Wednesday, December 2, 2009

Sekadar Renungan...

Hidup adalah untuk memperhambakan diri,
kepada dan untuk Ilahi sahaja,
walau dalam apa suasana+situasi,
dalam sedar mahupun lupa.

Disamping meneruskan amanah Allah di muka bumi,
aspek keperluan rohani & jasmani dtg bersama,
utk kegunaan duniawi sbg bekalan di akhirat nanti
kita perlu bijak mengimbangi kedua-duanya.

Tp.....sayang byk antara kita mudah lupa+leka,
lebih mementingkan keseronokan sementara,
hingga persiapan ke akhirat kita tak ambil kira,
krn sering terlena dgn "keasyikan" dunia.

Peluang & keberkatan dr Allah Xdtg selalu,
ada masanya cerah...ada masanya "kelabu",
cuma kita sering tak tahu@buatX2 Xperlu,
memperbaiki kelemahan diri setiap waktu~jika termampu...

Kenapa ya kita mudah lupa?
mensyukuri nikmat Allah kepada kita,
dari saat sejak dilahirkan di dunia,
hingga kini ....sepanjang bernyawa!

Susahkah mencari keredhaan Tuhan?
sedangkan di hadapan telah terbentang jalan,
pilihan terbaik kini ada pd "kemahuan" & "pertimbangan",
cuma perlu berpandukan Sunah Rasullullah & Al-Quran.

Siapa yg Xmahu kemewahan & kesenangan dunia,
Allah juga redha sekiranya kita "berada",
namun bukan dgn cara yg bertentangan kehendak agama,
atau tidak digunakan untuk mencari keredhaanNya.

Kehidupan & kemewahan adalah pinjaman,
kesusahan & kesedihan adalah dugaan,
namun...kudrat & akal telah Allah bekalkan,
berusaha,berdoa kemudian bertawakal ~ jadikan pedoman.

Masa tetap berlalu tanpa menunggu,
usia bertambah seiring peredaran waktu,
hidup untuk hari esok ~ belum tentu,
hatta...hari ini pun kita Xtahu!

Sekadar renungan buat kita bernama insan,
di waktu senang @ dalam kepayahan,
ketika menjalani hidup sehari-harian......
bagaimanakah persiapan serta bekalan,
yang pernah,telah & akan kita disediakan,
sebelum suratan amalan kita dinoktahkan,
ketika kelak di padang masyar kita dihidupkan,
menunggu balasan setimpal dgn amal perbuatan...
di Syurgakah atau di Nerakakah kita bakal ditempatkan...
Dan...Akhirnya semua itu adalah ketentuan & ehsan Tuhan.

Ya Allah! Berikanlah kami hidayah & pedoman,
dalam meneruskan sisa-sisa usia,
agar hidup sentiasa beroleh keberkatan,
di dunia mahu pun di akhirat jua.

(AminX3...Ya...Robbal`Alamin.)

Insya`Allah.......

No comments: