Semalam setahun berlalu sudah,
"Dia" beristirehat dgn tenang "di alam sana" ,
namun ingatan pdnya Xpernah ternoktah,
krn..."Dia" insan yg istimewa di hati kami sekeluarga.
Semalam setahun telah berlalu,
bagai Xterasa pemergiannya,
krn setiap kesempatan yg dtg bertamu,
pasti ada cerita kami kongsi bersama ttg "Dia".
Kenangan tidak mudah terpadam,
baik yg indah mahupun suram,
pelbagai cerita pelbagai ragam,
bersama-sama ~"Dia" & kami berkongsi cerita & ilham.
"Dia" sering menyembunyikan duka+lara,
menempuhi kehidupan yg penuh pancaroba,
pada insan lain "Dia"nampak ceria,
namun kesedihannya~ selalu dipendamkan sahaja.
Dugaan utknya adakala berat & hebat,
dari kalangan keluarga serta kaum kerabat,
tp...dia sentiasa tenang tanpa mahu mengumpat,
mengharapkan ~ semoga Allah memberi berkat.
Bila amukan perasaannya Xmampu ditanggung lagi,
pada kami terungkai rahsia+misteri,
mungkin...kerana dgn kami "Dia" serasi,
meluahkan kesedihan tanpa ragu & sangsi.
Suka,duka,keinginan & cita-cita,
semuanya berbaur ketika bersama,
adakalanya diceritakan secara selamba+bersahaja,
adakalanya terselit dalam gelak serta ketawa.
Adakalanya "Dia" berkongsi kasih & sayang,
secara tersembunyi mahupun secara terang,
terhadap kami sekeluarga...bukannya seorang,
namun... pada kami semua jelas terbayang.
Bila "Dia" & kami telah sering bersama,
dalam pelbagai keadaan & suasana,
kemesraan yg terjalin bukan lakonan belaka,
tp...dari hati yg ikhlas ~ ia terbina.
Krn itulah "Dia"sentiasa dekat di hati kami,
walaupun kini "Dia" telah tiada lagi,
namun...ingatan bersamanya ~ Insya`Allah akan tetap bersemi,
meninggalkan satu kesan abadi.
Dan.....
Semalam setahun sudah berlalu
semoga Allah senantiasa merahmatimu.......
Al~Fatihah......
Bakal bersambung?
No comments:
Post a Comment