Sunday, December 20, 2009

Pulang Dari Kerja...

Hari ini Hari Ahad,
hari bagi orang bekerja utk beristirehat,
namun saya masih terikat dgn hal pejabat,
kenalah kerja ikhlas...tak boleh nak "mengelat"!

Habis kerja sepatutnya jam 7 pagi,
tapi ada member lain pula nak cuti 2 hari,
terpaksalah uruskan segera pengganti yg sudi,
alahai..."jadual kerja" pun dah macam rojak terpalit cili !

Dari jam 7.00 dah berganjak ke jam 7.30 pagi,
nak tukar seleralah rasanya utk sarapan pagi ini,
apakata.....kita pekena Roti Canai cicah Kuah Kari !
syok juga tu ~ krn dah lama tak dinikmati......

Kadang-kadang Kuah Kari Ayam ataupun Kambing,
serta Kuah Dal serta Sambal ~ jadi "pasangan",
namun... kena tambah duit kalau nak "isi+daging",
sesekali takpalah ikutkan perasaan ~ tp makan jgn tak makan !

Saya jarang minum pagi di kedai,
selalunya bungkus utk dinikmati sekeluarga,
baru rasa seronok bersarapan sambil bersantai,
boleh kongsi bermacam-macam cerita......

Kalau membeli serta membungkus sarapan,
pilihlah gerai yg bersih & menepati selera,
jgn main suka beli sebarangan,
takut nanti "berlonggok" tak dimakan ~ membazir sahaja !

Jangan lupa beli Surat Khabar dlm perjalanan balik,
kerana lepas bersarapan bolehlah tambah pengetahuan,
macam-macam cerita ada ~ benar, sensasi, humor & pelik,
implikasinya dlm kehidupan ~ sendirilah buat pertimbangan !

Membaca merangsang minda,
berimiginasi mencetus idea,
namun...kedua-duanya sebenarnya sama,
cuma cara mempraktikkannya saja yg berbeza,
itulah yang terkandung dalam cerita & berita,
samada bentuk tulisan mahupun gambar yg turut serta.

Kalau dah penat mengadap Surat Khabar,
bolehlah berehat sambil menonton T.V,
tak kisahlah ~ baring ke atau duduk bersandar,
kerana selain berhibur ~ melalui T.V pun terpancar "informasi"...

Kalau dah "boring" mengadap kedua-duanya,
apakata kita buka dan layari "Intenet",
lagi banyak cerita+berita yang "Gila-Gila",
kalau tak kuat iman....otak pun boleh jadi "sengget"!

Bila semuanya dah tak merangsang minat & minda,
pergilah tolong buat kerja-kerja rumah,
setidak-tidaknya anggota badan turut "bekerja",
anggaplah kita sedang menghulurkan bantuan sambil "beriadah"......

Banyak perkara boleh dilakukan,
lebih-lebih lagi di Hari Minggu,
"hulurkan tangan~ ringankan beban"
barulah ~ "RumahKu SyurgaKu"

Hulurkan tangan ~ ringankan beban,
barulah ~ "RumahKu SyugraKu"
kerana rasa jiwa tenteram dan aman,
mengharungi hidup berkeluarga ~ saling bantu membantu !

Susah dan senang dikongsikan bersama,
suka dan duka mematangkan hidup kita,
barulah kehidupan berkeluarga rasa bahagia,
Insya`Allah.....mudah-mudahan berterusan Restu dari Yang Maha Esa.

Alamak! Saya tak boleh nak "berlama-lama",
kerana banyak komitmen lain sedang menanti,
antaranya ~ jam 1.00petang nanti nak masuk kerja semula,
so...saya harus bersegera menguruskan keperluan diri+family......


Insya`Allah...bakal berjumpa di lain kali.

Adios Amigoes......

No comments: