Thursday, December 31, 2009

CoretanX3...

Pagi tadi baru pulang dari kerja,
bantu isteri uruskan hal rumahtangga,
serta "poskan" 2 set nukilan ke "alam siber@dunia maya",
yg telah dicoretkan pada sebelah malamnya......

Hari ini saya terpaksa sambung kerja kembali,
dari tengahari hingga menjelang petang,
semua "member"dah "angkat tangan & angkat kaki",
kerana dah tidak boleh ubah hal yg dirancang......

Seorang tu bergegas pulang sebaik shj habis kerja,
kerana ingin ke Damansara ~ berniaga sebelah malamnya,
mencari "exstra RM" sempena tahun baru yg menjelang tiba,
katanya...masuk kali ini dah masuk tahun ke 3.

Seorang lagi sedang seronok "melenjan" kereta baru,
maklumlah baru keluar kereta MyVi semalam,
sempena "program"tukar kereta lama dgn "baucer RM5000",
rugilah kalau tak rebut peluang & dpt juga "melaram"!!!

Seorang lagi mungkin tengah sibuk uruskan hal duit,
maklumlah...beliau patut kini bergelar "separuh jutawan",
mudah-mudahan "kesenangan" itu tidak disertai "penyakit",
kenalah rajin bersedekah & berzakat pada yg memerlukan.

Seorang lagi ~ yang ini yang rajin timbulkan masalah,
sehingga saya terpaksa bekerja di siang hari,
diharapkan dia mampu segera berubah,
berusaha memperbaiki komitmen serta motivasi diri.....

Manakala "Bos" kita seorang tu ~ malaslah nak "komen",
cakap macammana pun ~ buat pening kepala sahaja,
lebih baik fikirkan & uruskan hal-hal lain,
tentu-tentu ~ dada rasa lapang serta hati rasa lega......

Dan orang yang sedang menaip ni......
masih macam tu juga ~ kena terus buat kerja,
apakan daya...perkhidmatan harus sentiasa beroperasi,
kenalah banyak & terus bersabar sepanjang masa......

Begitulah secebis ragam dan cerita "member" & saya,
semoga perkara yg baik & gembira akan kekal lama,
mana yg tak elok ~ semoga akan pergi dgn bersegera,
krn...keadaan mereka turut mempengaruhi perjalanan kerja.

Kerja dlm satu pasukan memang memerlukan "tolenrasi",
baru perjalanan kerja & perhubungan menjadi lancar,
salah+silap sikit tu ~ adatlah...namun jgn sering diulangi,
takut kelak kesabaran seseorang itu boleh tercabar !!!

Namun...janganlah pula asyik kita sahaja yg "membuli",
sengaja-sengaja "menganiayai"orang lain,
kelak kita juga yang bakal rugi serta dibenci,
takut bila kita memang terdesak ~ kita pula kena"main" !!!

Kalau orang dah sering membantu kita,
kita haruslah bersyukur & menghargainya,
kalau kelak tiba pertolongan kita mereka pinta,
bersegeralah membantu tanpa perlu "berkira-kira".....

Bila bekerja sebagai satu pasukan,
susah dan senang haruslah dikongsi bersama,
perkara rahsia & sensitif hendaklah sentiasa disimpan,
jgn suka buat cerita & menjadi "mengadu-domba" !!!

Kalau semuanya "tip-tip" tersebut telah diikuti,
Insya`Allah...hubungan kemesraan sesama kita pasti ceria,
barulah semangat bekerja sepasukan penuh harmoni,
serta kita bakal @sentiasa bertugas dgn penuh gembira.....

Sekian.

Dan sebelum terlupa :~~~

Selamat datang Tahun Baru 2010 utk anda semua,
selamat tinggal kepada Tahun 2009,
edisi nukilan 2009 kini menutup tirainya,
Insya`Allah ~ bakal bersambung lagi di tahun hadapan.

Wassallam...

Semuanya Kini Beransur Selesai...

2hari sibuk uruskan hal pejabat & keluarga,
kisah tentang pejabat tentu anda dah baca,
kini...saya sentuh berkaitan hal keluarga pula,
yg turut menyebabkan Blog saya sunyi seketika......

Kelmarin & semalam uruskan hal anak sulung saya,
yg bakal menyambung pelajarannya utk semester ke2,
terpaksa beli itu & ini ikut keperluan semasa,
maklumlah bakal duduk berjauhan semula dari keluarga......

Bukan sikit masa & duit yang harus "dibelanja",
demi mencari ilmu yg mungkin bermenafaat,
namun...itulah harga sebuah pengorbanan yg perlu kita terima,
demi mengejar cita-cita disamping usaha berserta kudrat !!!

Hari Selasa ke JJ Bukit Tinggi,
Hari Rabu ke JJ Taman Maluri,
sambil berbelanja pastinya anak saya senang hati,
maklumlah tak sabar-sabar lagi nak sambung "study"...

Itu pun masa Hari Selasa tu tak cukup masa,
kerana menyinggah di pelbagai "Supermarket",
krn...bukan semua keperluan boleh terus dijumpa,
terpaksalah cari & beli sedikit demi sedikit......

Semalam...uruskan pendaftaran & pembayaran yuran,
serta hantar barang kembali ke "Kediaman Siswi",
nasib baik gerak awal dari rumah ke destinasi tujuan,
Alhamdulillah...kedua-dua perkara tersebut dapat segera diurusi...

Bila semua telah sempurna,
barulah boleh berjalan-jalan ke JJ Taman Maluri,
mencari sesuatu utk mencukupkan kekurangan yg "tersisa",
serta menjamu selera ~ maklumlah dah waktu tengahari......

Saya tak boleh berlama-lama di sana,
harus segera menghantar anak kembali ke "Kediaman Siswi",
kami suami-isteri berharap semoga dia sentiasa berusaha,
demi beroleh kejayaan disamping mentaati suruhan Ilahi.....

Kami suami-isteri hanya mampu berdoa serta membantu,
dari aspek "kerohanian", kasih-sayang serta kebendaan,
selebihnya terserah kpd dia utk menjadi "penentu",
semoga segala usaha"nya" bakal diberkati Tuhan...

Saya perlu pulang ke kediaman cepat,
kerana sebelah malamnya saya perlu bekerja,
saya juga perlu banyakkan rehat,
maklumlah semalam banyak sangat fikir hingga tidur tak lena !!!

Tapi...Alhamdulillah ~ semuanya kini beransur selesai,
berbaloilah rasanya kesibukan selama 2hari dulu,
dapatlahlah kini saya beristirehat sambil bersantai,
maklumlah dah kurang sikit beban yg "dikandar bahu" !!!

Namun...permasalahan di pejabat sentiasa ada,
maklumlah...nama pun berurusan sesama manusia,
mana mungkin selesai begitu senang sahaja,
pasti akan sentiasa ada dugaan menguji diri kita......

Hmmm...itulah yg anda dah baca di 2nukilan sebelumnya,
selagi kita bernama manusia ~ selagi itu pasti ada pancaroba,
namun...kuatkan semangat & berusahalah sehabis daya,
selebihnya...serahkanlah shj pd Yang Maha Esa utk menentukannya.

Sekian & wassalam......

PeningX2 & Pening...

Kita sambung kisah semalam,
tentang..."peningX2" & pening kembali,
macammanalah saya tak "tension" & geram,
kerana manusia sekarang ini lebih mementingkan diri sendiri !!!

"Pihak Atasan" pun lagi satu perkara,
nak samakan prosedur kerja kami ikut "stail mereka",
sedangkan cara kami dan mereka tidak sama,
kerana kami terpaksa ikut "Pekeliling" & "G.O" yg sedia ada !!!

"Bos"pula bukanlah boleh diharapkan sangat,
bila ada "kepentingan diri" ~ barulah "tunjuk rajin",
dan ada pula "member" yang perangainya "sama sepakat",
makin bertambah pening kepala saya bukan main !!!

Dah tahu pejabat amat memerlukan tenaga kerja,
namun "member" seorang ni sering saja meragam ikut suka dia,
takkanlah cuti 5hari ~ hari tu tak cukup juga,
sedangkan bercuti sekitar kediaman & setempat sahaja !!!

Memang betul kita perlu memupuk kemesraan berkeluarga,
takkanlah keluarga datang dari jauh tak mahu dirai,
namun...maghrib hingga dini hari dia sentiasa ada kat simpang 3,
kalau macam tu ~ lebih baik bekerja dari bercuti...

Dah lah macam tu...kesihatan diri tak mahu dijaga,
"berembun" & menyedut "debu" bersahaja sentiasa di simpang 3,
amalan macam tu bukannya elok utk kesihatan jiwa+raga,
tapi...nak buat macammana ~ memang itu pun yg dia suka !!!

Bila "lalai"menguruskan kesihatan & kehidupan,
itu sebabnya sering dapat " jangkitan kuman",
pergi Klinik@Hospital utk terima rawatan & boleh beri alasan,
utk bermalas-malas lagi dari melaksanakan tugas & kewajipan !!!

Alahaiii...pening-pening ~ ada "member" sebegini,
lebih mengutamakan "kepentingan diri" dari tugas hakiki,
bila "SKT' dapat markah rendah ~ dia rasa sakit hati !!!
tapi...dia sendiri masih tak mahu bermuhasabah diri !!!

Bila ditegur ~ dia kata "Bos" pun sama,
tak memberikan contoh yang baik ~ itu sebab dia jadi begitu,
namun pada saya ~ dia tak boleh salahkan sesiapa,
kerana Tuhan memberikan akal utk kita berfikiran waras selalu !!!

Sebenarnya kita tak boleh salahkan orang lain,
kalau kita sentiasa "berkelakuan tidak sesuai",
jangan "babit & sabitkan" orang lain kerana kita tak perihatin,
sebenarnya kitalah yg merosakkan diri sendiri ~ akibat lalai & cuai...

Cerita ini seolah-olah kelihatannya saya lebih baik dari dia,
namun...saya sedar ~ saya tetap manusia biasa,
yang tak terlepas dari melakukan silap & dosa,
namun dari aspek kerja...saya tahu ~ saya di pihak mana !!!

Sebagai rakan setugas ~ sering kali beliau saya nasihatkan,
agar berubah demi kebaikan diri,keluarga serta kerjaya,
maknanya...tanggungjawab saya sebagai rakan sering tertunaikan,
namun...sebarang perubahan ~ terpulanglah pada tindakan"nya".

Bekerja bertujuan mencari nafkah utk diri sendiri & keluarga,
juga mencari keredhaan & perkenan-Nya Tuhan,
namun...alangkah ruginya kita yang bekerja sambil lewa,
sekadar mencari pendapatan bulanan tanpa keikhlasan.

Mungkin itulah sebabnya kenapa kita rasa kurang gembira,
dalam kehidupan sendirian mahupun berkeluarga,
serta banyak dugaan & halangan sering melanda kita,
mungkin...kerana hasil pendapatan kita kurang keberkatan-Nya.

Sementara masih berkesempatan & berpertimbangan waras,
usahalah mencari rezeki halal & berkat,
Insya`Allah ~ kehidupan bakal bermakna & kita pun rasa puas,
mencari keredhaan Allah sehabis ikhtiar & kudrat !!!

Insya`Allah......

Dan...cerita akan disambung buat kali ke 3.

Wednesday, December 30, 2009

PeningX2...

Maaf dipinta pada para pengunjung,
kerana 2hari berehat tanpa cerita,
bukan berdiam diri ~ mencari ilham @ termenung,
tetapi sibuk sedikit urus hal pejabat & keluarga.

"Date-Line" utk proses "claim" dah suntuk,
sedangkan jadual kerja masih belum tersempurna,
pihak HQ dah "bising mcm burung belatuk",
namun kat "seksyen"masih kena ikut "prosedur kerja".

Ini yang payahnya bila ada "lampong"dlm komunikasi,
di satu pihak begini ~ di pihak lain begitu,
yang jadi mangsa orang bawahan seperti kami,
lagi malang...bila "Bos" buat-buat tak tahu !!!

Bila "Bos" memang sengaja menimbulkan masalah,
pada perkhidmatan serta "Pihak Atasan",
kami anggota bawahanlah yang terima susah,
tak boleh nak ke belakang ~ tak boleh nak ke hadapan !!!

"Pihak Atasan" cuma mahu perkhidmatan sentiasa"tip-top",
kalau ada masalah ~ sendirilah pandai-pandai kelola,
itu yg bila tak sabar ~ amarah boleh "meletup",
bengganglah...asyik kita aje yang kena & terkena !!!

Itu yang ada kalangan anggota suka buat "aniaya",
"last-last" minit buat ragam & angkara,
menyebabkan orang lain menjadi mangsa,
terpaksa batalkan rancangan yang telah direncana......

Hari ini dan besok pun "member "buat ragam,
tambah MC 2hari lagi setelah seronok bercuti,
itu yang ada kalangan "member" lain naik geram,
suka "mencipta" masalah & bertindak sesuka hati !!!

Dah lah susah "Bos"nak "cop" & turunkan tandatangan,
lebih sukar lagi nak dapatkan "perkenan Pihak Atasan",
selalunya saya terpaksa "mengadap"~ memberikan penerangan,
barulah tandatangan diturunkan ke atas borang tuntutan !!!

Memang diakui ~ Pihak HQ perlu uruskan banyak perkara,
lebih-lebih lagi menjelang hujung tahun,
namun...kami kalangan orang bawahan nak buat macammana?
bukan pada kami "Kuasa Kelulusan" diperturun !!!

"Prosedur Kerja" ~ macam biasalah...... kena ikut,
walaupun sebenarnya boleh ikut budi bicara,
alamatlah nanti "claim" kami bakal "tersangkut",
silap gaya ~ Bulan April 2010 mungkin "claim" baru dapat rasa !!!

Itupun kalau "Pihak Atasan"mahu "sain"
serta pihak pengurusan "seksyen" sedia membantu,
kalau timbul kelak "pelbagai angkara" lain,
entah-entah..."claim" tersebut bakal kena catu !!!

Alahaiii....pening betul kepala bila menguruskan hal pejabat,
nak urus kertas kerja & surat-menyurat lagi,
belum lagi ragam "Pihak Atasan","Bos"serta "sahabat",
silap gaya...boleh dapat "Darah Tinggi" !!!

Kalau tak sabar & tak mampu menghadapi tekanan,
boleh "sengget otak" & dapat tekanan perasaan,
Ya Allah berikanlah Hamba-Mu ini "hidayah" & kekuatan,
agar tidak tersesat membuat pertimbangan & tindakan......


Bakal bersambung ......

Monday, December 28, 2009

AWAS!!! WEB EXPLOTASI.

Awas para penggunjung ke Blog saya ini,
kerana kini terdapat laman "Web Explotasi",
sebaik sahaja "search engine google" anda layari,
bakal ada pendua Blog "INIBUKANILUSI"...

"AVG Search-Sheild" telah mengesan ancaman "aktif",
pada halaman tersebut serta menyekat "akses",
diharapkan para penggunjung bersikap "pro-aktif",
kalau bukan "What So Ever" ~ tinggalkan lekas-lekas !!!

Perkara tersebut baru kali ini disedari,
telah muncul dibawah tajuk "Hiasan Dapur-learning Page 5",
mungkin berniat jahat ~ identiti anda mungkin dicuri,
mampu "mengodam" serta" memancing data komputer" anda.

Apa punya jenis manusia sebegitu,
memasang perangkap & membuat "anaiya",
ingin menyusahkan penggunjung "web" yg tak tahu,
tak pasal-pasal mereka bakal "pening kepala" !!!

Saya berharap kepada anda semua,
berhati-hatilah dgn "muslihat"insan yg rendah "mentaliti"nya,
kerana Blog saya tak mem"promosi"kan apa-apa,
sekadar catatan pengalaman & renungan utk dikongsi bersama.

Kalau ada sebarang perubahan,
bakal saya nyatakan secara terperinci,
maka...awas-awasilah sekiranya terdapat sebarang kelainan,
kerana itu bukannya nukilan dari Blog "IniBukan Ilusi"...

Diharapkan anda sentiasa berhati-hati,
pastikan hanya "What So Ever"yang asli,
sekianlah sahaja coretan saya utk kali ini,
dan......Insya`Allah ~ kita bakal berjumpa lagi.

Wassallam......

Sunday, December 27, 2009

Di Pinggir Jalan...

Di pinggir jalan ~ mereka berusaha mencari rezeki,
demi keselesaan hidup berkeluarga,
walaupun belum diketahui lagi bakal untung atau rugi,
namun.....mereka tetap tabah berusaha.

Di pinggir jalan ~ berbekalkan payung & meja lipat,
mereka menjaja aneka makanan,
ada yg mula cepat... tak kurang juga yg mula lambat,
namun...rezeki dari Tuhan tidak mampu diramalkan.....

Di pinggir jalan ~ dibawah teduhan pepohonan,
atau di simpang-simpang 3 jalan,
sering kali menjadi lokasi "strategik" pilihan,
bagi menarik minat & "memancing" perhatian pelanggan...

Di pinggir jalan ~ ada yang bermula sejak awal pagi,
menjaja makanan & kuih muih tradisi,
utk pelanggan yg tak sempat bersarapan lagi,
atau mungkin yang" terlajak "bangun ~ diulit mimpi...

Di pinggir jalan ~ ada juga yg menjaja di awal petang,
mungkin kerana membuat persiapan sekitar pagi,
tapi...selalunya mereka akan berniaga "kuih udang",
serta "goreng pisang,keledek,sukun,cempedak & keladi".

Di pinggir jalan ~ pelbagai ragam pelanggan bakal kelihatan,
ada yang jenis tak kisah...ada yg jenis cerewet,
memilih & menilik" juadah jualan" yang dipamerkan,
maklumlah... makanan yg diperolehi bergantikan duit.

Di pinggir jalan ~ aspek penampilan diri menjadi taruhan,
serta mutu "penyediaan makanan" akan dibuat penilaian,
adakah penjajanya mementingkan aspek kebersihan ?
atau adakah makanannya menepati "standard piawaian"?

Di pinggir jalan ~ kalau penjajanya berpakaian kemas+bersih,
serta "masakan makanan" menepati selera pelanggan,
pasti jualannya bakal laku tanpa tersisih,
mereka bakal pulang awal ke kediaman berserta senyuman !!!

Di pinggir jalan ~ sekiranya penjaja kelihatan comot+selekeh,
serta "masakan makanan" rasa lebih kurang sahaja,
alamatlah.....bakal lambat sikitlah duit diperoleh,
kalau nasib tak baik ~ bakal pulang dgn "muka mencuka" !!!

Di pinggir jalan ~ ada kalangan mereka yg bermurah hati,
menambah bilangan pembelian kpd pelanggan sbg penghargaan,
disamping berjualan disertakan juga niat sedekah di hati,
mudah-mudahan rezeki yang diperolehi mendapat keberkatan.

Di pinggir jalan ~ kadang-kala keadaan turut memainkan peranan,
bakal habiskah jualan atau bakal tersisa lambakan?
terutamanya kalau cuaca & persekitaran tidak mengizinkan,
atau dikala pelanggan kurang berduit terutamanya ditengah bulan !!!

Di pinggir jalan ~ ada juga "insan hina" membuat "dajal",
menginayai penjaja yang menjadi saingan serta pelanggan,
mungkin kerana "pintu iman"telah tertutup serta "menganjal",
dari menerima & redha atas Qada & Qadar dari Tuhan.....

Di pinggir jalan ~ mereka harus kuat "iman" serta semangat,
maklumlah berurusan dgn manusia yg pelbagai ragam,
demi mencari secebis rezeki menggantikan keringat & penat,
kenalah sentiasa "senyum+manis mulut" walaupun tengah geram !!!

Dan......

Di pinggir jalan ~ kenderaan terus bersimpang-siur,
menghamburkan beraneka asap dan debu,
kita masih mahu menikmatinya hingga kecur air liur,
walaupun kita tahu......beberapa penyakit mungkin "menunggu"!!!

Di pinggir jalan ~ kita suka mencuba & merasa,
adakalanya tanpa usul & periksa,
kalau nasib tak baik......bakal ke Hospitallah jawapnya,
siapa yang harus dipersalahkan? Kita atau penjaja?

Di pinggir jalan ~ mereka mencuba "memberikan"perkhidmatan,
pada pengguna jalanraya & kita yg bergelar pelanggan,
namun....pandai-pandai sendirilah utk buat pertimbangan,
berfikiran rasionallah ketika membuat pilihan & keputusan.......

Saturday, December 26, 2009

Di Luar Jendela...

Di luar jendela ~ cuaca redup sahaja,
langit dikejauhan berbaur aneka warna,
ada biru,putih,kelabu & hitam berserta,
namun...belum ada tanda-tanda yg hujan akan tiba.

Di luar jendela ~ angin bertiup "sepoi-sepoi bahasa",
sungguh nyaman & menyenangkan ia terasa,
bila di muka ini ~ ia singgah & menyapa,
SubhanalAllah...sungguh besarnya nikmat dari Yang Maha Esa.

Di luar jendela ~ pepohon menghijau merimbun,
tempat tupai berkeliaran sambil bermain,
kelihatan juga daun-daun kering gugur bertimbun,
sesekali berterbangan di tiup angin......

Di luar jendela ~ kelihatan beburung berkeliaran,
ada yang berterbangan di kejauhan berkawan-kawan,
ada yang hinggap di dahan mencari teduhan,
ada yang turun ke tanah mencari minum & makan.

Di luar jendela ~ sinar mentari mula menerpa,
bahang kepanasannya kini mula terasa,
namun ~ kehadiran hujan tidak mampu diduga,
suasana & cuaca di langit boleh tertukar secara tiba-tiba.

Di luar jendela ~ manusia mula sibuk dgn "rutin" harian,
ada yang bekerja kerana mencari nafkah,
ada yang bersantai di kedai sambil menikmati sarapan,
ada juga sedang bersembangX2 sambil ketawa berdekah-dekah!

Di luar jendela ~ kenderaan di jalanraya mula berganda,
ada besar,kecil, baru juga yang lama,
dikendalikan oleh kalangan orang dewasa & belia,
tak kurang juga ~ anakX2 kecil yg belum matang turut serta......

Di luar jendela ~ hiruk-pikuk jentera mula terasa,
alam yang sunyi seketika kini dipenuhi aneka bunyi,
bergerak seiring masa & kehendak manusia,
menandakan "kehidupan"telah mula beroperasi kembali......

Di luar jendela ~ sambil merenung langit dikejauhan,
saya terasa hinanya diri ini di sisi Allah,
alangkah besar & tak terhitungnya nikmat anugerah Tuhan,
dari sebesar-besarnya kejadian hingga sekecil-kecilnya zarah...

Di luar jendela ~ sambil memerhati gugusan awan,
saya terasa kerdilnya diri ini,
kerana kurang berilmu & amal ibadat tanda "perhambaan",
sebagai bekalan+persiapan ketika menghadap Allah di Akhirat nanti.

Di luar jendela ~ semuanya kelihatan indah kejadian-Nya,
tanda kebesaran Tuhan tiada tandingan,
dan...dgn rendah diri ~ saya berharap pada Yang Maha Esa.
agar berpeluang lagi mengecapi nikmat dari-Mu Tuhan...

Di luar jendela ~ saya memandang langit penuh misteri,
sambil menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah,
buat "seorang saudara" yg kami tidak mampu diziarahi,
yang pagi tadi telah kembali ke Rahmatullah
.
Di luar jendela ~ saya hanya mampu memandang,
kerana kini saya sedang bekerja,
dari pagi hingga menjelang awal petang,
sebelum berkesempatan pulang ke rumah kelak seketika.

Di luar jendela ~ saya memandang sambil berkarya,
ke dalam komputer ~ "nota" ini dinukilkan & disimpan,
me"maksima"kan peluang yang tiba dgn sebaiknya,
sebelum ke "alam siber" kelak ia akan dibentangkan...

Di luar jendela ~ kehidupan terus bergerak pantas,
beredar tanpa menunggu kita lagi,
demikianlah shj secebis "renungan" yg mampu saya "kupas",
Insya`Allah.....bakal berjumpa kita di lain kali...

Sekian & wassallam......

Friday, December 25, 2009

Tahun Baru Hijrah...

Hari ini Muslimin & Mukminin bersolat Jumaat,
juga telah genap seminggu Tahun Baru Hijrah 1431,
namun...... apakah iktibar+kesimpulan yang kita dapat?
setelah mengharunginya selama seminggu?

Kehadiran Tahun Baru Hijrah 1431,
menandakan semakin meningkatnya usia kita,
setahun sudah 1430 Hijrah pergi berlalu,
sejauhmanakah "pengisian"nya telah tersempurna?

Pernahkah kita merenung & bermuhasabah diri,
atas segala kekurangan yg kita lakukan setahun yg lalu,
kekurangan dari aspek "perhambaan diri" terhadap Ilahi,
dlm melaksanakan amanah sbg "hamba" yg mengharap selalu?

Setahun Hijrah telah berlalu,
suratan amalan dulu kini bertukar baru,
namun......sejauhmanakah kita insaf atas segala perilaku,
yg sering dimurkai Allah ~ cuma mungkin kita buatX2 tak tahu...

Setahun Hijrah bergerak pantas & laju,
membawa bersama buku suratan amalan perbuatan,
mahukah kita terus-terusan "kerugian" selalu?
merebut peluang "memperhambakan diri" sebaikX2nya kpd Tuhan!

Setahun Hijrah berlaku tanpa menunggu,
meninggalkan seribu satu kenangan insan,
sejauhmana kita telah+bakal memperbaiki kesilapan yang lalu?
adakah dgn sepenuh kesungguhan atau hanya separuh jalan?

Kini....genap seminggu Tahun Baru Hijrah,
Alhamdulillah...Allah masih memberikan kita peluang,
hargailah pemberian & ehsan dari Allah,
janganlah disia-siakan hingga peluang itu terbuang.....

Kini...Tahun Hijrah 1431 baru bermula,
rebutlah peluang yang ada sebaik mungkin,
kerana hari ini,esok & lusa semuanya tidak terduga,
bersungguh-sungguhlah beramal & jgn nak main-main !!!

Kini...Tahun Baru Hijrah hadir kembali,
marilah kita bersama-sama menghargai kesempatan yg tiba,
kerana dibimbangi kelak kita tak berpeluang lagi,
utk meneruskan "perhambaan diri" kepada Yang Maha Esa.

Kini...Tahun Hijrah 1431 genap seminggu,
menemani kita yg masih beroleh kesempatan,
usahakanlah melaksanakan amal ibadat sebaik termampu,
jangan sengaja diulangX2i segala kelalaian+kesilapan...

Kini...Tahun Hijrah 1431 kembali semula,
sungguh pantas masa berlalu,
marilah kita sentiasa memohon pada Yang Maha Esa,
agar diberikan kesempatan mentaati-Nya tanpa jemu.

Hari ini Tahun Hijrah 1431 genap seminggu sudah,
marilah kita sentiasa berusaha mencari "keredhaan" Ilahi,
agar kita mampu beroleh "taufik & hidayah" dari Allah,
demi menjalani hidup sebagai Hamba Allah sebenar kembali......

Dan.....

Kini.....Tahun Hijrah telah melangkaui hari,
esok bakal tiba hari yang baru,
mudah-mudahan pengisian Tahun Hijrah di kali ini,
lebih baik dan bermakna dari tahunX2 dahulu.....

Insya`Allah......

Thursday, December 24, 2009

Rawatan Kesihatan...

Kelmarin saya ke Klinik,
semalam pergi pula ke Hospital,
bawaX2 bertenang ~ jgn cepat "panik"!
menguruskan rawatan kesihatan isteri & beberapa hal...

Pengurusan di Klinik berbanding Hospital memang berbeza,
tambahX2an pula sekiranya Klinik swasta@biasa,
Doktornya seorang & staffnya dua,
namun sebagai pesakit ~ kita tak perlu menunggu lama.

Beroperasi dari jam 8.30pagi ~ 9.30malam,
waktu rehat dari jam 1.30 ~ 4.30petang,
walaupun "dekorasi"nya "simple" luar & dalam,
namun...mungkin kerana serasi ~ ramai pesakit yg datang.

Di pekan tempat tumpuan saya & manusia,
Klinik beliaulah "caj" rawatan+ubat paling murah,
berbanding klinik-klinik yg lain saingannya,
kalau tak ada RM25 ~ jgn mimpi nak singgah!

Pemeriksaan kesihatan serta 2@3 jenis ubat biasa,
baru sekitar RM10~RM15 "caj" dikenakan,
sungguh berpatutan serta bertimbang rasa,
mungkin beliau ingin "bersedekah" ~ disamping memberi rawatan.

Namun...pemeriksaan+rawatan kebanyakannya utk sakitX2 biasa,
yg "kritikal" serta perlu byk peralatan ~ kenalah pergi Hospital,
adatlah tu....nama pun Klinik biasa@swasta,
utk lebih canggih ~ rawatan di Hospital lebih "praktikal"......

Telah hampir 20tahun kami menerima rawatan dgn"nya",
dari hanya "berdua" hinggalah dah "bercahayamata",
dari anak yang dulunya bayi ~ kini telah dewasa,
mudahX2an.....jalinan hubungan ini akan kekal lama......

Selalunya untuk sakitX2 biasa dgn beliau ~ kami ikhtiarkan,
dan dgn Izin Allah ~ Alhamdullillah... sakit segera sembuh,
bukan tak nak pergi Hospital utk terima rawatan,
tapi pasal lama sangat tunggu ~ hingga badan naik lengguh!

Kalau dah tak sembuh juga sakit yang melanda,
barulah ke Hospital Kerajaan kami mencuba ,
bukanlah bermaksud nak tunjuk "besar kepala",
cuma ~ mencari "altenatif" lain terlebih dahulu sekiranya terdaya.....

Sebenarnya rawatan di Hospital Kerajaan ~ pilihan yg tepat,
cuma bayar RM1 ~ dah dapat macamX2 ubat utk sakitX2 biasa,
mana ada dapat kesenangan begitu di lain tempat......
itupun...ramai di kalangan kita yang tak mensyukuri nikmatnya!

Bila diperhatikan ~ Hospital Kerajaan selalu & terlalu sesak,
pelbagai "bangsa", jantina & usia datang meminta rawatan,
mungkin kerana keadaan & kewangan mereka "terdesak",
atau mungkin memang pun mereka nak ambil kesempatan!

Yang "bagusnya" kadang-kala ~ ramai "pendatang" dari warganegara,
berusaha untuk menerima rawatan di Hospital Kerajaan,
oh!...mungkin sesuailah dgn slogan "Malaysia truly Asia",
hingga seolah-olah "orang lain" yang mengecapi "kenikmatan"!

Berbalik semula ke cerita kita,
kita "buat-buat lupa" tentang kisah tadi,
seharusnya kita bersyukur dgn kemudahan yang telah tersedia,
jadi...terpulanglah pada kita untuk membuat pilihan sendiri......

Tak kira dimana jua rawatan kesihatan dilakukan,
yang penting berikhtiar dahulu sebelum bertawakal,
kalau "sakit mistik" tu ~ cubalah lainX2 "pilihan",
kalau sakit biasa ~ eloklah pergi ke Klinik atau Hospital.

Tak kisahlah samada di Hospital atau Klinik,
untuk kita mendapatkan rawatan kesihatan & perubatan,
yang penting...kita mencuba,bertenang & jgn "panik",
kerana keduaX2nya saling ingin berbakti serta memberi perkhidmatan.

Jagalah kesihatan anda sebaik yang boleh,
kerana kesihatan itu nikmat dari Yang Maha Esa,
kalau sakit tu...cepatX2 ikhtiar ~ jgn berdalih,
kerana nikmat kesihatan dari Allah ~ tak sentiasa kekal lama.

Selamat menguruskan kesihatan anda & keluarga......

Tuesday, December 22, 2009

Makanan Tradisional...

Petang ini cuaca di luar tidaklah terang,
kejap redup & kejap mendung+gelap,
mujur baik isteri & anak dara saya buat "lepat pisang",
sesekali "pekena" juadah petang berbeza...tentunya sedap !

"Pisang Awak" di bawa dari desa,
sewaktu pulang ke kediaman Hari Sabtu lalu,
terpaksalah isteri saya meng"adjust"nya,
kerana pisangnya dah lembik & dah masak sangat tu.....

"Cekodok pisang" dah buat kelmarin,
"boring" juga asyik guna minyak utk menggoreng,
sesekali eloklah tukar cara+menu lain,
barulah...selera kembali normal & tak jadi "mereng"!

Di sesetengah tempat cara buat "lepat pisang" hampir sama,
namun...kalau "Orang Perak" ~ caranya ada sedikit berbeza,
kalau tempat lain "lepat pisang"nya ~ "plain"sahaja,
tapi...bila diisi "inti kelapa parut"~ itulah rahsianya.

Kalau kita jarang makan... kita rasa satu kelainan,
namun...siapa yang suka pasti rasa "ketagihan",
krn "inti kelapa parut"tu mencipta satu rasa penuh ke"unik"an,
ada manis,masin,lemak & kenyal bersatu dlm satu bungkusan.

Betul......saya tak tipu,
kalau tak percaya cubalah buat & rasa,
pasti lepas tu anda akan teringin memakannya selalu,
tak kisahlah di kala panas mahupun sejuk juga.

Kalau buat '"lepat pisang" tu buatlah lebih,
kerana kalau tak habis boleh disimpan dalam peti sejuk,
kalau tengah malam nanti lapar hingga air liur meleleh,
boleh "pekena" "lepat pisang"tu ~ sambil air diteguk !

Kalau buat "lepat pisang" tu buatlah banyak sikit,
boleh dibawa sebagai bekalan waktu kerja malam nanti,
bolehlah saya jimat sedikit "budjet",
tambahan pula....duty 12jam sorang-sorang tiada yg menemani !

"Lepat pisang" sejenis lagi makanan tradisional,
hasil "inovasi+inovatif " orang dulu-dulu,
dlm serba kekurangan ~ mereka mampu berfikiran rasional,
meninggalkan warisan berguna kepada anak & cucu.....

Jadi...untuk kita ~ marilah terus menghargainya,
agar generasi selepas kita tak hilang warisan bangsa,
kerana warisan bangsa telah terbukti ke"ampuhan"nya,
berguna & berfaedah walau silih berganti masa.

Jom...kita makan dulu.....

Errkkkk...Alhamdulillahhh !!!

Bila "Bos" Mula Bercuti...

Bila "Bos" mula bercuti,
semua "anak buah" rasa gembira,
tak perlu lagi sering sakit hati,
benggang melihat ragam+kelakuan"nya".

Bila "Bos" mula bercuti,
terasa lapang kepala dan dada,
semua "anak buah" senang hati,
walaupun banyak tekanan kerja.....

Bila "Bos" mula bercuti,
semua kerja jadi lancar,
walaupun tekanan kerja silih berganti,
namun...kepuasan di wajah jelas terpancar.

Bila "Bos" mula bercuti,
"anak buah" gembira & senyum tersipu-sipu,
tak perlu lagi merasa susah hati,
kalau...ada kecemasan ~ pasti ada yg sudi membantu.

Bila "Bos" mula bercuti,
bebanan kerja ditanggung bersama,
walaupun penat bekerja sehari-hari,
namun.....saling memahami ~ menjadikan mereka selesa.

Bila "Bos" mula bercuti,
"anak buah" tak rasa pun ketiadaan"nya",
kerana...kehadiran"nya" hanya membebankan hati nurani,
sering "culas" bekerja & rajin "main silap mata".

Bila "Bos" mula bercuti,
persekitaran kerja aman sentosa,
tiada lagi kedengaran "umpat & keji",
kerana "dia" sering malas bekerja@kerja sambil lewa !

Bila "Bos" mula bercuti,
"anak buah" takkan mengganggu"nya",
kalau ada masalah ~ mereka uruskan sesama sendiri,
kalau tanya "dia" pun ~ "dia"buat-buat tak tahu sahaja !

Bila "Bos" mula bercuti,
"anak buah" tumpang gembira+selesa,
mengharapkan agar "dia"terus sambung cuti lagi,
kalau ada pun ~ kehadiran"nya" seolah-olah kurang bermakna.

Bila "Bos" mula bercuti,
"anak buah" happy "bukan main",
mengharapkan semoga "dia" tak perlu datang lagi,
atau ditukarkan bertugas ke tempat lain.

Bila "Bos" mula bercuti,
"anak buah" mengharapkan biarlah ia berlanjutan,
kerana "dia"semakin kurang ikhlas bekerja+motivasi diri,
hanya menambahkan beban & menghabiskan duit kerajaan !

Bila "Bos" mula bercuti,
semoga ianya akan terus berkekalan,
lagi elok kalau "dia" cepat-cepat berhenti,
dari makan duit gaji yg kurang keberkatan berterus-terusan.

Bila "Bos" mula bercuti,
saya juga bakal "pusing kepala",
namun...anggaplah ia sebagai "provokasi",
demi memahirkan diri dalam semua aspek kerja.

Bila "Bos" mula bercuti,
saya juga bakal tertekan jiwa+raga,
namun...anggaplah itu amal & bakti,
utk menafaat semua rakan sekerja serta pengguna.

Bila "Bos" mula bercuti,
inilah peluang+bebanan yg datang menduga saya,
adakah semakin bertambah ilmu+kemahiran diri?
atau...masih "dok di takuk lama".

Bila "Bos" mula bercuti,
saya berdoa+meminta kepada Yang Maha Esa,
janganlah ada ujian-ujian yang membebani diri ini,
dan...semoga semuanya berjalan baik & kurang tergendala......

Bila "Bos" mula bercuti,
semua "anak buah" senang hati,
pentadbiran di tempat kerja aman sekali,
namun...saya lah yg bakal "pening kepala" kembali......

Bila "Bos" mula bercuti,
lebih kurang begitulah cerita tersembunyi & kenyataan,
namun...semuanya bagi kami ~ terserahlah pada Ilahi,
kerana setiap perbuatan tetap mendapat balasan Tuhan.

Monday, December 21, 2009

CoretanX2...

Hari ini Hari Isnin,
bakal menjelang tiba Hari Selasa,
Alhamdullillah...gembiranya saya "bukan main",
dapat beristirehat dgn aman & selesa......

Hari esok Hari Selasa,
lusa akan digantikan Hari Rabu,
kenapa hari ini saya amat gembira?
krn dpt "off duty" & tiada yg ganggu......

Hari ini byk perkara yg bermain di fikiran,
maklumlah...baru dapat kelapangan,
sejak balik dari "perantauan",
banyak benda tertinggal terpaksa diselesaikan......

Komputer pula buat ragam,
saya cuba betulkan tapi tak jadi-jadi,
itu yang buat anak saya "tension" & geram,
tak dapat main"game" yang dia minati !

Maklumlah..."game" ditinggalkan bagi menelaah buku,
demi peperiksaan penting ~ perhatiannya tak mahu terganggu,
kini......"exam" SPM telah lama berlalu,
inilah masanya nak enjoy ~ main "game" macam dulu-dulu......

Pagi tadi uruskan hal beliau di sekolah,
ambil markah "Ko-Kurikulum" yg baru diedarkan minggu lepas,
kena uruskan cepat tak boleh berlenggah,
31hb Dis permohonan "On Line"ke"IPTA" siri 1 tutup ~ kenalah bergerak pantas!

Terlanjur telah menghala ke Pekan,
eloklah uruskan hal keperluan rumahtangga,
banyak barang & perkara harus disempurnakankan,
maklumlah...dah bercuti lama......

Terlanjur telah menghala ke Pekan,
uruskan juga hal pembaikan komputer,
minta member tolong "set-up & re-program"kan
nasib baik member saya ni orangnya "terrer"......

1 jam ~ beliau mengambil masa,
utk mencari sebab & punca,
rupa-rupanya "File Window" dah "korup"+gila,
angkara & bahana "Virus Recycler"!

2.5 jam ~ "re-program & set-up" semula,
termasuk meng"up-date"kan program-program penting,
agar semuanya kembali seperti sedia kala,
jadi....tak dalah nanti kepala saya naik pening !

Mujur baik juga "Hardware" tak rosak,
sekadar gangguan "software" yg kecil sahaja,
kalau tak ~ beg duit saya bakal jadi "koyak",
terpaksa beli yang baru menggantikan yang lama !

Alhamdulillah ~ kebetulan member saya tu ada berdekatan,
mudahlah bagi saya untuk meminta pertolongan,
kalau tak....selalunya beliau tinggal jauh di Negeri Sembilan,
tapi kini balik berehat di kediaman asal sempena cuti persekolahan.

Itulah untungnya orang berilmu,
mampu mem"praktik"kan ilmu demi kebaikan,
pasal komputer pada beliau ~ "macam kacang dalam saku",
tak macam saya ~ "macam rusa masuk pekan"!

Hmmm...bila "komputer" dah O.K macam biasa,
anak bujang saya punyalah gembira,
"install" & main "game" yang dia suka,
"senyaplah" seketika suasana di rumah saya.....

Hari kini semakin senja,
waktu Maghrib bakal tiba,
izinkan saya mengundur diri seketika,
krn ingin berjemaah di Masjid serta mendengar kuliah agama.

Jumpa lagi !!!

Wassallam......

Sunday, December 20, 2009

Pulang Dari Kerja...

Hari ini Hari Ahad,
hari bagi orang bekerja utk beristirehat,
namun saya masih terikat dgn hal pejabat,
kenalah kerja ikhlas...tak boleh nak "mengelat"!

Habis kerja sepatutnya jam 7 pagi,
tapi ada member lain pula nak cuti 2 hari,
terpaksalah uruskan segera pengganti yg sudi,
alahai..."jadual kerja" pun dah macam rojak terpalit cili !

Dari jam 7.00 dah berganjak ke jam 7.30 pagi,
nak tukar seleralah rasanya utk sarapan pagi ini,
apakata.....kita pekena Roti Canai cicah Kuah Kari !
syok juga tu ~ krn dah lama tak dinikmati......

Kadang-kadang Kuah Kari Ayam ataupun Kambing,
serta Kuah Dal serta Sambal ~ jadi "pasangan",
namun... kena tambah duit kalau nak "isi+daging",
sesekali takpalah ikutkan perasaan ~ tp makan jgn tak makan !

Saya jarang minum pagi di kedai,
selalunya bungkus utk dinikmati sekeluarga,
baru rasa seronok bersarapan sambil bersantai,
boleh kongsi bermacam-macam cerita......

Kalau membeli serta membungkus sarapan,
pilihlah gerai yg bersih & menepati selera,
jgn main suka beli sebarangan,
takut nanti "berlonggok" tak dimakan ~ membazir sahaja !

Jangan lupa beli Surat Khabar dlm perjalanan balik,
kerana lepas bersarapan bolehlah tambah pengetahuan,
macam-macam cerita ada ~ benar, sensasi, humor & pelik,
implikasinya dlm kehidupan ~ sendirilah buat pertimbangan !

Membaca merangsang minda,
berimiginasi mencetus idea,
namun...kedua-duanya sebenarnya sama,
cuma cara mempraktikkannya saja yg berbeza,
itulah yang terkandung dalam cerita & berita,
samada bentuk tulisan mahupun gambar yg turut serta.

Kalau dah penat mengadap Surat Khabar,
bolehlah berehat sambil menonton T.V,
tak kisahlah ~ baring ke atau duduk bersandar,
kerana selain berhibur ~ melalui T.V pun terpancar "informasi"...

Kalau dah "boring" mengadap kedua-duanya,
apakata kita buka dan layari "Intenet",
lagi banyak cerita+berita yang "Gila-Gila",
kalau tak kuat iman....otak pun boleh jadi "sengget"!

Bila semuanya dah tak merangsang minat & minda,
pergilah tolong buat kerja-kerja rumah,
setidak-tidaknya anggota badan turut "bekerja",
anggaplah kita sedang menghulurkan bantuan sambil "beriadah"......

Banyak perkara boleh dilakukan,
lebih-lebih lagi di Hari Minggu,
"hulurkan tangan~ ringankan beban"
barulah ~ "RumahKu SyurgaKu"

Hulurkan tangan ~ ringankan beban,
barulah ~ "RumahKu SyugraKu"
kerana rasa jiwa tenteram dan aman,
mengharungi hidup berkeluarga ~ saling bantu membantu !

Susah dan senang dikongsikan bersama,
suka dan duka mematangkan hidup kita,
barulah kehidupan berkeluarga rasa bahagia,
Insya`Allah.....mudah-mudahan berterusan Restu dari Yang Maha Esa.

Alamak! Saya tak boleh nak "berlama-lama",
kerana banyak komitmen lain sedang menanti,
antaranya ~ jam 1.00petang nanti nak masuk kerja semula,
so...saya harus bersegera menguruskan keperluan diri+family......


Insya`Allah...bakal berjumpa di lain kali.

Adios Amigoes......

Saturday, December 19, 2009

Pulang Dari Desa...

Alhamdullillah...Segala pujiX2an hanya buat-Mu Ya Allah,
yg telah+masih memberikan saya kesempatan,
setelah beberapa waktu pulang ke kampung berziarah,
kembali lagi ~ melakarkan pengalaman serta menghasilkan coretan.

Masa bergerak begitu pantas,
seiring kemajuan pemikiran insan & permodenan perindustrian,
perjalanan jauh terasa mudah & ringkas,
memacu laju ke destinasi menaiki kenderaan.

4~5 jam selalunya masa diambil,
utk sampai dari desa ke destinasi yg dituju,
itupun kalau tak bersantai atau "menyambil-nyambil",
serta...pergerakan kenderaan di lebuhraya lancar & bergerak laju.

Kalau berehat melepaskan penat+lelah,
di R & R kita menyinggah,
alamatlah masa untuk tiba ke destinasi jadi bertambah,
dari 4~5 jam menjadi 6~7 jam ~ tak boleh nak "sanggah"!

Bergerak awal sekitar jam 8.30 pagi dari desa,
kerana ingin mengelakkan kejadian di luar duga,
serta ada program lain yang telah tersedia,
menghadiri jemputan kenduri serta ptg nanti dah mula kerja.

Bumi basah disirami hujan,
langit diselubungi mendung hitam yg sentiasa "berarak-arakan",
mengiringi saya di sepanjang perjalanan,
dari Perak hingga ke tempat kediaman.

Penat tu memanglah penat,
kerana tak dapat berehat lebih,
namun...tanggungjawab serta "hajat" telah terikat,
haruslah disempurnakan sebaik mungkin yang boleh......

Jemputan kenduri telah dihadiri,
kini...yg bakal menunggu tugas di pejabat menjelang senja,
sementara berkesempatan ~ kemaskan rumah+bantulah isteri,
kerana itulah salah satu cara menghargai pengorbanan isteri kita.

Haaaa....belum pun masuk kerja dah dapat berita,
ada member minta sambung cuti tambahan sehari dua,
terpaksalah saya cari pengganti &"adjust" jadual kerja......
maklumlah Kerja Syif ~ kena ada org duty 24 jam sentiasa!

Pening tu memanglah pening!
krn kerja org lain kita kena kelola,
lebih pening lagi bila "Bos"... tak ambil pusing,
masalah anak buah dia tak ambil kira!

Bila "Bos" jenis+lebih mementingkan diri sendiri,
serta komitmen+amanah kerja semakin kurang dilaksanakan,
anggota bawahan tiada tempat nak ditujui,
last-last...saya jadi tempat rujukan & pembuat keputusan......

Kenapa tak ngadu kat pihak atasan?
hmmm...cakapkan tak ada makna krn mereka buat "tak perasan"!
tambah-tambahan pula "Bos" saya tu jenis kaki melawan,
"G.O" ikut mana dia suka sahaja serta pandai bagi alasan.....

Kadang-kadang siapa yg nak disalahkan?
adakah pihak pentadbiran @ pengurusan?
sering ingkar perintah ~ "dia" tidak pun dikenakan tindakan,
last-last...anak buah juga yg benggang serta rasa tertekan!

Haaaa....hidup ini kena banyak sabar!
menghadapi kerenah pelbagai ragam manusia,
walaupun kadang-kala kesabaran kita sering tercalar,
berfikiranlah dgn tenang serta tenteramkanlah jiwa,
Insya`Allah....jln penyelesaian bakal tersedia tanpa kita sedar,
kerana setiap sesuatu itu Allah jadikan ~ ada imbangannya.

Hari semakin melewati waktu Asar,
sedangkan Sholat Asar belum tersempurna,
saya ingin memohon maaf kerana terpaksa beredar,
Insya`Allah...di lain kesempatan kita bersua semula.


Mungkinkah bersambung cerita?


Wassallam.

Tuesday, December 15, 2009

Pulang Ke Desa...

Hari ini Hari Selasa,
besok kan tiba Hari Rabu,
Alhamdulillah...girangnya hati ini terasa,
bakal pulang ke desa yg amat dirindu......

Sebelum pulang ke desa,
maklumkanlah pada jiran tetangga,
krn mereka boleh menjadi "telinga" & "mata",
memastikan keselamatan harta-benda kita.

Sebelum pulang ke kampung halaman,
periksa semua peralatan & keadaan rumah berulang-kali,
pastikan "suis" elektrik,"kepala gas" & "tap" air sudah di"off"kan,
serta tingkap & pintu semuanya telah berkunci.

Jgn lupa juga ~ "buah tangan" haruslah tersedia,
untuk dibawa pulang ke kampung kelak,
"orang berbudi kita berbahasa~orang memberi kita merasa,"
jangan pula...bhgn orang~ kita hendak tapi bhgn kita~kita tamak!

Bukannya mahal pun harga "buah tangan",
sekadar menjaga adat & tatasusila berkunjung,
sambil bersedekah kita juga mendapat keberkatan,
tak manis bertandang dgn "tangan kosong"@"lenggangX2 kangkong!"

Kalau tak mampu tu~mungkin boleh dimaafkan,
ini "loaded" dan berkereta besar ~ tandanya kita mampu,
jgnlah jadikan sifat "bakhil+kedekut"menjadi pegangan,
kerana nampak sangat kita ni muka tak malu!

Budaya kita penuh dgn "adab & sopan",
mana yang baik & sesuai ~ jadikanlah ikutan,
itulah peninggalan nenek moyang kita sejak zaman - berzaman,
menjadi budaya hidup kita serta warisan utk hari kemudian...

Bila semuanya telah sempurna & selesai,
periksa kenderaan yg bakal dipandu agar berkeadaan selamat,
pastikan juga pagar & "grill" telah dikunci+dirantai,
sebelum memulakan perjalanan ~ bacalah "doa" serta "selawat"...

Berhati-hatilah ketika memandu,
jagalah keselamatan kita & pengguna jalanraya yg lain,
jgnlah memandu dlm keadaan marah serta melulu,
takut nanti jasad yang tiba ke desa dah bertutup dgn kain!

Mohonlah perlindungan & bertawakallah kepada Allah,
agar kita terselamat dari mala-petaka,
jgn terhalang oleh pelbagai dugaan yg berat & susah,
mudah-mudahan kita selamat tiba ke desa......

Sekira semuanya selamat & berjalan sempurna,
kita bakal tiba ke desa dalam keadaan selamat,
panjatkanlah kesyukuran pada Yang Maha Esa,
kerana kehidupan kita di dunia masih lagi beroleh berkat......

Insya`Allah ......

dan hanya pada Allah sahaja kita berserah......

Monday, December 14, 2009

Hujan...

Hari ini Hari Isnin,
esok bakal tiba Hari Selasa,
ptg tadi hujan lebat berserta angin,
melanda hampir setiap pelusuk Ibukota...

Kilat ~ sabung-menyabung,
guruh ~ gegak-gempita,
sesekali angin ribut datang bertembung,
menjadikan ketenangan Ibukota bertukar "huru-hara"...

Kuala Lumpur bermandikan hujan mencurah-curah,
menjadikan pengguna jalanraya menjadi susah,
termasuklah saya yang turut merasa payah,
menggendalikan kereta dalam keadaan resah.

Lebatnya hujan petang tadi tidak terperi,
mendesah-desah air hujan turun menyirami bumi,
"wiper kereta" bergerak pantas dari kanan ke kiri,
agar penglihatan & pertimbangan diri tidak terkaburi...

Hujan turun dgn lebatnya,
namun air hujan di jalanraya lambat mengalir,
bimbang & cuak hati ini terasa,
takut terperangkap dalam keadaan sesak serta banjir.

Sesekali kelihatan beberapa kenderaan di tepi jalan tersadai ,
mungkin rosak atau pemandunya tak mahu ambil "risiko",
mungkin takut terbabit dgn kemalangan hingga kenderaan bersepai,
atau terbabit dalam kemalangan yg boleh menyebabkan mereka "K.O"!

Mujur baik pokok-pokok besar+dahan tak tumbang,
walaupun kelihatannya amat bergoyang-goyang,
kalau tak...pengguna jalanraya bakal bernasib malang,
terperangkap dlm kenderaan berjam-jam sehingga bantuan datang...

Tanpa mahu melengahkan masa,
tujuan asal ke "Jakel" kami batalkan,
lebih baik tak pergi dari terus pergi ke sana,
takut kenderaan kami terperangkap dalam kesesakan!

Alhamdulillah...dlm kepayahan meredah hujan,
kami selamat melepasi Perhentian Kinrara,
namun mendung hitam turut kelihatan,
benih-benih hujan telah pun bermula......

Hujan yang bermula dari Kuala Lumpur,
merebak hingga ke Shah Alam,
dari Wilayah Persekutuan kini dah masuk Selangor,
berterusan hingga ke awal malam.

Baru sebentar tadi hujan pun reda,
meninggalkan kedinginan pada malam yang sepi,
Alhamdulillah...kini bimbang di hati telah tiada,
krn kami dah selamat sampai ke destinasi.

Hanya ini pesanan dari saya,
kalau memandu ketika hujan+ribut melanda,
sentiasalah peka serta berwaspada,
elakkan kemalangan & mudahX2an bakal terselamat jiwa+raga.....

Wassalam.

Sunday, December 13, 2009

Sekadar Pesanan......

Waktu Zohor masih panjang,
sudahkah Sholat Zohor kita ditunaikan?
bimbang tu memanglah bimbang,
takut "terlalai"oleh pelbagai halangan.

Sementara masih punya masa terluang,
sekiranya belum terlaksana ~ cepatlah bersegera...
tunaikan Sholat atau org kita kata pergilah Sembahyang,
jangan dilewatX2kan kerana takut nanti Xcukup masa.

Melewatkan Sholat kerana sesuatu"darurat"adalah dimaafkan,
melewatkan Sholat krn sengaja bererti sengaja mencari dosa,
krn melewatkan Sholat secara sengaja bakal terima balasan,
bukannya pahala tp...Neraka Wa`il tempat dah tersedia......

Kalau Sholat telah tertunai,
Alhamdullillah...anda bebas melakukan sebarang pekerjaan@usaha,
barulah jiwa rasa tenang & damai,
dapat menunaikan "Rukun Islam" yang kedua.

Bila telah tertunainya tanggungjawab kita kepada Allah,
Insya`Allah... barulah hidup ini bakal@beroleh baroqah,
jiwa tenang krn telah berzikirullah,
minda & hati terbuka dikurniai Hidayah.

Bukannya lama masa yg perlu diagihkan,
berbakti & mentaati perintah Allah,
hanya setengah@satu jam rasanya masa Sholat disempurnakan,
senang & mudahkan?...bukannya susah mahupun payah!

Kalau dapat jagaX2lah adab ketika bersholat,
lebih bermakna sekiranya Khusyuk dapat disertakan,
krn Roh Sholat bakal diangkat & dipersembahkan oleh Malaikat,
memohon pertimbangan "keredhaan & perkenannya" Tuhan.

Sholat yang berserta Khusyuk & Ikhlas,
Insya`Allah ~ bakal memberi pertolongan kepada manusia,
kerana di akhirat kelak kalau Sholat kita memang ada"klass"
segala amal perbuatan baik yg lain akan di ambil kira.

Jadi...Jgnlah kita mendirikan Sholat sambil lewa,
kerana dikhuatiri penat shj & pahalanya Xbanyak mana,
maka......berusahalah perbaikinya dgn segala daya-upaya,
agar kita hidup berbahagia di dunia & di akhirat jua.

Sekadar pesanan & renungan kita sesama insan,
agar tidak leka+alpa dgn kesibukan dunia,
marilah kita sama-sama perbaiki Sholat agar menuju "kesempurnaan",
kerana Sholat adalah zikirullah yg tertinggi martabatnya.

Insya`Allah......

Hari ini Hari Ahad...

Hari ini Hari Ahad,
semalam Hari Sabtu ~ sudah berlalu,
Alhamdullillah...alangkah nikmatnya dpt beristirehat,
Xperlu lagi fikir hal pejabat+tiada siapa yg ganggu!

Hari ini Hari Ahad,
dikenali juga Hari Minggu,
bolehlah bermalas-malas & bangun lewat,
untungnya...tp sayang Xboleh buat selalu.

Hari ini Hari Ahad,
namun...Xboleh juga bermalas-malas,
kena ke pasar cepat-cepat,
kalau tak...barangX2 jualan dah tinggal "lastX2"......

Hari Ahad atau Hari Minggu,
tetap kena pergi ke pasar cepat+pantas serta Xboleh tunggu,
kerana pastinya ramai manusia berpusu-pusu,
mencari "stok" keperluan dapur utk kegunaan selama seminggu.

Kalau lambat tiba di pasar,
susah nak cari tempat "parking",
waktu tu nanti kenalah banyak-banyak bersabar,
tak boleh masam muka serta menengking-nengking.

Kalau bernasib baik ~ byk lagi tempat "parking",
tapi jgn pula "parking" Xikut undang-undang,
kelak nanti hati runsing+kepala jadi pening,
kena saman ~ RM 50.00 buta-buta je melayang!

Bila dah tiba di Pasar Minggu,
cepatlah pilih barang dapur+makanan yg diperlu,
jgn"dok melahu" mcm org tak tahu,
takut nanti ~ masa berlalu sia-sia sahaja begitu......

Kalau dah selesai memilih barang "itu & ini",
cepatX2lah angkat barang & angkat kaki,
takut kalau lambat sampai ke rumah nanti,
anakX2 bakal kelaparan kerana belum bersarapan pagi lagi...

Bila semua telah selesai,
menikmati sarapan bersama-sama seisi keluarga,
kini....bolehlah anda beristirehat & sambung bersantai,
krn tanggungjawab utk pagi ini telah tersempurna.

Bila tanggungjawap pagi ini telah tersempurna,
bolehlah kita baca "paper" dgn senang hati,
takda siapa akan marahX2+jelingX2 kat kita,
hatta...beristirehat sambil menonton TV sambil goyangX2 kaki.....

Hmmm....leganya krn hari ini Hari Ahad,
bolehlah kita rehat sambil "bermaharajalela",
tp...anda semua harus waspada serta kena sentiasa ingat,
istirehat pun istirehat ~ tapi jgnlah sampai Xbuat kerja!

Hmmm....

Hari ini Hari Ahad....
izinkan saya rehat sebelum terlambat,
krn jari-jemari,mata & otak dah rasa penat,
pinggang & badan pun sakit hingga tergeliat-geliat.

So...selamat beristirehat di hujung minggu...

Saturday, December 12, 2009

Selepas KerjaX3...

Hari ini Hari Sabtu,
besok pula Hari Ahad,
Hari Isnin dtg selepas itu,
kini tiba giliran saya pula ~ utk beristirehat....

Sepatutnya hari ni kerja 6 jam sahaja,
tp...member buat ragam "lastX2 minute",
terpaksa kerja "Syif" 2X ganda,
hingga letih badan kerana dah lenggit...

Masuk kerja jam 7 pagi,
keluar pula jam 7 malam,
ingatkan cuti ni... kerja taklah "busy",
rupaX2nya ~ rasa macam dah naik pitam...

Namun...ada juga hikmahnya,
krn member sanggup kerja keesokkan hari,
jadi...Hari Ahad saya Xpayah kerja,
kerana dia dah sanggup ganti "duty"......

Fuhhh!!!...Alhamdulillah ~ lega rasanya,
kebetulan...besok ada jemputan kenduri,
jadi bolehlah saya hadir sekeluarga,
meraikan jemputan serta "Raja Sehari"...

Esok saya dah mula bercuti,
namun Xboleh nak pergi ke mana-mana,
kerana..."Exam SPM" anak bujang saya belum selesai lagi,
kertas "Geografi~last paper" pada Hari Selasa...

Insya`Allah...petang Hari Selasa ~ kami akan pulang bercuti,
untuk menziarahi keluarga & sanak-saudara,
ke Perak sebelah utara ~ destinasi ditujui,
mungkin 3@4 hari sahaja di sana ~ takdalah lama....

Sementara berpeluang untuk penghantar "perutusan",
kesempatan yg tiba jgn dibaziri,
kerana kelak 4@5 hari "Blog" mungkin Xdi "Up Date" kan,
maklumlah bakal sibuk dgn pelbagai aktiviti...

Pelbagai aktiviti telah dirancang,
ketika pulang bercuti serta menziarah,
antaranya ~ nak bakar "Lemang" & masak "Rendang",
serta pergi belajar menoreh getah...

Namun...aktiviti keluarga yg amat dinanti-nanti......
adalah...pergi mandi sungai dan berkelah,
seronoknya....hingga tak terperi,
letih badan berendam sehari-hari pun kami tak kisah...

Sambil mandi-manda boleh tangguk anak udang+ikan,
tak pun kutip... batu-batu kecil utk buat hiasan,
tapi...tak boleh berlamaX2 ~ bila nampak tanda hari nak hujan,
takut...ombak deras turun tibaX2 serta beri kejutan!

Fuuyooo...alangkah seronoknya menantikan saat itu,
krn dah lama tak menikmati suasana desa,
asyik...dok ngadap pencemaran,debu + "Hutan Batu" ,
kalau dapat bertukar angin...tentu rasa gembira!

Ahhh!...alangkah gembiranya kalau dapat bercuti,
lebihX2 lagi selepas penat asyik bekerja...kerja...kerja,
dapatlah melepaskan sedikit beban pada jasmani+emosi,
barulah seimbang kembali kewarasan jiwa & raga.

Haaaahhhh....Alhamdulillah ~
Alangkah beruntungnya dapat bercuti !

Friday, December 11, 2009

KerjaX3...

Hari ini Hari Jumaat,
esok dinamakan Hari Sabtu,
lusa pula Hari Ahad,
fuyoo...seronoknya~ dapat cuti panjang tuuuuu!!!

Kenapa 3 hari bercuti panjang di"masyhur"?
bukan hanya Hari Sabtu & Ahad?
krn sempena Keputeraan Sultan Selangor,
so...mana yg kerja"Office Hour" tu ~ bolehlah rehat...

Mana yg kerja "Syif "~ tentu saja teringin,
bercuti panjang mcm yg kerja waktu pejabat,
jgnlah geram serta cepat naik angin,
kelak "kelepasan" akan diperolehi tapi...berperingkat-peringkat.

Kalau "Off" Xdapat diberikan di lain masa,
tuntutan "OT" yg mengganti~dah tentu berganda,
boleh juga tampung masa serta buat belanja,
sebagai ganti "kelepasan" yg Xkunjung tiba......

Orang bercuti kita terpaksa bekerja,
utk menjamin kelancaran pengeluaran produk & perkhidmatan,
selain mencari nafkah utk menyara seisi keluarga,
anggaplah kerja yg dilaksanakan ~ utk mencari "keberkatan Tuhan".

Andaikata tiada sesiapa yang sanggup bekerja,
kerana inginkan bercuti panjang sama,
alamatlah...semuanya habis tergendala,
bakal tercipta huru-hara dlm negara!

Bila huru-hara telah melanda,
rakyat juga akhirnya yang dapat susah,
kenapa kita Xsanggup korbankan sedikit masa?
demi memastikan semuanya lancar serta menjadi mudah.

UndangX2 dan perancangan telah lama tercipta,
demi memberikan keselesaan & kesenangan bersama,
apa salahnya berkorban sedikit kelapangan & masa,
krn apa yg diberi bakal diperolehi semula.....

Hari ini mereka bercuti panjang,
Insya`Allah...kelak hari kita pula,
so...jgnlah kita sedih & berasa "malang",
kerana kita yg bernama manusia ~ semuanya sama,
seperti dalam situasi "menang-menang"
tiada yg "terlebih" dan tiada yang "terlupa".....

Maka jgnlah susah hati krn kena kerja hari ini,
krn kelak yg lain bakal mengganti,
so...tenangX2kan diri serta senangX2kan hati,
krn setiap yg berbudi pasti ganjaran akan diperolehi,
kalau tak dapat sekarang & di duniawi,
Insya`Allah bakal dibalasi di akhirat nanti...

Jom...kita kerja!
Kerja...kerja...kerja....

Thursday, December 10, 2009

Makan Luar...

Makan luar sekeluarga@makan malam kat luar,
kadang-kala memang sungguh dinantiX2kan,
terutamanya apabila masakan dah rasa tawar+hambar,
kalau dpt tukar selera tentu amat menyeronokkan.

Jarang seisi keluarga menolak bila dipelawa,
tambahX2an pula tika baru dpt gaji,
pasti pantas dan cepat mereka bersiap-sedia,
takutX2 ajakan makan kat luar Xdiulangi lagi....

Bila "On The Way"~ macamX2 cadangan disyorkan,
"mereka-reka" nak makan itu & ini,
kat kedai"Fast Food" atau gerai tepi jalan~Xjadi halangan,
asal dpt makan & memenuhi selera yg diingini...

Sekarang ni Xsusah nak cari tempat makanan,
boleh didapati di merata-rata lokasi,
pilih saja mana yang rasa berkenan,
asal bersesuaian dgn kebersihan,duit & naluri.

Bila dah "order"~mata & selera dah jadi rambang,
makan itu & ini dari sedikit hingga nak mombong,
sampai hidung dah naik kempis-kembang,
dari perut kosong dah jadi kembung-kembung!

"Eeekkk"!!!...."signal" kenyang telah berbunyi,
maknanya suruh berhenti~Xkan XfahamX2 lagi,
jgn nak gatalX2 "order" lagi itu & ini,
silapX2 gaya...Xhabis & makanan dibaziri...

Sekadar memenuhi selera memanglah Xsalah,
tapi bila membazir tentu akan hilang baroqah,
ditakuti... apa yg dimakan habis termuntah,
jgn salahkan orang lain krn diri sendiri yg cari susah!

AgakX2 memadailah dgn selera untuk malam itu,
"order" & makanlah mana yg sesuai & termampu,
jgn mudah ikutkan muslihat nafsu,
"merapu'...nak makan ini & itu~semuanya nak "disapu!"

Alhamdullillah...tika dah selesai menjamu selera,
krn berpeluang makan luar bersama sekali-sekala,
harapX2lah ada "chance" lagi makan sebegitu di lain masa,
dapat juga mengeratkan kemesraan seisi keluarga.....

Bila semuanya telah sempurna & selesai,
apa lagi tunggu...cepatX2lah balik ke rumah,
rehatlah sebentar sambil bersantai,
serta mensyukuri nikmat & rezeki pemberian dari Allah....

Rezeki hendaklah dikongsikan bersama,
agar isteri & anakX2 juga dpt merasa,
barulah berkat pemberian dari Yang Maha Esa,
Insya`Allah....mungkin dilain kali rezeki kita bakal berganda-ganda...

So...Bila nak belanja?

Perbandingan...

Rutin Harian

Surirumahtangga ~Anak sudah Remaja+Belia

Pagi

5.00~5.30 : Dah bangun.

5.30~6.00 : Mandi & Sholat Subuh+baca Al~Quran.

6.00~7.00 : Sediakan sarapan & layan makan minum keluarga.

7.00~8.00 : Basuh pinggan mangkuk+pakaian.

8.00~9.00 : Jemur pakaian & kemas rumah luar+dalam.

9.00~10.00 : Acara bebas~nak rehat ke,jahit baju ke,ngait ke dan lainX2 lagi.

10.00~11.00 : Beli brg basah utk masak+sembangX2 kejap dgn jiranX2.

11.00~12.00 : Masak utk makan tengahari sekeluarga.

Tengahari ~ Petang

12.00~1.00 : KemasX2kan dapur sambil balikX2 kain baju kat ampaian.

1.00~2.00 : Layan keluarga makan serta kemasX2kan pinggan mangkuk.

2.00~3.00 : Mandi & Sholat Zuhur+baca Al~Quran.

3.00~4.00~5.00 : Acara bebas~mengikuti kelas Fardu Ain + aktiviti kemasyarakatan
@ rehat @angkat pakaian utk dilipat & simpan dlm almari,Sholat Asar
+ siapkan minum petang untuk keluarga...& lainX2 lagi.

5.00~6.00 : Kemas rumah & kemas dapur serta kutip pakaian utk dibasuh.

6.00~7.00 : Waktu santai ~nonton TV,baca bahan bacaan,rehat kejap @ sembangX2 dgn jiran
sambil kemas perkarangan rumah+parking @" touch-up" bunga.

Malam

7.00~9.00 : Siapkan & layan makan malam keluarga,Sholat Maghrib & Isyak+baca Al~Quran
serta kemas dapur.

9.00~11.00 : Berkongsi cerita & mendengar cerita+masalah keluarga,gosok pakaian utk digunakan keluarga keesokan hari serta merancang nak buat apa utk sarapan pagi esok!

11.00 malam hingga 5.00 pagi esok~beristirehat.....(Kalau dapatlah & X kena "sakat"......Tutttt!!!!)


TUANRUMAHTANGGA ~yg bekerja dari 8.00 pagi~5.00 ptg

Pagi

5.30~6.00 : Baru bangun krn isteri kejutkan! ( Bukan semua tauuu.....)

6.00 ~7.00 : Sholat Subuh,siapX2 nak ke tmpt kerja & bersarapan.

7.00~8.00 : Driving kereta@membonceng motor ke tmpt kerja.

8.00~10.00 : Kerja di pejabat@kat "side".

10.00~10.30 : Rehat~minum & sembangX2 dgn member kat kantin.

Pagi~tghhari~ptg

10.30~12.45 : Kerja di pejabat@kat "side".

12.45~2.00 : Rehat makan tghhari,sembang dgn memberX2 & Sholat Zuhur
kalau sempat~"lena" kejap.

2.00~3.00 : Sambung kerja di pejabat@kat "side"

3.00~3.30 : Rehat minun petang & sembangX2 dgn member.

3.30~5.00 : Sambung kerja di pejabat@kat "side".

5.00~6.00~7.00 : On the way balik ke rumah...itupun kalau "Xnyinggah ke manaX2".
serta Sholat Asar.

Petang ~ Malam

7.00~9.00 : Sholat berjemaah+dengar kuliah di Masjid@Surau@di rumah,makan bersama keluarga dan sembangX2.

9.00~10.00~11.00~12.00 : Kalau Xda aktiviti luar dok kat rumah saja sambil nonton TV,
baca bahan bacaan @ melayari Internet @ sembangX2 tambahan...
kalau tak~sembang dgn jiran tetangga,rakanX2 dan kenalan ~ sambil berkongsi cerita+berita.

11.00~12.00 malam hingga 5.30 pagi esoknya ~ Beristirehat......(Kalau X"nyakatlah"...Tutttt!!!!)


Jadi...cuba anda bayangkan di antara mereka berdua tersebut~siapakah lagi lebih terasa bebanan kerja+emosi?
Dan cuba anda kaitkan cerita hari ini dgn nukilan semalam bertajuk ~"Sekadar Renungan II"
serta fikirX2kan apakah kesimpulan yg boleh dirumuskan....Dan kalau dah dapat jawapannya~ apakah tindakan yg anda fikirkan sesuai untuk diambil demi mencari kebahagian sebuah hidup bernama kekeluargaan....Selamat berfikir!

Krn berfikir itu pelita hati......

Wednesday, December 9, 2009

Sekadar Renungan II

Sejauh manakah kita menghargai pasangan hidup kita?
yang telah berkorban masa,tenaga & perasaan,
demi menjanjikan satu ketenangan hidup bersama,
bersama menempuhi badai+ rintangan dlm kehidupan.

Bagaimanakah cara mereka utk kita hargai?
adakah dgn memberikan kesenangan+kemewahan?
yang menjadi trend masa kini,
namun...miskin dgn kasih-sayang & pengorbanan?

Pengorbanan bukan hanya ditakrifkan dlm bentuk kebendaan,
pengorbanan juga patut merangkumi ego+tradisi,
tidak salah mencipta satu kelainan,
asal kita saling faham-memahami serta kasih-mengasihi...

Pernahkah kita letakkan diri kita ditempat mereka?
yg seharianX2an bertungkus-lumus menguruskan rumahtangga,
betapa penat & tertekan diri terasa,
kerana berbakti dr celik mata hingga malam menjelma...

Berapa kerapkah kita meringankan beban mereka?
dgn menghulurkan bantuan tenaga & masa,
ataupun memberikan ketenangan pada jiwa+raga,
tatkala gelora+masalah datang melanda...

Selalunya...kita mudah lupa seiring dgn masa,
kehangatan+ketulusan cinta diawal janji termeteri,
inginkan hanya+dan yg terbaik utknya,
namun impian Xterlaksana dan... janji hanya tinggal janji...

Kalaulah kita ditempat mereka,
mampukah kita menanggung bebannya?
sedangkan yg mudah+ringkas pun kita pening kepala!
inikan pula pelbagai masalah+tekanan dtg bersama melanda...

Tekanan+masalah bukan hanya pada diri mereka,
keluhan+rungutan kita pun tersandar juga pada bahunya,
belum lagi...masalah anakX2 kecil, remaja,belia hatta yg tua,
serta "bonus" 2 keluarga & jiran tetangga yg "tumpang sama"!

Kita sering+hanya mahu & tahu semuanya sempurna,
ketika kembali dari "bersantai" mahupun bekerja,
semuanya mahu "tip-top" dan telah tersedia,
tanpa mahu memikirkan kesusahan yg terpaksa dilaluinya...

Susah atau sukarkah utk menghargai mereka?,
jika dibuat perbandingan "bebanan"mereka jauh melebihi kita,
bukan wang ringgit serta kemewahan berlebihan tuntutan mereka,
sekadar penghargaan & kasih sayang yg Xsebanyakmana...
dari masa,tenaga,perhatian & simpati yang kita ada...
demi menjayakan sebuah gagasan bernama keluarga bahagia....
dan...ingatlah...kebahagiaan bukan hanya untuk kita
kebahagiaan milik bersama~milik kita & dia juga!

Sekadar Renungan......
utk tatapan kita bernama insan,
yg Xlepas dari melakukan kesilapan,
namun~masih berpeluang memperbetulkan keadaan,
sementara diberi kesempatan oleh Tuhan...
agar Xmenyesal di hari kemudian.

RenungX2kanlah......

Tuesday, December 8, 2009

Coretan...

Seseorang pernah bertanya kpd saya,
knp "Ini Bukan Ilusi' ~ tema pilihan,
maka dgn meredah diri sy berkata,
krn ceritaX2 dititipkan adalah kenyataan...bukan khayalan.

"Ini Bukan Ilusi "~bermaksud hakikat+kebenaran,
bukan rekaan mahupun omongX2an,
digarap hasil dari pengalaman & buah fikiran,
ingin dikongsikan bersama rakan+taulan serta kenalan.

"Ini Bukan Ilusi "bersempena juga senikata lagu,
nyanyian Anuar Zain menerusi lagu "Keabadian Cinta",
maklumlah sy ni orgnya....jenis "jiwang+tangkap syahdu",
susunan muziknya sedap serta sarikatanya penuh bermakna.

Mungkin juga krn ianya "Truetone HandPhone" saya,
telah sekian lama kekal bersama,
lagunya "power" serta ada "aura"nya,
mungkin sesuai dgn sy...tp mungkin Xpada anda!

Ada masanya idea tak datang selalu,
tergapaiX2...termangguX2 ~mencari hala tuju,
bukan mudah cerita dijadikan rangkap berlagu,
banyak kali tulis pun jadinya belum tentu....

Dalam bercerita nasihat cuba diselitkan,
mudahX2an mampu memberi kesan,
bersamaX2 kesempatan yg tiba ~ pesanan cuba disisipkan,
penuh harapan~ semoga boleh dijadikan pedoman+rujukan.

KadangX2 bimbang juga tersasul kata,
juga tersilap susunan bahasa,
maklumlah hati insan mudah terasa,
kadangX2 niatnya baik tp bimbang disalahtafsirkan maknanya.

Dlm berkarya....kelainan cuba dicipta,
semoga mudah meninggalkan kesan,
kadangX2...bimbang juga takut org dok mengata,
"apadaa...asyik cete & benda yg sama ~ ulangX2an".

Kalau masih diberikan peluang+kesempatan,
mungkin byk lagi cerita bakal dihasilkan,
namun...semuanya bergantung pada keadaan & kesesuaian,
Insya`Allah... bakal berjumpa di lain nukilan.

MudahX2an berpeluang lagi menghasilkan coretan,
buat insan lain sbg tatapan serta renungan,
sambil berkongsi secebis pengalaman,
dari insan kerdil ini yg serba kekurangan.

Insya`Allah....."coretan" bakal sambung dilain kali...
Izinkan saya mengundurkan diri...

Wassalam.

Perubahan...

"Masa & keadaan sering mengubah persepsi insan,
hatta pertimbangan akal juga tindakan,
namun...siapalah kita utk meramalkan,
krn...semuanya ada kesan & imbangan,
mungkin begitulah sudah ketentuan Tuhan,
sejak dulu zaman berzaman....."

Nukilan kali ini masih berkisar ttg "Dia",
kerana utk kali ini~ dah masuk kisah yg ke3,
sekadar meluahkan apa yg terpendam di dada,
serta buat renungan kita bersama......

Yg "pergi" tetap "telah pergi",
yg tertinggal... hanyalah legasi,
dlm bentuk kenangan+harapan serta benda hakiki,
pada masyarakat serta family.

Legasi yg tertinggal... tidakkan bermakna,
sekiranya tidak dihargai serta disia-sia,
kesannya merubah persepsi & keadaan semasa,
pada insan-insan yg dulu pernah dekat dgn"nya"......

Kemesraan yg dulu pernah terbina,
kini semakin jauh jurang terasa,
bukan krn dendam mahupun sengketa,
cuma...manusia berubah seiring peredaran masa.

Adakalanya kita cuai & sering ter"alpa",
pada "intan" yg disangka "kaca",
ter"fana" krn keseronokkan seketika,
kita pun terlupa kasih sayang yg telah lama terbina.

Tanpa tersedar kesan sesuatu tindakan,
jurang kemesraan semakin melebar,
mungkin kini RM serta kesenangan menjadi sandaran,
hingga menghakis penghayatan erti kasih sayang sebenar.

Mungkin dulu keadaan terdesak ~ tp kini Xlagi,
maklumlah.....semuanya kini mudah didapati,
unjukkan saja wang serta benda hakiki,
pasti ramai yg datang berlari-lari mahu "menghulur" bakti...

Manusia gembira & mesra tika kita "berada",
macam semut yg menghurungi gula,
namun....."kemesraan" itu lakonan semata,
sementara kita masih ber"guna"@boleh di"guna"...

Legasi "Dia"mungkin kini kurang bermakna,
krn insan terdekat mungkin leka dgn duniawi,
mungkinkah begitu nanti kesudahannya?
krn mungkin pd mereka "yg patah akan tumbuh berganti?"

Dari kejauhan sy melepaskan keluhan,
bila mengingatkan tindakan legasi yg "Dia"tinggalkan,
mungkin bukan begini kesudahan yg pernah "Dia" impikan,
tp...apakan daya~ krn impian"nya" kini sudah jadi kenangan...

Insan & kemanusiaan berubah mengikut keadaan,
mewarnai pentas dunia & alam kehidupan,
namun...sy percaya setiap perbuatan ada balasan,
biarlah buruk baiknya ditentukan Tuhan.


Al~Fatihah.....Buat "Dia".


Mungkin bersambung?

Monday, December 7, 2009

Makanan Eksotik

Boleh dikatakan hampir semua diantara kita pernah merasai ikan masin & telur masin hatta lobak asin juga.Sedapkan kalau sekali-sekala dimakan lebihX2 lagi kalau beserta lauk kari@ asam pedas & sambal belacan serta ulamX2an.Fuuhhhh.....mengancam hingga Xsedar "mak mertua lalu kat belakang" (sapa suruh lalu belakang?..Kan dah Xnampak...HeX3...HoX3...).

Tapi pernahkah anda menikmati Ikan Pekasam goreng?

Xbanyak dr kalangan kita yg pernah menikmatinya @ yg tahu~ krn pengedarannya dlm pasaran Xsemeluas ikan masin+telur masin yg permintaannya berlarutan sepanjang masa.
Kalau kita berkunjung ke negeriX2 sebelah utara, produk eksotik ini byk boleh dijumpa.
Selalunya ikan air tawar merupakan bahan utama selain beras goreng,garam & asam keping dlm menghasilkan produk tersebut.

Nak tahu cara membuatnya?

~ Ikan akan dibersihkan terlebih dulu...mcm kita menyiang+membersihkan ikan biasa
utk disimpan@dimasak~pastikan bersih dr sisaX2 darah.
Kemudian ditos & ditapis sebelum disimpan semalaman di dlm peti sejuk (bukan tempat
dingin-beku tau) bagi menyejatkan sisaX2 air yg masih tertinggal pd ikan tersebut.

~ Beras dibasuh & dikeringkan.Bila dah cukup kering,ia akan disanggai dlm kuali dgn api
sederhana sehingga berwarna keperangX2an.Biarkan ia sejuk kemudian kisar/blend pada
kadar sedangX2+halus sahaja.

~ Garam+asam keping kemudiannnya digaul bersamaX2 beras yg telah dikisar tadi.

~ Pupukkan@sumbatkan bahan tadi pada ikan yg telah ditoskan semalaman serta gaul
hingga sebati sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

~ Simpan semula dlm peti sejuk.Sekali-sekala kocak bekas kedap udara tersebut bagi
membolehkan adunan lebih "mesra" & "rata"(sehari 2@3@4X @ berX...X...X~ikut suka!...asal jgn lancur dah la...)

~ Biasanya tempoh 10hari merupakan tempoh "ngam"untuk menjadikan hasil yg elok
sebelum digoreng utk dihidangkan.

~ Cara goreng......isyyyhhhX3...Xkan sy nak ajar juga kot!....HeX3...YalahX3...kadar kepanasan
api hendaklah sesuai~jgn panas sgt & tidak perlahan juga serta pastikan minyak utk
mengoreng mencukupi@lebih sikit~ lagi "cantik"!Jaga jgn Xjaga...takut rentung plak nanti!

Kelazimannya Ikan Pekasam akan digoreng begitu saja namun utk lebin eksotik & " kecur air liur", cili api@cili kering,bawang yg dimayang serta emping padi akan digoreng terlebih dahulu
sebelum digaul bersama.
Hidangkan & makanlah ketika semua hidangan masih panasX2 serta makanlah bersama seisi keluarga@beramaiX2 bagi menjadikan suasana lebih ceria & mesra bersama ~ sambil
mengeratkan silatulrahim sesama kita@insan.

Alamak....lapar plak!

Selamat mencuba & selamat merasa......

(Kredit utk Mak Mertua sy yg telah berkongsi ilmunya~timakaseeh.....)

Sunday, December 6, 2009

Apakah persamaan "Kopi" dgn "Percintaan"?

Apakah persamaan "Kopi" dgn "Percintaan"?

~kadangX2 "manis"...... kadangX2 "pahit"
Percintaan juga ada masa pasang surutnya....kadangX2 indah kadangX2 gundah.

~sungguh enak waktu "panas" namun sedap juga ketika "sejuk"
Percintaan sungguh mengasyikkan ketika saling berkasihX2an namun adakalanya
perlu diredakan dgn jarak & masa kerana......
dikala itu amukan rindu membuat cinta itu lebih bermakna.

~Aromanya sungguh "mengancam"!
Percintaan menarik minat hampir keseluruhan insan mcm "magnet"~semua ingin merasa
suka & duka /indah & payah menempuhi alam percintaan...Xcuba maka Xmerasa!

~ada pelbagai "warna"...hitam,coklat & berkrim
Percintaan tidak hanya tertakluk pada manusia,cinta juga merangkum pada agama,
nusa dan bangsa namun cinta yg paling agung adalah cinta pada Yg Maha Esa.

~ada pelbagai "ragam"...pekat,cair & sedangX2
Percintaan juga begitu~ada yg "tangkap syahdu",ada yg "pilih bulu"
& Xkurang juga yg hanya"merapu."

~yg sukar "diadun" mahupun "segera"
Percintaan yg disulam dgn penuh keikhlasan,pengorbanan & kasih-sayang ~memang
memerlukan masa & halangan demi melahirkan kesan cinta yg mendalam pada yg
mengharunginya.....namun bagi insanX2 yg dipaksa,terpaksa mahupun memaksa jiwa+raga ~ selalunya usia kebahagiaannya Xkekal lama.

~kena "pandai bancuh "
Percintaan juga memerlukan kemahiran ~yg terbentuk dari pengalaman suka & duka
yang pernah & telah ditempuhi...demi menjanjikan kesan yg bermakna.
Tanpa pengalaman......
insan yg mengharunginya bakal hanyut & sesat tanpa pedoman.

~seronok kalau "dinikmati bersama"
Percintaan yg mendapat balasan dr insan yg diharapkan ~ sungguh membahagiakan
namun amat menyiksakan sekiranya hanya bertepuk sebelah tangan@gila bayangan.

~kesan yg berbeza bergantung pada "bekas dihidangkan"
Percintaan tertakluk juga pada persepsi+amali insan yg telah,sedang & bakal menempuhinya.
Lain individu lain cara pendekatan & kesan percintaannya.

~persekitaran mempengaruhi suasana ketika"menikmatinya"
Percintaan adakalanya terpengaruh juga dgn suasana persekitaran yg mengelilingnya.
Restu@halangan keluarga, rakan & teman serta masyarakat sekeliling mereka
turut memainkan peranan dlm perjalanan sesuatu cinta~ bakal bahagia @ derita...

~meninggalkan "serdak"
Percintaan sering & akan meninggalkan kesan terhadap insan yg menempuhinya...
adakah pertimbangan+tindakan akan semakin matang ataupun semakin malang.

~boleh menyebabkan "ketagihan"
Percintaan yg sering bertemakan nafsu & ego sering menjerat insan yg kurang matang
pertimbangan akal & mampu mendorong insan tersebut"memperjudikan cinta & perasaan org
lain" serta mampu juga memesongkan insan tersebut dari mengecapi serta memahami
erti keharmonian dlm bercinta,mencintai & dicintai.

Namun sekiranya percintaan tersebut didasari & dilalui dgn penuh "nilaiX2 murni"~
kesannya sungguh suci dlm hidup insani di duniawi
dan......mudahX2an berkekalan hingga ke akhirat nanti.

So...tunggu apa lagi?

Jom kita "minum" dulu!!!