Monday, December 14, 2009

Hujan...

Hari ini Hari Isnin,
esok bakal tiba Hari Selasa,
ptg tadi hujan lebat berserta angin,
melanda hampir setiap pelusuk Ibukota...

Kilat ~ sabung-menyabung,
guruh ~ gegak-gempita,
sesekali angin ribut datang bertembung,
menjadikan ketenangan Ibukota bertukar "huru-hara"...

Kuala Lumpur bermandikan hujan mencurah-curah,
menjadikan pengguna jalanraya menjadi susah,
termasuklah saya yang turut merasa payah,
menggendalikan kereta dalam keadaan resah.

Lebatnya hujan petang tadi tidak terperi,
mendesah-desah air hujan turun menyirami bumi,
"wiper kereta" bergerak pantas dari kanan ke kiri,
agar penglihatan & pertimbangan diri tidak terkaburi...

Hujan turun dgn lebatnya,
namun air hujan di jalanraya lambat mengalir,
bimbang & cuak hati ini terasa,
takut terperangkap dalam keadaan sesak serta banjir.

Sesekali kelihatan beberapa kenderaan di tepi jalan tersadai ,
mungkin rosak atau pemandunya tak mahu ambil "risiko",
mungkin takut terbabit dgn kemalangan hingga kenderaan bersepai,
atau terbabit dalam kemalangan yg boleh menyebabkan mereka "K.O"!

Mujur baik pokok-pokok besar+dahan tak tumbang,
walaupun kelihatannya amat bergoyang-goyang,
kalau tak...pengguna jalanraya bakal bernasib malang,
terperangkap dlm kenderaan berjam-jam sehingga bantuan datang...

Tanpa mahu melengahkan masa,
tujuan asal ke "Jakel" kami batalkan,
lebih baik tak pergi dari terus pergi ke sana,
takut kenderaan kami terperangkap dalam kesesakan!

Alhamdulillah...dlm kepayahan meredah hujan,
kami selamat melepasi Perhentian Kinrara,
namun mendung hitam turut kelihatan,
benih-benih hujan telah pun bermula......

Hujan yang bermula dari Kuala Lumpur,
merebak hingga ke Shah Alam,
dari Wilayah Persekutuan kini dah masuk Selangor,
berterusan hingga ke awal malam.

Baru sebentar tadi hujan pun reda,
meninggalkan kedinginan pada malam yang sepi,
Alhamdulillah...kini bimbang di hati telah tiada,
krn kami dah selamat sampai ke destinasi.

Hanya ini pesanan dari saya,
kalau memandu ketika hujan+ribut melanda,
sentiasalah peka serta berwaspada,
elakkan kemalangan & mudahX2an bakal terselamat jiwa+raga.....

Wassalam.

No comments: