga kami berdua menyempurnakannya,
mungkin "skill" kami berdua tak setanding & hebat,
"skill" pekerja mahir yang buat masa ini tiada pendua.

Mungkin...begitulah keadaannya jika kita kurang arif,
tapi sekiranya kita tak mencuba ~ kita tak akan tahu,
mungkin kita tahu ~ tapi tak praktikkan kerana pasif,
yang akhirnya memendamkan kemahiran yang perlu...

Mencuba tak salah ~ asal tidak mudah rasa jemu,
jika diizin Allah ~ kita mampu berjaya...Alhamdulillah,
jika setelah terusan mencuba tapi terus gagal & buntu,
maka anggaplah "skill" itu bukan untuk kita menyerlah.

Tapi...setidak-tidaknya ~ kita perlu tahu walau sedikit,
akan asas & kaitannya dengan bidang yang diceburi,
namun...kita perlu rajin berusaha walau berdikit-dikit,
mungkin kita tak menguasai tapi kita mampu memahami.

Mungkin itulah yang telah membantu kami berdua,
selesaikan tugas yang sepatutnya orang lain yang buat,
Alhamdulillah ~ janji faham & ingin terus mencuba,
walaupun kami perlu mengerah kudrat hingga penat.

Alhamdulillah ~ kerja untuk hari itu telah selesai,
Insya`Allah ~ Hari Isnin nanti kerja disambung lagi,
sehingga tiba hari tersebut dapatlah saya sedikit santai,
tapi...sibuk pula kena kerja di pejabat petang nanti...

Alhamdulillah ~ setidak-tidaknya dapatlah rehat,
dalam bilik yang berhawa dingin & sedikit tenang,
kuranglah sedikit "penat lelah" & mengerah kudrat,
Alhamdulillah ~ dapatlah rasa girang & lapang !!!

Akhirkata......

Hargailah setiap masa yang dipinjamkan Allah,
seboleh mungkin dengan perkara yang berfaedah,
agar kelak kita tak rasa bimbang & rasa gundah,
tika kita diadili Allah di akhirat nanti di mahkamah.

Sekian secebis perkongsian cerita di kali ini,
salah & silap ~ kemaafan anda saya mohoni,
semoga ada pengajaran yang boleh ditauladani,
yang mungkin mampu sedarkan kita dari mimpi.

Sekian+Terima Kasih+Wassallam.