Monday, December 28, 2009

AWAS!!! WEB EXPLOTASI.

Awas para penggunjung ke Blog saya ini,
kerana kini terdapat laman "Web Explotasi",
sebaik sahaja "search engine google" anda layari,
bakal ada pendua Blog "INIBUKANILUSI"...

"AVG Search-Sheild" telah mengesan ancaman "aktif",
pada halaman tersebut serta menyekat "akses",
diharapkan para penggunjung bersikap "pro-aktif",
kalau bukan "What So Ever" ~ tinggalkan lekas-lekas !!!

Perkara tersebut baru kali ini disedari,
telah muncul dibawah tajuk "Hiasan Dapur-learning Page 5",
mungkin berniat jahat ~ identiti anda mungkin dicuri,
mampu "mengodam" serta" memancing data komputer" anda.

Apa punya jenis manusia sebegitu,
memasang perangkap & membuat "anaiya",
ingin menyusahkan penggunjung "web" yg tak tahu,
tak pasal-pasal mereka bakal "pening kepala" !!!

Saya berharap kepada anda semua,
berhati-hatilah dgn "muslihat"insan yg rendah "mentaliti"nya,
kerana Blog saya tak mem"promosi"kan apa-apa,
sekadar catatan pengalaman & renungan utk dikongsi bersama.

Kalau ada sebarang perubahan,
bakal saya nyatakan secara terperinci,
maka...awas-awasilah sekiranya terdapat sebarang kelainan,
kerana itu bukannya nukilan dari Blog "IniBukan Ilusi"...

Diharapkan anda sentiasa berhati-hati,
pastikan hanya "What So Ever"yang asli,
sekianlah sahaja coretan saya utk kali ini,
dan......Insya`Allah ~ kita bakal berjumpa lagi.

Wassallam......

2 comments:

Unknown said...

huh jahat betol la penggodam tu ya cik 4Z.

4zee2 said...

Nak buat macamnana...nama pun "manusia" ~ unik dari segala segi...termasuklah hati,perasaan,pemikiran serta tindakan.Kenalah banyakX2 bersabar...