Sunday, February 28, 2010

Cahaya Selawat...

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Cahaya Selawat

Ya nabi salam alaika
Ya rasul salam alaika
Ya habib salam alaika
Solawatullah alaika

Ya rasul kau bawa cahaya
Menyinari alam buana
Bumi tandus
Subur kembali
Rasa gembira di hati

Lahirmu membawa rahmat
Memimpin ke jalan selamat
Akhlakmu yang sungguh memikat
Contoh buat seluruh umat

Mulianya pengorbananmu
Kebaikan yang kau seru

Biarpun halangan menimpa
Namun dirimu tetap tabah

Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan sunnahlah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman sentosa



Sumber: http://www.senikata.com/lirik-lagu-nasyid/raihan/cahaya-selawat.html

Wednesday, February 24, 2010

DoaKu......

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah ~ Tuhan semesta alam,
selawat dan salam ke atas junjungan kami ~
Nabi Muhamamad SAW,
ahli keluarga dan para sahabatnya sekelian.

Ya Allah,
sesungguhnya kami (sekeluarga) mohon penjagaan-Mu ~
terhadap agama kami,iman kami,jiwa raga kami,harta benda kami,
ahli keluarga kami,anak pinak kami dan segala sesuatu
yang Engkau kurniakan kepada kami.

Ya Allah,
Jadikanlah kami (sekeluarga) berada dalam pemeliharaan,
keamanan,perdampingan dan perlindungan-Mu Ya Allah,
dari semua syaitan yang jahat,si sombong yang bongkak,
pandangan yang jahat,orang yang zalim,
dan dari kejahatan setiap yang membuat angkara kejahatan,
sesungguhnya Engkau atas tiap-tiap sesuatu ~ Maha Berkuasa.

Ya Allah,
Indahkanlah kami (sekeluarga) dengan kesihatan dan keselamatan,
jadikanlah kami benar-benar orang yang bertakwa dan beristiqamah,
hindarkanlah kami dari segala yang mengundang penyesalan ~
baik di masa kini atau di masa akan datang,
sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa (hamba-Mu).

Ya Allah,
Ampunkanlah dosa kami (sekeluarga) dan ibu bapa kami,
orang yang kami mempunyai tanggungjawab terhadapnya,
dan seluruh orang Islam dan orang mukmin lelaki dan perempuan,
dengan rahmat-Mu wahai Yang Paling Mengasihi antara yang mengasihani.

Ya Allah,
Jadikanlah perkataan kami (sekeluarga) yang terakhir,
tatkala sampai ajal kami dengan kalimah ~
LailaHailLalLahMuHamMaDurRaSulLulLah...
Matikanlah kami di atas kalimah itu tanpa terfitnah,
tanpa sesat dan menyesatkan,tanpa mengubah dan memindanya.
Dan cukuplah Engkau untuk kami
dan Engkaulah sebaik-baik pelindung.
Tiada daya dan upaya (kami) melainkan dengan pertolongan ~
Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Ya Allah,
Wahai Tuhan kami,
berilah kepada kami (sekeluarga) di dunia ini kebaikan,
dan di akhirat juga kebaikan
serta hindarkan kami daripada azab neraka.

Sebaik-baik selawat dan sesempurna salam kami (sekeluarga)
persembahkan kepada junjungan kami ~
Nabi Muhammad SAW,penutup segala Nabi dan Rasul,
juga kepada ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian.
Maha Suci Tuhanmu,Tuhan yang dipersucikan daripada segala ~
yang disifatkan oleh mereka (orang-orang kafir),
salam sejahtera ke atas para Rasul,
dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Itulah terjemahan DoaKu ~"Doa Selamat",
yang dipanjatkan ke hadrat Ilahi di Subuh tadi,
mensyukuri genap sudah 20tahun sejarah terpahat,
pada hari ini ~ itulah usia perkahwinan kami.

Dan......

Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa memberi rahmat,
pada ikatan perkahwinan kami suami isteri+seisi family,
berkekalan dari-Nya beroleh keredhaan dan berkat,
dulu,kini dan Insya`Allah.....hingga ke "Syurga Al-Firdausi".

Amin...Amin...Ya Robbal Alamin.

Sekian Dan wassallam.

Monday, February 22, 2010

Mensyukuri Nikmat Allah...

بسم الله الرحمن الرحيم
Hanya kepada Allah segala puji-pujian dipanjatkan,
Allah Yang Maha Esa Lagi Maha Berkuasa ,
kepada-Nya kelak akhirnya kita bakal dikembalikan,
semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yg bertakwa.

Sesungguhnya nikmat yg dikurniakan Allah kepada manusia,
tidak terhitung banyaknya sejak mula hingga akhir masa,
namun sebagai manusia sejauhmanakah kita mensyukurinya?
berterima kasih kpd Allah atas segala kurnia-Nya kepada kita?
pernahkah kita terfikir bagaimanakah agaknya keadaan kita...
jika sedikit dari nikmat tersebut Allah tarik tanpa diduga?

Maka ~ kita perlu mempertingkatkan kesyukuran kpd Tuhan,
kerana dengan bersyukur ~ keimanan mampu diperteguhkan,
tambahan pula kehidupan kita kini penuh dengan kenikmatan,
serta keamanan yang berterusan juga kemewahan,
maka sepatutnya akan menambahkan lagi rasa kesyukuran,
kepada Allah Yang Maha Pemurah yg memberikan kurniaan,
di samping memperteguhkan lagi ketaatan dan pengabdian ~
diri kita bernama insan terhadap-Nya Tuhan.

Sesungguhnya kita tidak diakui bersyukur kepada Allah SWT,
melainkan jika kita menggunakan nikmat pemberian-Nya
untuk kepentingan diri dan masyarakat bersama,
seperti yang dinyatakan oleh Imam Al-Junaid seperti tertera:

"Syukur ialah seseorang yang tidak menggunakan nikmat Allah
untuk melakukan maksiat kepada-Nya".


Dalam ertikata lain ~ bersyukur boleh diertikan:
~ menggunakan segala nikmat Allah untuk melakukan ketaatan,
dan memenafaatkan nikmat tersebut ke arah kebajikan,
bukan menyalurkan kepada kemaksiatan atau kejahatan.

Nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada manusia
terbahagi kepada 2 perkara:

Pertama : "Nikmat Duniawi"
~ iaitu nikmat untuk meneruskan kehidupan di dunia,
seperti makanan+minuman+keamanan+materi ~
kesihatan+persaudaraan dan sebagainya.

Kedua : "Nikmat Ukhrawi"
~ iaitu nikmat Islam dan Iman,
nikmat yang paling berharga serta tidak ternilai,
kerana ia bukan setakat menjamin kesejahteraan ~
hidup di dunia tetapi berkekalan hingga ke akhirat nanti.

Persoalannya ~ adakah kita benar-benar bersyukur dengan
kedua-dua bentuk nikmat kurniaan Allah tersebut kepada kita?
Apakah kita benar-benar mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan
yang tidak terhingga @ terhitung nilainya?

Kita tidak seharusnya merasa selesa dan berpada,
dengan apa yang telah kita usahakan selama ini...
malahan kita perlu merasa bimbang dan takut adanya,
setelah sekian banyak nikmat dan rezeki,
yang Allah kurniakan ~ yang telah kita guna,
kerana kita bimbang ~ jika kita kini dan nanti ~
tidak tergolong di kalangan hamba-hamba-Nya
yang bersyukur dengan kenikmatan yang dianugerahi.

Allah SWT telah memberi amaran keras terhadap mereka
yg tidak mahu+tahu bersyukur akan nikmat pemberian-Nya
dengan amaran azab siksa di kala hari akhirat tiba......
sebaliknya ~ hamba yang bersyukur dan menghargai nikmat-Nya,
akan digandakan ganjaran nikmat dan pahala......
selaras dgn Firman Allah di dlm surah Ibrahim ayat 7 maksudnya:

"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu :
Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur,

nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepada kamu,

dan demi sesunggunhya jika kamu kufur,
sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih."


Sebagai tanda diakui bersyukur kepada Allah SWT,
kita wajib menggunakan segala nikmat pemberian Tuhan,
untuk kepentingan diri dan masyarakat juga,
disamping sentiasa pada Allah ~ kita taat dan beriman.

Bersyukur dan beriman ~ saling kait dan berkaitan,
disamping bersyukur kepada Allah yang menciptakan kita,
kita juga diingatkan agar berterima kasih sesama insan,
kerana kita tidak bersendirian hidup di dunia,
Allah menjadikan manusia saling perlu memerlukan,
perlu bantu membantu kearah kebaikan bersama.

Ini ditegaskan oleh Ibnu Khaldun dlm Muqaddimah hasil nukilan:
maksudnya: "Manusia saling perlu memerlukan,
tidak sempurna hidup bersendirian".

Sebab saling perlu memerlukan sesama manusia,
maka kita perlu saling mengenang budi+berterima kasih,
sehubungan perkara ini Rasulullah SAW bersadda maknanya:
"Tidak bersyukur seseorang itu kepada Allah,

selagimana ia tidak bersyukur kepada sesama manusia."


Sebelum saya mengakhiri perkongsian ilmu di kali ini,
ditegaskan ~ bahawa syukur adalah satu amalan suci,
dan perlu ditanamkan di dalam setiap jiwa insani,
kerana dengan bersyukur kepada segala nikmat Ilahi,
kita dapat membentuk manusia yang kenal diri,
mengenang budi dan sentiasa menghargai ~
setiap nikmat yang diperolehi.

Saya tinggalkan anda dengan sepotong ayat Al-Quran,
semoga boleh dijadikan panduan dan renungan,
agar kita sama-sama mencari keredhaan Tuhan,
semasa masih lagi diberikan kesempatan bernama kehidupan.

Allah berfirman dalam surah Al-A`raf ayat 10 maknanya:
"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu

(dan memberi kuasa) di muka bumi,

dan Kami adakan bagi kamu di muka bumi itu

(sumber dan berbagai jalan) penghidupan.
(supaya kamu bersyukur,tetapi)

Amat sedikitlah kamu bersyukur."


Sekian dan wassallam.

Saturday, February 20, 2010

Mencari Ketenangan Jiwa......

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian hanya untuk Allah,
semoga perkongsian ilmu dikali ini beroleh baroqah,
semoga niat dan maksud yang susah ~ dipermudah,
agar akhirnya kita mampu bermusahabah.

Kali ini kita berbicara tentang "Ketenangan Jiwa",
yang membawa erti seseorang itu tenteram dan aman ~
tidak gelisah/runsing/diganggui + lapang dada & minda,
mantap+stabil+berasa lega serta penuh kegembiraan.

Seseorang yang mempunyai jiwa yang tenang,
akan menjadi manusia yang selesa hidupnya,
~ tidak runsing hatinya ketika datang dugaan tak diundang,
malah mampu mengendalikan urusan hidup dengan sentosa,
samada urusan berkaitan keduniaan yang mendatang,
mahupun amal ibadah tanda pengabdian pada Yang Maha Esa.

Sebaliknya bagi mereka yang mengikut hawa nafsu,
untuk mencari ketenangan melalui cara yg salah,
seperti minum minuman memabukkan+gam dihidu ~
melakukan maksiat,berzina serta menghisap dadah,
hanya bakal menjadikan kehidupan mereka semakin buntu,
serta sentiasa dihantui dengan rasa penuh bersalah,
maklum sajalah tindakan sebegitu Syarak tak restu,
malahan bakal mendapat kemurkaan Allah.

Sesungguhnya untuk mencapai ke arah jiwa yang tenang,
ia bukan sesuatu yang payah mahupun sesuatu yang mudah,
asal sahaja kita mahu mengikhlaskan diri tatkala sembahyang,
Insya`Allah ~ matlamat murni tersebut bakal dibantui Allah.

Dalam Islam sembahyang 5 waktu dan sembahyang sunat,
boleh melegakan kekusutan fikiran dan memberi harapan,
kerana kepada Allah SWT kita merendah diri bermunajat,
menaruh sepenuh pengharapan akan pertolongan Tuhan.

Berdoa+ berwirid+berzikir serta membaca Al-Quran,
juga boleh membantu seseorang beroleh ketenangan,
kerana melakukan perkara yang disukai Tuhan,
mereka bakal beroleh kerahmatan dan kenikmatan,
dalam kehidupan ~ secara segera atau perlahan-lahan,
kerana begitulah ketentuan-Nya yang telah dijanjikan.

Firman Allah dalam surah Ar-Ra`d ayat 28 maksudnya:

"Orang-orang yang beriman menjadi tenteram
dgn mengingati Allah,

ingatlah bahawa dengan
mengingati Allah itu tenteramlah hati."


Sebenarnya hati orang-orang yang beriman itu...
sentiasa berasa tenteram dan tenang,
kerana selalu mengingati Allah tanpa mengira waktu
diwaktu susah mahupun diwaktu senang.

Sekiranya dugaan dan musibah datang menduga,
mereka akan segera menginsafi diri tanpa dipaksa,
lantas memeriksa diri serta di mana silapnya,
juga bertekad memperbaiki kesalahan pada Yang Maha Esa,
agar dilain kali mereka tidak melakukan kesilapan yang sama,
oleh itu ~ hilanglah segala dukacita berganti gembira,
kerana mereka redha akan apa yang telah Allah rencana,
disamping mengharapkan kerahmatan Allah SWT.

Begitu juga jika mereka mendapat nikmat dan anugerah,
mereka tidak berlaku sombong serta merendah diri,
malahan mengucapkan kesyukuran kepada Allah,
atas pemberian Ilahi kepada mereka yang tak terperi.

Hati orang-orang beriman sentiasa disinari Nur tanpa kelam,
mudah tenang baik diwaktu gembira mahupun gundah,
kerana sentiasa mengingati Allah ~ hati rasa tenteram,
tiada yang perlu dibimbangkan serta berkeluh kesah.

Kesenangan hati itu ialah kebahagian yang sebenar,
ganjaran Allah bila dilaksanakan segala perintah-Nya,
serta menjauhkan diri dari perbuatan keji dan mungkar,
dan sentiasa memelihara hak Allah terhadap kita.

Dan......

Kini...jalan telah terbuka dan terbentang luas,
untuk kita berusaha mencari ketenangan jiwa,
teruskan usaha murni anda tanpa jemu dan culas,
kerana kebahagian dari Ilahi ~ itu yang kita damba.

Sekian perkongsian ilmu untuk kali ini,
Insya`Allah ~ dilain kali bersua semula,
akhir kalam...yang baik milik Ilahi,
yang kurang kerana kejahilan saya.

Terima Kasih Dan Wassallam.

Tuesday, February 16, 2010

Mencari Keredhaan Ilahi...

Bismillahhirrahmannirrahim ~ pembuka bicara,
marilah kita meningkatkan keimanan kepada Allah,
dgn penuh keyakinan+keikhlasan melakukan segala suruhan-Nya,
dan meninggalkan segala perkara yang ditegah,
mudah-mudahan kita menjadi insan yg bertakwa,
serta selamat di dunia dan kehidupan di akhirat dipermudah.

Hidup di dunia ini memerlukan satu sama lain,
terutamanya tika musibah & dugaan Allah melanda,
tiada siapa yang mampu hidup sendirian,
maka...manusia mesti bersama-sama berusaha ~
mengekalkan hidup dalam keharmonian,
agar ketenangan jiwa dapat dikecapi dan dirasa,
dan akhirnya hidup manusia bakal dipenuhi dgn kebahagian.

Islam mengajar umatnya supaya bersifat "mahmudah",
spt prihatin+bertolak ansur+berkasih sayang+bekerjasama ~
berbuat baik & membantu agar perkara susah menjadi mudah
kepada mereka yang memerlukan pertolongan kita.

Jika sifat-sifat terpuji ini ada pada kita bernama manusia,
sudah tentu akan wujudnya insan yg berhati mulia,
yg akan sentiasa berusaha menjaga kebajikan bersama,
ke arah kesejahteraan hidup beragama+berbanga+bernegara.

Allah berfirman dalam surah Al-Maaidah ayat 2 tafsirnya:

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan
untuk membuat kebajikan dan ketakwaan
dan janganlah kamu bertolong-tolongan
pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

Dan bertakwalah kepada Allah kerana
sesungguhnya
Allah Maha Berat azab seksanya
bagi sesiapa
yang melanggar Perintah-Nya."

Memberi bantuan bukan hanya dalam bentuk kebendaan,
bahkan boleh dilakukan dgn pelbagai cara,
baik wang ringgit+tenaga atau buah fikiran,
asal saja bertepatan dgn suruhan agama...
semua perilaku itu ~ tanda mensyukuri kenikmatan,
yang dikurniakan Allah kepada kita.

Allah mengingatkan kita supaya bijak menguruskan harta,
kerana kelak di akhirat nanti kita bakal ditanya oleh-Nya,
tentang harta kita ~ kita mendapatkannya dari mana?
dan pada perkara apakah kita membelanjakannya?

Perlu diingat...pada harta kita ada hak sesama manusia,
hak yang perlu kita tunaikan dalam pelbagai cara,
untuk kepentingan umum+fakir miskin+yg memerlukannya ~
namun harus disertakan dgn keikhlasan kerana Yang Maha Esa,
iaitu melalui cara bersedekah,infak mahupun zakat juga,
kerana selain dari tersenarai dalam rukun Islam yg 5,
perilaku tersebut juga mampu menghapuskan dosa.

Firman Allah dlm surah Al-Baqarah ayat 271 tafsirnya:

"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu secara terang,
maka demikian itu adalah baik kerana menjadi contoh yg baik.
Dan kalau kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu
serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin,
maka itu adalah baik bagi kamu,
dan Allah akan menghapuskan
dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahan kamu.
Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Islam mengalakkan umatnya bersifat pemurah+dermawan,
maka Rasulullah SAW merupakan contoh teladan,
sentiasa menderma sepanjang hayat tanpa menghampakan,
selagi Baginda mampu dan terdaya memberi bantuan,
tanpa mengira pangkat,darjat dan keturunan,
dan Baginda lebih pemurah lagi di bulan Ramadhan.

"Dari Ibni Abbas RA ia berkata:
Adalah Rasulullah SAW seorang yang paling pemurah
dan Baginda lebih pemurah lagi dalam bulan Ramadhan."
(Riwayat Imam Al-Bukhari)

Islam mengingatkan kita supaya sentiasa bermurah hati,
saling bantu membantu sesama manusia hatta haiwan juga,
tiada rugi membelanjakan harta demi keredhaan Ilahi,
kerana setiap perbuatan baik ada ganjaran dari-Nya.

Ada sebuah hadith dr Abu Hurairah RA ~ Rasulullah bersabda:

"Tatkala seorang lelaki sedang berjalan di jalanan,
ia berasa sangat dahaga,
tiba-tiba dia mendapati ada sebuah perigi,
maka segera dia turun ke dalam perigi itu untuk minum.
Sebaik dia keluar dari perigi itu,
dia melihat seekor anjing mengeluarkan lidahnya ~
menjilat-jilat debu kerana terlalu kehausan.
Lelaki itu berkata sendiri dalam hatinya:
"Anjing itu pasti kehausan seperti aku".
Lalu lelaki tersebut turun lagi
ke dalam perigi untuk mengisi kasutnya dengan air.
Kemudian dia menggunakan mulutnya supaya
dapat membawa kasut yang berisi air tersebut naik ke atas.
Lalu memberi minum anjing tersebut.
Maka melihat hal itu,
Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuninya".

Bayangkanlah...berbuat baik kepada haiwan lagi ~
mendapat keampunan dan terima kasih daripada Ilahi,
maka apatah lagi berbuat baik sesama manusia di dunia ini.

Oleh itu rebutlah peluang dgn berbuat baik sesama manusia,
dgn jalan bersedekah @ menderma kpd mereka yg memerlukannya,
secara ikhlas tanpa mengira bangsa dan agama,
semoga perbuatan tersebut mendatangkan keinsafan kpd kita,
demi menjadikan kita ~ manusia yg prihatin & ingin bekerjasama,
dan sentiasa berusaha mewujudkan kesejahteraan umat manusia...
semoga amal jariah kita itu dirahmati oleh Yang Maha Esa.

Sebelum perkongsian ilmu pada kali ini dinoktahkan,
semoga nukilan ini merangsang ketakwaan kita kepada Tuhan,
akhirnya ~ sepotong ayat Al-Quran diselitkan sebagai renungan,
dalam surah Al-Baqarah pada ayat 261 ~ Allah berFirman:

Maksudnya: "Perumpamaan nafkah yg dikeluarkan oleh orang-orang
yg menafkahkan pada jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih
yg menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap-tiap tangkai ini pula
mengandungi seratus biji.
Dan ingatlah Allah melipatgandakan (ganjaran)

bagi siapa yang dikehendaki-Nya

dan Allah Maha Luas kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui".

Akhirnya......

Yang baik datangnya dari Allah,
yang silap kerana kejahilan diri,
semoga kita sama-sama bermuhasabah,
demi mencari keredhaan Ilahi.

Wassallam.

Sunday, February 14, 2010

Anugerah Yg Paling Berharga...

Bismillahhirrahmannirrahim ~ bicara dimulai,
semoga anda semua dirahmati Allah sentiasa,
dalam apa jua pekerjaan dan situasi yang dilalui,
terutamanya yang selaras dengan tuntutan agama.

Dikesempatan kali ini marilah kita berkongsi ilmu,
tentang kisah IbuBapa yang amat kita kasihi,
yang memberikan kasih sayangnya tanpa ragu+jemu,
agar kita hidup berbahagia di dunia & akhirat nanti.

Islam menuntut kita berbuat baik kepada mereka berdua,
kerana ia adalah perintah Allah yg wajib kita tunaikan,
dengan bersikap lemah lembut dan berbudi bahasa,
serta sentiasa ingat segala jasa mereka serta pengorbanan.

Selama ini mereka telah bersusah payah
memelihara dan menjaga kita siang & malam,
sanggup berpenat lelah+berhabis duit serta bersusah,
demi melihat kita membesar dengan selamat & tenteram.

Atas dasar itu ~ Islam telah menetapkan,
~ tanggungjawab melakukan kebaikan tanpa tersanggah,
terhadap Ibubapa amat besar serta ditekankan,
sehingga ia digandingkan dgn perintah mentauhidkan Allah.

Ia terbukti melalui Firman Allah dlm surah Al-Isra` ayat 23:

Maksudnya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya
engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata
dan hendaklah engkau berbuat baik kepada IbuBapa.
Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali
sampai kepada umur tua dalam jagaan & peliharaanmu,
maka janganlah engkau berkata kpd mereka (sbrg perkataan kasar)
sekalipun perkataan "UH" dan janganlah engkau menengking,
menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka
perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

Ajaran Islam juga menyuruh kita agar sentiasa ~
bersyukur dan berterima kasih kpd kedua IbuBapa kita,
seperti Firman Allah dlm surah Lukman ayat 14 maksudnya:

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kpd kedua IbuBapanya,
Ibunya telah mengandungnya dgn menanggung kelemahan
demi kelemahan (dr awal mengandung hingga akhir menyusunya)
dan tempoh menceraikan susunya ialah dlm masa dua tahun
(dgn yg demikian) bersyukurlah kepada-Ku
dan kepada kedua IbuBapamu dan (ingatlah)
kepada Akulah jua tempat kembali (utk menerima balasan)."

Sesungguhnya begitu besar peranan & pengorbanan kedua mereka,
lebih-lebih lagi buat si Ibu sehingga Islam mengangkat darjatnya,
melebihkan seorang Ibu itu lebih dari seorang bapa,
berdasarkan kerana Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: "Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya:
Aku bertanya Rasulullah SAW:
Siapakah orang yg paling patut aku berbuat baik?
Rasulullah SAW menjawab: Ibumu.
Kemudian aku bertanya lagi siapa?
Rasulullah SAW menjawab: Ibumu.
Kemudian aku bertanya lagi siapa?
Rasulullah SAW menjawab: Ibumu.
Kemudian aku bertanya lagi siapa?
Rasulullah SAW menjawab: Bapamu,
kemudian orang yg paling hampir dgnmu dan seterusnya.
(Hadith Riwayat Al-Tirmizi)

Selayaknyalah Ibu diberi penghormatan tertinggi,
lantaran begitu banyak jasa dan pengorbanan oleh ibu,
sabda Rasulullah SAW dibawah iniamat sinonim sekali:
maksudnya:"Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu."

Marilah kita mengenang jasa mereka membesarkan kita,
serta berusaha agar tidak menguris perasaan mereka,
hargailah sentiasa selagi mana mereka masih bersama,
dipinjamkan kepada kita oleh Allah selagi bernyawa,
dengan melakukan apa saja yg mengembirakan mereka,
selagi selari dengan Perintah Tuhan & tuntutan agama,
tanpa perlu kita berkira duit,masa & harta benda,
kerana IbuBapa adalah anugerah Allah yg paling berharga.

Selagi @ sekirannya IbuBapa masih bernyawa,
sebagai anak kita perlu sentiasa mentaati mereka,
hatta kesejahteraan dan keampunan kita doakan juga,
semoga Allah memberkati kedua IbuBapa tercinta,
serta diperpanjangkan keberkatan itu kepada kita.....

Sekiranya kedua IbuBapa kita telah meninggal dunia,
hadiah apakah yang paling bermakna utuk mereka?
...mudah sahaja ~ doakanlah kesejahteraan mereka,
niat & sedekahkanlah pahala amal kebaikan utk mereka,
membaca Al-Quran sentiasa usahlah di lupa,
serta mohonlah agar Allah SWT akan sentiasa ~
merahmati dan mengampunkan segala dosa-dosa mereka,
dan di akhirat kelak ~ semoga Syurga tempat "diam"nya.

Marilah kita beristiqamah dalam berbuat ihsan kepada mereka,
agar IbuBapa kita dan kita juga dapat menikmat hidup berkualiti,
berbahagia bersama ketika hidup di dunia,
dan...Insya`Allah ~ bakal berbahagia juga di akhirat nanti.

Akhirnya saya tinggalkan anda dengan sebahagian hadith Nabi,
serta sepotong ayat Al-Quran sebagai renungan,
ambillah ikhtibar dari hasil nukilan ini,
mudah-mudahan kita semua diberkati Tuhan.

Iaitu......

Jabir RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

maksudnya: "Berbaktilah kepada orang tua kamu (IbuBapa),
nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu (juga).

Dan......

Diriwayatkan dari Al-Tirmizi pula
:

maksudnya: "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan IbuBapa
manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan IbuBapa."

Serta......

Dalam surah Al-Israk ayat 7 Allah SWT telah berFirman:

maksudnya: "Jika kamu berbuat kebaikan,
maka faedahnya adalah untukmu,
jika kamu berbuat kejahatan,
maka berbalik pada diri kamu juga (kejahatan itu)."

Sekian Dan Wassallam.

Saturday, February 13, 2010

Cerita Merapu......

Fuyoo...semuanya Blog ~"post" dah di "up-date"kan,
dari kanak-kanak hingga ke peringat orang dewasa,
nampaknya... saya ajelah yang masih jauh ketinggalan,
mencoretkan secebis cerita untuk dikongsikan bersama.

Seronok juga baca "post" Blog-Blog yang saya ikuti,
kerana terselit pelbagai ragam,cerita dan berita,
walaupun berjauhan,tidak bersemuka + tidak dikenali,
namun......dapat juga saya menambahkan ilmu di dada.

Mana "Blog-Blog" yg bahasa & ceritanya kurang bersesuaian,
saya kurang berminat untuk mengikutinya,
mungkin boleh dibaca ~ dipercayai sepenuhnya jangan,
takut kelak "merosakkan" keharmonian di jiwa.

Jika tulisan mereka masih boleh diterima akal & kewarasan,
maka saya turut tumpang membaca & merenung sama,
mencari nasihat & pengajaran yang cuba disampaikan,
walaupun adakalanya sekadar cerita biasa.

Setiap hasil tulisan oleh para "Bloger" punca citarasa tersendiri,
walaupun adakalanya nampak seakan sama @ selari,
namun ada perbezaannya kalau diamat-amati,
samada dari segi bahasa,cerita & "antonasi".

Sebenarnya kebelakangan ni saya agak sibuk sikit,
dengan pelbagai hal ~ pejabat & urusan peribadi,
cuba juga nak menaipkan cerita secara berdikit-dikit,
puas diusahakan namun masih tak jadi-jadi......

Kalau nak hantar "post" berkaitan agama,
kena buat rujukan agar tidak menyimpang maksudnya,
itulah yang susah dan agak pening kepala,
kerana kalau salah fakta ~ saya bakal tanggung dosa.

Mungkin nanti bila kesempatan bersesuaian tiba,
Insya`Allah ~ akan saya cuba usahakan,
perkongsian ilmu sesama kita berkaitan agama,
agar kita dapat saling ingat-mengingatkan.

Sementara itu layan ajelah "cerita merapu"dari saya,
~ sebenarnya sekadar gatal jari nak tekan "keypad",
mungkin akan ada "post" terbaru esok @ lusa,
cuma kalau nak siapkan hari ini ~ rasa-rasanya tak sempat.

Sekian dahulu "cerita merapu" untuk kali ini,
Insya`Allah ~ esok @ lusa @ tulat bakal berjumpa lagi,
di "alam siber" bakal saya sertakan secebis coretan lagi,
semoga ada pengajaran kelak yang mampu dikongsi.


Terima Kasih & Wassallam.

Tuesday, February 9, 2010

Mencari Kebahagian......

Kehidupan di dunia penuh pancaroba dan ujian,
terhadap kejadian bernama Insan yang diciptakan Tuhan,
sejauhmanakah amanah pada Ilahi mampu disempurnakan,
adakah dengan kegagalan ataupun dengan kejayaan?

Kehidupan di dunia adalah sementara sahaja,
kelak bakal di ganti dengan kehidupan yg kekal,
adakah ketika hidup di dunia kita telah bersedia?
mencari keredhaan Tuhan sebagai bekal?

Kehidupan di akhirat adalah kehidupan yg berkekalan,
serta kehidupan yang tiada berkesudahan,
setiap amal perbuatan ketika kita dihidupkan
di dunia dahulu akan dibuat perhitungan,
bakal diberi balasan yang setimpal sebagai ganjaran,
kerana itu adalah bukti janji dan keadilan Tuhan.

Sesungguhnya kehidupan di akhirat berkait rapat,
dengan kehidupan kita semasa di dunia ini,
jika amalan soleh ~ berbahagialah kita kelak di akhirat,
jika amalan buruk ~ maka derita & sengsara bakal menanti.

Ibadah Sholat,Puasa,Zakat dan Haji serta beberapa amalan,
hanya perlu sebahagian kecil masa kita hidup di dunia,
selebihnya kita banyak gunakan utk mengejar keinginan,
mencari kebahagian hidup di dunia dgn pelbagai cara.

Timbul persoalan...apakah masa yg telah digunakan,
untuk mengejar kebahagian hidup di dunia ini,
tergolong dalam amalan soleh sebagai bekalan...
diperhitungkan Padang Masyhar di akhirat nanti?

Pernahkan kita renungkan sejenak tika kelapangan,
bagaimanakah cara kita memperolehi segala keperluan?
~ makanan,pakaian,rumah,kenderaan,pangkat & kedudukan.
memperjuangkan agama,bangsa & negara serta yg berkaitan...

Islam menuntut supaya umatnya sentiasa berhati-hati,
sentiasa memperhati dan mengawasi setiap gerak geri,
setiap amalan & perbuatan yang dilaksanakan sehari-hari,
kerana kelak di akhirat nanti mereka bakal Allah tanyai...

Di akhirat nanti Allah akan bertanya kepada umat manusia,
tentang segala nikmat yang telah mereka terima,
dari manakah punca perolehannya?
dan bagaimanakah pula mereka "memperlakukan"nya?

Ini bertepatan dng peringatan oleh Rasulullah SAW dlm hadithnya,
Mafhumnya: Dari Abi Barzah Al-Aslami RA ~ Nabi SAW bersabda:
"Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat dirinya
di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga...
ia disoal tentang umurnya ~ pada perkara apa ia dihabiskan
dan tentang ilmunya ~ untuk apakah ia digunakan
dan tentang harta bendanya ~ dari manakah ia dapatkan
dan pada perkara apakah ia dibelanjakan
dan juga tentang tubuh badannya ~ pada perkara apakah ia
susutkan kemudaan dan kecergasannya?"
(Riwayat Tirmizi)

Allah SWT menciptakan manusia supaya menyembah-Nya
dan juga untuk bertindak sebagai Khalifah di dunia,
satu amanah besar yang dipertanggungjawabkan kepada kita,
bukan sekadar untuk hidup berseronok-seronok sahaja...
bahkan...manusia tidak dijadikan hanya untuk hidup di dunia
tetapi mereka dijadikan pula untuk kehidupan di akhirat juga...

Justeru itu ~ setiap perbuatan hendaklah ada bertujuan,
iaitu untuk memperhambakan diri kepada Tuhan,
~ dalam sebarang kegiatan.pekerjaan mahupun amalan,
demi mencari keredhaan-Nya dalam kehidupan.

Memperhambakan diri kepada Allah SWT dlm pekerjaan duniawi,
mestilah antara lain mematuhi garis panduan di bawah ini :-

~ 1) Perlaksaan sesuatu pekerjaan hendaklah diniatkan
untuk mencari keredhaan Allah.

~ 2) Hendaklah pekerjaan itu adalah perkara yang
diharuskan syarak & adalah berdosa sekiranya
menjalankan kegiatan yg diharamkan syarak.

~ 3) Dilaksanakan dgn cara-cara yg diharuskan syarak
iaitu yg berprinsipkan ta`abuddi dan mementingkan
kemaslahatan ummah.Haram sama sekali kegiatan
yg dilaksanakan dgn kaedah yg dipengaruhi oleh
runtutan hawa nafsu dan tipu daya syaitan.

Dengan menghayati 3 prinsip yg telah digariskan,
akan terhasillah sesuatu pekerjaan yg kita lakukan ~
sebagai ibadah yg bakal menjadi bekalan,
di akhirat kelak mencari kebahagian kehidupan.

Inilah makna sebenar pengabdian diri kepada Allah SWT,
dlm surah Adz-Zariyat ~ Allah berFirman pada ayat 56 iaitu:
maksudnya: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah-Ku."

Akhirnya...marilah kita sama-sama membuat penilaian,
terhadap segala amalan dan perkataan yang dilakukankan,
sewaktu menjalani kehidupan sehari-harian,
baik secara sedar ataupun pura-pura tak perasan,
agar tidak mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan,
yang akhirnya adalah bercanggah dengan perintah Tuhan.

Semoga dijauhkan Allah akan kita umat Islam semua,
dari kelak menjadi hamba Allah yg miskin & papa kedana,
di akhirat nanti disebabkan kesilapan amalan di dunia,
yg tidak tergolong dalam amalan soleh disisi Allah SWT.

Ada sepotong ayat Al-Quran utk renungan bersama,
~ dalam surah Hud ayat 15-16 Allah berFirman maksudnya:
"Sesiapa yg berkehendakkan kehidupan dunia & perhiasannya,
maka Kami penuhi usaha mereka di dunia,
dan mereka tidak dikurangkan daripadanya.
Mereka tidak beroleh di akhirat kelak selain daripada neraka,
dan gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia,
dan batallah apa yang mereka telah kerjakan (ketika hidupnya)."

Sekian dulu sedikit perkongsian ilmu di kali ini,
Insya`Allah ~ saya bakal "memahat kata" dilain kali,
segala salah dan silap ~ saya mohon dimaafi,
yang baik dari Allah ~ yang kurang kerana kejahilan diri.


Sekian & wassallam.

Saturday, February 6, 2010

Ganjaran Diperolehi......

Bismillahhirrahmannirrahim ~ kata bermula,
Assalamu`alaikum ~ untuk pembaca budiman,
Alhamdulillah ~ di"alam siber" saya memahat kata,
Insya`Allah ~ ada perkongsian cerita untuk tatapan.

Semalam ~ buat pertama kalinya......
anak bujang saya mendapat wang gaji,
hasil titik peluhnya ~ sabar dan tekun bekerja,
Alhamdulillah...kini "ganjarannya" telah diperolehi.

Kami suami isteri bersyukur & tumpang gembira,
melihat usaha"nya" selama ini ~ telah berjaya,
serta keceriaan yang tergambar di riak wajah"nya",
juga pelbagai "keinginan" yang dia mula rencana.

Memandangkan itu duit gaji"nya" yang pertama kali,
dan kebetulan pula semalam adalah Hari Jumaat,
wang pertama eloklah disedekahkan ~ ke jalan Ilahi,
mudah-mudahan rezeki"nya" bakal beroleh berkat.

Sebahagian wang gaji'nya" diserahkan kepada saya,
untuk dipegang sementara menunggu malam tiba,
malam itu barulah wang gaji"nya" dikeluarkan semua,
kemudian barulah dia akan membuat pengagihannya.

Diperingkat permulaan ~ dia hanya mahu 20% sahaja,
dari keseluruhan jumlah gaji tersebut untuk diri"nya",
selebihnya 80% ~ dia berikan utk kami suami isteri berdua,
sebagai orang tua ~ kita tentu tak sampai hati menilainya.

Niat"nya" baik ~ agar kami "rasa" & guna duit tersebut,
namun kami suami isteri ada perancangan utk"nya" sedikit,
bukan duit sebenarnya kami diidamkan & ingin direbut,
tapi...ingin melatih beliau belajar menguruskan duit.

Sesi perbincangan & perdebatan pun bermula,
memakan masa yang "kelihatannya" agak lama,
walaupun sebenarnya bukanlah serumit mana,
tapi utk tujuan mendidik ~ ada pelbagai cara pendekatannya.

Setelah menghuraikan buruk baik sesuatu tindakan,
satu jalan penyelesaian telah dimuktamadkan,
40% dari wang gaji "nya" utk kami ~ pemberian yg dihajatkan,
baki 60% selebihnya ~ utk dia cuba belajar sendiri uruskan.

Walaupun 40% wang gaji "nya" diserahkan kepada kami,
bukanlah bermakna akan kami sepenuhnya gunakan,
Insya`Allah ~ akan kami simpan dalam "akaun"nya" nanti,
untuk kegunaan beliau juga kelak dimasa hadapan.

Beliau harus dilatih belajar menguruskan hal kewangan,
kerana...Insya`Allah ~ kelak beliau bakal keseorangan,
hidup berjauhan dr kami sekiranya dpt menyambung pelajaran,
maka inilah ujian utk beliau ~ bagaimana membuat perancangan.

Kita tak tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan,
kerana segala-galanya itu dalam ketentuan Tuhan,
sebagai IbuBapa ~ kami hanya mampu merencanakan,
buat persiapan diri"nya" sebelum melangkah ke alam kedewasaan.

Kelak...banyak dugaan & "godaan" kehidupan akan menanti "nya",
kalau tak dibimbing ~ takut dia akan tenggelam punca,
tak tahu menilai yang mana "intan"~ yang mana "kaca",
kelak dibimbangi boleh "memudaratkan" masa muda & usaha.

Pada IbuBapa...selagi terdaya dan masih diberikan peluang,
Insya`Allah ~ anak-anak akan tetap diberikan perhatian,
kerana itulah tanda pengorbanan luhur & kasih sayang,
~ selagi waras dan selagi mana nyawa di kandung badan.

Dan......

Hari ini anak bujang saya masih meneruskan kembali,
usaha pencarian rezeki & ilmu tentang kehidupan,
semoga dia sentiasa dibimbing oleh Ilahi,
kearah kebaikan dlm kehidupan serta beroleh keberkatan Tuhan.

Insya`Allah.....Dan......Alhamdulillah.

Sekian,
Terima Kasih,
Dan Wassallam.

Thursday, February 4, 2010

Kebersihan Di Kalbu......

Kebersihan adalah satu ciri penting dalam tuntutan agama,
ia juga mengambarkan ciri-ciri keperibadian manusia,
sejauhmana kebersihan memberi kesan dalam kehidupan mereka,
bergantung ~ bagaimana mereka menghargai & menjaganya.

Pakaian yang bersih memang amat disuka,
namun kebersihannya tak kekal lama,
pasti akan ada kesan kekotoran padanya,
lebih-lebih lagi kalau dah sehari-harian ia diguna.

Mulanya bersih kelihatan & harum baunya,
namun kalau dah pakai seharian ~ pasti lain jadinya,
apatah lagi kalau hanya dipakai ~ dicuci tiada,
Masya`Allah...dahlah kotor serta tentu busuk baunya !!!

Demikianlah juga dengan tubuh badan kita,
kalau tak dijaga ~ lebih kurang begitulah juga kesannya,
pelbagai penyakit mudah menyerang ~ sebagai "exstra",
jika "hygiene" tidak dijaga & diurus dengan sempurna.

Begitu jugalah hati @ "kalbu" kita bernama manusia,
seperti Rasulullah SAW pernah bersabda tentangnya:
"Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan bersih (adanya),
tetapi ke2 ibubapanyalah yg akan menentukan nasib agama anaknya".

Sebagai manusia kita tetap mempunyai sifat kelemahannya,
~ inginkan pangkat,penghormatan & kesenangan di mata dunia,
adakalanya lebih kepada @ hingga sanggup melakukan dosa,
bagi memenuhi keperluan hidup semasa + godaan nafsu juga.

Tanpa sedar atau sengaja buat-buat tak tahu,
semakin banyak kesalahan dan dosa kita lakukan,
~ dosa itu akan menjadi titik hitam di dalam hati @ "kalbu",
makin hitam serta menebal setiap kali bertambahnya kesalahan.

Kelemahan dan kegagalan manusia menyelengarakan "kalbu",
serta meningkatkan prestasi penyucian "kalbu" @ hati,
telah @ boleh merangsang & menjerumuskan individu tertentu,
dengan @ dalam perbuatan yg bercanggah dgn hukum Ilahi.

Kelalaian & kecuaian insan berusaha membersihkan "kalbu",
bukan sahaja akan mendorong mereka menjauhi perintah agama,
bahkan turut mampu mempengaruhi keluarga & lain individu,
mengingkari suruhan Allah serta "mencabuli" hak asasi manusia.

Bagaimanakah caranya kita ingin untuk memperbaikinya?
~ menyelengara & mempertingkatkan prestasi "kalbu" kita?
agar "kalbu" kita terus selari dgn akidah,ahklak & tuntutan agama,
serta tidak terus-terusan hidup dalam noda & dosa?

Ketahuilah..."kalbu" adalah pusat segala kesedaran & tindakan,
pusat menggerak jasmani+pancaindera juga buah fikiran,
~ alangkah berbahagianya jika "kalbu" @ hati kita penuh kebersihan,
kerana ianya kelak mampu menjamin kehidupan ~
baik secara individu+bermasyarakat dlm keadaan bahagia & aman.

Maka...demi berusaha agar keharmonian itu wujud sesama kita,
walau dalam keadaan sibuk sekalipun dgn urusan dunia,
~ rajin-rajinkan menginsafkan diri bila kelapangan tiba,
serta bertaubat dan memohon ampun kpd Allah SWT.

Kalau termampu ~ sediakanlah waktu tertentu,
untuk sentiasa mengingati,memuji & mengEsakan Ilahi,
~ mensucikan Allah sentiasa agar bersih di hati @ "kalbu",
demi memudahkan kita menjadi umat Islam berkualiti.

Akhirnya ~ marilah kita melipatgandakan penyucian diri,
dan beribadahlah menyembah Allah SWT dgn seikhlas hati,
~ penuh integriti dlm menunaikan Sholat, Zakat, Puasa & Haji,
serta melaksanakan ibadah sunat lain yg diberkati Ilahi.

Sebelum coretan ini dinoktah sementara waktu,
sepotong ayat Al-Quran disertakan di bawah ini,
semoga mampu meransang keinsafan di "kalbu",
akan tujuan sebenar mengapa kita diciptakan oleh Ilahi.....

Yakinlah bahawa" kalbu" yang bersih besar kelebihannya,
dalam membimbing kehidupan kita ke jalan yg diredhai-Nya,
seperti Allah berfirman dlm surah Al-Ankabut ayat 45,
yang bermaksud seperti yang terserta:

"Bacalah & ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yg telah diwahyukan
kepadamu dari Al-Quran & dirikanlah sholat (dengan tekun);
sesungguhnya sholat itu mencegah dr perbuatan keji+kemungkaran,
& sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedah+kesan);
dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yg kamu kerjakan".

Sekian & wassallam.

Tuesday, February 2, 2010

Secebis Coretan......

Coretan kali ini adalah sambungan,
dari "Post" bertajuk "Inilah Dugaan......"
selamat membaca serta sudilah beri perhatian,
kerana kedua-dua nukilan ~ saling berkaitan.

Jom ~ mari kita mulakan......

Setelah berehat & menelan beberapa butir ubat,
dengan izin Allah ~ demam & "Maigrain" semakin berkurang,
Alhamdulillah ~ badan dah rasa segar & berkudrat,
pandangan dah stabil serta jalan pun dah tak hoyong-hayang !!!

Bila badan rasa segar sedikit ~ hati pun girang,
bantu isteri buat kerja-kerja dapur sikit,
memasak lauk untuk anak bujang yang bakal pulang,
serta bersihkan rumah walaupun secara berdikit-dikit.

Mula-mula tu nak masak Asam Pedas Daging,
kerana anak bujang saya suka Masakan Pedas Bercili,
memandangkan Cili Boh dah hampir "kering",
terpaksa ubah resepi dari Masakan Bercili ke Masakan Kari.

Mop lantai luar dan dalam rumah,
bagi menghilangkan kesan minyak dan kekotoran,
anggaplah ia sebagai amal jariah sambil beriadah,
kalau dah bersih ~ pijak lantai pun rasa penuh keselesaan.

Cuaca di luar rumah sungguh panas sekali,
lebih memeritkan lagi kerana tiada berangin,
namun... menyegerakan keringnya pakaian yg dibasuhi,
jadi sambil menonton TV ~ bolehlah bantu lipatkan kain.

Alhamdulillah ~ Isteri pula amat bertimbang rasa,
menyediakan minum petang untuk kami bertiga,
Keledek Goreng juga Milo Panas memancing selera,
sedap dimakan waktu masih panas-panas tersedia.

Bila telah selesai menjamu selera bersama,
isteri ke dapur mencuci kapar-lampar,
saya pula memakan ubat ikut aturan,
kini masanya untuk kami beristirehat,
sambil bersembang kami bertukar cerita,
ada cerita "serious" ~ ada juga cerita kelakar,
juga isu semasa yang kini hangat diperkatakan,
lebih baik kami berbual mesra dari bergosip+mengumpat !!!

Anak bujang saya lewat sikit pulang hari ini,
kata"nya" kena kerja OT 2jam petang tadi,
kerja kena siapkan cepat tak boleh bertangguh lagi,
kerana Tahun Baru Cina nanti ~ ramai pekerja bakal bercuti.

Malam pun tiba setelah senja berlabuh,
namun bahang kepanasan petang tadi masih tersisa,
kipas angin di syiling terpaksa berputar ligat,
walaupun duduk dalam rumah tapi badan habis berpeluh,
isteri nak minum "Coca-Cola Ais" buat menghilangkan dahaga,
maka...keluarlah sekejap pergi beli bagi menyempurnakan hajat.

Anak bujang pula memesan "Air Sprite",
mungkin kerana ingin bertukar selera,
saya kata pada"nya" ~ Alright !!!,
Insya`Allah ~ akan cuba saya usaha mencarinya.

Alahai..."Sprite" ada tapi "Coca-Cola" pula tiada,
terpaksa tukar ke "Pepsi-Cola" lah jawabnya,
nasib baik isteri saya jenis "tidak berkira",
tak kisah ~ janji rasa "Air Cola"nya hampir sama !!!

Nak jadi lawak ~ "Ais" pula dah tinggal sikit,
kali ni anak bujang saya pula keluar membeli "Ais",
bila dapat diminum ~ terasa lega walaupun sekelumit,
Alhamdulillah ~ dapat mengurangkan rasa dahaga..."Yesss"!!!

Anak bujang saya "membloging" malam tadi,
saya juga melayari Internet sambil membaca cerita,
isteri pula bersantai sambil menonton TV,
sesekali kami jengah-menjengahi sesama sendiri,
namun......masa untuk berehat tibalah kini,
kerana malam sudah semakin larut nampaknya,
demikianlah dulu sedikit coretan untuk kali ini,
Insya`Allah ~ nukilan bakal bersambung di lain kali.

Terima Kasih ~ kerana masih sudi bersama,
menatap secebis coretan perjalanan hidup saya & keluarga,
mana yang baik & berfaedah ~ ambillah iktibarnya,
kalau ada yang tak elok ~ jangan ikut tanpa usul periksa.


Sekian+Wassallam......


Inilah Dugaan......

Semenjak dua menjak ini,
kesihatan badan kurang OK,
apa masalahnya ya sejak kebelakangan ini?
terpaksalah dok diam-diam sambil berfikir......

Segala-galanya berpunya dari "Maigrain" Hari Khamis tu,
kena makan ubat & rehat sehari dua,
kini ~ serangan "Magrain" kerap menyerang selalu,
datang bersama demam+sakit tekak & selsema.

Walaupun sehari dua masa diperlukan untuk berehat,
namun untuk sihat kembali macam biasa perlukan masa,
tapi nampaknya dugaan Allah pada saya semakin kuat,
baru kesihatan beransur baik ada dugaan tak dijangka......

Hari Sabtu tempoh hari satu panggilan diterima,
selepas Sholat Asar meminta saya datang segera,
ada jemputan meminta doa dibaca,
tanda kesyukuran sempena anaknya dapat kerja,
nak tolak pun serba salah kerana jiran lama,
alah kenduri kecik-kecik aje ~ Doa Selamat katanya.

Sepatutnya ada "Bilal lama" kat kawasan perumahan tu,
tapi kebetulan petang tu dia ada hal mengejut,
terpaksa menolak jemputan secara diplomasi,
memandangkan Majlis tersebut telah dirancang dahulu,
persiapan telah dibuat & jiran tetanga telah dijemput,
terpaksalah Tuan Rumah berikhtiar mencari pengganti.

Itu timbulnya nama saya ketika mereka berbual-bualan,
kerana saya mungkin mampu bertindak sebagai pengganti,
agar Majlis dapat berjalan seperti yang dirancangkan,
walaupun sebenarnya saya amat "kecut sekali" !!!

Alhamdulillah...Majlis berjalan lancar & sempurna,
walaupun sebenarnya jantung saya berdebar bagai nak gila,
mujur baik bacaan & doa tak hilang punca,
kalau tak ~ alamatlah malu benar diri ini terasa !!!

Saya tak menjamah banyak makanan,
sekadar Pulut Kuning & Kuah Kari,
itupun sikit kerana nak ambil keberkatan,
jangan nanti Tuan Rumah kata kita tak sudi.

Malam tu sewaktu sekeluarga ingin makan kat luar bersama,
kesan memakan Pulut Kuning petang tu menyerang tiba-tiba,
sakit menangkap ke pinggang secara serta merta,
terduduk saya kat jalan raya sekejap ~ masa keluar kereta.

Sakitnya berlarutan beberapa hari,
tapi buat macam biasa ~konon-kononnya macam tak reti,
ambik kau !!! rupanya sakit pinggang tu datang berulang kali,
"plus"sakit tekak & selsema bersilih ganti.

"Last-last" ~ malam tadi demam panas berlarut-larutan,
pagi tadi ke pejabat jumpa Kerani uruskan hal cuti,
kemudian pergi Klinik buat pemeriksaan kesihatan,
~ Doktor minta saya banyakkan berehat & kurangkan aktiviti.

Hmm...kenalah banyak berehat & berpantang makan,
tapi ~ mana maunya kerana "boring" benar rasanya,
bila rasa dah baik sikit dengan izin-Nya Tuhan,
mulalah nak buat itu & ini ~ macam tak ada apa-apa !!!

Tapi...nasihat Doktor kenalah ikut,
agar tak lebih mendatangkan mudarat pada diri,
tapi...jengah kejap & "post" 1cerita kat Intenet ~ tak pa kot?
setidak-tidaknya untuk pembaca ~ ada cerita untuk dikongsi.

Dan akhirnya......

Mungkin inilah dugaan untuk saya dari Yang Maha Esa,
agar saya bersyukur kepada-Nya & bermuhasabah diri,
semoga ~ dugaan & ujian Allah ini tak kekal lama,
Insya`Allah ~ mudah-mudahan saya bakal sihat kembali.

OK lah...sekianlah dulu untuk kali ini,
Insya`Allah ~ bakal bersembang lagi dilain masa,
sehingga kesempatan tersebut menjelma kembali,
sekian & wassallam ~ penutup bicara tanpa suara.


Bakal bersambung......

Monday, February 1, 2010

Sholat & Kelebihannya...

Bismillahhirrahmannirrahim ~ pembuka nukilan,
Assalamua`alaikum
untuk pembaca sekelian,
saya berpesan kepada diri sendiri serta tuan+puan,
marilah kita berusaha meningkatkan ketakwaan,
hanya kepada Allah sahaja tempat pengabdian,
kerana itulah sebenarnya tujuan kita diciptakan.

"Post" kali ini masih menekankan berkaitan Sholat kembali,
Rukun Islam Ke2
yg menjadi asas terbinanya Islam & keIslaman,
serta ibadah wajib ke atas setiap individu sejak baligh lagi,
selagi akal masih waras~ wajib dilakukan dlm apa jua keadaan.

Di dalam Al~Quran terdapat lebih 25 tempat ayat,
~ayat "AQoMa" yg merujuk perintah mendirikan Sholat,
serta lebih 70 kali perkataan "AsSolah"@ Sholat diulang sebut,
agar kita memahami keutamaan Sholat ~ kenapa amat perlu dibuat?

Di antaranya pada Surah An-Nisa ayat 103 Firman Allah bermaksud :

"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan Sembahyang,
maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah
semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring.
Kemudian apabila kamu merasa tenteram (berada dlm keadaan aman)
maka dirikanlah Sembahyang itu (dgn sempurna sebagaimana biasa).
Sesungguhnya Sembahyang itu adalah satu ketetapan yg diwajibkan
atas orang-orang yang beriman ,yang tertentu waktunya."

Dan pada Surah Toha ayat 132 Firman Allah yang bermaksud:

"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan
Sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.
Kami tidak meminta rezeki kepadamu,
(bahkan) Kami-lah ygmemberi rezeki kepadamu,
& (ingatlah!) kesudahan yg baik adalah bagi orangX2 yg bertakwa."

Maka dapatlah difahami kenapa Sembahyang amat dipentingkan,
terutamanya kepada orang-orang Islam yang beriman,
~ dibawah ini disenaraikan kepentingan Sholat dalam kehidupan,
diharapkan dapat diambil iktibar untuk dijadikan pedoman.......

1~ Sholat dpt meningkatkan seseorang utk sentiasa mengingati Allah.

Firman Allah padaSurah Toha ayat 14 yg bermaksud:
"Sesungguhnya Aku-lah Allah,tiada Tuhan melainkan Aku,
oleh itu sembahlah akan Daku
dan dirikanlah Sembahyang utk mengingati Daku."

Berdasarkan maksud ayat maka Sembahyang adalah jalan,
serta panduan utk kita sentiasa mengingati Allah SWT,
sekaligus Sembahyang juga adalah tanda pengabdian,
serta tanda kesyukuran seorang hamba,
kepada Allah SWT atas segala anugerahnya kepada Insan,
berupa nikmat & rahmat yg Allah kurniakan kepada kita.

2~ Sholat dapat menghapus dosa.

Kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan & kesalahan,
dalam menjalani kehidupan sehari-harian bernama Insan.
maka Sholat Fardu yg diwajibkan kepada kita utk dilaksanakan,
mampu menghapuskan dosa-dosa yang kita lakukan.

Rasulullah SAW ada menyatakan dlm sebuah hadith bermaksud:

"Dari Abi Hurairah RA,sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
Sembahyang 5 waktu & Sembahyang Jumaat hingga Jumaat
berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang
-sembahyang itu,selama dijauhinya dosa-dosa besar."
( Hadith riwayat Muslim )

3~ Sholat juga mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Sholat yang dikerjakan dgn khusyuk & menepati segala rukun,
boleh mencegah orang yang melakukannya,
dari melakukan maksiat dan kemungkaran,
selaras dgn Firman Allah dlm Surah Al-Ankabut ayat 45:

Yang bermaksud: "Sesungguhnya Sembahyang itu mencegah dari
perbuatan yg keji & mungkar,dan sesungguhnya mengingati Allah
adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya),
dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yg kamu kerjakan."

4~ Sholat dapat memberi barakah hidup & berbahagia kehidupan.

Orang yg memelihara Sholatnya ~
kehidupannya dipenuhi dgn keberkatan & kebahagian,
berbeda dgn orang yg meninggalkan Sholatnya ~
kehidupannya sentiasa dipenuhi kemurkaan Tuhan.

Maksud Firman Allah dalam Surah Al-Mukminun ayat 1~2:
"Sesungguhnya berbahagia@berjayalah orang-orang beriman
(iaitu) mereka yang khusyuk dalam Sembahyangnya."

Juga ~~~

Golongan manusia sebegitu amat dimurkai Allah Yang Maha Esa,
seperti dalam surah Al-Muddathir bilangan 42-43 di kedua ayat,
"Apakah yg menyebabkan kamu masuk ke dlm Saqar (neraka)?,
Jwb org yg bersalah: Kami tidak termasuk org yg mengerjakan sholat."

Tambahan......

Perlu diingatkan ~ Sholat adalah Ibadah yg istimewa,
yg diterima Rasulullah secara langsung dari Allah SWT,
ketika Nabi SAW mengadap Allah Yang Maha Esa,
dlm peristiwa Isra`Mikraj di "Sidratul Muntaha".

Cara menerimaan Ibadah Sholat amatlah berlainan,
jika dibandingkan dengan Ibadah lainnya dalam Islam,
~seperti Ibadah puasa,zakat,haji dan lain-lain,
yg diterima melalui wahyu dgn perantaraan Malaikat Jibril AS.

Jelaslah kini kepada kita,
mengapa Sholat itu terlalu istimewa,
diterima oleh Rasulullah dari Allah Yang Maha Esa,
secara langsung dari-Nya tanpa ada perantara.

Maka......

Marilah kita memelihara Sholat yg telah difardukan,
dgn melaksanakannya dlm waktu yg telah ditetapkan,
kerana melaksanakan Sholat tepat pada waktu ditentukan,
adalah amalan yg paling Allah sukakan.

Serta......

Janganlah kita mensia-siakan Sholat,
dgn melewat-lewatkan mengerjakannya dari waktunya,
kalau berkekalan melakunya sebelum sempat bertaubat,
tika berpisahhya badan dengan nyawa,
maka telah Allah sediakan satu tempat,
sebuah lembah bernama "Ghaiy" dalam neraka,
mereka itu akan dihumbankan serta disumbat,
dan diberi makanan yg amat jijik serta diazab seksa.

Itu baru melewat-lewatkan mendirikan Sholat,
~ sengaja melaksanakan Sholat dipenghujung waktu,
azab seksaan yang Allah janjikan amat menakutkan,
bagaimana pula mereka yang sering "mengelat"?
langsung tak bersholat atau buat-buat tak tahu?
nampaknya memang mereka kufur kepada Tuhan......
nak tahu di neraka mana mereka bakal merempat?
di dalam neraka Saqar ~ tempat mereka dah tentu,
sama hina tempatnya spt neraka yg diduduki Iblis & Syaitan !!!

Sekian perkongsian ilmu untuk kali ini,
semoga kita sama-sama menginsafi diri,
agar kembali memperhambakan diri kepada Ilahi,
sementara kita masih bernyawa & berpeluang lagi.

Akhirnya......

Marilah kita berusaha mempertingkatkan lagi amal soleh,
serta berusaha menjauhi segala apa yg dilarang-Nya,
mudah-mudahan keberkatan dari Allah kita bakal peroleh,
Insya`Allah ~ hidup berbahagia di dunia & akhirat juga.

Terima Kasih & Wassallam.