Hari ini genap setahun "Dia" kembali ke rahmatullah,
setelah sekian lama menanggung derita & susah,
namun....semangat & jiwanya Xpernah mengalah,
walaupun dugaan tuhan utknya ketika itu sering berubah-rubah.
"Dia" tenang, pasrah & Xberkeluh-kesah,
walau pelbagai rintangan dtg melanda,
pada Allah "Dia" sentiasa beribadah+berserah,
hatta ketika sakit pun ~ Xlupa & Xleka akan Yg Maha Esa.
Allah menyayanginya melebihi manusia,
menoktahkan derita yg ditanggung tanpa siksa,
perginya dia dgn tenang & bersahaja,
tanpa meninggalkan beban pada sesiapa.
Kini setahun sudah berlalu,
"Dia" pergi mengadap Yg Maha Esa,
seringkali hati merasa sedih & sayu,
bila kenangan bersamanya terimbau semula.
Kini setahun telah berlalu,
meninggalkan seribu kenangan suka & duka,
walaupun kini kita Xlagi dpt bertemu,
Insya`Allah......jasa & kasih sayangmu akan kekal selama-lamanya.
Tanpa mahu memanjangkan kesedihan,
kepada saudara,rakan+taulan serta kenalan,
cerita tentang "Dia" sy ringkaskan,
Insya`Allah akan disambung kembali di lain nukilan......
Sementara Allah masih memberi kita peluang & kesempatan,
sebagai tanda sayang serta ingatan,
kepada "Dia"yg kini kekal dalam kenangan,
marilah samaX2 doa kita panjatkan ke hadrat tuhan,
agar rohnya beroleh kerahmatan,
dan di syurga jua~insya`Allah "Dia" bakal ditempatkan.
Al~Fatihah......
Bersambung......
No comments:
Post a Comment